Ekspedisi Gunung Datuk, Rembau

Bismillahirrahmanirrahim


Kali ni aku nak update tentang pendakian aku dan budak2 ofis ke Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan pada 6 Mei 2012 lepas. Sebenarnya akupun tak sangka boleh join diaorang ni. Entah bila masa aku registerpun dah lupa. Sedar-sedar aku dah ada atas bas menuju ke sini,haha. Seramai 35 orang join program kali ni. Semua gambar dalam trip ni aku gunakan kamera lama aku D80 dan lens fisheye 10.5mm sahaja. Semua gambar ni unedited, bukan ada orang nak bayarpun :)


Kalau ikutkan papan tanda ni diaorang cakap Dato’ Pepatih adakan meeting kat atas ni pada tahun 1372 masihi. Betul ataupun tidak Allahua’lam. Tapi kalau aku memang takde kerja nak naik tinggi2 buat meeting sedangkan kalau kat kaki gunung pun takde orang nak mengintai sebab hutan belantara semuanya.

Untuk ke sini korang just keluar persimpangan Pedas/Linggi dari highway Utara Selatan dan follow signboard ke Rembau. Pertama kali den sampai kek Rombau. Pastu adalah papan tanda ke Gunung Datuk. Kalau tak jumpa tanya je orang tepi jalan. Nak mendaki, kena bayar RM3 sebelum panjat. Ada juga orang sengal yang tak bayar terus naik tapi tak patutlah. Diaorang juga perlukan duit nak operasikan tempat ni. Utiliti dan kebersihan juga perlukan kos. RM3 pun berkira!


Sebenarnya kitorang bermalam kat kaki gunung sebelum bercadang gerak awal pagi. Aku tidur lewat gila pukul 3 pagi pas keluar tengok bola Chelsea vs Liverpool final Piala FA kat Pokan Rombau. Pukul 5:15 pagi aku orang pertama bangun dan kejut budak2 lain. Tapi dong dang dong ding, 7:30 pagi baru nak bertolak. Janji manis betul, pulangkan wang kami!!


Selepas ni style ni boleh jadi treadmark aku :) Ramai orang pakai stoking berlapis-lapis dan kasut but. Tapi aku selamba gaban tak pakai stoking. Sebab senang nak tengok kalau-kalau ada pacat naik kat kaki:) Lagipun aku memang takde kasut nak outdoor ni. Kasut ni pun aku beli sebab ada program ofis tahun lepas,haha.


Dengan ketinggian 2900 kaki aku rasa taklah tinggi sangat sampai nak panggil gunung (belagaklah tu!). Tapi bila start mendaki Ya Rabbi, kenapa takde orang bagitau gunung ni menegak sepanjang jalan. Aku rasa curamnya dalam 60-70 darjah! Kalau berdiri tegak, langkah pertama tinggi gak lutut. Pastu ia berterusan sampai bila-bila.


Mula2 mendaki biasalah semangat gila. Senyum2, gelak2 tapi bila dah 15 minit mendaki muka semua dah kepenatan. Muka orang menyesal naikpun ada,haha. Laluan untuk naik ke atas sampai ke check point pertama memang betul2 menyiksa lutut, jantung, paru-paru dan buah pinggang. Seluruh badan rasa sakit.


Sampai satu tahap tu aku rasa macam nak putus asa bila tengok laluan tu tak berhenti-henti memanjat selirat akar kayu untuk ke atas. Laluan tu macam takde kesudahan sampai bila-bila! Kalau pandang bawah memang sayup je nampak. Boleh bayang kalau aku tergolek jatuh, boleh sampai kat tempat mula-mula naik sebelum ni. Mulalah menyesal dah lama tak berlari dan main bola.

Nak dijadikan cerita, baru suku perjalanan hujan turun dengan lebat!! Just great! Aku terpaksa masukkan kamera dlm plastik dan letak dalam beg je. Laluan jadi bertambah sukar dan licin. Beg makin berat. Tempat panjat tu jadi laluan air turun. Kalau tadi dah sukar kali ni dah jadi ‘kesukaranandos = sukar x 2 + lapar’. Masa ni lah mula bercakap kat diri sendiri, buat apalah cari pasal susah2 panjat camni. Kalau hujan2 kat rumah sekarang boleh baring2 tengok TV dan makan jajan,huhu.

Diaorang cakap kalau orang yang fit boleh naik sampai puncak 2 jam. Tapi baru 40 minit mendaki, aku rasa peluang nak sampai atas makin tipis. Dengan hujan tersebut mungkin peluang nak dapat selsema dan demam sangat dialu-alukan untuk MC pada keesokkan harinya,hehe.


Aku salute kumpulan kitorang yang muda-muda yang masih boleh senyum dan ketawa bila nak amik gambar bila sampai check point pertama dan seterusnya :) Time tu je lah boleh keluarkan kamera dari plastik dan snap. Itupun kena paksa,haha. Pastu masukkan balik sbb hujan masih renyai.


Tapi bila lembab dan basah ni makhluk yang ramai orang geli mulalah bermaharaja lela. Pacat!! Ada ramai gak orang kena gigit pacat. Aku kena seekor kat kaki. Ada yang dah sampai belakang badan kena gigit pacat. Sampai sekarang aku masih berfikir camne bleh sampai kat situ.

Sampai ketinggian 600 meter tu aku dah mula rasa kesejukkan gunung tersebut. Aku ingat dah dekat sampai tapi rupanya jauh lagi. Guider dan budak yang kat depan kitorang yang buat lawak cakap dah sampai hanya berikan harapan palsu. Sampai 5-6 kali diaorg buat lawak camtu aku rasa nak cucuk je perutnya ngan kayu yang aku bawak. “Kalau nak buat lawak pergilah join raja lawak lah kat Astro” Tapi tu aku berani cakap dalam hati jelah,haha.


Untuk makluman ada 3 orang budak berumur bawah 6 tahun join kumpulan kitorang. Diaorang ni anak kepada staf ofis aku. Budak-budak ni memang tak reti penat. Boleh marah ayah dia “Ayah, cepatlah sikit!”. Ayah diaorang dah tercungap-cungap setengah mati kejar diaorang. Tapi paling best sampai tengah jalan ada sorang anak tu cakap ngan ayah dia “Ayah nak berak”, haha. Jenuh kepala nak fikir.


Akhirnya setelah jerih perih kaki memanjat sampai juga kitorang kat puncak, Alhamdulillah. Puncak dia sebenarnya ada tanah lapang yang boleh buat perkhemahan kat sini. Suasana kat sini dingin dan berkabus. Mungkin sebab hujan tadi. Group kitorang amik masa hampir 2 jam naik ke atas ni. Terkejut gaklah boleh sampai awal camni. Aku budget 4 jam nak sampai sini,hehe.


Kalau tengok gambar ni ada orang chinese ngah bertafakur gaya yoga. Sepatutnya orang Islampun kena berdoa juga sebab berdoa di tempat yang tinggi tu antara tempat yang makbul doanya. Sementara tunggu semua sampai kitorang hilangkan lelah dengan bergambar dan buat aktiviti bebas. Nak naik ke puncak sebenarnya kena mendaki lagi batu-batu besar. Tapi sebab ada satu group yang besar sedang mendaki kitorang tunggu diaorang turun dulu.


Bergambar bersama Ustaz Azhan al-hafiz. Dia ni ustaz Al-Quran masa aku sekolah menengah dulu. Sekarang dah satu tempat kerja. Walaupun dia ni ustaz tapi boleh tahan gila2 dia juga ni. Sapa kenal dia tahulah maksud aku,hehe. Gambar ni tegak sebenarnya tapi malas aku horizontal kan :)


Lepas ramai group kat atas tu turun kitorangpun mula naik kat 10 meter terakhir tu untuk ke puncak batu. Kalau tengok gambar ni boleh nampak ada geng yang baru sampai kat belah kiri dan kitorang start mendaki batuan tu. Ada beberapa tingkat yang memerlukan peserta untuk naik tangga untuk ke atas.


Kalau tengok belah kanan gambar ni, ia adalah satu curam yang sangat tinggi. Pendaki akan lalu laluan sempit belah kiri yang akan menuju ke atas.


Haaaa untuk ke atas puncak memang kena panjat tangga besi ni. Dahlah lepas hujan dan sejuk, tangga ni pun basah. Angin plak bertiup kencang. Memang satu bonus kat orang-orang yang penakut macam aku. Nampak memang macam rendah tapi kalau nak naik memang gayat gila!!


Tapi hero macam aku memang tak de masalah naik ni,haha. Ni gambar dari atas. Kalau tangan licin dan terlepas boleh jatuh kat batu besar tu dan korang boleh agaklah apa yang jadi. Aku rasa tangga ni baru je dibuat sebab aku google sebelum ni jalan nak panjat ni memang lain. Guna tangga yang lebih menakutkan.


Alhamdulillah sampai kat tingkat ni baru nampak keadaan sekeliling. Tapi masa ni masih berkabus dan angin bertiup kencang. Sejuk jangan cerita lah. Dari sini juga boleh nampak puncak batu yang kena panjat tangga lain. Atas tu kawasannya terhad. Jadi kena tunggu giliran nak naik juga. Masa ni ada ramai group awal yang lepak kat atas tu.


Ni pandangan dari puncak tertinggi Gunung Datuk. Aku saja panjat dulu nak tengok berapa ramai kat atas ni sebelum member-member lain panjat puncak ni.


Ni gambar dalam angle yang lebih kurang sama. Kalau tengok betul2, sekeliling tempat tu memang curam dan sapa2 yang malas nak turun boleh short cut guna jalan tu *kidding2 :) Sapa terjatuh memang arwahlah senang cerita. Atas batu besar memang tak perasan betapa bahayanya kedudukan kita. Aku ada nampak group lain buat lawak main tolak-tolak. Kalau jatuh betul2 memang masuk penjaralah kau atas tuduhan membunuh anak orang tanpa niat.


Ok, ni gambaran sedikit kat puncak Gunung Datuk pada ketika itu. Muka aku dah macam apek jual sayur sebab baru pas potong rambut sehari sebelum tu. Atas batu tempat aku pijak tu memang nampak jauh ke bawah. Aku rasa mungkin ambil masa seminit kalau nak sampai ke bawah :) Sempat lagi nak mengucap. Ni beberapa gambar aku camwhore sementara tunggu diaorang naik ke atas puncak ni. Cuaca pada waktu ni banyak berkabus. Tak nampak pemandangan sekeliling.

Tapi sesekali bila angin tiup baru nampak pandangan 360 darjah sekeliling. Katanya boleh nampak sampai selat melaka dari sini. Tapi aku rasa mungkin kalau guna teropong kot. Aku dahlah rabun ayam, setakat nampak jalan raya panjang pun dah bersyukur.


Ok, buat camni lagi kat puncak Gunung Datuk, yeaayy!!


Ok, ni satu tanda terkenal yang ramai panggil tapak Hang Tuah. Adiman cakap Hang Tuah landing macam Ultraman satu kaki! mengarut, Haha. Ni cuma cerita orang2 yang penat panjat kat atas ni rasanya. Tapi kalau betul, agaknya lepas hang tuah landing dia terus terbang balik sebab tapak kakinya cuma ada satu je atas ni :)


Masa kat atas ni angin memang agak kuat dan sesekali ada percikan air macam air hujan tu. Kalau nak rasa suasananya camne, cuba duduk dalam aircond pastu hidupkan kipas dengan kekuatan 2 dan halakan ke muka. Memang rasa sejuk dan nyaman je:) Ni mungkin sebab hujan tadi walaupun dah nak tengahari. Kalau time panas terik, mau terbakar kepala kalau duduk atas ni.


Tengok sahabat aku nak shoot gambar sampai kena baring. Kat belakang dia tu curam dan kalau ada orang hati kering bolehlah berdiri untuk bergambar :)


Ok, ni gambar sebahagian peserta xpdc kat atas tu. Ada geng kitorang yang tak naik ke sini. Ada juga yang telah turun.


Sebenarnya bila dah berada di puncak ni semua kepenatan mendaki hilang bersama angin sejuk yang bertiup kuat. Aku mengambil masa bersendiri dan menikmati pemandangan di puncak ni. Subhanallah. Kalau masa nak naik tadi aku menyesal sebab nak pengsan kepenatan tapi sekarang aku dah bersedia untuk naik ke gunung seterusnya!! Wallahua’lam.





Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe