Pengalaman amik gambar kahwin :)

Bismillahirrahmanirrahim


Masa mula-mula amik gambar dulu aku tak pernah sangka boleh jumpa benda2 baru yang tak pernah aku alami sebelum ni. Memandangkan aku bukanlah photographer yang jaga penampilan supaya sentiasa semat, segak, bergaya, hensem dan bersih, maka ada kalanya aku buat perkara bengong yang difikirkan balik memang tak de kerja. Kalau mak aku tahu mesti kena marah :)

teaserfj

Teaser wedding Juwita & Umar, Kajang



Aku pernah panjat bumbung bangunan untuk amik gambar. Sekali dah turun baru tau kalaulah jatuh memang boleh arwah. Masa panjat tak perasan pun. Pernah juga aku panjat pokok yang agak tinggi. Tiba-tiba kena serang dengan tebuan. Banyak gila. Aku terjun sebiji macam nangka jatuh ke tanah. Cara jatuh agak pelik sebab kedua2 tangan aku ke atas cuba selamatkan kamera walaupun berguling-guling, haha. Balik rumah bengkak2 badan selama beberapa minggu. Bengkak kena gigit tebuan dan jatuh pokok.

Aku juga pernah baring kat rumput apa tah namanya. Tiba2 rasa gatal gila. Tahan juga sampai abis shoot pengantin. Bila balik rumah sampai seminggu badan aku merah-merah dan lebam-lebam (sejak tu aku dah tak cute). Pergi klinik sampai doktor inject nak elakkan jangkitan lebih teruk. Aku juga pernah masuk air tasik nak amik gambarlah kononnya. Tapi sampai takat lutut je. Balik rumah dari lutut ke bawah gatal ya amat. Asyik nak kena garu je. Seminggu baru baik. Padan muka aku!!

Banyak lagi pengalaman lain. Tapi bila fikir balik, sementara masih muda ni bolehlah buat semua tu. Kalau dah agak tua dah malas nak buat semua tu (adrenalin dah low). Dah malas nak cari angle-angle yang berbeza dan kreatif. Tapi kalau sapa-sapa nak buat camtu, nasihat aku jagalah keselamatan. Lagi satu kalau boleh jangan bagitau wife atau mak korang. Nanti kena tahan telinga kena marah, hahaha. Wassalam.



Nota kaki : Aku buka tempahan sekarang sampai bulan Mac 2012 je. Lebih dari tu akan dimaklumkan kelak ye :P


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Pause

Bismillahirrahmanirrahim



azzah2


I walked across an empty land
I knew the pathway like the back of my hand
I felt the earth beneath my feet
Sat by the river and it made me complete
Oh simple thing where have you gone
I’m getting old and I need something to rely on
So tell me when you’re gonna let me in
I’m getting tired and I need somewhere to begin

I came across a fallen tree
I felt the branches of it looking at me
Is this the place we used to love?
Is this the place that I’ve been dreaming of?

Oh simple thing where have you gone
I’m getting old and I need something to rely on
So tell me when you’re gonna let me in
I’m getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don’t we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don’t we go
Somewhere only we know?

Oh simple thing where have you gone
I’m getting old and I need something to rely on
So tell me when you’re gonna let me in
I’m getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don’t we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don’t we go
Somewhere only we know?

This could be the end of everything
So why don’t we go
Somewhere only we know?





Nota kaki : Aku tak berapa sihat minggu ni. Demam dan batuk. Dah seminggu demam. Terima kasih Allah bagi ujian untuk mengingatkan aku. Pastu kena pula berada di luar kawasan berkursus sampai Sabtu ni. Maaf tak update entry full lagi.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Photographer part time

Bismillahirrahmanirrahim


Aku mohon maaf sebab masih belum dapat upload full entry majlis Dr Juliana & Fazly buat masa ni. Kesibukan di tempat kerja membataskan kerja-kerja editing gambar buat sementara waktu. Sebenarnya bila aku amik tugasan wedding di hujung minggu ni banyak juga benda yang terpaksa aku korbankan.

kerul-lisa teaser

Teaser wedding Rozani & Lisa, Temerloh


Contohnya aku dah tak dapat join budak-budak ofis dalam kejohanan sukan antara jabatan maupun negeri. Dulu aku mewakili ofis main futsal dan bola sepak, sekarang nak beri sokongan pun dah tak sempat. Dah kurang masa bersama mereka. Patutlah aku makin gemuk. Begitu juga masa bersama keluarga semakin singkat dan banyak tidak dapat hadir kenduri saudara mara serta majlis perkahwinan sahabat lain.

Selain bekerja di hujung minggu, aku juga kena sambung bekerja setiap malam untuk menyiapkan album selepas pulang dari kerja. Kadangkala hingga pukul 2 pagi dan bangun untuk kerja pada keesokkan harinya. Begitulah rutinnya. Tapi itulah yang terpaksa dikorbankan oleh seorang photographer part time. Bukan aku je, rata2 photographer part time memang camni. Termasuklah sahabat yang aku shoot kat atas ni :) Tunggu full entry majlis ni.


Wallahua’lam.



Nota kaki : Aku dah tak available bulan Oktober 2011. Terima kasih atas pertanyaan dan sokongan semua. Aku hargai sangat-sangat. Aku sedang berusaha jawab email2 yang bertanya.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Kemalangan motorsikal

Bismillahirrahmanirrahim


Masa mula2 aku belajar naik motor dulu umur aku dalam 11 tahun camtu. Abah ada satu motor Honda kepala bulat. Atas keinginan tinggi nak belajar bawa motor aku curi-curi naik motor abah. Dipendekkan cerita, aku ngan motor tu tersangkut kat pokok rambutan belakang rumah aku. Dalam sakit2 jatuh motor dan kena belasah ngan abah, aku tetap suka sebab dapat naik motor tu :)

fadhilahteaser

Teaser wedding Fizi & Fadhilah



Sejak tu sampailah zaman kat universiti dah banyak kali aku jatuh motor. Siku dan lutut aku semua dah berparut2. Setiap kali lepas kemalangan insaf sekejap. Selepas tu bawak laju lagi. Biasalah darah muda. Teringat masa kemalangan masa belajar kat universiti. Bila dah jatuh, orang ramai tolong angkat aku. Dalam berdarah-darah tu aku tanya motor aku tu ok tak. Risau oo, motor RXZ dah make-up cantik tu :P

Dah besar ni lebih berhati-hatilah. Adrenalin tu dah kurang. Motorpun cc rendah je. Tapi kadangkala malang memang tak berbau. Kelmarin aku terlibat dalam kemalangan motorsikal. Taklah teruk mana tapi banyak luka, bengkak dan lebam2. Nak gerak pun sakit. Tapi 4-5 penunggang motorsikal yang terlibat sama lagi teruk. Dapat gaklah MC beberapa hari. Nasib baik takde yang patah2. Doakan aku cepat sembuh semua.



Nota kaki : Tunggu full entry majlis kat atas ni next week :) Sapa faham lagu dalam entry ni memang aku respek lah :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Tentang hidup

Bismillahirrahmanirrahim


Kadangkala tanpa kita sedar masa berlalu begitu pantas sekali. Ada kenangan 5-10 tahun dahulu yang masih segar dalam ingatan kita. Malah dari satu sudut ada ketikanya kita tidak sedar perubahan ketara fizikal ayah dan ibu kita sendiri walaupun selalu berjumpa mereka. Kalau dulu ayah dan ibu kita punyai kudrat yang kuat bekerja untuk menyara keluarga, menjaga makan minum kita, persekolahan kita dan sebagainya. Tetapi sekarang dah berbeza.

Teaser wedding Ica & Akmal, Kuala Lumpur



Aku percaya masih ramai yang ingat zaman sekolah rendah ketika pakaian kita masih dibasuh dan digosok oleh mak. Dihantar ke sekolah oleh ayah. Mereka kuat dan bersemangat!! Tapi sekarang semua tu dah berlalu. Semakin dimamah usia, kudrat ayah dan ibu semakin kurang. Selalu mengadu tidak sihat dan sakit-sakit. Kalau diperhatikan dengan teliti, garis kedut dimuka mereka semakin banyak. Rambut putihnya dah memenuhi kepala. Senyumannya tidak selebar dahulu.

Sampai satu saat mereka meninggalkan kita selamanya baru kita sedar, tanda-tanda tu dah lama di depan kita dan tidak kita endahkan. Sebab kita tak sedar masa yang telah berlalu terlalu pantas. Tiada lagi ketawa mereka, senyuman mereka yang sebati dalam diri sejak kita lahir dulu yang menyerikan hidup kita.

Jadi nasihat aku, dikala kita mengejar hidup di dunia ni. Cubalah berhenti sejenak. Lihat betapa jauh kita dah tinggalkan orang yang kita sayang cuba mengejar kita dari belakang. Kadangkala mereka perlukan perhatian lebih dari yang kita jangkakan. Sesekali cubalah pandang mata ayah dan ibu kita dalam-dalam. Mungkin itu kali terakhir kita dapat berbuat begitu.


Nota kaki : Tunggu full entry majlis ni nanti.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blo
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

2 tahun berlalu

Bismillahirrahmanirrahim



Mohon maaf sebab tak dapat update full entry majlis perkahwinan Dila & Daus kali ni. Aku sedang dalam training beberapa hari dalam minggu ni. Biasalah kat mana2pun ramai yang kena datang training akhir-akhir tahun untuk lengkapkan jadual latihan kakitangan dalam tahun tersebut :)

Teaser wedding Nona & Yassar, Kelana Jaya


Aku nak kongsi satu perkara hari ni. Bulan depan genap 2 tahun aku berada dalam industri wedding photography. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Memang ada beberapa perkara aku perlu perbaiki lagi. Hakikatnya aku memang sentiasa belajar sebab dalam proses menjadi lebih baik semestinya ada kesilapan dan kesalahan yang aku sedar maupun tidak. Aku anggap tu sebagai satu proses pembelajaran.

Tadi aku sempat kira sejak 2 tahun ni aku dah shoot lebih 50 pasangan pengantin. Bukan satu jumlah yang kecil. Kalau aku main-main dah lama berkubur kerja ni. Dulu masa mula-mula aku save nama client dalam hp, aku letak nama dia sahaja. Contohnya ain. Sekali dah ada lebih 5 client nama ain terus pening aku nak cam ain mana yang call aku ni,hehe. Kekadang client minggu ni tapi masih panggil nama client minggu lepas :P

Aku rasa aku akan tetap target golongan pertengahan sebagai client aku. Entah kenapa aku kurang berminat nak shoot gambar golongan atasan mahupun orang-orang ternama. Akupun tak suka terkenal dalam bidang ni, serius. Cukuplah sekadar client2 hargai kerja aku dan berpuas hati dengan hasilnya. Aku selesa begitu dan insyaallah akan kekal begitu. Terima kasih atas sokongan semua.


Nota kaki : Nona juga adalah seorang pengantin yang ada blog B2B :) Nantikan full entry ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

Cerita zaman bercinta dulu-dulu

Bismillahirrahmanirrahim



Semalam selepas solat di surau aku berpeluang bersembang dengan seorang jemaah. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah ceritanya ketika zaman bercinta pada tahun 70an dulu. Aku rasa ramai kat sini yang lahir awal 80an ke bawah mesti pernah lalui zaman tu. Aku ni kira termasuk gaklah generasi tu, hehe.

Teaser wedding Adila & Firdaus, Kelana Jaya


Apa yang aku maksudkan ialah zaman bercinta semasa komunikasi masih lagi belum semaju sekarang. Aku cuba senaraikan beberapa perkara yang membuatkan ‘kemanisan’ bercinta zaman dulu lebih seronok berbanding sekarang, ceewaahh. hehe.

  1. Perhubungan utama adalah melalui surat. Kalau malam ni kita cakap ‘i miss you’ kat kekasih kita, paling cepat dapat jawapan ‘i miss you too’ adalah minggu depan, haha. Tapi takde perkara yang mampu menandingi keterujaan menunggu surat sampai, membuka surat dan melihat tulisan tangan kekasih kita. Rasa nak cium je posmen yang bagi surat tu. Sampai renyuk surat tu dibaca berpuluh2 kali sampai datang surat baru.
  2. Selain tu dulu-dulu nak bercakap ngan kekasihpun bukannya senang. Kena cari public phone. Itupun kalau rumah dia ada telefon. Orang yang telefon kena sediakan duit syiling banyak. Kena cari public phone yg jarang orang pakai. RM0.10 untuk 3 minit. Cakap pun tak boleh terlalu lama, takut tiba2 yg bercakap kat hujung talian bapak pompuan, hehe.
  3. Tapi kalau dapat bercakap ngan kekasih hati memang hilang terus rasa rindu, hati berdebar-debar sepanjang bercakap dan selepas selesai bercakap boleh tersenyum sepanjang hari. Naik motor senyum, nak makan senyum, mandi senyum, nak tidur lagilah macam orang gila senyumnya.
  4. Nak jumpa kekasih hati pun bukan senang. Sebulan sekalipun susah. Janji siap-siap melalui surat atau public phone nak tahu datang pukul berapa dan kat mana. Setakat lewat 2-3 jam tu apa ada hal. Baspun susah nak masuk kampung dan selalu lambat. Kalau tak datang esoknya baru tahu sebabnya. Tapi bila dah jumpa, rasa macam berjalan tak jejak bumi je,hehe.


Sekarang ‘X-factor’ tu dah takde lagi. Kemajuan komunikasi hp dan internet dah hilangkan semua tu. Sekarang ni kalau kena gigit nyamuk pun boleh mengadu kat kekasih hati terus. Lepas tu tulis status kat facebook, twitter dsb bagitau kat seluruh dunia. Macamlah orang nak tahu sangat. Makin menyampah ada.

Malah kita boleh kenal orang yang kita suka termasuk keburukannya tanpa perlu tanya tuan punya diri. Tengok sahaja akhlaknya di laman sosial, tengok cara berpakaiannya, tengok kawan-kawannya dsb. Dalam 15 minit dah boleh tahu 60% tentang orang tu. Itulah hasil teknologi sekarang. Keterujaan, kemanisan, kesukaran bercinta tu dah berkurang jika dibandingkan dengan zaman dahulu :)


Nota kaki : Nantikan full entry majlis kahwin kat atas ni ye :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

Cerita korban (18SG)

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah, tahun ni keluarga aku dapat menumbangkan seekor lagi lembu peliharaan sebagai korban. Kat kampung aku ada 9 ekor termasuk 2 ekor yang dibuat secara perseorangan di rumah. Pengalaman tengok lembu disembelih dari kecik membuatkan aku dah terbiasa lihat secara dekat proses sembelihan tersebut. Rasanya ramai yang makan daging selama ini tidak pernah nampak bagaimana proses tersebut dilaksanakan :)

Sebenarnya dah lama aku tak join penduduk kampung bergotong-royong sebab dah duduk tempat lain sekarang. Tapi bila sesekali dapat dengar gurauan orang-orang tua, gelak ketawa diaorang dan telatah diaorang memang rasa rindu sangat. Dengan usia mereka semakin tua, mungkin satu hari nanti benda tu akan jadi kenangan aku pada masa hadapan.

Layan sedikit gambar ibadah korban kat kampung aku :


Bila kita merayakan hari yang bersejarah ini, secara tidak langsung ia mengingatkan kita tentang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail satu masa dahulu. Berapa ramai ibu bapa berani meletakkan pisau tajam kat leher anak mereka? Apatah lagi menghiris leher mereka. Bagaimana kalau ia arahan dari pencipta kita Allah? Dari situ boleh tahu tinggi rendah iman kita sekarang.

Pada masa kini, pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit amatlah dituntut dan ia memerlukan kekuatan yang ada pada diri kita sendiri. Besar atau kecil sumbangan kita bukan persoalan kerana Allah tidak melihat dari sudut itu. Marilah kita mensyukuri segala nikmat atas rezeki dan kesihatan yang baik yang diberikan oleh Allah kepada kita semua. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!



Nota kaki : Takbir raya haji adalah ‘Takbir Muqaiyad’ (mengikat) iaitu dilakukan selepas setiap kali solat fardhu/sunat dari Solat Subuh 10 Zulhijjah sampai Solat Asar 13 Zulhijjah. Jom bertakbir banyak2.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/