Kisah Imam Ahmad Hanbal

Bismillahirrahmanirrahim


Pada satu hari, Imam Ahmad Hanbal (pengasas mazhab Hanbali) bermusafir dan singgah di sebuah tempat yang ramai tidak mengenalinya. Ketika itu sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur di dalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di kawasan masjid. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut apabila Imam Ahmad ingin tidur di luar masjid.

Perkara itu dilihat oleh seorang pembuat roti yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Beliau mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut. Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir pembuat roti yang sedang sedang sibuk menguli rotinya untuk dijual keesokkan harinya. Setelah diteliti, pembuat roti tersebut berzikir istighfar sepanjang malam.

Teaser Natasha & Jamil, Meru Klang.


Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti tersebut kenapa beliau sentiasa beristigfar.

Beliau menjawab “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah bila saya beristighfar. Semua yang saya mahu dalam hidup telah saya perolehi dengan mengamalkan istighfar melainkan satu perkara sahaja belum dimakbulkan lagi”.

Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?“.

Jawab lelaki itu “Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal sebelum saya mati”.

Imam Ahmad sangat terkejut dan memperkenalkan bahawa beliaulah Imam Ahmad Hanbal. Allah telah menunjukkan jalan kepadanya untuk bertemu si pembuat roti tersebut dan mengabulkan permintaannya. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, Allah telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut.

Kelebihan istighfar ini sangat besar bukan setakat memohon keampunan atas dosa-dosa sahaja. Ada dinyatakan dalam Al-Quran tentang beristighfar kepada Allah untuk dimurahkan rezeki. Allah itu maha pengasih dan penyayang untuk mengabulkan permintaan sesiapa yang dikehendakinya. Mudah-mudahan kita semua mendapat pengajaran dan mengamalkan apa yang baik ini. Wallahua’lam.




Nota kaki : Aku belum sempat nak update panjang lagi atas kesibukan kerja. Insyaallah akan update minggu depan. Tunggu ye :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Majlis Pernikahan Mila & Azrul, Tanjong Karang

Bismillahirrahmanirrahim


Minggu ni aku agak sibuk dengan beberapa kerja di kantor yang memerlukan komitmen tinggi. Ada banyak hari aku tak masuk ofis sebab outstation. Memandangkan kerja-kerja buat album sedang giat dilaksanakan dalam 2-3 minggu ni maka aku juga tak dapat nak upload banyak gambar buat masa ni. Aku aku sedaya upaya bahagikan masa supaya blog ni tidak bersawang,hehe.

Aku nak update dulu majlis pernikahan pasangan Mila & Azrul yang dijalankan di Kampung Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang. Ramai sahabat-sahabat aku yang tinggal kat kampung ni. Jadi aku tak rasa janggal bergaul dengan orang sini sebab dah biasa walaupun jarak dari kampung aku lebih 100km jauhnya. Lagipun semuanya jawe kok:)


Paling best sebenarnya aku dapat cabaran baru sebab Azrul ni tinggi sangat. Lagi tinggi dari aku (macamlah aku tinggi sangat:P Untuk akhirnya, tahniah kepada kedua pasangan pengantin Mila & Azrul yang diraikan. Nanti aku update majlis bersanding dan outdoor mereka pula ye. Tunggu.


Nota kaki : Setakat petang ni aku dah reply semua email2 yang bertanya. Kalau ada yang masih belum terima bagitau semula ye:)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Nostalgia Bas Bombay

Bismillahirrahmanirrahim


Masa aku sekolah rendah dulu abah belum memiliki kereta. Rata-rata penduduk kampung kampung masih menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. Untuk ke bandar terdekat di Banting yang terletak 20km dari kampung, bas merupakan pilihan utama. Ia merupakan sebuah bas lama yang tiada aircond, kerusi PVC warna kuning yang lusuh dan koyak serta badan bas berwarna hijau pekat dengan tulisan ‘Bas Sepang’. Kat belakang tempat duduk tu tertulis macam-macam tulisan cinta, lawak dan orang gaduh dalam bahasa melayu dan tamil. Mak bising kalau aku baca kuat-kuat tulisan tu:)

Teaser Mila & Azrul, Tanjong Karang.


Bas tersebut juga dikenali sebagai ‘Bas Bombay’ sebab dari pemandu, konduktor bas dan ramai yang naik bas tu majoriti dari kaum india yang datang dari ladang berhampiran:) Teringat bila kitorang sekeluarga nak beli persiapan sekolah atau raya, terpaksa jalan setengah kilometer dari rumah untuk pergi ke jalan besar tunggu bas. Ia merupakan perkara yang paling seronok bagi aku sebab dapat jalan naik bas.

Tapi paling sakit hati bila tunggu bas. Bas Bombay tu selalu tak ikut masa. Kekadang 2 jam sekali lalu depan kampung aku. Bedak yang aku pakai dah hilang dan diganti dengan peluh sebab panas tunggu kat stesen bas. Stesen bas kecil tu orang kampung bina dari kayu dan zink. Tempat duduknya dari kayu je. Kekadang mak bawak sarapan pagi tu dalam plastik dan kitorang makan ramai-ramai sementara tunggu bas datang. Pengalaman tu takkan aku lupa sampai bila-bila.

Semalam masa tunggu hujan teduh, aku nampak satu keluarga turun dari bas dengan membawa banyak barang harian. Anaknya ada 3 orang. Bapaknya mengendong anak yang kecik sambil di tangannya memegang banyak barang keperluan harian. Macam tulah dulu abah bawak kitorang naik bas. Tiba-tiba aku teringat mak ngan abah kat kampung dan terkenang pengalaman begitu satu masa dulu. Benda itulah yang buat sesebuah keluarga tabah dan bersama-sama hadapi ujian kesusahan tersebut. Wallahua’lam.




Nota kaki : Tunggu update full entry majlis kat atas ni nanti ye.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Shuhadah & Azhar, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim


Aku ada ditanya satu soalan menarik tentang kenapa photographer kita tidak dapat hasilkan gambar seperti photographer luar negara. Kalau ada masa akan ulas tentang perkara ini dalam satu entry khas nanti:) Lagipun dah lama aku tak tulis tips-tips photography yang selalu aku buat sebelum ni.

Tapi secara ringkas, wedding photographer kat Malaysia ni perlu menggunakan segala kreativiti yang mereka ada dalam tempoh 1-2 jam selepas majlis walau dalam cuaca dan keadaan sekalipun waima hujan lebat, mendung, panas dan dalam keadaan pengantin keletihan selepas majlis. Kebanyakkan gambar yang bagus dipengaruhi variable seperti lokasi, cahaya, subjek dan equipment yang bagus. Ada masa nanti aku ulas lagi.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Shuhadah dan Azhar yang diadakan di Dewan Warisan, Kompleks Warga Emas, Seksyen 24 Shah Alam. Sebenarnya Shuhadah ni budak ofis aku. Jadi tetamu yang hadir ke majlis pun ramai juga yang aku kenal:) Ni sedikit sebanyak gambar majlis mereka.


Sesi outdoor kitorang buat kat tepi dewan je sebab hujan lebat turun sampai petang. Tak dapat nak keluar ke mana-mana.Nasib baik ada juga lokasi menarik kat tepi-tepi dewan tu. Sebenarnya tak perlu lokasi yang terlalu cantik untuk buat sesi outdoor ni. Cukup kalau lokasi tu mempunyai background yang bersih dan tidak terlalu mengganggu gambar subjek utama.


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Tahniah sekali lagi kepada kedua mempelai yang diraikan. Semoga ikatan ini berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat, amin. Terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga Shuhadah yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari tersebut. Terima kasih kepada sahabat baik aku Ajey dan Zakuan Hassan yang membantu aku sepanjang majlis ini berlangsung :) Jumpa next entry.



