Cerita Selepas Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, majlis kat rumah aku dah selesai. Walaupun kampung aku dilanda banjir besar tetapi majlis tetap berjalan lancar. Aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua teman-teman dan sahabat yang sudi hadir ke majlis aku. Maaf sekiranya ada yang tersesat cari lokasi baru majlis tersebut ye. Maaf juga kalau aku tak dapat layan semua yang hadir ke majlis tersebut. Aku hargai sesangat kehadiran korang semua.

Oleh kerana ramai gila yang tanya gambar (sampai penuh inbox aku wei), aku taruklah 3 keping gambar, cukuplah:) . Gambar dari kamera aku dan gambar dari Official Photographer (OP) yang juga merupakan sahabat aku didiz (www.fotokahwin.com) dan pevey (www.peveyhack.com).



Selepas habis majlis terus kemas rumah aku yang banjir. Sampai harini pun tak siap lagi. Habis perabot dan barang-barang dalam rumah rosak,huhu. Sampai sekarang aku masih demam sebab keletihan mengemas rumah. Takziah untuk orang-orang kampung aku juga. Nanti aku update pasal banjir plak.

Sebenarnya selama kita hidup ni kita takkan pernah terlepas dari dugaan dan ujian dalam semua aspek kehidupan. Namun semua musibah yang melanda pasti mempunyai hikmah dan pelajaran yang bolah diambil asalkan kita lihat dari sudut yang positif. Wallahua’lam.


Nota kaki 1 : Terima kasih kepada member2 photographer yang datang kat majlis aku. Ada orang cakap aku macam artis ramai gila photographer amik gambar,wakakaka.

Nota kaki 2 : Terima kasih atas semua ucapan yang diberikan sama ada melalui blog ni, sms atau call. Maaf aku tak sempat reply semuanya dalam keadaan sekarang. Tunggu aku benar-benar sihat nanti ye. Aku hargai sesangat.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Jemputan Majlis Walimah*UPDATED*

Bismillahirrahmanirrahim.

Seperti sebahagian dari korang semua tahu, aku akan melangsungkan perkahwinan pada 19 April 2009 (Ahad) nanti. Jadi kepada semua sahabat, kengkawan, client dan pembaca blog aku dijemput untuk hadir ke rumah aku nanti. Maaf ye, aku tak sempat nak hantar kad kepada semua.

Di sini aku sertakan pelan rumah aku untuk panduan korang nanti :


Selepas ni mungkin aku tak update dalam masa terdekat. Terima kasih atas kesudian korang melawat blog aku ni. Maaf juga kepada beberapa orang client yang tidak dapat menggunakan khidmat aku sepanjang bulan ni. Thanks sudi request aku,cewahh..

Akhir sekali doakan semuanya berjalan lancar nanti.

Nota kaki : Aku tak sempat nak reply komen korang buat masa ni. Maklumlah, aku orang kampung je, takde internet kat umah,hehe. Insyaallah aku akan update selepas semuanya selesai :)

****** UPDATED 16 APRIL 2009 ******

Disebabkan banjir yang melanda kawasan sekitar Dengkil hingga ke Kampung Olak Lempit sekarang, lokasi majlis aku akan ditukar ke tempat baru. Setakat ini lebih 1000 orang masih berada di pusat pemindahan banjir.

Lokasi baru tersebut adalah seperti pelan di bawah ini (skala besar).



Untuk makluman lokasi baru tersebut adalah kurang dari 1.5km dari lokasi asal majlis. Doakan semoga penduduk beberapa buah kampung yang mengalami bencana ni sabar dan tabah hadapi dugaan ini. Beratus-ratus keluarga mengalami kerugian dan kehilangan harta benda dalam banjir ini.

Ada masa aku akan update cerita pasal banjir ni :) Terima kasih atas semua ucapan korang. Aku hargai sesangat. Aku akan reply bila keadaan kembali normal nanti :) Sampai jumpa lagi kengkawan.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Karnival Sukan MAIS

Bismillahirrahmanirrahim

Hujung minggu lepas, LZS sertai Karnival Sukan MAIS dan anak syarikat kat Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bangi. Macam-macam jenis sukan Indoor dan Outdoor diadakan. Oleh kerana aku terer (perasan) main futsal aku terpilih untuk wakil ofis aku dalam game tu. Macam biasa team aku dapat masuk final dalam 8 team lain yang bertanding *belagak. Tapi macam biasa gak, kitorang kalah kat final,hahaha.

Aku bawak kamera jadi adalah gambar sikit-sikit aku amik. Dah lama gila tak rasa suasana game camni, macam kat sekolah dulu2. Contoh dalam game badminton, orang yang main tu taklah terer sangat. Tapi penyokong dah macam dalam Stadium Bung Karno, Indonesia je,haha. Siap buat wave tengok badminton,huh. Layanlah gambar sikit ni.



Walaupun tujuan sukan ni untuk menyihatkan badan tapi sampai sekarang badan aku sengal-sengal :). Tapi yang paling best sebenarnya kalau wakil ofis ni ialah bila dapat baju, seluar track, beg dan sweater free,haha. Yang main batu seremban pun dapat tau. Oklah, have a nice day kengkawan.


Nota kaki : Hosting aku sekarang suka sangat ada unscheduled downtime. Alasannya major hardware failure iaitu alasan yang budak2 ICT termasuk aku pakai kalau sistem down kat tempat kerja,hahaha. Kalau tak boleh masuk blog ni boleh jadi problem tu terjadi.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Main ngan anak buah :)

Bismillahirrahmanirrahim

Dah lama aku tak tunjuk gambar anak buah aku. Dia sekarang dah pandai jalan guna walker :). Tapi skill dia terbaru ialah pandai buat merajuk kalau nak sesuatu,hehe. Dah pandai nangis olok-olok kalau tak dapat apa yang dia nak. Kalau dia ada kat rumah, rasa meriah je kat rumah. Kalau takde memang sunyilah.

Korang tengoklah muka dia buat-buat merajuk dalam gambar kat bawah ni :) aku suka acah-acah dia nak angkat dia pastu sengaja tak angkat,haha. Korang layanlah gambar dia sikit ni.



Haa, ni dia ngengada nak pegang kamera aku :) Last-last aku bagi gak pegang lens aku setelah err 5 minit dia berusaha,haha. *jahatnya aku.


Hayati lagu ni : Buatmu Ibu (Ae-man)
[audio:http://blog.faisalrahim.com/audio/www Ae-Man – Buatmu Ibu.mp3]

Kekadang bila tengok budak-budak membesar ni, barulah kita lebih hargai pengorbanan ibu dan ayah kita membesarkan kita. Lelagi bila kita tahu kita dibesarkan dengan keadaan serba kekurangan. Betapa susahnya mereka mencari rezeki dan bekorban semata-mata nak besarkan kita adik beradik. Berikan kita makanan, perlindungan dan pendidikan hingga kita besar. Mereka tabah hadapi karenah kita dari kecil hingga besar.

Tapi malangnya, ramai yang lupa semua pengorbanan mereka tu bila dah besar. Aku sedih bila baca blog seorang remaja yang mengutuk ibunya sendiri sebab tak dapat penuhi keinginannya, subhanallah. Minta dijauhkan dari perkara-perkara camtu. Nabi kita sendiri letakkan taraf ibu sangat tinggi.

Sebab tu kalau boleh selepas solat kita doakan kesejahteraan mereka dunia akhirat. Sambil tu bayangkan raut wajah mereka yang redup dan sayu bila kita sebagai anak melupakan mereka. Percayalah dengan restu mereka hidup kita lebih bahagia dan kita senang masuk syurgaNya,amin.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Pernikahan & Outdoor Nurul dan Hanizan

Bismillahirrahmanirrahim

Kali ni aku nak update Majlis Pernikahan Nurul dan Hanizan yang diadakan di Bandar Baru Bangi baru-baru ni. Nurul ni kerja jadi cikgu kat Sarawak sana. Kesian dia kena berjauhan ngan suami kat sini. Baru 4 hari kahwin dah terpaksa balik mengajar kat sana,huhu. Majlis persandingan diaorg akan diadakan pada bulan Jun nanti,insyaallah.

Sebenarnya Nurul ni member blog lama aku. Sejak aku dah takde blog dulu tu rasa macam dah hilang kengkawan lama aku kat sana. Tapi adalah beberapa orang yang masih berhubung termasuklah nurul ni :). Dalam majlis ni aku ditemani sahabat aku Kerul Shukor yang hensem sebagai 2nd photographer,hehe. Ni sedikit gambar-gambar sekitar hari tu.



Nurul nikah belah pagi. Jadi selesai majlis pernikahan tu dalam tengahari macam tu. Selepas solat Zohor kitorang terus keluar Outdoor. Bayangkanlah kepanasan masa tu,huhu. Sian kat pengantin sebenarnya. Sebab tu aku tak boleh shoot diaorang lama-lama kat luar. Kena cari tempat outdoor yang dalam bangunan jela. Gambar kat luar tu adalah gambar kat taman permainan depan rumah Nurul sebelum bertolak kat Putrajaya :)



Aku doakan semoga Nurul dan Hanizan berbahagia hingga akhir hayat,amin. Aku suka dengar khutbah nikah diaorang. Banyak ilmu dalam tu. Sebenarnya dalam pernikahan tu ada ketenangan, kedamaian, kebersihan, kesihatan, kesucian dan kebahagiaan yang diidamkan oleh setiap insan. Ia juga sebagai cara untuk menyempurnakan iman. Wallahua’lam.

Nota kaki : Banyak lagi aku kena belajar amik gambar ni sebenarnya. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang beri sokongan dan tunjuk ajar untuk aku perbaiki kelemahan. Terima kasih kengkawan.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita Belon Panas, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim

Malam minggu lepas aku pergi tengok belon panas selepas melawat sahabat aku kahwin kat Puchong tu. Tergesa-gesa aku pergi sebab member aku cakap start kul 8:30 malam belon panas terbang. Dalam kepala otak aku mesti cun amik gambar belon panas terbang malam2 :). Pukul 9 malam aku sampai sana jam gila. Pastu kena parking jauh. Abis lemak aku makan kat rumah pengantin sebelum tu sebab kena jalan jauh,hahaha.


Sekeping gambar yang sempat aku shoot.jadilah sbg bukti,haha


Sekali sampai rupanya diaorg main sembur2 gas je, hampeh betul. Pastu tak sampai 5 shoot aku amik dah abis!!! Aku rasa macam nak bakar je belon tu sebab tensen,hahaha. Menyesal aku datang dan jalan kaki jauh-jauh. Kalau setakat camtu kat rumah akupun boleh buat (tipu). Tapi sebenarnya memang aku yang bengong sebab tak baca tentatif program tu,keke.

Tapi yang aku perasan memang ramai gila orang pegang DSLR malam tu. Benda ni dah murah dan mampu milik. Sebelah kanan aku ada budak pegang DSLR lagi mahal dari aku. Sebelah kiri aku ada couple pakai DSLR dengan lens tele. Akupun tak tahu gambar apa dia amik guna lens tu :P Pastu aku borak ngan budak tu dan nak tengok gambar dia amik sebab aku tak dapat shoot dari mula. Sekali tengok gambar dia semua blur. Aku check setting dia guna mode Program (P),patutlah.

Tengok Exif data gambar2 dia, shutter dia ada yang 1 saat pastu guna ISO 200,huhu. Pakai tripodpun belum tentu dapat gambar yang sharp guna shutter rendah inikan hand held camtu. Kesimpulannya, ilmu tu lebih penting dari kamera mahal,hehe.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Aktiviti Hujung Minggu :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Hujung minggu lepas ni sungguh memenatkan badan aku. Macam-macam aktiviti aku buat. Hari Sabtu ada job kat Seksyen 4, Bangi. Majlis pernikahan dan outdoor Cikgu Nurul dan pasangannya Hanizan. Nantikan full-entry majlis tersebut dalam masa terdekat,ceewahh.


Teaser Solomnized & Outdoor Nurul & Hanizan, Bandar Baru Bangi.

Majlis kahwin Maoi dan Ayumi (sahabat)

Selepas abis outdoor aku terus berkejar ke rumah sahabat aku Fiza (Ayumi) & Fikree (Maoi) yang melangsungkan perkahwinan kat Saujana Puchong. Selepas solat maghrib baru sampai sana. Sampai je pasangan pengantinpun baru sampai rumah dari outdoor gak :) Sempatlah aku amik gambar diaorg kat pelamin sat,hehe.Aku doakan semoga korang berdua kekal bahagia sampai ke syurga,amin.



Satu perkara yang kena korbankan bila jadi photographer kahwin ni ialah bila ada sahabat kahwin semasa kita ada job kat tempat lain. Kekadang aku terpaksa datang sehari lebih awal atau seminggu lewat selepas majlis untuk sampaikan hadiah dan melawat diaorg. Kekadang memang tak sempat datang, lelagi yang jauh,huhu.Hanya kiriman doa dan ucapan pengganti diri.

Sebab tu kalau korang tengok photographer bekerja semasa cuti sebenarnya dia telah korbankan masa bersama isteri, anak, keluarga dan kawan-kawan semata-mata mencari sumber pendapatan tambahan untuk menyara keluarga. Itu belum kalau ada kecemasan seperti kematian, anak sakit dan sebagainya. Tapi ramai tak terfikir tentang tu bila minta photographer2 ni kerja lebih masa dengan bayaran yang terlalu rendah. Renung-renungkanlah :P

Nota kaki : Bengong betullah Chelsea, masa Manchaster United kalah time tu lah dia nak kalah gak,huhu

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Pernikahan Rosliana & Azami

Bismillahirrahmanirrahim

Fuh, rajin gila aku update. Baru semalam buat entry dah ada entry baru,hehe. Macam takde kerja ke je,haha. Kali ni aku nak tunjuk Majlis Pernikahan antara pasangan Rosliana & Azami kat Senawang, Negeri Sembilan.

Terima kasih kepada sepupu aku, Yanti yang perkenalkan aku kat dia. Ni kali pertama aku jumpa pengantinlah. Tapi tak kisah sebab memang dah bersedia jumpa sesapa asalkan tak kena tangkap gambar makhluk asing kahwin,haha (haa, mulalah nak mengarut tu!).

Rosliana ni memang pemalu orangnya. Masa mula-mula jumpa tu memang susah sikit nak senyum. Tapi bila dia dah selesa memang senang bekerjasama. Hubby dia Azami tu baru kenal tapi macam dah pernah jumpa je, ramah. Aku doakan semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat seterusnya sampai ke syurga,amin. Korang layanlah gambar banyak gila aku upload ni,hehe



Oleh kerana aku shoot sorang2, masa ngah berehat aku cuba reverse lens guna 50mm..:) hasilnya dapatlah gambar cincin kat atas tu. Nak dapat sekeping tu adalah dalam 15-20 shoot aku try,haha. Takpe, usaha tangga kejayaan :) Lenkali aku nak buat lagilah,chaiyok2!!

Ramai tanya aku dah berapa lama aku amik gambar wedding ni. Sebenarnya aku belum sampai 4 bulan pun amik job2 berbayar ni :). Memang banyak yang perlu aku perbaiki setiap masa sebab aku masih dalam proses belajar. Jadi tak adillah nak compare aku ngan photographer2 yang dah lama bertapak maupun profesional dalam bidang ni. Sila beri tunjuk ajar kengkawan semua :)

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com