Asryn & Yusri, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

shidi-2

Terima kasih Allah kerana berikan nikmat iman kepada kita semua. Nikmat keluarga yang mendamaikan hati dan sahabat yang selalu mengingatkan kepada kebaikan.

Dalam kuliah baru-baru ini, ustaz bagitau seorang sahabat yang baik akan menjadikan kita lebih hampir dengan agama. Sebab itu, jika perasaan kita tidak tenteram dan selalu gelisah, selain mendekatkan diri kepada Allah kita sebenarnya perlu mencari lingkungan kawan baru.

shidi-3shidi-4shidi-5shidi-6shidi-7shidi

Kumpulan kawan-kawan yang selalu berbicara perkara baik-baik. Tidak membesarkan dirinya ataupun mengata orang lain. Ia boleh dilakukan dengan menukar lingkungan kawan yang negatif sama ada di sekeliling kita mahupun di sosial media (unfriend/mute). Kita yang kawal newsfeed di Facebook, timeline di Twitter dan feed di Instagram. Carilah kawan yang baik-baik. Ia mempengaruhi kehidupan kita tanpa kita sedar.

Wallahua’lam.

Liana & Adib, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

liana

Kali ni aku nak update sikit outdoor pasangan Liana & Adib yang dilaksanakan di Jalan Kebun, Shah Alam. Liana ni adik kepada sahabat baik aku Saipi. Dulu masa Saipi dan Dr Yuhanis kahwinpun aku yang amik wedding diaorang,hehe.

Terima kasih kerana percaya untuk gunakan perkhidmatan aku.

liana1
liana2
liana3
liana4
liana5
liana6
liana7
liana8
liana9
liana11
liana12
liana14

Semoga Allah berikan kebahagiaan kepada kedua pasangan ini, amiin. Sentiasa dalam mawaddah dan rahmat daripada Allah, amiin.

Diana & Azizi, Masjid Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim,

diana

Hidup ini tidaklah selalu indah. Warna warni kehidupan dilukis oleh takdir tanpa dipinta. Namun ketabahanlah yang akan menyebabkan kita menikmati hidup seadanya. Kerana apa? kerana dunia ini hanya sementara dan begitulah jua dengan ujiannya.

Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana. Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak. Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada tangisan dan senyuman. Tuhan tidak pernah jemu dengan manusia, lalu Dia sentiasa mengujinya.

Update outdoor majlis pernikahan Diana dan Azizi yang dilangsungkan di Masjid Shah Alam. Sekarang memang sudah trend selepas majlis nikah terus majlis. Takde majlis sanding. Dah beberapa pasangan pengantin aku shoot camtu sejak beberapa tahun ini.

diana1
diana3
diana4
diana5
diana6
diana7
diana8
diana9
diana10
diana11

Majlis yang cukup ringkas dan insyaallah menepati syariat agama kita. Inilah sebenarnya yang patut diikuti oleh pasangan remaja yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk mengadakan satu majlis yang besar dan gemilang seperti pasangan lain.

Semoga ikatan yang dijalinkan berkekalan bahagia sampailah ke syurga, amiin.

Wassalam.

Wawa & Fikry, Banting

wawa

Alhamdulillah, kita dah sampai penghujung tahun 2015. Semoga tahun ini menambahkan lagi pengalaman hidup kita di atas muka bumi sebagai hamba Allah.

Guru aku selalu berpesan. Jangan mudah tersinggung, jangan mudah merajuk, jangan mudah marah dan berlapang dada dengan setiap perkara yang tidak disenangi. Insyaallah hidup akan lebih indah dan tenang. Nampak macam senang tetapi ia satu nasihat yang sukar. Lebih-lebih lagi bila kita tidak sedar tahap ego dalam diri kita.

Kali ni aku update sikit wedding Wawa & Fikry. Wawa ni sepupu belah mak aku. Dari kecil dulu main sama-sama kat rumah arwah embah. Alhamdulillah dah selamat beliau jadi isteri orang :)

wawa1
wawa2
wawa3
wawa4
wawa5
wawa6
wawa7
wawa8
wawa9
wawa10
wawa11
wawa12
wawa13
wawa14
wawa15
wawa16

Sesi outdoor ni kitorang buat kat Pantai Kelanang je. Dah lama aku tak ke sini. Pantainya dah banyak hakisan dan jalan menuju kat sini dah banyak yang runtuh ketika aku shoot ni. Aku doakan semoga ikatan yang terjalan ini berkekalan bahagia sampai ke syurga. Jumpa lagi dalam next entry.

Wallahua’lam.

Amni & Afifi, Paroi Negeri Sembilan

Bismillahirrahmanirrahim,

wrapped-front

Dalam satu tazkirah yang aku dengar tadi, ustaz bagitau untuk kita jadi seorang yang baik, perlukan perjuangan, bukan secara kebetulan! Kita kena usaha. Setakat rindukan dan sukakan kebaikan sahaja tak jadikan kita orang lebih baik.

Kita kena usaha lawan perasaan malas untuk solat berjemaah, malas bangun awal pagi untuk solat sunat sebelum subuh, lawan perasaan dengki kepada kelebihan orang lain, lawan pemikiran negatif dalam diri. Kena usaha perbaiki kelemahan kita.

Kebanyakkan orang mati tidak sedar masa kematian mereka hingga beberapa saat sebelum kematian. Tak sempat nak bertaubat dan tambah amalan. Jangan jadi seperti itu.

Layan sikit outdoor majlis Amni & Afifi dari Paroi, Negeri Sembilan. Cantik sangat baju songket diaorang. Sesuai dengan lokasi outdoor yang dipilih. Sesi outdoor aku lupa nama tempat ni sebab pengantin yang bawa ke sini. Tapi lokasinya dekat ngan Seremban.

AJP_9225AJP_9168AJP_9194AJP_9138AJP_9160AJP_9228AJP_9202AJP_9210AJP_9246AJP_9125AJP_9270AJP_9285

 

Semoga ikatan pernikahan yang terjalin antara kedua pasangan ini berkekalan bahagia sampai ke syurga, ameen.

Takziah atas kematian beberapa orang jemaah haji yang meninggal dunia ketika mengerjakan haji di Haramain. Semoga Allah memberikan pahala haji dan tempatkan mereka semua dalam syurga, ameen.

Wassalam.

Amirul & Nani, Kelanang

Bismillahirrahmanirrahim,

nani_kelanang-0

Kongsi tazkirah pagi tadi. Ustaz bagitau bila ada orang berkata buruk kepada kita, sebenarnya ia mungkin satu cara Allah menegur kita agar dapat turunkan lagi ego yang tinggi dalam diri.

Ego ini kita tak sedar membesar dalam diri. Bila kerap orang memuji, tanpa sedar ego kita meningkat. Sebab kita akan sentiasa harapkan pujian serta penghargaan orang lain dalam setiap kebaikan yang kita buat.

Jadi sesekali kena kutuk, hina dan orang lain berkata buruk tentang kita sama ada ia benar atau tidak, adalah satu cara Allah nak sedarkan kita yang kedudukan kita bukanlah tinggi sangat di sisi Allah.

Kali ni aku update lagi sikit outdoor Amirul & Nani yang diadakan di Kelanang, Morib Banting.

nani_kelanang-25
nani_kelanang-24
nani_kelanang-32
nani_kelanang-30
nani_kelanang-28
nani_kelanang-26
nani_kelanang-23
nani_kelanang-22
nani_kelanang-18
nani_kelanang-17
nani_kelanang-16
nani_kelanang-13
nani_kelanang-10
nani_kelanang-9
nani_kelanang-8
nani_kelanang-6
nani_kelanang-4
nani_kelanang-2
nani_kelanang-5

Alhamdulillah majlis kedua mempelai ini berjalan dengan lancar dan meriah untuk kedua-dua belah pihak. Bila dah 2 minggu bekerjasama dari majlis nikah sampai bertandang, biasanya memang hubungan photographer dan pengantin akan lebih rapat.

Mari kita doakan semoga kedua pasangan bercinta ini kekal bahagia sampai ke syurga, amiin.

Jumpa next entry insyaallah.

Wassalam.

Yana & Hafiz, Tasik Titiwangsa

Bismillahirrahmanirrahim

yana

Lama sungguh tak update blog kat sini. Dah hampir 2 minggu kita masuk bulan Syawal. Aku harap semua dapat mengambil peluang untuk berpuasa 6 hari bulan Syawal walau betapa sibuk sekalipun kita. Pahalanya seperti kita berpuasa selama setahun. Rugi sangat sangat kalau tinggalkan.

Insyaallah selepas raya ni makin banyak shoot majlis wedding. Walaupun aku dah mengurangkan kerja-kerja shoot gambar wedding sepanjang tahun ini, masih ada ramai yang bertanya tentang quotation. Insyaallah aku akan terus shoot dalam 1-2 majlis sebulan. Sekadar untuk teruskan minat aku dalam bidang ini.

Seronok jadi sebahagian dari hari bahagia pasangan yang mulakan ikatan suci ini. Alhamdulillah, dah lebih 250 pasangan pengantin aku shoot sejak 9 tahun lepas. Ramai yang masih berhubung sampai sekarang. Banyak kenalan baru dan manfaat diperolehi. Mudah2an Allah rahmati.

Update sikit tentang pasangan Yana & Hafiz, Kuala Lumpur.

yana3
yana6
yana1
yana5
yana7
yana8
yana9
yana10
yana12
yana13
yana14
yana11

Mari kita doakan semoga kedua pasangan ini sentiasa berada dalam lindungan, rahmah dan mawaddah dari Allah. Bahagia dan bercinta sampai ke syurga. Tahniah korang ye.

Malas nak ulas tentang rombakan kabinet hari ini. Mungkin ulas di blog personal aku kalau ada masa. Sampai jumpa lagi.

Wallahua’lam.

Shahmil & Amelia, Taman Maluri, KL

Bismillahirrahmanirrahim

shahmil8

Bulan Rejab dah sampai. Ia merupakan salah satu dari 4 bulan haram dalam Islam. Kurang 2 bulan lagi, kita semua akan menyambut Ramadan. Ya Allah, rasa rindu sangat dengan aura Ramadan.

Suasana kebaikan mengelilingi kita. Keseronokkan bertarawikh pada malam hari. Kegembiraan berbuka puasa. Kenikmatan beribadah. Semoga kita semua dipanjangkan umur oleh Allah untuk bertemu sekali lagi dalam bulan Ramadan Al-Mubara’, ameen.

Kita mesti ada sahabat atau ahli keluarga yang telah meninggal dunia pada tahun ini. Ramadan tahun lepas merupakan Ramadan terakhir mereka. Kitapun belum pasti jumpa. Sebab tu setiap kali selepas solat mohon doa kepada Allah.

Aku update sikit outdoor pasangan Shahmil & Amelia. Shahmil ni aku baru je kenal dan berjumpa pada hari majlis beliau. Tapi dah macam kenal lama :)

shahmil1
shahmil2
shahmil3
shahmil4
shahmil5
shahmil6
shahmil7
shahmil9
shahmil10

Mari kita sama-sama doakan semoga kedua pasangan ini dirahmati Allah, dimudahkan untuk ke syurga melalui ikatan perkahwinan tersebut. Selamat berkasih sayang dan menikmati hubungan halal yang jauh berbeza dari kehidupan semasa bujang :) Tahniah mil. Barakallahufik.

Wassalam.