Syaza dan Zaki, Cheras

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah dapat gak aku update blog ni. Nampaknya betullah keputusan aku nak bersara dari shoot wedding ni sebab kekangan kerja hakiki aku. Sekarang dah semakin sibuk. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Mungkin kalau aku rindu nak shoot wedding boleh amik pakej Shoot & Burn sikit-sikit.

Aku update sikit majlis perkahwinan Syaza & Zaki yang diadakan di Cheras. Kemudian kitorang shoot outdoor di UPM. Sebab diaorang ni alma mater UPM dulu.

Semoga ikatan yang terbina berkekalan bahagia sampai ke syurga, Amiin.

Wallahualam.

Cerita tentang Bridesmaid

Bismillahirrahmanirrahim,

Lama benar aku tak update blog ni. Sebenarnya aku dalam fasa-fasa terakhir ambil gambar wedding ni sebelum bersara sepenuhnya. Rasa dah puas ambil gambar kahwin lebih 10 tahun. Alhamdulillah banyak benda aku belajar dari kerja sampingan ni.

Sebenarnya kalau pengantin ada ramai bridesmaid (matron/man of honor) ni, aku perhatikan mereka adalah seorang yang ceria, mudah berkawan dan disenangi ramai. Sebab tu kawan-kawan sanggup raikan hati bahagia bersama. Walaupun ada kawan yang dah berumahtangga, mereka turut sama-sama meraikan majlis tersebut.

Selain membantu pengantin serba sedikit dalam perjalanan majlis, mereka juga sebenarnya membantu menenangkan pengantin supaya lebih tenang, berkeyakinan, gembira dan tak rasa kekok sepanjang majlis berlangsung.

Ini serba sedikit matron/man of honor majlis pernikahan Syaza dan Zaki di Cheras weekend lepas ni.






Ada masa aku update lagi blog ni,haha.

Wallahua’lam.

Update Kerja Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah lamanya aku tak update blog ni. Mohon maaf aku agak bizi kebelakangan ini. Ya, aku masih lagi shoot gambar wedding sesekali. Ni aku update dululah teaser beberapa wedding yang aku shoot dari last update lepas. Aku rasa macam sikit tapi banyak juga rupanya,hehe.

Dr Fauzi & Mira, Pantai Kelanang

Dr Fathul & Sabirah, Bangi

Hadi & Afiqah, Serdang

Raffi & Fatin, Kuala Selangor

Zakhir & Zuri, Rawang

Semoga semua pasangan ini diberikan kebahagian, ketenangan, kegembiraan dan kemudahan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Kekal bahagia sampai ke syurga, Ameen! Insyaallah, kalau berkesempatan aku update lagi full entry diaorang ni semua. Aku rasa ada tertinggal lagi beberapa client. Nanti aku update lagi.

Wallahua’lam.

Yana & Saufi, Pantai Kelanang

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku nak kongsi tazkirah yang aku dengar pagi semalam. Ustaz bagitau bagaimana nak tahu keadaan hati kita dengan bertanyakan beberapa soalan. Hati di sini bukanlah tentang masalah kesihatan, tapi kondisi hati kita dalam beragama.

Contohnya, bagaimana perasaan kita apabila mendengar orang lain menceritakan kebaikan seseorang yang lain?

Jika kita rasa gembira, alhamdulillah kita sebenarnya mempunyai jiwa yang tenteram dan hati yang tenang. Tetapi jika sebaliknya, itu petanda ada sesuatu yang buruk dalam hati kita. Jiwa yang tenteram dan tenang akan suka mendengar kebaikan. Ada orang rasa gembira melihat sahabat yang dikenalinya dalam keadaan susah, berlaku penceraian dalam rumahtangga dan berada rendah daripada mereka.

Mereka rasa dengki dan iri hati bila mendengar atau mengetahui sahabat yang dikenali berjaya, bahagia dan kaya. Ini tanda hati kita sebenarnya dah kotor. Hati yang kotor kena bersihkan dengan istighfar dan taubat. Ia mempengaruhi hidup dan cara ibadah kita tanpa disedari.







Tahniah kepada kedua pasangan romantik Yana & Saufi. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia sampai ke syurga.

Sesi outdoor di Pantai Kelanang yang dah makin terhakis sekarang. Semoga masih ada lagi Pantai ni 5-10 tahun akan datang, amiin.

Wallahua’lam.

Fitri & Julea, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, dah masuk tahun baru 2018. Selamat tahun baru kepada semua.

Tiada nikmat yang lebih besar kita perolehi dalam dunia melainkan nikmat keimanan. Tanpa sedar kebahagiaan, ketenangan fikiran, ketenteraman jiwa juga merupakan rezeki terbesar yang Allah beri yang jarang kita syukuri.

Aku harap dapat improve diri dalam tahun 2018 ini. Dapat tambah lingkungan kawan yang baik-baik, yang selalu ingatkan kebaikan, yang tegur aku bila aku malas ke surau/masjid, yang selalu ajak ke majlis ilmu, yang bila aku tengoknya aku teringat perkara baik-baik.

Update sikit majlis wedding Fitri dan Julea yang aku shoot di Shah Alam lepas.

Semoga hubungan yang terjalin bahagian sampai ke syurga, Amiin.

Anis & Faez, Klang

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam tazkirah yang aku dengar baru-baru ni, ustaz bagitau antara perkara yang Allah larang tetapi kita suka buat ialah saling berbangga antara satu dengan lain dengan harta kita, anak kita, ilmu kita, rupa paras kita dan rezeki-rezeki lain yang kita ada. Tanpa sedar ketika kita berkongsi semua rezeki tersebut dengan sahabat lain, ada timbul rasa riak dan bangga dalam diri.

Tanpa sedar juga, kadangkala kita bekerja lebih keras untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik hanya untuk ditunjukkan kepada orang lain. Kena tanya diri sendiri. Adakah semua nikmat yang Allah bagi tersebut lebih mendekatkan diri kepada Allah? Iman kita bertambah? ibadah kita lebih baik? atau dengan bertambah nikmat tersebut kita sebenarnya semakin jauh dari agama.









Tahniah kepada kedua pasangan Anis dan Faez ini. Semoga ikatan perkahwinan yang terjalin berkekalan bahagia sampai ke syurga, amiin.

Wallahua’lam.

Amalina & Shidi, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

shidi1

Seringkali yang disangka musibah sebenarnya ia bukanlah musibah langsung, bahkan satu anugerah yang sangat besar dan indah.

Kata mereka yang telah ‘merasainya’:

Penjara itulah yang telah membebaskan aku dan menjadikan aku orang yang baik.
Penghinaan itulah yang telah menyedarkan aku tentang kesombongan aku selama ini.
Kepahitan dan kegagalan itulah yang telah menyembuhkan aku.
Dan dosa-dosa itulah merendahkan keangkuhan aku.
Justeru, jangan terlalu gundah bila dilanda musibah. Kerana di sebaliknya ada Jannah. InsyaAllah.

shidi2 shidi3 shidi4 shidi5 shidi6 shidi7 shidi8 shidi9 shidi10 shidi11 shidi12

Wallahua’lam.

Adnin & Khadijah, Sungai Serdang, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

adnin1

Aku nak kongsi sedikit tazkirah yang mengetuk hati aku tempoh hari. Kata ustaz, kehilangan harta, kuasa, cinta dan kasih-sayang manusia adalah kecil berbanding kehilangan sifat syukur. Tanpa syukur kita akan kehilangan segalanya.

Kata ustaz lagi, hari kematian kita merupakan hari yang terbesar dan dahsyat daripada semua kegembiraan dan kenikmatan yang kita nikmati di dunia ini. Sebab tu bila diuji dengan ujian yang berat dan menyakitkan, kena ingat tentang mati.

Akhirnya semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman dan ujian semata. Akhirat nanti kita semua akan hidup selamanya.

adnin2adnin3adnin4adnin5adnin6adnin7adnin8adnin9adnin10adnin11

Wallahua’lam