Bismillahirrahmanirrahim
Hari tu aku ada dengar radio BFM 89.9 dalam perjalanan balik ke rumah. Topik perbincangan ialah tentang bebanan kanak-kanak di negara kita untuk belajar seawal usia tadika. Tetamu tersebut tinggal di Jepun selama beberapa tahun dan beliau bagitau di Jepun, kanak-kanak di tadika tidak diajar tentang subjek akademik. Tetapi mereka didedahkan dengan nilai-nilai murni dan kenegaraan. Mereka hanya bermain dan diajar mengembangkan lagi otak dan cara mereka berfikir.
Tetapi di Malaysia, kanak-kanak seawal usia 4 tahun dah dipaksa belajar membaca serta mengira dengan intensif. Ia memberi tekanan kepada otak dan menyebabkan zaman kanak-kanak mereka tidak menarik dan tidak membantu mereka berfikir secara kreatif. Matlamat mereka adalah gred dan jika mereka gagal mereka sebenarnya mudah putus asa dalam hidup.
Kali ni aku nak update majlis persandingan pasangan Mila dan Azrul di Kampung Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang. Mila ni seorang guru kanak-kanak istimewa tau. Pekerjaan yang memerlukan kesabaran sangat tinggi. Aku kagum beliau gunakan bahasa isyarat dan berkomunikasi dengan murid beliau yang datang ke majlis ni. Layan majlis beliau sikit ye.
Majlis beliau berlangsung dengan meriah. Tapi yang paling best sebab ia dibuat secara rewang (bergotong royong) oleh penduduk kampung. Ramai sangat orang kampung datang, jauh lagi banyak dari orang yang rewang kat tempat aku di Banting. Fav aku kalau kenduri kahwin orang jawe ni ialah kuih yang dipanggil ‘lemper’. Aku tak ingat berapa banyak aku makan kat umah mila ni,hehe.
Sesi outdoor aku buat kat sekitar kampung je. Kat belah-belah sana memang takde masalah nak shoot outdoor sebab banyak lokasi menarik berbanding kat area KL ni. Cuma kalau hujan memang jenuhlah nak ngiup (berteduh) kat mana sebab banyak tempat2 lapang kat sini.
Aku nak ucapkan tahniah kepada Mila & Azrul atas ikatan sah yang terjalin ini. Moga Allah lindungi hidup korang sampai akhir hayat nanti,amin. Terima kasih kepada sahabat baik aku Ejal dan Atong yang follow dan tolong aku sepanjang 2 hari aku berada kat sana. Jasa baik korang semua takkan aku lupakan. Mohon maaf atas salah silap aku sepanjang berada kat sana :)
Nota kaki : Musim cuti sekolah dan kembali lagi! Selamat bergembira terutamanya cikgu-cikgu :)
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe