Rahidah & Aizuddin, Pelabuhan Klang

Bismillahirrahmanirrahim



Malam tadi aku gi sebuah pasaraya berhampiran rumah aku. Agak terkejut bila lihat dah ada promosi iklan2 raya sekarang. Malah dah ramai orang jual kuih raya di kaki lima pasaraya tersebut. Agaknya bilalah diaorang buat kuih raya tu. Masa hari raya mungkin kita makan kuih yang dah lebih 3 bulan dibuat :)

Bagi aku tak sesuai rasanya nak cerita pasal raya sekarang mahupun datangkan mood raya. Lebih-lebih lagi bulan paling mulia hanya beberapa hari dari sekarang. Kita semua banyak dosa. Insyaallah kalau dengan azam dan usaha perbaiki diri bersungguh-sungguh Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lepas. Perbaiki juga hati dan akhlak kita yang suka lihat kesilapan dan kesalahan orang lain hingga lupa dosa dan kelemahan sendiri.

Kali ni aku update majlis perkahwinan pasangan Rahidah & Aizuddin yang diadakan di Telok Gong, Pelabuhan Klang. Majlis pernikahan diaorang diadakan kat masjid baru kat kampung tu,hehe.




Majlis persandingan diadakan di pada keesokkan harinya. Din ni memang sempoi orangnya. Tapi susah gila nak bergambar,haha. Tapi berlainan dengan Ida yang suka gila bergambar. Jadinya banyak kali gaklah Din kena marah ngan Ida suruh senyum dan amik gambar :) Majlis kat rumah Ida ni diadakan secara rewang. Paling best majlis tu ada kambing golek, hehe.

Untuk makluman Ida tak buat pelamin kat luar. Pelamin hanya disediakan untuk saudara mara dan sahabat terdekat je. Pelamin tu pun buat dalam bilik Ida yang besar untuk tujuan bergambar :)


Sesi outdoor kitorang buat kat dalam kampung tu gak. Sebab banyak gak lokasi best. Ada kebun kelapa, ada jeti dan parit2 besar :) Sapa penah kahwin mesti tahu penatnya sesi outdoor:) Camtu gak si Din yang kena paksa juga semasa outdoor, nasib tak pengsan, haha. Terima kasih kepada Ida dan Din yang berikan kerjasama yang baik sepanjang sesi tersebut.




Akhirnya, kepada yang berkahwin dah dekat Ramadhan ni kena berjaga-jaga. Maklumlah dah dekat Ramadhan ni banyak pula orang datang kat kaunter2 zakat tanya pasal ‘Kifarah puasa’, hehe. Terima kasih kepada seluruh keluarga pengantin. Terima kasih juga kepada Cot aka Khairul Hafiz yang membantu aku dalam majlis ni. Tak lama lagi dapatlah aku shoot sahabat baik aku sorang ni,hehe. Tahniah kepada Ida dan Din!!!



Nota kaki : 2-3 hari ni aku takde kat ofis. Terlibat dalam program agihan untuk fakir miskin di seluruh Selangor. Insyaallah aku cuba reply mail yang bertanya secepat mungkin.

Nota kaki 2 : Lagu kat atas ni adalah antara fav song aku. Aku suka dengar lagu2 Adele.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

FJ & Umar, Penjara Kajang

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah dapat juga aku menulis kat blog ni lagi. Ada member tanya aku “Weh, ko kena tangkap ke masa perhimpunan BERSIH 2.0?“. Terkejut aku dia tanya camtu. “Kenapa cakap camtu?!“. “Aku nampak muka ko kat gambar bersih. Mana tau kena tangkap..” katanya selamba. Tergelak aku. Bukan apa, banyak lagi kerja aku nak buat kat rumah. Lagipun aku memang neutral dalam hal tersebut.

Aku sedang usaha nak jadi orang yang banyak bagi manfaat kat orang lain dalam semua segi. Aku cuba sumbangkan kemahiran dan ilmu yang aku miliki ke arah perkembangan Islam, negara dan keluarga aku. Alhamdulillah aku kerja di institusi zakat yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk uruskan rukun Islam zakat di negara kita. Amat penting bagi aku untuk kekal neutral supaya amanah ni dipegang kuat. Bukan untuk pihak kanan atau kiri tapi untuk pencipta aku semata.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan pasangan Faridah Juwita & Umar yang diadakan di Penjara Kajang. Ya betul, dalam penjara Kajang tu :) Layan dulu majlis nikah diaorang ni. Nanti sambung cerita.


linda1

linda1

linda1

linda1



Majlis pernikahan diaorang diadakan di masjid penjara Kajang. Besar dan cantik masjid ni. Keluarga Umar datang dari Sabah tau. Masa dah abis majlis tu banyak betul kuih muih dari Sabah diaorang bawak. Sedap-sedap plak tu. Memang tak pernah jumpa. Hish aku ni, orang cerita pasal nikah aku cerita pasal kuih plak, haha.

Majlis persandingan diadakan di dewan kat dalam kompleks penjara Kajang tu. Bertuah betul aku kenal pasangan FJ dan Umar ni. Sebelum ni tak pernah perfikir dapat masuk dalam ni :) Taknaklah masuk sebagai banduan, Nauzubillah. Diaorang ni satu tempat kerja kat dalam ni. Sweet je kan, hehe. Tapi umar ni je yang dalam unit beruniform. Semua orang panggil dia ‘Tuan’ tau :) FJ kat bahagian admin.

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1


Pertama kali juga aku shoot wedding bawah pedang tu. Rasa agak teruja gaklah masa amik gambar diaorang ni. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan tetamu yang datang memang ramai. Dari cerita diaorang ni banyak gaklah aku tahu sikit2 pasal penjara Kajang ni. Antaranya sapa tahu diaorang dalam ni ada sekolah menengah dikalangan banduan, ada kelas kraft, menjahit, spa dan lain-lain yang dijual kepada orang luar.

Dahlah teruja shoot pengantin bawah pedang pastu tambah teruja dapat outdoor ngan kuda plak. Double teruja!!haha. Kitorang buat sesi outdoor kat dalam kawasan penjara Kajang tu je :) Tapi kitorang dapat guna kuda tu kejap je dan memang tak boleh nak naik sebab mood kuda tu tak baik (kuda pun ada mood). Pengawal kuda tu taknak amik risiko naikkan diaorang. Tak pasal2 jatuh kuda plak pengantin baru,hehe


linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1




Untuk akhirnya aku ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pasangan FJ dan Umar yang berikan kerjasama yang sangat baik sepanjang majlis nikah dan persandingan. Aku tak dapat update banyak lagi sebab sekarang terlalu banyak komitmen kerja perlu diselesaikan. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku yang kenal sejak aku tingkatan satu, Halil Hayon yang teman aku shoot majlis ni.



Nota kaki : Aku dah reply semua mail yang bertanya. Kalau masih ada harap dapat mail sekali lagi ye. Mohon maaf akupun tak tahu kenapa banyak email masuk spam mail kebelakangan ni :(



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Nani & Zaini, Ampang

Bismillahirrahmanirrahim



Subhanallah dah hampir Ramadhan kita. Auranya dah terasa sekarang. Lebih-lebih lagi kat ofis ramai orang perempuan yang berpuasa ganti:) Puasa ni sebenarnya perlukan satu mindset yang bagitau tubuh badan yang kita akan berlapar sehari. Sebab tu orang yang breakfast dan lunch setiap hari boleh je berpuasa walaupun pada hari biasa ia nampak macam mustahil :)

Kali ni aku nak update wedding Hanani & Zaini yang diadakan di Ampang, Kuala Lumpur. Majlis pernikahan dan persandingan diadakan dalam kawasan Balai Polis tau :) Pertama kali rasanya aku shoot dalam balai polis, hehe. Alaaa balai polis sebelah Ampang Galaxy tu. Tak sangka dalam tu ada dewan yang selesa nak buat majlis kahwin.

Nani ni bekerja di Langkawi. Sian dia terpaksa berjauhan dengan suami selepas berkahwin. Takpe Nani dan Mat ujian tu. Nanti kalau aku nak gi Langkawi adalah kenalan nak dihubungi,hehe. Layan dulu majlis nikah beliau yang diadakan di surau Balai Polis Ampang.


linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1



Majlis pernikahan diadakan pada keesokkan harinya. Ada dua perkara yang aku tertarik dengan majlis ni. Pertama bunga tangan nani tu sebenarnya bukanlah bunga. Tapi ia adalah butang!! :) Butang tu dihias cantik sampai jadi bunga. Memang satu kelainanlah. Boleh simpan sampai bila2. Kreatif!! Kedua aku suka veil dia yang nampak simple dan cantik :) Nani sesuai tak pakai kerawang atas kepala.

Masa nak berarak memang mendung sangat dan hujan dah mula menitik. Tapi bila mula berarak terus panas,hehe. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun dewan tu jenis terbuka tapi rasanya cuaca membantu dan tak rasa panas. Ramai betul kawan2 diaorang berdua ni datang majlis tersebut.

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1



Sesi outdoor tersebut kitorang buat kat Taman Tasik Ampang je. Pertama kali sampai sini. Selalu tengok dari MRR2 je time lalu situ, haha. Tapi belah petang memang ramai sangat orang lalu lalang. Tapi jalan2 kat situ bahaya untuk budak2. Sebab dari tempat pejalan kaki boleh terus masuk dalam tasik. Bahaya untuk budak2.

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1




Untuk akhirnya, aku ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Nani yang berikan kerjasama dan layanan yang baik sepanjang 2 hari majlis berlangsung. Tahniah untuk korang berdua ye :) Terima kasih juga kepada sahabat baik aku, Khairul Hafiz aka Cot dan Halil Hayon yang sama2 shoot majlis ni dengan aku. Semoga korang semua dirahmati Allah sentiasa.



Nota kaki : Tak sabar nak bercuti panjang dari shoot wedding bulan Ramadhan :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Kisah tentang Intan

Bismillahirrahmanirrahim



Aku ada satu cerita nak kongsi. Ada seorang wanita yang mempunyai 3 orang anak kecil. Intan namanya. Beliau memandu kereta kancil setiap hari ke tempat kerja. Satu hari dalam perjalanan pulang ke rumah dengan gembira untuk berjumpa dengan anak-anaknya, tiba-tiba ada sebuah kereta dari arah berhadapan yang memotong dan tidak sempat mengelak kereta Intan. Mereka bertembung secara berhadapan.

Intan meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau meninggalkan suami dan 3 orang anaknya yang masih kecil. Sedih bukan, tapi sebenarnya ia adalah kisah benar. Sekarang cuba bayangkan orang yang memotong dari arah hadapan itu adalah kita dan kita hanya luka ringan dalam kemalangan tersebut kerana kita naik kereta yang lebih baik. Ada beg udara dan ciri keselamatan yang lebih baik.


Ida

Teaser wedding Saipi & Dr Yuhanis, Jalan Kebun



Apa yang aku cuba sampaikan ialah adakalanya kita membawa kenderaan dengan laju dan tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi walau apapun alasannya. Ada masanya kita rasa selamat kerana yakin dengan kemahiran memandu dan kereta kita. Tetapi jangan lupa, ada masanya Allah nak bagi pengajaran kepada kita. Sekelip mata kita menyebabkan orang lain terbunuh akibat kecuaian kita.

Bukan setakat itu, orang itu mungkin individu yang penting dalam keluarganya. Mungkin mereka ketua keluarga atau ibu kepada 5 orang anak kecil. Mungkin juga mereka seorang ketua yang baik dalam syarikatnya. Atau mungkin beliau seorang doktor, ulama dan pemimpin yang penting kepada masyarakat kelilingnya.

Dengan menyebabkan kematiannya kita telah menyukarkan kehidupan ramai orang lain. Kehilangan yang sangat besar kepada orang lain. Kita sebabkan anak kecil membesar tanpa ibu dan bapa. Kita menyebabkan ibu bapa hilang seorang anaknya yang paling baik. Kita sebabkan ilmu agama hilang dengan kematian orang alim dsb. Bagaimana rasanya hidup dengan rasa bersalah begitu? Jadi, berfikir sebelum bawa laju dan pentingkan diri. Bayangkan anda langgar bapa, adik atau kakak anda sendiri ketika bawa kereta laju. Wallahua’lam.


Nota kaki:Macam biasa aku bizi di kantor. Keadaan kesihatan akupun tak berapa baik. Doakan aku sihat-sihat je. Ada 3 full entry aku berhutang kat sini. Dah siap cuma tak sempat nak publish. Tunggu ye.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Ujian untuk bahagia

Bismillahirrahmanirrahim


Tanpa sedar kadangkala kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama ujian. Masalah yang kita tak pernah terfikir sebelum ni. Masalah yang sebenarnya kita tak mampu hadapi langsung.


Ida

Teaser wedding Ida & Din, Pelabuhan Klang



Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi kadangkala deritanya juga datang sama sekiranya tersilap langkah. Contohnya, ada orang fikir perkahwinan tu sangat membahagiakan bila dapat pasangan yang cantik paras rupa, memiliki kekayaan harta, kerjaya yang stabil dan sebagainya.

Tetapi berapa ramai yang menempah neraka bila melangkah ke alam berumahtangga tanpa sedar. Tanggungjawab yang diabaikan makin lama makin banyak kerana kekurangan ilmu. Siapa pula sangka setiap dosa anak-anak ditanggung mereka lebih-lebih lagi kalau gagal berikan ilmu tentang iman, ibadah dan syariat.

Sebab tu kalau ilmu rumahtangga kurang belajar dulu. Kalau kesabaran didik anak tu tiada, cari dulu kesabaran. Ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Akhirnya bahagia yang diimpikan menjadi penyebab dia semakin sengsara di dunia dan akhirat. Wallahua’lam.


Nota kaki: Hari Ahad ni dah bulan Syaa’ban. Sebulan lagi sebelum tiba Ramadhan. Jangan lupa tengok final Imam Muda malam ni :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Linda & Hanif, Kuala Lumpur

Bismillahirrahmanirrahim


Hari ni pada 1432 tahun yang lepas Rasulullah diangkat ke langit untuk menerima syariat yang paling besar sekali iaitu solat. Walaupun banyak peristiwa lain yang ditunjukkan kepada baginda tetapi hakikatnya tujuan utama adalah suruhan ibadah solat. Perjalanan tersebut dikenali sebagai Isra’ Mikraj yang menjadi satu tanda kekuasaan Allah.

Tanpa sedar sebenarnya isra’ dan mikraj ini menguji sejauh mana keimanan kita dalam 2 perkara. Pertama sama ada kita percaya perjalanan tersebut tanpa ragu-ragu. Kedua sama ada kita menjunjung tinggi syariat solat yang turun pada waktu tersebut. Ibadah yang jadikan seseorang itu lebih baik jika membuatnya dengan penuh ketaatan. Wallahua’lam.

Majlis kali ini adalah pasangan Linda & Hanif. Kedua-dua pasangan ni bekerja di tempat yang sama tau, Institut Jantung Negara :) Mintak-mintaklah sampai bila2 aku tak kesana. Tapi kalau ke sana aku dah tahu nak cari siapa, hehe. Serius, pasangan ni sweet sangat :)

linda1

linda2

linda3

linda4

linda5

linda6

linda7

linda8

linda9


Majlis pernikahan dijalankan di masjid Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dan majlis persandingan juga diadakan di dewan bawah masjid tersebut keesokkan harinya. Memang ramai tetamu yang hadir pada majlis tersebut terutamanya dari tempat kerja diaorang. Kadang-kadang muka doktor ni kita macam boleh kenal even sebelum orang bagitau pun,hehe.

Sesi outdoor pula kitorang pergi kat Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Sebenarnya salah satu lokasi yang sukar kalau pergi outdoor kat taman-taman pada belah petang ialah kehadiran ramai orang yang lalu lalang sama ada berjogging ataupun aktiviti keluarga. Memang satu cabaran buat photographer nak asingkan pengantin dalam ramai-ramai crowd :)

linda10

linda11

linda12

linda13

linda14

linda15

linda16

linda17

linda18

linda19

linda21

linda23

linda22

linda20

linda24

linda25

linda26

linda27

linda28

linda29

linda30

linda31

linda32

linda33

linda34




Untuk akhirnya, aku ucapkan terima kasih kepada Linda sekeluarga atas kerjasama dan layanan yang baik sepanjang majlis berlangsung. Tahniah untuk korang berdua ye :) Semoga Allah sentiasa merahmati hubungan yang terjalin hingga akhir hayat, amin.



Nota kaki : Aku berada di luar kawasan selama beberapa hari. Maaf atas kelewatan membalas email dan update blog :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Berlumba dalam beribadah

Bismillahirrahmanirrahim


teaserhanani

Teaser wedding Hanani & Mat, Ampang



Sekadar berkongsi bacaan di kala senggang. Dalam agama kita ada satu kaedah yang dipanggil Al itsar bil qurbi makruuhun wa fi ghairiha mahbuban, iaitu itsar mengutamakan orang lain dalam mendekatkan diri pada Allah atau beribadah itu adalah makruh. Tetapi kalau mengutamakan orang lain pada perkara selain ibadah itu sangat dianjurkan.

Dalam ibadah dianjurkan dan disunnahkan adalah berlumba-lumba mendapat yang paling afdal, mendapatkan pahala yang lebih banyak. Kalau sampai kita rasa cemburu ibadah dan amalan orang lain lebih baik dari kita maksudnya iman kita masih ada. Tetapi bukan terhenti di situ, kita berlu berusaha untuk menjadi yang lebih baik lagi. Ayuh sahabat-sahabat semua, kita usaha perbaiki segalanya sebelum tiba bulan Ramadhan. Supaya mudah rebut peluang ibadah bulan tersebut dengan minda dan fizikal yang bersedia. Wallahua’lam.




Nota kaki : Dalam perjalanan balik rumah semalam, ada sebuah motorsikal kemalangan. Patah tangan dan dia mengerang-ngerang kesakitan. Mahu tolong hubungi keluarga atau isteri beliau tapi hp nya ada password lock. Kalau dia pengsan ataupun meninggal dunia bagaimana orang lain nak hubungi keluarganya? Apa releven letak password kat hp dalam kecemasan?


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Cerita tentang abah dan gerabak

Bismillahirrahmanirrahim


Dulu masa kecik aku selalu ikut abah gi kebun kelapa sawit. Kebun sawit abah memang bersih. Kalau abah ngah petik kelapa sawit aku boleh main lari-lari ngan adik aku. Tak risau sebab boleh nampak abah dari jauh walaupun luas sayup memandang kebun tu. Tapi bukan sebab tu aku suka pergi kebun sebab main kat kebun sebenarnya bahaya. Ada banyak ular tedung dan ular sawa lalu lalang. Aku suka sebab dapat naik gerabak belakang motor abah. Serius best!!

[ klik sini kalau tak tau camne rupa gerabak ]

Gerabak tu biasanya abah isi rumput untuk bagi makan kambing dan lembu. Tapi kalau takde rumbut kitorang boleh naik atas tu. Abah layan je kitorang. Walaupun abah tarik guna motor kat depan, tapi kitorang kat belakang buat gaya macam naik kereta ada stering. Siap ada brek kaki lagi tu. Tapi gerabak mana ada spring. Jalan gi kebun pulak tanah merah je. Jadi setiap kali langgar lubang atau batu-batu memang sakit bontot aku. Tapi memang advanture sungguh.


outdoor1

outdoor2

outdoor3

outdoor4

outdoor6

outdoor7

outdoor8

outdoor9

outdoor10

outdoor11

outdoor12

outdoor17

outdoor15

outdoor16

outdoor18



Sebenarnya aku cerita pasal gerabak tu sebab teringat kat abah. Semalam masa aku pergi Sungai Besar atas urusan kerja aku nampak seorang bapak bawak anak dia naik gerabak camtu. Senyum sendiri aku. Aku dah tak merasa semua tu. Gerabak kat rumah kampung dah tukar baru sebab yang lama dah reput. Kadang-kadang rasa teringin nak bawak gerabak pergi ofis. Tapi aku tak tau nak taruk apa dalam tu, haha.

Gambar atas ni adalah sesi outdoor pasangan Zulhusni dan Azzah. Pasangan yang sangat senang bekerjasama. Add aku kat Acaii Jawe Photography page untuk gambar lain nanti. Untuk makluman, aku cuma ada pakej untuk post wedding buat masa ni. Tak kisahlah post wedding tu baru lepas kahwin, mengandung atau gambar family. Banyak juga aku dah ambil sebelum ni cuma tak taruk kat blog ni je. Cuma ia bergantung kepada availability aku:) Wassalam.



Nota kaki : Selamat hari bapa untuk abah walaupun abah aku mungkin tak pernah tahu aku ada blog ni. Aku sayangkan abah!! Gambar gerabak kat atas tu masa anak lembu aku mati. Masuk gerabak untuk ditanam kat tempat lain.

Nota kaki 2: Aku takde di Selangor sampai hari Ahad sebab ada kursus di luar. Insyaallah aku cuba reply email secepat mungkin. Terima kasih.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe