Majlis Perkahwinan Fiza & Edy

Bismillahirrahmanirrahim


Waduh, capek banget aku nih. Kekadang bila aku kena outstation atau shoot jauh2, perjalanan tu sebenarnya lagi penat dari buat kerja :P Teringat dulu masa muda2 (ceewah) selalu drive jauh-jauh ke sana sini dari utara sampai selatan tanpa rasa sengal2 badan. Sekarang ni, aku perlukan rehat yang lebih untuk kembali keadaan asal walau pergi kedai belakang kampung aku,hehe. Kesan penuaan kot,huahua.

Sabtu lepas aku, kerul dan zayd shoot satu pasangan kat Alam Damai, Cheras. Sebenarnya aku ni suka tanya pasangan-pasangan yang aku shoot camne diaorg bertemu :) Aku suka dengar cerita-cerita camtu. Pasangan Fiza & Edy ni bertemu kat atas bas tau. Masa tu si Edy ni driver bas dan fiza kena nguratlah konon-kononnya,hehe. Pastu terus jadi suami isteri, sweet kan? :)



Sebenarnya aku ni bukan jenis yang terpengaruh ngan gajet2 terbaru. Aku boleh bezakan teknologi yang aku perlukan dan teknologi yang tak perlu. Biasanya aku akan guna barang-barang aku sampai ke limit dan fully utilize semua function yang ada dalam barang tersebut sebelum aku beli lain.

Tapi aku rasa sudah sampai masanya aku beli ‘satu barang’ lagi untuk improve aku punya kemahiran dalam photography ni. Gear yang aku ada sekarang dah tak mampu nak hasilkan beberapa gambar yang aku nak :) Sudah terasa limitasi gear aku. Aku tahu aku bleh improve lebih banyak bila limit itu dibuka,ceeewaahh. Apesal poyo betul ayat aku nih,hahahahaa.


Nota kaki : Aku update dari Melaka. Esok baru masuk kerja :)

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Karnival Sukan MAIS

Bismillahirrahmanirrahim

Hujung minggu lepas, LZS sertai Karnival Sukan MAIS dan anak syarikat kat Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bangi. Macam-macam jenis sukan Indoor dan Outdoor diadakan. Oleh kerana aku terer (perasan) main futsal aku terpilih untuk wakil ofis aku dalam game tu. Macam biasa team aku dapat masuk final dalam 8 team lain yang bertanding *belagak. Tapi macam biasa gak, kitorang kalah kat final,hahaha.

Aku bawak kamera jadi adalah gambar sikit-sikit aku amik. Dah lama gila tak rasa suasana game camni, macam kat sekolah dulu2. Contoh dalam game badminton, orang yang main tu taklah terer sangat. Tapi penyokong dah macam dalam Stadium Bung Karno, Indonesia je,haha. Siap buat wave tengok badminton,huh. Layanlah gambar sikit ni.



Walaupun tujuan sukan ni untuk menyihatkan badan tapi sampai sekarang badan aku sengal-sengal :). Tapi yang paling best sebenarnya kalau wakil ofis ni ialah bila dapat baju, seluar track, beg dan sweater free,haha. Yang main batu seremban pun dapat tau. Oklah, have a nice day kengkawan.


Nota kaki : Hosting aku sekarang suka sangat ada unscheduled downtime. Alasannya major hardware failure iaitu alasan yang budak2 ICT termasuk aku pakai kalau sistem down kat tempat kerja,hahaha. Kalau tak boleh masuk blog ni boleh jadi problem tu terjadi.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Pernikahan & Outdoor Nurul dan Hanizan

Bismillahirrahmanirrahim

Kali ni aku nak update Majlis Pernikahan Nurul dan Hanizan yang diadakan di Bandar Baru Bangi baru-baru ni. Nurul ni kerja jadi cikgu kat Sarawak sana. Kesian dia kena berjauhan ngan suami kat sini. Baru 4 hari kahwin dah terpaksa balik mengajar kat sana,huhu. Majlis persandingan diaorg akan diadakan pada bulan Jun nanti,insyaallah.

Sebenarnya Nurul ni member blog lama aku. Sejak aku dah takde blog dulu tu rasa macam dah hilang kengkawan lama aku kat sana. Tapi adalah beberapa orang yang masih berhubung termasuklah nurul ni :). Dalam majlis ni aku ditemani sahabat aku Kerul Shukor yang hensem sebagai 2nd photographer,hehe. Ni sedikit gambar-gambar sekitar hari tu.



Nurul nikah belah pagi. Jadi selesai majlis pernikahan tu dalam tengahari macam tu. Selepas solat Zohor kitorang terus keluar Outdoor. Bayangkanlah kepanasan masa tu,huhu. Sian kat pengantin sebenarnya. Sebab tu aku tak boleh shoot diaorang lama-lama kat luar. Kena cari tempat outdoor yang dalam bangunan jela. Gambar kat luar tu adalah gambar kat taman permainan depan rumah Nurul sebelum bertolak kat Putrajaya :)



Aku doakan semoga Nurul dan Hanizan berbahagia hingga akhir hayat,amin. Aku suka dengar khutbah nikah diaorang. Banyak ilmu dalam tu. Sebenarnya dalam pernikahan tu ada ketenangan, kedamaian, kebersihan, kesihatan, kesucian dan kebahagiaan yang diidamkan oleh setiap insan. Ia juga sebagai cara untuk menyempurnakan iman. Wallahua’lam.

Nota kaki : Banyak lagi aku kena belajar amik gambar ni sebenarnya. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang beri sokongan dan tunjuk ajar untuk aku perbaiki kelemahan. Terima kasih kengkawan.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Aktiviti Hujung Minggu :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Hujung minggu lepas ni sungguh memenatkan badan aku. Macam-macam aktiviti aku buat. Hari Sabtu ada job kat Seksyen 4, Bangi. Majlis pernikahan dan outdoor Cikgu Nurul dan pasangannya Hanizan. Nantikan full-entry majlis tersebut dalam masa terdekat,ceewahh.


Teaser Solomnized & Outdoor Nurul & Hanizan, Bandar Baru Bangi.

Majlis kahwin Maoi dan Ayumi (sahabat)

Selepas abis outdoor aku terus berkejar ke rumah sahabat aku Fiza (Ayumi) & Fikree (Maoi) yang melangsungkan perkahwinan kat Saujana Puchong. Selepas solat maghrib baru sampai sana. Sampai je pasangan pengantinpun baru sampai rumah dari outdoor gak :) Sempatlah aku amik gambar diaorg kat pelamin sat,hehe.Aku doakan semoga korang berdua kekal bahagia sampai ke syurga,amin.



Satu perkara yang kena korbankan bila jadi photographer kahwin ni ialah bila ada sahabat kahwin semasa kita ada job kat tempat lain. Kekadang aku terpaksa datang sehari lebih awal atau seminggu lewat selepas majlis untuk sampaikan hadiah dan melawat diaorg. Kekadang memang tak sempat datang, lelagi yang jauh,huhu.Hanya kiriman doa dan ucapan pengganti diri.

Sebab tu kalau korang tengok photographer bekerja semasa cuti sebenarnya dia telah korbankan masa bersama isteri, anak, keluarga dan kawan-kawan semata-mata mencari sumber pendapatan tambahan untuk menyara keluarga. Itu belum kalau ada kecemasan seperti kematian, anak sakit dan sebagainya. Tapi ramai tak terfikir tentang tu bila minta photographer2 ni kerja lebih masa dengan bayaran yang terlalu rendah. Renung-renungkanlah :P

Nota kaki : Bengong betullah Chelsea, masa Manchaster United kalah time tu lah dia nak kalah gak,huhu

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Outdoor Putrajaya Dadik & Muiz

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ni aku nak tunjuk Outdoor pasangan Dadik & Muiz seperti yang aku janji dalam entry lepas. Sebenarnya aku sangat percaya peralatan seperti kamera dan lens yang bagus membantu seorang photographer untuk mendapatkan gambar yang lebih baik. Tetapi ia juga bukan satu alasan kepada orang yang kekurangan peralatan untuk mendapatkan gambar yang cantik juga..

Seorang photographer yang baik akan dapat hasilkan gambar yang menarik walau guna kamera hp sekalipun. Dia takkan jadikan alasan kekurangan peralatan sebagai penghalang untuk berkarya. Sebab tu dalam bidang apa sekalipun ilmulah yang membezakan antara manusia ni. Sentiasa menambah ilmu lebih baik dari sentiasa beri alasan sepanjang masa.

Masa ikut peveyhack aritu, aku terpaksa guna satu2nya prime lens yang aku ada (macam mahal je bunyinya,hehe). Aku banyak guna 50mm f1.8 yang harganya kurang dari RM400 untuk amik gambar diaorg. Sapa tak pernah nampak, panjang lens ni tak sampai 5cm. Bukan aku sengaja tapi memang aku takde lagi lens tele macam OP dan 2 orang tagging tu,hehe. Diaorg zoom main pusing lens je tapi aku zoom kena bergerak ke depan belakang guna kaki. Sebab tu aku makin kurus sekarang,hahahaha*takde kaitan. Korang layan jela gambar2 ni skit :

Aku memang cadang nak beli tele lens dalam masa terdekat. Tapi nak dapat tu abis gaklah gaji sebulan,huhu. Beli 2nd hand two touch 80-200 f2.8 je dah RM3K. Nak beli Nikkor 70-200 f2.8 VR lagilah tak mampu buat masa ni, hampir RM6K. Sebab tu korang tengok photographer ni kalau bujang memang lambat kahwinnya,hahaha. Kalau dah kahwin, memang jarang nampak diaorg mewah2 sebab kos untuk buat photography ni bukanlah murah..:) jadi hargailah mereka sementara mereka masih hidup,kekeke..

p/s : Aku sangat bizi ngan kerja2 ofis sekarang.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com