Belajar hormati majlis orang lain

Bismillahirrahmanirrahim


Kalaulah aku jadi angkasawan negara mesti time aku bersanding ramai yang mengata sebab aku gemuk dan buat kenduri kat kampung je, hahaha. Takdelah, kekadang pelik gak orang berkata sana sini tentang majlis orang lain. Sepatutnya beginilah begitulah dan sebagainya. Semuanya berdasarkan apa yang dirasakan terbaik pada pandangan kita tanpa pedulikan citarasa dan kesukaan pasangan tersebut :)

Teaser wedding Isma & Halim, Telok Panglima Garang


Nanti bila sampai masa kita berkahwin dan menyediakan persiapan kahwin yang terbaik untuk kita, tiba-tiba ramai orang yang berkata tidak elok tentang itu dan ini barulah kita rasa orang tu tidak hormati pemilihan dan kesukaan kita. Barulah rasa marah, sedih dan terkilan dengan orang-orang tersebut. Malah ada yang melenting sebab orang lain menyibuk tentang majlis kita.

Apa yang aku cuba sampaikan ialah ada masanya kita kena belajar hormati majlis orang lain. Belajar hormati pemilihan pasangan pengantin tersebut. Apa yang kita rasa tidak elok tu mungkin adalah kesukaan mereka. Mungkin apa yang kita suka pula tidak disukai oleh mereka. Kalau ada apa-apa yang tidak berkenan tak perlulah hebahkan kepada semua orang di seluruh dunia. Itulah yang aku maksudnya belajar hormati majlis orang lain. Kerana kita berbeza!! :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Aku rasa nak jadi angkasawan pertama naik ke atas angkasa guna motor dan mati keras tak cukup oksigen.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Anyra & Dr Ramzdhan, Keramat

Bismillahirrahmanirrahim



Waaa, lamanya aku tak update blog. Aku agak kebizian beberapa minggu ni. Kerja-kerja di ofis lebih memerlukan aku, ceewaah. Kalau aku diberi kuasa magic aku rasa aku nak bahagikan diri kepada beberapa orang supaya dapat settlekan kerja-kerja aku termasuk amik gambar ni, haha. Alaa, macam kartun Naruto tu. Kage Bunshin No Jutsu!!

Kali ni aku nak update pasangan Anyra & Dr Ramzdhan yang di adakan di Taman Keramat. Diaorang ni memang gila-gila dan seronok bekerjasama dengan mereka berdua. Buktinya, mereka tak kisah amik gambar di depan orang ramai kat dalam LRT. Sebenarnya akupun dari dulu teringin nak shoot pengantin kat sini, hehe. Walaupun ada halangan dari pegawai kat LRT tu tapi kitorang kaw tim baik punya.

Sebenarnya banyak lagi shoot bermula dari nikah, berinai sampailah sesi outdoor. Memandangkan kerja-kerja ofis yang banyak sekarang aku sempat upload yang ni je. Layan dulu :


Alhamdulillah, sepanjang kitaorang shoot ni berjalan lancar walaupun ada beberapa orang guard datang, hehe. Siap bagi amaran, diaorang akan tengok dari CCTV. Pastu cakap kat aku ” Abg, tolong jangan lepas garisan kuning!!“, haha. Memang pengalaman yang bestlah sebab semua orang sporting terutamanya pengantin.

Terima kasih kepada sahabat2 aku yang join sekali shoot pasangan ni iaitu Cot dan Afiq. Kepada pasangan Ramzdhan dan Anyra, selamat menempuhi alam rumah tangga. Semoga ikatan yang dibina berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Mohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan sepanjang kita bekerjasama. Kang Ramzdhan, mengko angger aku meriang arek jikuk obat seko rikolah yo,hehe.



Nota kaki : Tempahan untuk tahun hadapan bulan 7 ke atas aku belum amik lagi. Setakat ni tinggal bulan 5 dan 6 je yang masih available. Terima kasih semua :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Outdoor Umair & Fathiyyah

Bismillahirrahmanirrahim



Oklah, dah tutup cerita pasal raya. Masing-masing dah mula tumpukan kepada kerja yang tertangguh dek kerana sambutan raya yang panjang :) Sebenarnya konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa aidilfitri adalah satu perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat.

Walaupun budaya kunjung mengunjung saudara mara dan bermaafan ketika hari raya tu tidak dilakukan pada zaman Rasulullah, tetapi budaya tersebut diharuskan dan digalakkan atas kebaikan yang terdapat dalam perkara tersebut. Semoga kemenangan kita selepas kembali kepada ‘fitrah’ dapat diteruskan pada bulan-bulan lain, insyaallah.

Aku upload sesi outdoor pasangan Umair & Fathiyyah yang diadakan beberapa hari sebelum Ramadhan lepas. Minta-minta tak down lagi blog aku ni :)



Alhamdulillah, walaupun tidak dikenali dalam industri wedding photography ni tapi rezeki tu tetap ada. Kalau boleh memang aku nak kekalkan low-profile dengan hasil kerja yang baik untuk client-client aku. Sebab tu dari masa ke semasa aku perbaiki kelemahan yang ada untuk jadi yang lebih baik. Ia merupakan satu proses panjang dan berterusan sampai bila-bila.

Untuk makluman semua, aku dah tak menerima tempahan menggunakan khidmat aku sehingga akhir bulan April 2011. Terima kasih kepada semua bakal pengantin yang booked awal untuk majlis korang:) Insyaallah aku akan buat yang terbaik untuk korang semua. Doakan kesihatan dan keselamatan aku sepanjang masa. Wallahua’lam.



Nota kaki : Entry akan datang, insyaallah aku nak tulis tips bagaimana pengantin nak bekerjasama dengan photographer :) tunggu ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Dr Mastura & Dr Akasyah

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah dah 6 hari kita semua berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga latihan Ramadhan kali ni mengubah diri kita menjadi seorang yang lebih baik. Lebih tinggi sifat sabarnya, lebih ikhlas menjalankan ibadah, lebih baik akhlak dan tutur kata, lebih hormat kepada orang lain serta lebih banyak sifat-sifat terpuji lain. Semua tu takkan berlaku kalau kita tidak berusaha mencapainya.

Kali ni aku nak update majlis persandingan pasangan Dr Mastura & Dr Akasyah yang diadakan di Wisma Sejarah. Kali pertama aku shoot kat sini. Mastura ni baru habis belajar di Ukraine. Akasyah plak memang bekas student sana gak tapi dah bekerja di hospital :) Walaupun Mastura baru balik ke tanah air tak lama sebelum majlis berlangsung tapi alhamdulillah majlis semua berjalan dengan lancar dan meriah.

Layan sedikit gambar sekitar majlis diaorang ni :



Masa sesi outdoor tu kitorang tak tau nak pergi mana, last-last buat keputusan pergi UPM. Walaupun agak jauh dari dewan tapi oleh kerana majlis selesai awal sempatlah shoot kat sana gak, hehe. Selepas habis guna baju pengantin diaorang request untuk shoot menggunakan jubah konvo kat Ukraine sana. Budak-budak dalam UPM tu pelik je tengok jubah diaorang, hehe.Layan sikit outdoor diaorang ni.


Aku ucapkan selamat pengantin baru untuk kedua-dua doktor muda ni :) Semoga dapat berkhidmat dengan sabar dan terbaik untuk masyarakat kita, ceewahh. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku yang membantu sepanjang majlis berlangsung, Khairul Hafiz a.k.a Cot. Beliau juga sedang mencari pasangan hidup. Bolehlah kenal2 ngan dia, hehehe. *jadi blog cari jodoh plak blog aku ni, haha.


Nota kaki : Insyaallah lepas raya nanti aku keluar pakej baru. Jadi sapa2 yang nak book aku ikut harga lama boleh tanya melalui form blog ni atau pun email aku sebelum raya ni. Aku cuba jawab pertanyaan korang satu persatu ye. Terima kasih.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Fathiyyah & Umair

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah esok kita semua akan berpuasa. Sebenarnya puasa ni mudah. Sebab tu ada orang yang jarang solat pun boleh berpuasa penuh sebulan. Menjaga lidah, mata dan pancaindera lain ketika berpuasa sebenarnya jauh lebih susah dari berpuasa tu sendiri. Walaupun dari sudut fiqah ia tidak membatalkan puasa tapi ia boleh sahaja menghapus pahala berpuasa dan tidak memperoleh apa-apa melainkan lapar dan dahaga. Nau’zubillah.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Fathiyyah & Umair yang diadakan di Gombak. Fathiyyah ni merupakan sahabat blog aku dari dulu lagi, sebelum aku start amik gambar pun :) Dia bakal menjadi seorang doktor dan masih belajar di timur tengah sana. Umair pula kerja di Kerteh, Terengganu. Masing-masing pemalu sungguh bila berjumpa, hehe.

Satu yang aku agak terkejut masa datang shoot majlis nikah dan sanding ialah ramai sangat member2 dia hadir. Aku rasa dari sekolah rendah, menengah sampai universiti semuanya datang, hehe. Layan sikit gambar-gambar dari majlis tersebut.


Majlis walimah diadakan pada keesokkan harinya. Macam masa majlis nikah tetamu yang datang memang ramai sangat. Rasa meriah je sepanjang majlis berlangsung. Fathiyyah ni sebenarnya seorang yang macho tau, hehe. Maksudnya dia hampir tak pernah pakai high heel, makeup tebal2, pakai aksesori wanita sangat dsb. Sebab tu ramai member2 dia mengusik dia semasa majlis tu. Bayangkan juga dia pakai G Shock Mini masa pakai baju sanding tu, hehe.


Aku tak dapat shoot banyak masa outdoor sebab kitorang keluar dah lewat sangat. 6:45 petang baru sampai di lokasi outdoor. Jadi boleh shoot tak sampai setengah jam. Lokasi outdoor di ISTAC kat Jalan Duta tu. Lawa sangat tempat ni tapi bukan senang2 boleh masuk situ. Terasa rugi sangat sebab tak dapat shoot banyak sebab hari dah gelap, huhu.


Untuk akhirnya, terima kasih kepada seluruh keluarga Fathiyyah di atas layanan yang baik sepanjang aku menjalankan tugas di sana. Terima kasih juga kepada sahabat aku Halil yang follow majlis nikah pada malam tu. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga buat Fathiyyah & Umair. Kena banyak bersabar sebab duduk jauh pasni :)

Aku juga nak mengambil kesempatan sempena kehadiran Ramadhan ni memohon maaf atas segala kesalahan sepanjang aku menulis di sini. Aku hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan. Kalau apa yang aku tulis mengguris hati sesiapa aku juga memohon maaf. Tidak pernah terniat melakukan begitu. Semoga ibadah kita diterima Allah sepanjang bulan ini. Selamat menyambut Ramadhan al-Muraba’ semua!!



Nota kaki : Aku cuba display gambar guna cara baru. Komen ye kalau tak elok dan tak berkenan di hati :) Blog aku ni tak elok tengok dalam Internet Explorer (IE). Ada lagi ke orang guna IE ni? hihi


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Najwa & Azrul, Banting

Bismillahirrahmanirrahim



Dalam beberapa minggu kebelakangan ni, terdapat sahabat dan saudara mara aku yang telah kembali kerahmatullah. Baru 2 hari lepas aku melawat saudara wife yang meninggal dunia di Sungai Petani, Kedah. Perjalanan sepanjang malam tanpa tidur memang agak meletihkan. Tapi itulah putaran hidup. Kematian itu memang pasti. Tapi yang peliknya ramai orang yang nak merasai syurga tapi takut nak mati. Alasannya masih tidak bersedia menghadapi kematian tersebut. Ironi bukan.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Najwa & Azrul yang diadakan di Banting. Ni kali kedua aku shoot majlis di ‘kampung halaman’ aku sendiri. Bapa Najwa ni merupakan ustaz aku masa sekolah agama dulu. Jadi memang aku panggil dia ustaz je walaupun orang lain panggil ‘wak’. Azrul ni muka memang garang tapi aku rasa comel je bila dia gelak sebab memang tak nampak mata langsung, hehe..:)

Layan sikit gambar majlis diaorang ni yang diadakan kat Kampung Kancong Darat, Banting.


Macam biasa kalau dah kat Banting memang Pantai Kelanang antara tempat kegemaran photographer nak buat outdoor. Ni kali kedua gak aku shoot pengantin kat sini, hehe. Aku tengok pantai ni dah banyak berubah. Pasir pantai dah diganti dengan cerucuk bakau. Bukan sebab pasir tu dicuri secara haram tapi sebab hakisan :)

Sebab nak cari kelainan punya pasal aku suruh pengantin pergi jauh sikit ke tengah laut. Nasib Najwa & Azrul sporting gila. Biarpun selut dah paras buku lali tapi kitorang gagah gak pergi pokok tunggul yang korang nampak kat bawah nanti, hehe. Dapat gak gambar yang aku nak. Tapi dalam hal ni aku kesian kat mak andam je sebanarnya, hehehe.


Aku ucapkan terima kasih kepada seluruh keluarga Najwa atas layanan yang baik sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih juga kepada sahabat ‘sak kampung’ yang follow aku Halil Hayon, Qayyum Soberon, Shahfazie Miskon (semua nama jawa), haha. Kalau nak tengok gambar diaorang semua ada kat entry sebelum ni. Gambar tu pengantin lelaki yang amikkan. Kali ni aku nak interframe dalam gambar, hahahaha.

Pengantin dengan tukang amik gambarnya


Terima kasih kepada Qayyum yang shoot gambar atas ni semasa cari angle yang terbaik untuk pengantin, hehe. Aku doakan semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat, amin. Sampai jumpa lagi semua.


Nota kaki : Mari kita doa sama-sama supaya kita dipanjangkan umur dan dapat sampai ke Ramadhan tahun ini.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Perancangan Allah lebih baik

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Najwa & Azrul, Banting


Setiap manusia sudah pasti bercita-cita untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bahagia, selesa dan baik dalam hidupnya. Dalam membuat perancangan kehidupan itu tanpa kita sedar Allah juga telah merancang seluruh kehidupan kita. Perancangan Allah itu terlalu hebat. Kadangkala hikmahnya tidak kita nampak. Di saat kita mula menyalahkan takdir atas perkara yang hadir dalam hidup kita, Allah berikan kita sinar baru yang tidak pernah terfikir dalam hidup. Saat itu barulah kita merasa keindahan perancangan Allah itu.

Janganlah risau kerana Allah tidak pernah terlepas pandang kepada setiap hambaNya. Walaupun kita selalu lalai dan ingkar kepada setiap suruhanNya Allah tetap berikan kita rezeki yang baik. Oleh itu, janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha yang terbaik dalam hidup. Kadangkala apa yang kita terlalu hajati tu Allah lambat makbulkan. Mungkin juga Allah gantikan yang lebih baik kepada kita melalui jalan berbeza. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Ada hikmahnya di situ yang kita tidak nampak. Ia menuntut sedikit kesabaran dan mendidik sifat redha dalam diri kita. Di sebalik redha itulah datang sifat ikhlas. Dari sifat ikhlas pula akan membuatkan kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang, insyaallah.

Wallahua’lam.



Nota kaki : Takziah kepada sahabat yang kematian anaknya berusia 1 tahun 6 bulan semalam. Takziah juga kepada sahabat yang kehilangan ayahnya pagi tadi. Semoga Allah tempatkan mereka dalam golongan orang yang beriman.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Nana & Halim, Kapar

Bismillahirrahmanirrahim



Weekend lepas ni aku balik kampung. Rasa dah lama sangat tak balik ke kampung padahal dekat je, huhu. Dapatlah tengok kebun yang sekarang ni tengah tanam jagung dan pisang tanduk sementara menunggu tanam anak pokok kelapa sawit. Rindu plak nak kerja bercucuk tanam ni. Kepuasan rasa hasil tanaman sendiri memang tak dapat digambarkan dengan kata2, ceewahh.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Nana & Halim yang diadakan di Kapar, Klang. Nana ni sebenarnya ofismate aku. Pasangan ni memang ceria habis lah. Memang seronok bekerjasama dengan diaorang ni. Beberapa bulan sebelum majlis nikah ni Halim terlibat dalam kemalangan jalan raya. Memang agak teruk sampai Halim terpaksa gunakan tongkat. Semasa majlis nikah ni dia masih belum sembuh sepenuhnya. Jadi majlis nikah terpaksa diadakan di atas kerusi.

Layan sikit gambar majlis diaorang ni yang diadakan di Masjid As-Syarif, Pekan Meru.


Aku cover majlis diaorang ni dari nikah, malam berinai sampailah majlis persandingan. Sebenarnya kalau pengantin ceria dan bersemangat ia dapat memberi aura positif kepada orang di sekeliling. Tetamu yang hadirpun dapat merasai kegembiraan pasangan pengantin tu. Sepanjang masa asyik tergelak je. Aku tengok nana tergelak pun boleh ketawa walaupun tak tahu apa yang digelakkannya, haha.


Masa nak keluar outdoor tu aku sempat amik gambar kat dinding bilik nana tu. Cantik betul dinding warna purple tu :) Walaupun banyak barang kat situ aku gagahkan juga ketepikan semuanya, haha. Banyak gak pose gila-gila diaorang kat sini tapi ada yang tak boleh taruk sini, hehe. Pastu kitorang pun outdoor kat taman apa tah sebelah KFC kat Tesco Meru tu.

Aku sekarang ngah belajar main gradient guna warna-warna dalam photoshop. Jadi kebelakangan ni aku taruk gambar2 camtu kat sini. Tapi dalam album masih belum letak lagi, hehe. Sebenarnya nak minta komen korang pasal warna ni supaya aku boleh perbaiki lagi pada masa hadapan. Bukan apa, kekadang akupun sengal ubi gak bila dah penat depan komputer, haha


Untuk akhirnya, terima kasih kepada keluarga nana dan kedua pasangan pengantin yang ceria. Semoga hidup korang bahagia dan kekal hingga ke syurga Allah. Mohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan sepanjang bekerja dengan korang. Terima kasih juga kepada sahabat aku Khairul Hafiz yang join aku shoot pada hari persandingan. Bilalah giliran ko cot? hahahaha.


Nota kaki : Aku jadi amil kat kaunter Zakat Kajang lagi Ramadhan ni. Nanti datanglah kajang nak bayar zakat, boleh jumpa aku, kekeke.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com