Fiza & Mazly, Universiti Malaya

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dapat juga aku update blog ni. Sebenarnya kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja di ofis. Sementelahan kursus di luar yang memerlukan aku tiada di ofis untuk beberapa hari. Pertama kali aku ke Pulau Pangkor bersama sahabat-sahabat di ofis. Aku ada cerita sikit kat personal blog aku perjalanan ke sana.

Aku update sikit pasangan Fiza & Mazly yang diadakan di dewan dalam Universiti Malaya. Aku rasa kepada sesiapa di kawasan berhampiran yang mencari dewan untuk berkahwin, bolehlah mempertimbangkan untuk sewa kat dalam UM sebab banyak juga dewan yang besar dan selesa yang sesuai digunakan untuk majlis perkahwinan. Sesi outdoorpun buat tepi jalan dalam UM tu je:)

Tahniah kepada kedua-dua pasangan yang dirai. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan bahagia hingga akhir hayat,amin. Insyaallah jumpa lagi dalam next entry. Ada beberapa pasangan lagi aku nak update:) Sebenarnya ada pasangan pengantin yang memilih untuk tidak dipaparkan majlis perkahwinan mereka di blog atau di mana-mana medium. Aku tiada masalah tentang tu dan hormati privacy mereka:) Wallahua’lam.
 

Wassalam.

Socio-economic superiority

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam aku ada baca satu artikel tentang gaya hidup masyarakat di Malaysia. Menurut penulis tersebut, ramai ingin dilihat sebagai ‘kaya dan berjaya‘ dalam hidup yang mendorong mereka sebenarnya hidup tidak bahagia. Malah ramai antara mereka berusaha keras bekerja untuk tunjuk kepada orang lain mereka lebih bahagia dan berjaya dari kawan-kawan mereka.

Mereka rasa dengan adanya rumah besar, memakai handbag mahal, berpakaian berjenama, berkereta selesa dan mewah serta menjalani gaya hidup moden melambangkan ‘socio-economic superiority‘ mereka berbanding orang sekeliling mereka. Ia jadi prioriti dalam hidup walau mereka tak pernah mengaku dan sedar perkara itu.

Aqmalina & Fadly, Shah Alam

Dr Aqmalina & Dr Hafifi, Paroi Negeri Sembilan.

Malangnya perkara tersebut menyebabkan ramai rakyat Malaysia berbelanja melebihi kemampuan dan berhutang dengan kadar tidak perlu. Tanpa sedar mereka sebenarnya merisikokan masa tua mereka untuk kelihatan ‘berjaya’ ketika usia muda. Sedangkan dengan hutang yang banyak dan tiada simpanan mereka bakal muflis dan hidup dalam kemiskinan kelak.

Statistik muflis di negara kita menunjukkan ramai telah muflis di bawah umur 35 tahun. Personal loan dan hutang kad kredit jadi penyumbang utamanya. Berapa ramai antara kita tahu keperluan duit kita setiap bulan selepas kita bersara kelak? Adakah cukup hanya dengan duit KWSP untuk hidup lagi 20 tahun setiap bulan? Berapa ramai dah buat persediaan ke arah itu atau pernah terfikir ketika muda?

Penulis berbangsa cina itu juga mengatakan kebahagiaan yang diperolehi dengan jalan hidup kelihatan mewah tidak akan berkekalan lama. Satu masa, bila menghadapi masalah kewangan mereka tidak lagi rasa bahagia. Harga dirinya jatuh, fikirannya kusut & merasakan diri tidak bahagia lagi. Sedangkan kebahagian sebenar sudah tentu datang dari dalam diri. Keluarga yang bahagia, anak2 yang baik, kewangan yang sihat, berbuat amal ibadah, buat baik kepada orang lain dll.

Kadangkala, pelik juga kita sebagai muslim tidak terlepas dari perasaan bermegah, ingin dipuji, bangga diri dan suka tunjuk kelebihan kepada orang lain. Sedangkan semua yang Islam ajar adalah sebaliknya. Sifat merendah diri, bersederhana, bersyukur. Orang bukan Islam boleh faham konsep tersebut lebih baik dari kita. Duit memang takkan boleh beli bahagia. Tetapi dengan urus kewangan dengan baik, kita akan lebih bahagia insyaallah. Tiada masalah kita kelihatan ‘kurang kaya & berjaya’ di mata orang lain. Asalkan kita rasa bahagia & kewangan kita sihat sampai akhir hayat kita. Wallahua’lam.

Nota kaki : Insyaallah akan update majlis kat atas ni dalam entry akan datang:)

Wassalam.

Mustakhim + Farhana, Sungai Petani.

Bismillahirrahmanirrahim

Pagi ni hujan lebat dalam perjalanan ke tempat kerja. Teringat dulu masa pergi kerja menaiki motor melalui highway dan hujan turun dengan lebat. Tiada jambatan nak berteduh. Sampai ofis basah lencun. Rasanya sampai tengahari baru kering baju tu. Ramai orang menaiki motor bukan kerana tiada kereta tapi lebih mudah & elak kesesakan ketika pergi dan pulang kerja.

Tetapi ramai juga yang menaiki motor kerana ia satu-satunya pengangkutan yang ada untuk mereka. Dengan kenaikan harga minyak ini sudah pasti ia memberi satu beban baru bagi yang kurang berkemampuan. Bukan sebab tambahan belanja petrol tersebut, tetapi kesan domino yang bakal menaikan harga barang lain secara langsung.

Aku ada ulas sedikit tentang kenaikan minyak ni dalam personal blog aku ni. HARGA MINYAK : Rakyat vs Kerajaan.

Aku update sesi outdoor pasangan Mustakhim dan Farhana yang berlangsung di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah.
 

 

Tahniah aku ucapkan kedua pasangan yang diraikan ini. Semoga ikatan ini kekal bahagia sampai ke syurga,amin. Dah lama aku tak shoot di luar Lembah Klang sebenarnya. Aku cuba kurangkan job di luar Selangor kerana kesibukan kerja-kerja ofis. Mungkin aku dah tidak ambil tugasan jauh seperti ini lagi selepas ini.

Terima kasih kepada sahabat baik aku Halil & Saipi yang sudi teman aku dari KL sampai ke sini. Terima kasih juga kepada housemate aku masa kat UTM, Skudai dulu Yoes yang follow shoot kat sini. Kalau tak ke Sungai Petani ni, takdelah dapat jumpa dia yang kerja jauh sampai sini,hehe. Terima kasih semua. Semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan pahala,amin. Sampai jumpa lagi dalam entry akan datang. Wallahua’lam.

Wassalam.

Farhana dan Mustakhim, Taman Maluri

Bismillahirrahmanirrahim

Kelmarin aku melawat seorang sahabat ofis yang diuji Allah dengan sakit kanser darah di PPUM. Rasa sedih dalam hati sebab semasa sihat sahabat tersebut sangat ceria dan tubuh badannya agak berisi. Tetapi dengan ujian kanser tersebut tubuh badannya kelihatan sangat kurus dan cengkung. Beliau masih muda dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah rendah.

Dalam satu ayat Quran, Allah ada menyebut akan menguji setiap hambanya yang beriman untuk lihat sejauh mana kekuatan iman seseorang hamba terhadap Allah. Kadangkala kita tidak tahu apa ujian yang akan bakal Allah beri sepanjang hidup kita untuk uji keimanan kita. Namun kita kena selalu berdoa dan berharap agar ujian tersebut tidak terlalu berat hingga kita dan ahli keluaga rasa berat menanggungnya. Ujian sakit ni bukan terhad kepada individu tersebut sahaja, tetapi ia juga satu bentuk ujian kepada isteri, anak-anak dan keluarga yang lainnya. Mudah-mudahan En Rais dan keluarga sabar menghadapi ujian tersebut.

Alhamdulillah dapat aku sambung entry kedua pasangan Farhana & Mustakhim ni. Minggu-minggu selepas raya ni agak sibuk sedikit sebab ada terlibat dengan banyak aktiviti di ofis dan shoot wedding pada hujung minggu.

 

Tahniah kepada kedua-dua pasangan pengantin yang diraikan. Semoga ikatan sudi yang terjalin ini berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat seterusnya sambung di syurga kelak,amin.

Untuk makluman semua, semua tempahan wedding sehingga Februari 2014 telahpun penuh. Alhamdulillah, walaupun aku jarang update kebelakangan ini tetapi ramai yang masih bertanya tentang pakej dan tempahan majlis perkahwinan. Aku sangat hargai semua pertanyaan tersebut. Mudah-mudahan Allah luaskan rezeki kalian semua. Jazakallahukhair.

Wassalam.

Hasif & Fara, Telok Panglima Garang

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dapat gak aku update sesuatu kat blog ni. Aku bercuti agak lama kerana majlis perkahwinan adik aku. Letihnya mengendalikan majlis tersebut masih belum hilang sampai sekarang. Bila buat secara rewang ni, tenaga yang diperlukan lebih banyak terutama persiapan sebelum majlis berlangsung dan setelah selesai majlis.

Namun walau banyak cabarannya tanpa sedar ia juga mengeratkan silaturrahim sesama keluarga. Jarang dapat bekerjasama bersama-sama adik beradik beli barang kahwin, selesaikan masalah yang timbul dan mengemas rumah bersama-sama satu keluarga melainkan ada aktiviti penting dalam keluarga. Hubungan antara saudara mara serta penduduk kampung juga semakin erat. Peluang untuk bersedekah lebih banyak. Semua tu dikira satu ibadah yang mengurangkan rasa penat tersebut:)

Memandangkan Ramadan semakin hampir dan takde shoot wedding, jadi aku simpan sikit2 beberapa entry supaya dapat terus update blog ni. Ni majlis bertandang pasangan Hasif & Faradilla yang diadakan di Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Kawasan yang aku selalu lalu semasa balik kerja masa bujang2 dulu,hehe. Sesi outdoor kitorang buat kat Pulau Carey berhampiran rumah Hasif tersebut.

Sebenarnya banyak aku nak cerita lagi. Tapi tunggulah dalam entry akan datang. Untuk akhirnya terima kasih banyak-banyak kepada kedua pasangan ini yang memberikan kepercayaan untuk aku shoot hari berbahagia mereka. Semoga ikatan suci suami isteri ini berbekalan bahagia sampailah ke syurga Allah nanti. Mohon maaf juga atas kesilapan dan keterlanjuran sepanjang bekerjasama:) Wallahua’lam.

Wassalam.

Wedding Faradilla & Hasif, Kajang

Bismillahirrahmanirrahim

Tanpa sedar Ramadan dah hampir tiba. Masa aku tulis ni dah 21 Rejab 2014H. Rindu nak bersahur, bertadarus, tarawikh, berbuka puasa dan suasana kebaikan pada bulan Ramadan. Atas kekangan kerja di ofis, bos tak izinkan aku kerjakan umrah tahun ni. Walaupun sedikit kecewa tetapi aku percaya ada hikmah disebalik perkara itu. Sebenarnya antara impian aku nak habiskan sebulan Ramadan di Makkah bersama wifey. Mudah-mudahan tercapai satu hari nanti.

Kali ni aku nak update majlis persandingan Fara & Hasif pula. Walaupun shoot berseorangan tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Majlis meriah, DJ best macam suara Andy Hakim, pengantin ceria, kawan-kawan sporting semuanya memudahkan kerja. Aku dah cuba beberapa tone yang ‘in’ sekarang. Tapi akhirnya aku lebih suka neutral colour dalam editing aku:) Lebih sesuai sepanjang masa.

Sesi outdoor kitorang buat kat Putrajaya. Sebab petang tu hujan lebat. Kitorang kena cari tempat boleh berteduh dan amik gambar. Jadi aku pilih kat tempat yang dah beberapa tahun aku tak shoot:) Selepas hujan reda kitorang sambung sikit kat Taman Botani. Untuk akhirnya, mari sama-sama kita doakan semoga pasangan ini dipermudah urusan hidup bersama di dunia sampailah ke akhirat nanti. Bahagia dan menyayangi antara satu sama lain sampai akhir hayat mereka,amin.

Aku akan super bizi dalam 2 minggu akan datang. Urusan kerja di ofis dan urusan keluarga. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Doakan kesihatan aku sahabat2:) Semoga berjumpa lagi insyaallah.

Wassalam

Adawina & Suhaimi, Cheras

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, setelah dah lama tak update dapat gak aku letak entry wedding kat blog ni:) Sebenarnya sampai minggu hadapan aku masih lagi kerja di luar office. Memandangkan Ramadan dah hampir tiba, kerja-kerja di institusi zakat memang bertambah 2 kali ganda menyiapkan keperluan untuk bulan puncak tersebut. Terutamanya hal yang berkaitan dengan sistem IT.

Majlis Adawina dan Suhaimi ni berlangsung di Cheras. Suhaimi ni orang Penang dan family diaorang memang ramai datang dari sana. Masa majlis nikah tu rasa macam tengah shoot kat Penang je sebab semua cakap utara,hehe. Aku cover 2 hari untuk majlis nikah dan sanding. Sesi outdoor mereka buat berdekatan sahaja dengan rumah Wina lokasi majlis tersebut. Tapi menarik sebab dapat masuk kat Unit Berkuda DBKL bersebelahan dengan Taman Tasik Permaisuri. Dapatlah gak main dengan kuda sekejap,hehe.

 

 
Untuk akhirnya, tahniah kepada kedua pasangan pengantin yang diraikan. Mudah-mudahan ikatan tersebut di rahmati Allah sentiasa dan memudahkan mereka berdua untuk ke syurga Allah,amin. Tahniah sekali lagi atas pernikahan. Terima kasih di atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung 2 hari tersebut:) Mohon maaf jika ada salah dan silap.

Insyaallah aku akan update lagi dalam masa terdekat. Jumpa lagi. Wallahua’lam.
 
 
Wassalam.
 

Ella & Hakim, Petaling Jaya

Bismillahirrahmanirrahim

Usai solat semalam ustaz bagi tazkirah ringkas, beliau melihat kecenderungan kita semua untuk membenci sesama muslim semakin teruk semasa musim PRU13 ni. Beliau berpesan agar kita semua tidak terlalu terikut-ikut dengan berita yang dibawa oleh parti politik yang bertanding sama ada di televisyen, surat khabar mahupun di sosial media. Semasa mereka berkempen, kita sebenarnya diajak untuk turut beremosi dan membenci pihak lawannya. Sedangkan kita tidak pernah kenal mereka ataupun tahu berita tersebut sahih atau sebaliknya.

Sambung ustaz lagi, apabila PRU13 ini berakhir kita masih tetap saudara muslim. Jadi ukhuwah antara kita perlu dipelihara sebaiknya. Dosa dan pahala tetap dicatat di kiri dan kanan bahu kita. Ujarnya, cukup sekadar kita ambil tahu. Jangan tokok tambah berita kerana ia mungkin fitnah. Jangan benci muslim lain tetapi benci kejahatannya sahaja. Jalankan tanggungjawab mengundi dengan niat menjadikan negara dan agama kita lebih baik.

Aku update sesi outdoor majlis perkahwinan Ella & Hakim yang diadakan di Petaling Jaya. Sebelum kitorang keluar outdoor hujan turun dengan lebat. Hampir maghrib tu baru hujan berhenti sepenuhnya. Adalah dalam 15 minit je untuk shoot gambar ni. Ini shoot kat tepi Highway KESAS je. Berhentikan kereta kat tepi highway sampai peronda lebihraya berhenti nak tengok kenapa berhentikan kereta kat situ:)

 

 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah. Ni menantu pertama jadi memang meriah sangat. Makanan sedap2:) Aku doakan semoga kedua mempelai yang diraikan ini berkekalan bahagia sampai ke syurga, ameen. Insyaallah aku cuba update lagi entry yang tertinggal. Kerja-kerja di kantor masih lagi banyak dan bizi seperti biasa. Doakan aku sihat2 je hendaknya ye sahabat2:) Wallahua’lam.

Wassalam.