Nota kaki : Mohon maaf kelewatan aku membalas email yang bertanya. Insyaallah aku akan reply semuanya pada hari ini ye :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Majlie pernikahan Shuhadah & Azhar

Bismillahirrahmanirrahim


Malam tadi aku dengar rancangan Ustazah Nor Bahiyah tentang kekasih lama. Aku tertarik dengan seorang pemanggil yang ditinggalkan suami sebab mengejar cinta lamanya. Mereka dah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyai 4 orang cahaya mata dan perempuan yang dikejarnya itupun telah berkahwin dan mempunyai keluarga. Sedihnya kalau terjadi begitu. Mana kewarasan akal suami tersebut.

Pagi tadi semasa kuliah pagi di ofis, Ustaz Syed Norhisyam ada nyatakan soal jodoh, rezeki dan kematian merupakan kerja Allah. Jadi ada sebab Allah kurniakan jodoh begitu. Ada sebab Allah uji kita semua. Kalau kita yakin Qada’ dan Qadar Allah mesti kita belajar terima dan buat yang terbaik untuk pasangan kita. Pahala dan dosa kita sentiasa berjalan dan dikira di kiri dan kanan setiap masa. Benda ni kena sedar selalu.

Kali ni aku update sikit majlis pernikahan Shuhadah dan Azhar yang dijalankan di Shah Alam baru-baru ni. Majlis berliau dilangsungkan pada hari Jumaat jadi memang tak ramai sangat tetamu dan sahabat yang hadir.


Memandangkan 2-3 minggu ni aku agak sibuk jadi tak dapat upload lebih banyak lagi buat masa ni. Tahniah kepada kedua pasangan pengantin. Semoga dilimpahkan rahmat dan keberkatan dari Allah sepanjang hidup berumahtangga, amin. Tunggu aku update majlis perkahwinan pasangan ni nanti ye.



Nota kaki : Minggu ni aku shoot kat Tanjong Karang. Yeayy, jumpa sawah padi :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Idola aku Prof Dr Muhaya

Bismillahirrahmanirrahim


Sekarang aku suka sangat dengar Prof Dr Muhaya kat radio IKIM. Banyak butir-butir kata yang keluar dari mulut beliau sangat aku kagumi dan jadi sumber inspirasi. Aku suka cara beliau menjawab soalan penonton dan bagaimana beliau menjawab persoalan tentang hidup ni walaupun beliau adalah seorang doktor pakar mata. Tanpa sedar hidup aku jauh lebih baik dan aku dapat lihat banyak benda dari sudut positif berbanding sebelum ini.

Teaser Azhar & Shuhadah, Shah Alam.


Ada pendengar yang mengadu, kerja di ofisnya terlalu banyak dan tidak sesuai dengan gaji yang diterimanya. Prof jawab kita mesti belajar lihat sesuatu dari sudut berbeza. Hidup kita pasti akan berbeza. Anggap kerja tambahan tersebut sebagai peluang lakukan ibadah untuk kita mati nanti. Adakah rugi kita beribadah untuk saham akhirat? Betulkan niat untuk cari rezeki keluarga. Cuba lihat ke bawah orang yang masih tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap.

Setiap masalah tu datang dari minda kita, ajaibnya penyelesaiannya juga datang dari minda. Kesedihan dan kegembiraan dalam hidup kita memang lumrah dalam hidup. Tugas kita menerima dan belajar menanganinya. Cuba anggap esok adalah hari terakhir hidup kita di dunia ni. Adakah kita masih buat jahat kepada orang lain. Automatik kita akan melihat sesuatu perkara dari sudut berbeza. Itu antara isi yang aku ingat dalam topik pagi tadi. Insyaallah ada masa nanti aku kongsi lagi.



Nota kaki : Tunggu update full entry majlis kat atas ni nanti ye:)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Maria & Fitri, Keramat

Bismillahirrahmanirrahim


Hujung minggu lepas Kuch Kuch Hota Hai ada kat TV3. Sahabat aku kat TV3 bagitau rating penonton masa cerita tu disiarkan lebih dari 3 JUTA penonton. Kalau satu TV tengok berdua dah 6 juta orang Malaysia tengok. Iaitu lebih 20% penduduk Malaysia :) Aku percaya ramai yang dah tak tengok cerita hindustan lebih 10 tahun pun boleh tertengok gak,hehe.

Selain cerita tu sebenarnya aku teringat masa zaman universiti masa cerita ni popular dulu. Masa tu aku rasa semua orang mood hindustan je. Teringat budak rumah aku yang gila hindustan. Siang malam layan hindustan. Satu rumah dengar lagu-lagu tu sampai kalau jiran tak kenal, mungkin diaorang ingat kitorang ni asal dari India,haha.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan pasangan Maria & Fitri yang dijalankan di Dewan Sukan Dato’ Keramat, Kuala Lumpur. Tema majlis Maria adalah warna kuning dan pengantin mengenakan baju putih :) Maria ni memang ramah orangnya. Rasa macam dah kenal lama je walau baru kenal,hehe. Layan majlis dia sikit.


Diaorang bersanding agak lewat sikit. Ramai juga sahabat2 Maria yang dah pulang semasa diaorang bersanding tu. Masa sesi outdoor hujan dah turun. Aku dah risau tak dapat shoot,tapi alhamdulillah hujan tu sebentar je. Dapatlah kitorang shoot kat Taman Tasik Titiwangsa. Pertama kali juga aku amik gambar kat sini. Memandangkan hari dah agak gelap memang tak dapat shoot banyak.


Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar dan meriah. Aku ucapkan tahniah kepada kedua pasangan Maria & Fitri. Semoga ikatan perkahwinan tersebut menjadikan korang berdua lebih baik dunia dan akhirat,amin. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku Halil Hayon yang sama-sama membantu aku dalam majlis ni. Juga kepada Mohammad Azli dari photofr3ak selaku Videographer pada hari tersebut. Tempahan video beliau untuk tahun ni dah full. Memang terbaik!! Orait, jumpa next entry :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Mari doakan semoga keadaan di Syiria bertambah baik dan Allah tunjukkan kebenaran terhadap Islam. Ada masa aku cerita pasal ni.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Majlis Pernikahan Maria & Fitri, Dato’ Keramat

Bismillahirrahmanirrahim


Dulu aku juga seorang blogger. Sejak aku buat photography ni aku dah tak menulis secara aktif lagi. Antara topik yang kekadang aku sentuh ialah situasi politik di negara kita. Pernah ada satu entry tu lebih 700 komen dari pengunjung blog yang komen tentang penulisan aku tersebut. Aku cuma nak bagitau walaupun sekarang aku tidak menulis sebegitu lagi tetapi bukan bermakna aku tidak mengambil tahu situasi di negara kita.

Kes Hamzah Kashgari yang dikatakan menghina Rasulullah menarik perhatian aku. Memang bukan sikit orang begitu yang ada dikalangan kita sekarang. Tetapi bila ada orang Islam yang menyokong beliau atas nama hak asasi manusia adalah amat menyedihkan. Lagi sedih dengan orang-orang yang nak dapatkan ‘political milage’. Ramai melenting bila Sultan atau artis yang mereka suka dihina. Tetapi bila Rasulullah tercinta dikatakan begitu langsung tidak terasa dihati mereka untuk mempertahankannya.

Aku update dulu majlis pernikahan pasangan Maria & Fitri yang diadakan di Kampung Dato’ Keramat baru-baru ni.


Antara cabaran photographer bila shoot majlis nikah dalam rumah apabila mereka tidak boleh bergerak langsung kerana keadaan yang terhad. Itulah gunanya pengalaman bila menghadapi situasi tersebut. Ia membantu bila terjadi perkara-perkara yang diluar jangkaan. Alhamdulillah majlis pernikahan ini berjalan lancar walaupun hujan lebat di luar rumah:) Tahniah kepada korang berdua. Tunggu full entry majlis sanding pula ye.



Nota kaki : Aku dah tak available pada bulan November 2012. Terima kasih kepada semua yang bertanya dan percaya hasil kerja aku. Aku sangat hargainya :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe