Cerita tentang abah dan gerabak

Bismillahirrahmanirrahim


Dulu masa kecik aku selalu ikut abah gi kebun kelapa sawit. Kebun sawit abah memang bersih. Kalau abah ngah petik kelapa sawit aku boleh main lari-lari ngan adik aku. Tak risau sebab boleh nampak abah dari jauh walaupun luas sayup memandang kebun tu. Tapi bukan sebab tu aku suka pergi kebun sebab main kat kebun sebenarnya bahaya. Ada banyak ular tedung dan ular sawa lalu lalang. Aku suka sebab dapat naik gerabak belakang motor abah. Serius best!!

[ klik sini kalau tak tau camne rupa gerabak ]

Gerabak tu biasanya abah isi rumput untuk bagi makan kambing dan lembu. Tapi kalau takde rumbut kitorang boleh naik atas tu. Abah layan je kitorang. Walaupun abah tarik guna motor kat depan, tapi kitorang kat belakang buat gaya macam naik kereta ada stering. Siap ada brek kaki lagi tu. Tapi gerabak mana ada spring. Jalan gi kebun pulak tanah merah je. Jadi setiap kali langgar lubang atau batu-batu memang sakit bontot aku. Tapi memang advanture sungguh.


outdoor1

outdoor2

outdoor3

outdoor4

outdoor6

outdoor7

outdoor8

outdoor9

outdoor10

outdoor11

outdoor12

outdoor17

outdoor15

outdoor16

outdoor18



Sebenarnya aku cerita pasal gerabak tu sebab teringat kat abah. Semalam masa aku pergi Sungai Besar atas urusan kerja aku nampak seorang bapak bawak anak dia naik gerabak camtu. Senyum sendiri aku. Aku dah tak merasa semua tu. Gerabak kat rumah kampung dah tukar baru sebab yang lama dah reput. Kadang-kadang rasa teringin nak bawak gerabak pergi ofis. Tapi aku tak tau nak taruk apa dalam tu, haha.

Gambar atas ni adalah sesi outdoor pasangan Zulhusni dan Azzah. Pasangan yang sangat senang bekerjasama. Add aku kat Acaii Jawe Photography page untuk gambar lain nanti. Untuk makluman, aku cuma ada pakej untuk post wedding buat masa ni. Tak kisahlah post wedding tu baru lepas kahwin, mengandung atau gambar family. Banyak juga aku dah ambil sebelum ni cuma tak taruk kat blog ni je. Cuma ia bergantung kepada availability aku:) Wassalam.



Nota kaki : Selamat hari bapa untuk abah walaupun abah aku mungkin tak pernah tahu aku ada blog ni. Aku sayangkan abah!! Gambar gerabak kat atas tu masa anak lembu aku mati. Masuk gerabak untuk ditanam kat tempat lain.

Nota kaki 2: Aku takde di Selangor sampai hari Ahad sebab ada kursus di luar. Insyaallah aku cuba reply email secepat mungkin. Terima kasih.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Membesar zaman 80an

Bismillahirrahmanirrahim


Setiap kali aku dengar lagu Awan Nano ni mesti aku teringat abah. Mungkin sebab mula-mula aku dengar lagu ni masa tengok video klip lagu ni :) Dulu aku membesar pada awal tahun 80an dalam keadaan serba kekurangan. Bukan family aku je tetapi semua penduduk kampung rata-rata begitu kehidupannya. Cukuplah bayangkan aku baru merasa tenaga elektrik ketika darjah 4. Jakun gila masa tiang-tiang kayu LLN dipacak kat kampung untuk masukkan letrik kat kampung aku. Yelah, dari kecik aku membesar dengan lampu gasolin dan lampu minyak tanah.

teaser-ju

Teaser wedding Fazly & Dr Juliana


Sebelum kampung aku ada letrik, rumah aku ada sebuah TV hitam putih. TV tu guna bateri kereta untuk dihidupkan. Jadi setiap kali bateri habis abah akan cas balik kat kampung sebelah. Kalau tengah tengok TV tiba2 mati tu maksudnya bateri dah abis :) Tensen je kalau tengah tengok cerita best. Abah jugak yang kena bawak bateri tu naik motor pergi cas balik.

Satu lagi perkara yang masih segar dalam ingatan aku ialah bau arang pada baju sekolah. Aku suka sangat bau tu. Bau tu datang dari seterika arang. Seterika besi yang berat. Mak kena bakar arang dulu baru masukkan ketulan arang yang merah menyala tu dalam seterika. Kadang2 ada gak habuk arang tu kena kat baju sekolah.

Sebenarnya aku beruntung dapat rasa suasana membesar camtu. Ia mengajar aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Motivasi aku untuk menjadi rajin dan berusaha bersungguh-sungguh sama ada semasa belajar dulu mahupun bekerja sekarang lebih tinggi berbanding kalau aku dah memiliki semuanya semasa membesar. Wallahua’lam.




Nota kaki : Malam tadi masa dinner, tiba2 si hafiz ni makan sebelah meja aku ngan member2 AF yang lain. Tapi aku memang tak kenal langsung diaorang semua kalau wife tak bagitau, haha.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Kemalangan motorsikal

Bismillahirrahmanirrahim


Masa mula2 aku belajar naik motor dulu umur aku dalam 11 tahun camtu. Abah ada satu motor Honda kepala bulat. Atas keinginan tinggi nak belajar bawa motor aku curi-curi naik motor abah. Dipendekkan cerita, aku ngan motor tu tersangkut kat pokok rambutan belakang rumah aku. Dalam sakit2 jatuh motor dan kena belasah ngan abah, aku tetap suka sebab dapat naik motor tu :)

fadhilahteaser

Teaser wedding Fizi & Fadhilah



Sejak tu sampailah zaman kat universiti dah banyak kali aku jatuh motor. Siku dan lutut aku semua dah berparut2. Setiap kali lepas kemalangan insaf sekejap. Selepas tu bawak laju lagi. Biasalah darah muda. Teringat masa kemalangan masa belajar kat universiti. Bila dah jatuh, orang ramai tolong angkat aku. Dalam berdarah-darah tu aku tanya motor aku tu ok tak. Risau oo, motor RXZ dah make-up cantik tu :P

Dah besar ni lebih berhati-hatilah. Adrenalin tu dah kurang. Motorpun cc rendah je. Tapi kadangkala malang memang tak berbau. Kelmarin aku terlibat dalam kemalangan motorsikal. Taklah teruk mana tapi banyak luka, bengkak dan lebam2. Nak gerak pun sakit. Tapi 4-5 penunggang motorsikal yang terlibat sama lagi teruk. Dapat gaklah MC beberapa hari. Nasib baik takde yang patah2. Doakan aku cepat sembuh semua.



Nota kaki : Tunggu full entry majlis kat atas ni next week :) Sapa faham lagu dalam entry ni memang aku respek lah :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Sopek

Bismillahirrahmanirrahim


Dulu. Masa aku kecil, kampung aku baru je dibuka. Pokok kelapa sawit yang abah tanam pun masih muda. Peneroka yang sama-sama tebang hutan baru je berumahtangga. Jiran terdekat sayup-sayup je kelihatan. Jalan depan rumah aku masa tu hanya boleh lalu motorsikal dan basikal je. Jangankan jalan tar, tanah merah pun tak pernah jumpa.

Seberang jalan besar depan rumah aku hutan belantara. Tak sampai 500 meter. Tiap-tiap malam dengar macam-macam binatang berbunyi sebelum tido. Paling meriah bunyi monyet. Selalu kalau abah tak pergi kebun kelapa sawit, abah selalu ajak aku masuk hutan. Kadang-kadang tembak rusa dan cari ayam hutan. Kadang-kadang cari madu lebah. Kalau cari madu lebah aku jadi tukang pegang baldi. Bila abah dah asapkan sarang lebah sampai lebah tu pening, abah panjat pokok. Pastu potong sarang tu campak kat aku kat bawah.

ezan2

Teaser wedding di sawah padi.



Mesti ramai tak pernah makan daging ayam hutan kena tembak. Dulu abah ada senapang patah. Senapang patah ni peluru dia berterabur. Jadi selepas sembelih ayam dan dimasak kadangkala kat daging ayam tu ada lubang2 dan bintik2 hitam. Kadangkala memang tergigit serpihan puluru tu. Rasa belerang. Hebat tak? Dari kecik aku makan ayam kampung atau ayam hutan. Teringat kali pertama makan ayam ternak masa sekolah rendah. Aku tanya mak, kenapa daging ayam tu lembut sangat. Aku tak suka. Sebab daging ayam hutan dan ayam kampung biasanya memang liat.

Projek KLIA yang bermula awal tahun 90an benar-benar mengubah cara hidup orang kampung aku. Dalam masa singkat semuanya dah maju. Lebih 20 orang kampung aku jadi jutawan segera sebab tanah mereka dilanggar projek-projek besar. Rezeki. Banyak kawan aku terpaksa berpindah sebab tapak KLIA tu adalah kawasan petempatan mereka. Sapa pernah tahu dulu nama kawasan KLIA tu adalah ‘Sopek’. Nama tempat tu dah hilang dalam peta dengan adanya KLIA.

Kadangkala bila lalu kawasan luar bandar yang tenang, aku selalu teringat kenangan aku membesar. Aku rindu nak perah madu sendiri dengan tangan melekit. Aku rindu main ngan kura-kura liar yang selalu ada di kawasan rumah. Aku rindu mandi kat telaga depan rumah. Aku rindu bawak balik ayam hutan yang ada serpihan peluru dalam dagingnya. Tapi aku tahu semua tu takkan berulang lagi. Negara kita dah maju dan lebih baik dari semua segi. Semoga dalam kemajuan tu kita masih tidak lupakan asal usul kita. Wallahua’lam.




Nota kaki : Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W. Banyakkan selawat hari ni.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Cerita beraya di kampung

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, kebanyakkan kita dah mula kerja hari ni setelah bercuti panjang untuk beraya. Masing-masing dengan cerita raya yang tersendiri :) Akupun tak tahu jin apa yang merasuk aku sampai makan tak ingat dunia masa raya kali ni. Sampai segan nak taruk gambar kat sini sebab dah gemuk, haha.

Tahun ni aku beraya di Kampung wife di Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Bila beraya kat sini teringat masa zaman membesar di kampung yang masih ‘suci’ lagi. Keadaan kampung yang hening dan sejuk ketika waktu pagi diselangi bunyi burung dan cengkerik, air parit yang jernih, masa berjalan perlahan, tiada bunyi kenderaan lalu lalang dan sebagainya. Jangan kata broadband, telefonpun kekadang takde line :)

Dah lama juga aku tak jalan kat rumah atas, bila berjalan boleh bunyi papan berkeriuk satu rumah. Kalau budak2 berlari-lari memang almari lama yang ada cermin tu pun bergegar sama :) Teringat dulu semasa kecil, kena jalan jinjit masa jalan kat atas rumah sebab abah tidur. Kalau berlari memang alamat kena rotanlah sebab gangu abah tidur, hehe. Ni sedikit gambar tempat aku beraya :



Kat kampung belah sini memang ada majlis kenduri tahlil arwah pada hari raya kedua. Jadi persiapan menyediakan juadah tu memang meriahlah. Lelagi dengan kehadiran saudara mara dari seluruh negara. Dengan hari lebaran ini, hubungan silaturrahim dapat dieratkan dan dikukuhkan. Saudara mara yang jauh dapat didekatkan. Semoga tradisi ini dikekalkan.

Satu hari nanti, mungkin bila dah bersara aku cadang nak duduk kat kampung camni. Hidup bermasyarakat, berbakti kepada tanah, bersolat 5 waktu di masjid berhampiran dan habiskan sisa2 hidup dalam suasana tenang dan damai dari kesibukan kota. Entahlah, walaupun mungkin ramai yang tidak suka tapi mungkin jiwa aku memang begitu :)



Nota kaki : Beraya di Banting dipenuhi dengan cerita Sosilawati je:) Terkenal Banting di seluruh negara. Jemputlah datang ke Banting semua ye, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Kenangan pokok besar

Bismillahirrahmanirrahim



Kat kampung arwah nenek aku dulu ada banyak pokok hutan yang besar kat simpang-simpang jalan. Kebesaran pokok tu diukur dengan ukuran ‘pemeluk’ sebab mana ada orang kampung reti nak kira diameter pokok masa tu :) Kalau besar 5 pemeluk maksudnya orang dewasa mengelilingi pokok tu dengan depakan tangan (macam memeluk pokok) sampai 5 kali pusing baru jumpa titik mula.

Gambar ramai-ramai atas pokok aritu :)


Kalau balik kampung aku suka panjat kat sebuah pokok besar tu tinggi2. Pastu duduk mengelamun mengenang cinta hati, haha. Kebesaran dahan pokok tu sampai aku boleh bersila kat atas tu tengok orang lalu lalang kat bawah. Kalau malam-malam mesti orang ingat aku hantu penanggal atau langsuir, hehe. Itu antara hantu yang selalu orang cakap ada kat pokok tu selain pontianak. Banyak kali juga aku tidur atas pokok tu. Tapi sekarang pokok tu dah tak ada sebab dah kena tebang.

Aku cerita camni sebab bila tengok pokok besar2 aku selalu teringat zaman kecik-kecik dulu. Memang susah nak jumpa pokok-pokok hutan yang besar camtu sekarang. Semua dah kena tebang sama ada untuk besarkan jalan, buat taman perumahan dan pembangunan lain. Rasa seronok dapat jumpa pokok berusia ratusan tahun di Taiping aritu :) Bila dah balik sini baru perasan takde satupun gambar aku dengan pokok-pokok tu sebagai kenangan, huhu.



Nota kaki : Aku bizi siapkan satu projek kat ofis. Tak sempat nak edit gambar teaser lepas tu. Insyaallah minggu depan ye :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Entry Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Malam tadi selepas solat Isyak, aku duduk makan dengan mak berdua kat dapur. Aku perasan rambut mak dah mula beruban keputihan. Sungguh, aku tak pernah sedar pun sebab jarang duduk rapat-rapat dengan mak begitu. Mak dah nampak berusia sekarang dengan garis-garis tua halus di mukanya.

Patutlah mak selalu mengadu keletihan skrang. Banyak berehat.

Masih ingat lagi semasa kecik dahulu, mak bersusah payah angkat air dari simpang depan kampung ke rumah semata-mata nak dapat bekalan air bersih masa kampung aku belum ada air.

Mak kuat. Masih ingat lagi mak tunggu aku ngan adik kat luar tadika sepanjang pagi sebab adik aku tak nak ditinggalkan. Aku tak pernah peduli beban kerja mak sebab tunggu kitorang, betapa bosan mak tunggu berseorangan, betapa dia mengantuk sebab bangun awal pagi dan kena siapkan makanan tengahari selepas tu.
p
p


Mak ketika masih muda bersama kawan-kawannya

p
p
Masih ingat lagi masa dah sekolah menengah campur dengan kawan-kawan, aku selalu anggap mak berfikiran mundur sebab tak dapat berfikir macam aku. Mak selalu mengalah bila bercakap dengan aku.

Alangkah bodohnya aku!

Aku lupa mak selalu bersusah payah masak masakan kegemaran aku setiap kali mak melawat aku kat asrama dengan abah naik motor je. Ayam masak kicap dalam bekas plastik sahaja. Aku lupa pakaian mak ala kadar je bila aku selalu merungut nak pakai baju lawa-lawa dan berjenama sebab terikut dengan kawan-kawan aku yang lain. Sampainya hati aku buat mak camtu.

Mak besarkan aku dengan sabar dan penuh kasih sayang walaupun hidup kitorang dalam kesusahan dan kekurangan sejak kecik. Air muka mak sudah menggambarkan kesusahan masa lalu. Aku lupa betapa susahnya mak nak masukkan benang dalam jarum malam-malam dengan lampu gasolin bila aku mengadu seluar sekolah aku koyak. Mak tak pernah merungutpun.

Tapi aku selalu je merungut bila mak nak minta tolong bila aku kepenatan ketika pulang dari kerja :’(

Bila aku tengok keadaan aku sekarang, baru aku sedar, mak yang aku anggap berfikiran kampung dan tak reti apa-apa dah berjaya membesarkan kami adik beradik dengan sempurna. Biarpun mak tidak berpelajaran tinggi tapi doanya setiap kali selepas solat dan kasih sayangnya melebihi segalanya.

Tanpa mak, aku takkan sampai mana-manapun.
p
p


Aku dibesarkan dengan lampu gasolin macam ni.

p
p
Setiap kali mak senyum, hati aku tenang dan sejuk sangat. Jauh lebih indah dari keindahan senyuman semua orang yang aku kenal dalam dunia ni.

Mak suka sangat bila kitorang adik beradik duduk berkumpul makan bersama-sama. Sungguh, aku sedar duit yang aku berikan setiap bulan tak bererti jika dibandingkan perhatian kitorang kepadanya.

Aku sayang mak, sayang sesangat. Aku takkan biar mak susah hati atau bersedih disebabkan aku. Aku cuba tak nak sakitkan hati mak lagi selagi mak masih hidup. Terima kasih mak kerana besarkan aku dengan sempurna. Terima kasih sebab layan aku dengan baik walaupun selalu buat mak kecik hati. Walaupun aku tak cakap sayang mak sempena hari ibu ini tapi semoga mak tahu tentang tu.

Wassalam

Nostalgia sekolah rendah:)

Bismillahirrahmanirrahim



Kali ni aku nak bernostalgia tentang zaman sekolah rendah. Zaman aku mula-mula masuk sekolah rendah tahun 1980an dulu ketika semua masih pakai seluar pendek ke sekolah. Murid2 perempuan pun pakai skirt je. Sekolah rendah aku terletak kat sebelah kampung. Jadi setiap pagi abah hantar naik motor sejauh 6km. Sejuknya memang tak boleh cakaplah. Dahlah pakai seluar pendek pagi2, sampai sekolah kebas je tangan ngan semua badan kesejukan. Masa kecik2 dulu mana ada pakai seluar dalam!! keke.

Aku tak tahulah sekarang camna tapi zaman aku sekolah rendah dulu memang masih ada budak2 yang berak dalam seluar. Budak darjah 4 pun ada lagi, hehe. Tu belum kes anak manja yang mak dia teman sampai habis sekolah. Maknya tunggu kat luar kelas sepanjang hari. Menangis jangan cakaplah. Duit hilang menangis, gaduh menangis, kena marah menangis, tak mahu kawan menangis, main pastu kalah menangis, kena ejek menangis. Semua nak menangis.

Aku pun pernah menangis gak, haha. Tapi sebenarnya aku tak nangis kalau cikgu tarik side burn ke, cubit perut ke, ketuk jari pakai pembaris kuning ke. Cuma kalau kawan2 ejek barulah berkaca2 mata aku, haha. Sensitip betul masa kecik2 :)

Papan tanda camni biasa kat sekolah rendah :)


Lagi satu perangai budak2 sekolah rendah ialah suka berlari. Nak kemana-mana mesti berlari. Ke tandas kalau tak nampak cikgu pun berlari padahal nak basuh tangan je. Ingat lagi block kelas aku kena merentas padang nak ke kantin. Bila bunyi loceng rehat je, kitorang lari tak ingat dunia menuju kantin. Siap ada yang tackle2 dan jatuh terguling2 atas padang. Lelaki perempuan sama je. Tu belum tolak menolak time beratur kat kantin. Dah dapat makanan, makan dengan tercungap2 sebab penat belum hilang, hahahaha. Kata2 cikgu paling popular masa tu “Jangan Berlari!!”

Zaman-zaman tu juga ramai cikgu garang. Aku ingat lagi masa darjah 3 aku tumbuk perut budak sampai budak tu menangis. Pastu ada cikgu tu lempang aku. Sampai 2-3 jam berdesing je telinga aku. Tapi bagi budak2 degil benda tu dah biasa. Balik sekolah dah lupa pastu esok buat lagi. Tak macam budak sekarang muka brutal, rambut cacak2 warna perang tapi kena rotan sikit ngadu kat mak bapak. Pastu report polis. Hati tisu betul. Tak lasak langsung.

Cinta monyet pun boleh tahan time sekolah rendah ni. Tapi setakat suka-suka gitu lah. Tak pernah bagitau pun suka kat dia. Suka tengok dia je. Pastu kalau dengar lagu Isabella kat radio ingat kat dia, wakakaka. Mana reti nak bercinta, akupun tak tau apa benda tu. Duit pun abah yang bagi ada hati nak bercinta. Tapi budak2 sekarang memang advance, sekolah rendah dah dating kat KFC, huhu.

Banyak sebenarnya boleh diceritakan. Kenangan suka duka ketawa tangis semuanya adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Mungkin ada antara cikgu-cikgu yang telah kembali kerahmatullah. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas semua pendidik yang mendidik kita semua hingga pandai membaca, mengira dan mengeja dulu. Terima kasih cikgu.



Nota kaki : Aku jarang update sekarang sebab sibuk ngan kerja-kerja ofis :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com