Bismillahirrahmanirrahim
Dulu-dulu masa aku kecik, kalau bertandang ke rumah orang bersama mak ngan abah, mesti kena duduk diam-diam. Tak boleh suka-suka masuk bilik orang, lari ke sana sini, belek2 barang apatah lagi main mainan anak-anak mereka. Kalau degil biasanya mak datang dekat dan cubit kat perut aku sembunyi2. Sakitnya ya amat. Kat rumah mungkin kena marah lagi sekali.
Begitu jugalah kalau ada tetamu datang. Kalau nak main lari-lari mak suruh keluar dari rumah supaya tak ganggu tetamu. Apapun cara didik pada waktu itu, mesejnya adalah sama. Hormati tetamu dan belajar bersopan di hadapan orang lain. Benda tu lah yang tersemat rapi dalam memori dan diamalkan hingga besar.
Teaser Izyan & Hikshan, Putrajaya
Aku pernah lihat anak-anak yang agak nakal yang memecahkan pasu bunga hinggalah ke cermin sliding door ketika berada di rumah orang. Ibu bapa hanya meminta maaf dan mengaku tidak dapat kawal anak mereka. Teringat kata-kata Dr Fadhilah Kamsah dalam program motivasinya. Anak-anak yang nakal biasanya ibu bapa yang kena ubah cara didikan mereka. Apa yang anak tu lakukan semasa kecil adalah kesalahan dan tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya. Anak-anak cerminan ibu bapanya.
Semalam mak ngan abah melawat rumah aku. Macam-macam mak bawak. Dari buah-buahan sampai jajan. Rasa segan pula sebab kekadang aku balik kampung pun tak bawak buah tangan banyak camtu. Aku memang suka terima kehadiran tetamu kat rumah. Mungkin mewarisi dari mak ngan abah. Tetamu tu datangnya membawa rezeki dan pulangnya membawa dosa-dosa kita. Banyak hadis-hadis Rasulullah cerita tentang kelebihan memuliakan tetamu. Mungkin orang sekarang perlu bina serta buka lebih banyak pintu & tingkap supaya mesra tetamu. Bukan memasang tembok dan dinding seperti kubu di rumahnya. Rezeki yang berkat sukar nak masuk. Wallahua’lam.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe