Zafran & Afifi, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim

Baru-baru ni aku ikuti satu kursus kewangan diri. Menurut info daripada kerajaan, jangka hayat penduduk di Malaysia sekarang untuk wanita adalah 77.6 tahun manakala lelaki 72.9 tahun. Jika lihat umur persaraan 55-58 tahun maksudnya kita ada 20 tahun lagi untuk hidup tanpa sebarang pendapatan. Menurut statistik, 90% simpanan KWSP pula bawah RM150,000 ketika orang Malaysia bersara kerana banyak pengeluaran telah dilakukan.

Ini bermakna setiap bulan orang yang bersara ini hanya ada RM400 untuk hidup. Untuk makan minum, perubatan dan urusan hidup lain. Jika mereka sakit kronik maka besar kemungkinan mereka akan jadi asnaf fakir miskin. Padahal masa mudanya hidup dalam keadaan senang. Pernahkah korang terfikir tentang ni? Jadi kurangkanlah berhutang. Hidup sekadarnya sahaja. Jgn beli harta utk tunjuk org. Simpan & invest lebihan. Banyakkan sedekah. Insyallah hidup lebih baik.

Kali ni aku nak sambung update sesi outdoor pasangan Zafran & Afifi yang diadakan di Putrajaya. Sebenarnya ada 1 lagi team photography shoot majlis mereka ni selain aku. Jadi kita tak dapat nak fully kreatif semasa majlis sebab kena ambil kira team lagi satu. Sebab masing-masing ada cara berbeza. Tapi takde masalah untuk bekerjasama bersama:)

 

 

Memandangkan tugasan di kantor untuk sistem baru masih lagi tahap kritikal maka ia mendapat keutamaan buat masa ni. Insyaallah aku akan tetap update blog ni dari masa ke semasa. Tahniah kepada kedua pasangan pengantin yang dirai. Semoga ikatan perkahwinan ini dapat memudahkan jalan ke syurga Allah, ameen. Wallahua’lam.

Wassalam.

Syazreen & Wan, Serdang

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam seorang ulama’ besar Syeikh Said Ramadan Al-Buti meninggal dunia dalam serangan berani mati ketika memberikan kuliahnya di sebuah masjid di tengah kota Syiria ketika berusia 84 tahun. Beliau sangat terkenal dengan penulisan buku yang jadi rujukan agama di seluruh dunia seperti kitab Fiqh Sirah, Kitab Kubra al-Yaqiniyat dll. Malah kitab Fiqh Sirah tersebut pernah menjadi sillabus dalam universiti-universiti tempatan di Malaysia.

Walaupun mungkin ada beberapa pendapat beliau yang berbeza dengan kita kebelakangan ini tetapi ia sedikitpun tidak mengurangi kasih sayang kita kepada ulama’ agung ini. Kalau faham bahasa arab dan baca kitab-kitab beliau bahasanya sangat cantik dan indah. Pemikirannya kritis. Orangnya rendah diri. Semoga Allah SWT mengurniakan Almarhum Sheikh dengan sebaik2 ganjaran.

Kali ni aku nak update wedding pasangan Syazreen & Wan yang diadakan di Serdang. Memandangkan kesibukan di ofis dalam 1-2 minggu ni aku sempat update sesi outdoor diaorang je. Tempat ni kawasan baru kat dalam UPM. Terima kasih kat sahabat aku Cot yang tunjukkan kawasan ni.

Sebenarnya masa nak kuar outdoor tu hujan turun dengan lebat. Pastu kitorang tunggu teduh. Haripun dah agak lewat tak dapat shoot lelama sangat. Rasanya tak sampai 20 minit. Untuk akhirnya, semoga kedua pasangan pengantin ini sentiasa dalam rahmat dan mawaddah dan hubungan ini berkekalan bahagia sampailah ke syurga,ameen. Insyaallah jumpa dalam entry akan datang. Selamat hari jumaat yang berkat semua teman-teman.

Wassalam.

Ain & Afi, Parit Jawa, Muar

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam aku tengok rancangan di TV tentang masalah anak-anak yang lemah dalam pelajaran dan bagaimana mengatasinya. Ada ibu bapa yang sedih anak mereka lemah sebegitu. Subhanallah. Sebenarnya Allah maha adil dan perancangan Allah kadangkala tak sama dengan apa yang manusia rancang. Jujurnya pada pendapat aku, pelajar yang lemah dalam pelajaran dan ‘bermasalah’ pada usia remaja kebanyakkannya merekalah yang menjaga ibu bapa bila mereka dah tua kelak.

Banyak sangat contoh ini berlaku di sekeliling kita. Ibu bapa yang mempunyai ramai anak. Hampir semuanya belajar di universiti dan mendapat kerja yang bagus kecuali seorang. Satu hari nanti mereka semua akan meninggalkan ibu bapa di kampung cari rezeki di luar. Hanya sorang inilah yang menjaga sakit demam ibu bapanya. Menjaga rumah dan boleh diharap bila berlaku apa-apa kecemasan. Anak-anak lain yang berjaya semua bagi alasan kerja dan sukar mendapat cuti. Melawat ibu bapa jarang sekali. Nah, sekarang anak mana yang paling dapat banyak pahala & paling berbakti kepada ibu bapanya? Ibu bapa yang telefon tu mesti tak lihat dari sudut ini.

Aku update majlis bertandang pasangan Ain & Afi yang diadakan di Parit Jawe, Muar. Pertama kali aku sampai sini sebenarnya. Nak juga aku cari lokasi penggambaran cerita ‘Parit Jawa’ tu tapi tak berkesempatan,hehe. Majlis ini sebenarnya berlangsung serentak dengan majlis perkahwinan adik Afi. Jadi ada dua pasangan pengantin dalam majlis ni:)




Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Biasanya kalau kali pertama buat majlis kahwin memang ramai sangat tetamu yang datang. Walaupun gerimis petang tu tapi dapat juga adakan sesi outdoor sebentar. Lokasinya memang cantik tapi tempat ni memang ramai orang lalu lalang. Jadi banyak main tight shoot je:) Tahniah sekali lagi atas ikatan yang terjalan. Pakat hidup baik-baik:) Semoga berkekalan bahagia dalam rahmat dan mawaddah sampai ke syurga,ameen. Jumpa next entry.

Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Aina & Baihaqi, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim



Pagi tadi aku berhenti di satu traffic light menuju ke ofis. Mata aku tertumpu pada sepasang suami isteri yang membonceng motorsikal. Dari baju yang dipakainya, boleh tahu suaminya seorang security guard & isterinya seorang cleaner. Di bakul hadapan motornya ada 2 set bekal berisi nasi & lauk. Nampak sbb bekas plastiknya lutsinar. Dari gelak tawa & gurauan mereka boleh rasa kebahagiaan yang mereka sedang lalui.

Sebelah aku pula sepasang suami isteri yang menaiki kereta yang agak mewah. Tapi masing-masing khusyuk dengan handphone di tangan. Lihatlah bagaimana Allah bahagi-bahagikan nikmatnya kepada manusia. Ada nikmat yang Allah beri dengan kekayaan jiwa dan kelapangan hati tetapi kurang dunia materialnya. Ada yang Allah bagi kekayaan harta tetapi kosong jiwa & resah fikirannya.

Aku update majlis sanding pasangan Ainaa & Baihaqi dulu. Ainaa juga adakan section ‘candy bar‘ yang sangat menarik dan boleh berfungsi sebagai deco tambahan kepada majlis perkahwinan mereka ni. Banyak juga pakej yang termasuk decorasi ruangan ‘guest book‘ untuk tetamu yang datang. Layan dulu.




Kitorang buat sesi outdoor kat sebelah Dewan Kompleks Warga Emas, Seksyen 24 iaitu lokasi majlis mereka ni. Alhamdulillah majlis berkalan lancar dengan kehadiran tetamu yang ramai. Maybe sebab ni majlis perkahwinan terakhir keluarga Ainaa sebab yang lain semua dah berumahtangga:) Tahniah sekali lagi untuk korang berdua ye. Semoga Allah rahmati perjalanan hidup korang berdua sampai ke syurga,amin.

Majlis ni agak bersejarah bagi aku sebab ni kali pertama aku guna kamera baru sejak 2 tahun lepas. Sedang dalam proses sesuaikan diri lagi. Insyaallah aku akan improve lebih banyak dengan pelaburan terbaru ni. Sila beri tunjuk ajar dan betulkan kalau ada salah silap aku. Wallahua’lam.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Nadia & Izad, Sungai Penchala

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat terbesar kita iaitu agama Islam dan masih diberi kesempatan hidup hingga hari ini. Insan ada ketikanya dia berada hampir dengan pencipta dan ada masanya jauh hingga lalai dan lupa kepada penciptaNya. Namun, rahmat Allah tak pernah berkurangan ketika kita sibuk melakukan dosa dan lupa pencipta.

Bila insan hatinya kosong dan ingin kembali kepadaNya mereka tidak perlu mengaku kepada umum kesalahan masa lampau, tidak perlu berbuat ritual pelik menyiksa diri dan tidak perlu cerita kepada orang ustaz, ustazah atau orang alim untuk hapuskan dosanya. Mereka hanya perlu masa bersendirian memohon taubat dengan sungguh-sungguh kepada Allah. Allah akan mengampunkannya. Luasnya rahmat Allah.

Hari ni aku update majlis perkahwinan Nadia & Izad yang diadakan di Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Pertama kali shoot kat area sini. Majlis Nadia ni berlangsung sehari sahaja iaitu majlis bernikah dan resepsi dalam hari yang sama. Semua deco majlis ni dibuat oleh Nadia dan sahabat2nya. Kagum dengan banyak detail yang cantik-cantik dalam majlis ni. Warna-warna pastel memang trend sekarang.


Dalam beberapa wedding yang aku pergi sekarang ada section ‘candy bar‘ untuk kanak-kanak. Memang ia jadi perhatian. Tapi aku rasa yang banyak makan ni semuanya orang besar je:) Sekarang bagi yang tidak mempunyai masa untuk buat section candy bar ni boleh hire banyak vendor sediakan perkhidmatan ini.

Sebenarnya first time juga dapat pengantin pakai baju warna hijau ni sejak 4 tahun amik gambar ni. Tapi memang cantik sangat baju Nadia dan ‘masuk’ ngan Izad punya kod tu. Nampak berbeza. Sesi outdoor ni kitorang buat kat taman berhampiran je. Aku sebenarnya lupa taman apa sebab memang tak biasa kat area sini:) Nasib baik masa kitorang datang tu belum ramai sangat orang jogging dan lalu lalang.


Untuk akhirnya, aku ucapkan tahniah kepada kedua pasangan yang dirai. Selamat berbahagia hingga ke syurga,amin. Terima kasih kepada Nadia dan keluarga atas layanan yang baik sepanjang bekerjasama. Terima kasih juga kepada sahabat aku Afrizal Aminin yang sudi membantu aku pada hari tersebut. Insyaallah jumpa dalam next entry pula ye. Wallahua’lam.




Nota kaki : Musim pilihanraya dah nak hampir. Kena lebih banyak tapis berita yang diterima. Mudah-mudahan kita dapat jaga diri dari termasuk dalam golongan orang yang membantu sebarkan fitnah. Perjuangan parti tidak halalkan benda yang haram di sisi Islam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Liyana & Din, Temerloh

Bismillahirrahmanirrahim


Dalam mana-mana praktis organisasi, biasanya setiap awal tahun akan ada pertukaran dan perpindahan pekerja dalaman. Bila seseorang tu dah lama dengan kita, kadangkala ada rasa kehilangan bila kelibat mereka tiada lagi bersama setiap hari. Itu lumrah. Tapi amanah kerja tetap kena selesaikan dengan baik.

Dengan pertukaran dan perpindahan pasti ada proses penyesuaian. Aku harap sahabat-sahabat kat organisasi aku yang bertukar jabatan dapat terus menyumbang ke arah perkasakan organisasi insyaallah. Prof Muhaya selalu cakap kita kena selalu fikir apa lagi khidmat kita nak beri kat orang dan jangan asyik meminta sahaja.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Liyana & Din yang di adakan di Temerloh, Pahang. Rasanya ni pengantin ke-5 aku shoot kat area sini:) Majlis pernikahan di adakan di rumah Liyana dan sanding di Dewan Mentakab. Lepas tu kitorang outdoor kat Stesen Keretapi Mentakab yang popular kat sini sebagai lokasi outdoor:)

Sebenarnya kitorang ada masa yang sangat singkat masa outdoor tersebut sebab hujan lebat semasa sampai ke sini. Pastu kena tunggu hujan reda. Lagipun nak kejar waktu solat lagi. Tapi ada satu perkara yang best sebab masa shoot tu kena sound ngan petugas keretapi tu guna pembesar suara stesen,hehe.

Untuk akhirnya aku doakan semoga kedua pasangan ini dilimpahi rahmat dari Allah sepanjang ikatan perkahwinan mereka. Terima kasih kepada Liyana atas layanan yang baik sepanjang 2 hari kat sana. Terima kasih juga atas kerjasama yang sangat baik ahli keluarga semua:) Jumpa lagi next entry. Wallahua’lam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Belle & Zairy, Cheras

Bismillahirrahmanirrahim


Pagi tadi aku dengar satu tazkirah. Ustaz bertanya bila kali terakhir kita audit perbelanjaan dan hasil kewangan kita? Adakah semua yang kita dapat rezeki yang halal? Adakah zakatnya telah ditunaikan dengan sempurna? Berapa sedekah kita setiap bulan? Ini kena tanya sama ada kita berniaga & bekerja setiap hari. Sebab ia sangat penting untuk masa depan akhirat kita.

Dalam berniaga melalui wedding photography ni aku cuba niatkan untuk mengikuti sunnah. Aku akan berusaha menjaga amalan dan kejujuran semasa berurusan dengan semua client2 aku. Dengan rezeki yang murah dan keuntungan semakin bertambah insyaallah aku dapat salur lebih banyak kepada jalan kebaikan.

Aku nak update sedikit majlis Belle & Zairy yang diadakan di Cheras. Aku cover dari majlis nikah sampailah selesai sesi outdoor. Aku sebenarnya ngah cuba tone baru harini. Hope nampak ok:)


Semoga Allah rahmati kedua pasangan ini dan hubungan yang terjalan berkekalan bahagia sampai ke syurga,amin. Mereka dah kenal lama dari zaman belajar lagi:) Tapi hidup berumahtangga bersama adalah satu kehidupan yang berbeza dan berlainan. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga korang ye:) Tahniah atas berita gembira Belle. Wallahua’lam.


Nota kaki : Banyak tarikh2 aku pada tahun ni telah penuh sekarang. Terima kasih kepada semua yang percaya dengan hasil kerja aku. Mudah-mudahan Allah luaskan lagi rezeki korang semua ye,amin.

Nota kaki 2: Aku kena modify dan perbaiki tone ni lagi. Tunggu update next time plak.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Izyan & Hikshan, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah beberapa hari lepas aku bepeluang hadir ke ‘Malam Cinta Rasul’ bersama Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf . Tetamu yang hadir ke stadium sangat ramai bersama melaungkan selawat dan qasidah. Satu perkembangan positif, pemimpin kedua negara juga bersama dalam tu mendengar tanpa ucapan apa2. Dengan berpakaian serba putih semangat hadirin yang hadir dapat meresap dalam jiwa, insyaallah.

Namun bak kata guru aku, kalaupun kita cinta kepada Rasulullah jangan sampai mengada-adakan cerita atau mereka-reka hadis palsu yang menggambarkan Rasulullah secara berlebihan. Ada juga aku dapati mereka membaca hadis-hadis yang diragui kesasihannya yang disandarkan kepada Rasulullah. Mudah-mudahan diperbaiki. Apa yang penting ajaran Islam yang Rasulullah bawa kita lakukan dengan sepenuh hati.

Kali ni aku update majlis persandingan Izyan & Hikshan yang diadakan di Dewan Presint 8, Putrajaya. Beliau mengadakan majlis ni bersama-sama majlis adik perempuannya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tetamu ramai tidak putus2, kawan2 ramai datang dan memeriahkan suasana majlis. Layan sedikit sekitar majlis ni.


Sesi outdoor kitorang buat kat tepi jalan Hotel Shangri-La atas bukit tu. Sahabat-sahabat Izyan dan Hikshan pun join masa sesi outdoor ni. Memang memeriahkan suasana diaorang ni. Terima kasih semua yang berikan kerjasama semasa shoot ye:)

Untuk akhirnya, terima kasih banyak kepada Izyan sekeluarga yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari bekerjasama. Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang bertugas:) Tahniah sekali lagi buat korang berdua. Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan rumah tangga korang,amin. Terima kasih juga kepada sahabat2 aku membantu dalam majlis ni terutamanya Ejal yang membawa sahabatnya yang lain turut sama shoot. Insyaallah jumpa lagi di lain kesempatan.




Nota kaki : Jom banyakkan selawat hari jumaat ni. Mudah-mudahan mudah kita dapat syafaat baginda Rasulullah s.a.w diakhirat kelak

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe