Bismillahirrahmanirrahim
Semalam aku bertugas di kejadian tanah runtuh kat asrama anak yatim Hulu Langat tu. Kalau nak kongsi banyak cerita di belakang tabir yang tak didapati dalam media massa. Cuma satu aku nak kongsi dan jadikan pengajaran ialah tentang duit. Duit ni memang boleh buat manusia hilang pertimbangan, bermusuh malah sanggup membunuh untuknya. Ada juga yang boleh mengaku anak setelah berpuluh tahun tinggalkan anaknya untuk hidup dengan orang lain. Bila banyak bantuan datang atas musibah anak tersebut tiba2 mengaku anak, Nauzubillah. Cukuplah tu.
Dalam kesibukan aku memang kena update juga blog ni. Ia sebagai motivasi kepada aku supaya pandai membahagikan masa untuk banyak perkara dalam hidup aku. Aku update sikit majlis sahabat baik aku, Kerul Shukor semasa bertandang di Temerloh Pahang. Tapi dalam masa sama aku nak promote beliau punya kerja dalam bidang yang sama dengan aku ni :)
Untuk makluman, ‘Guest Book’ kat atas ni dibuat sendiri oleh beliau sendiri. Ideanya supaya orang yang datang dapat berikan coretan dan ucapan kepada kedua mempelai. Banyak kaedah yang boleh dilakukan, termasuklah guna custom album camni. Jadi kepada sesiapa berminat boleh hubungi Kerul Shukor untuk shoot cam beliau dan bukukan untuk masukkan dalam guest book korang. Barulah ada kelainan :)
Selain tu, dia juga sediakan sewa untuk khemah tempat letak section guest book dan stand gambar terutamanya kalau korang buat kat luar dewan :) Sebarang pertanyaan boleh terus kepada beliau ye. Kalau tanya akupun boleh juga tapi nanti aku mintak komisen dari dia, hahahaha.
Untuk akhirnya terima kasih sekali lagi kepada seluruh keluarga Kerul dan Lisa yang memberikan kerjasama dan layanan yang baik sepanjang kitorang berada kat sana. Aku doakan semoga korang berdua berbahagia dan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan dari Allah. Terima kasih sekali lagi kepada sahabat aku Khairul Hafiz aka Cot yang bersama aku shoot majlis ni juga. Tanpa dia akupun pengsan gak, hehe.
Nota kaki : Lokasi tanah runtuh tu dekat je ngan tempat aku kursus minggu lepas. Tak sampai 1km pun. Kalau tempat kursus aku yang runtuh mesti dah tak ada entry kat sini lagi sampai bila2. Mohon maaf atas salah silap aku semua.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe