Bismillahirrahmanirrahim
Pagi tadi aku check jadual untuk aktiviti untuk minggu2 selepas ni. Terdetik dalam hati “Dah bulan September rupanya. Cepatnya masa berlalu!“.
Tiba-tiba teringat tazkirah dari Ustaz Pahrol beberapa hari lepas tentang mengingati kematian.
“Ramai antara kita bagitau dan bercita-cita mahu masuk ke syurga. Tapi dalam masa sama ramai juga yang tak mahu mati. Cuba bagitahu saya bagaimana nak masuk syurga kalau kita tak mati?”
Memang rasa terpukul dengan kata-kata beliau. Sebenarnya bagi aku orang yang takut mati ni adalah orang yang tak yakin amalannya cukup untuk selamatkan mereka di akhirat. Jujurnya ini termasuklah aku. Mudah-mudahan kita dengan sedikit ingatan pagi ni dapat luruskan semula hala tuju hidup kita. Sekurang-kurang kita tahu kita akan dibungkus kain kafan, dimasukkan dalam kubur dan ditinggalkan keseorang bawah tanah. Ia pasti cuma masanya belum tahu.
Kani ni aku nak update full entry majlis persandingan Farehah & Irfan ni. Jumaat lepas aku hanya sempat update sesi outdoor mereka ni.
Semua gambar outdoor ni diambil di Paya Indah, Dengkil. Rasa bangga plak kampung aku ada tempat cantik camni,hehe. Untuk pasangan Farehah & Irfan, tahniah diucapkan:) Semoga ikatan yang terjalin ni berkekalan bahagia hingga ke syurga nanti. Pakat hidup baik-baik. Mohon maaf kalau ada salah silap sepanjang shoot bersama. Jumpa lagi dalam entry akan datang.
Nota kaki : Untuk makluman sekali lagi slot wedding aku sehingga Mac 2013 telah penuh. Aku sekarang ambil tempahan untuk bulan-bulan selepas itu. Terima kasih atas sokongan semua. Barakallah.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe