Cerita tentang bola

Bismillahirrahmanirrahim



Masa kecik-kecik dulu abah selalu bawak aku pergi stadium tengok bola. Ketika Highway Elite belum ada lagi jarak perjalanan dari rumah aku ke Stadium Shah Alam tu lebih dari 80km melalui pekan Klang. Biasa abah bawak kereta dan aku duduk belakang ngan adik aku pegang bendera Selangor yang sengaja dijulurkan keluar kereta :) Memang best bila dikenang semula.

Malam tadi aku gi tengok bola Selangor vs Kelantan dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia. Tiket aku ditaja oleh member aku, Atong :) Apa yang bestnya tengok bola kat stadium ni bukanlah tentang game tersebut, tapi lebih kepada suasana dalam stadium tu. Dengan mercunnya, gaduhnya, bisingnya dan jumpa ramai orang gila yang buat best gi stadium, hehe. Kalau nak kira game kat Malaysia ni sama je macam tengok bola petang-petang kat kampung. Bezanya kat kampung takde orang nak usung keluar kalau kita berlakon injured sebab kepenatan berlari di padang :P

Layan sikit suasana dalam stadium malam tadi. Aku guna D80 ngan lens fish eye aku je. Aku nak tengok bola, bukan nak amik gambar,haha.



Penyokong Selangor dan Kelantan memang terkenal dengan fanatiknya. Jadi seperti diduga memang berlaku kekecohan dan pergaduhan kecil. Aku dengar ada penyokong Kelantan meninggal akibat sesak nafas. Al-fatihah untuk arwah. Walaupun kadangkala aku pelik dengan sikap penyokong2 yang selalu buat kecoh ni tapi hakikatnya itulah penyokong bola sepak Malaysia. Datang stadium kalau team kita kuat, kalau asyik kalah nama player pun tak amik tahu.

Aku rasa dah ramai yang bercakap tentang mutu bola sepak negara. Seperti kebanyakkan orang, aku rasa selagi bola sepak ni dipegang oleh kerabat sultan dan ahli politik maka sampai bila2 tak kemana. Pemain bola kat Malaysia plak baru wakil negeri je dah jalan tak pijak bumi. Terasa diri hebat. Berkawan ngan artis dan masuk majalah bukak baju tunjuk badan kat kolam renang. Walaupun tak semua tapi itulah yang orang lain tengok di luar. Betul tak aku cakap?



Nota kaki : Pasni baru aku update full entry majlis Isma & Halim, hehe. Kat atas tu ada gambar diaorang tengok bola sama-sama,ceewahh..


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita beraya di kampung

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, kebanyakkan kita dah mula kerja hari ni setelah bercuti panjang untuk beraya. Masing-masing dengan cerita raya yang tersendiri :) Akupun tak tahu jin apa yang merasuk aku sampai makan tak ingat dunia masa raya kali ni. Sampai segan nak taruk gambar kat sini sebab dah gemuk, haha.

Tahun ni aku beraya di Kampung wife di Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Bila beraya kat sini teringat masa zaman membesar di kampung yang masih ‘suci’ lagi. Keadaan kampung yang hening dan sejuk ketika waktu pagi diselangi bunyi burung dan cengkerik, air parit yang jernih, masa berjalan perlahan, tiada bunyi kenderaan lalu lalang dan sebagainya. Jangan kata broadband, telefonpun kekadang takde line :)

Dah lama juga aku tak jalan kat rumah atas, bila berjalan boleh bunyi papan berkeriuk satu rumah. Kalau budak2 berlari-lari memang almari lama yang ada cermin tu pun bergegar sama :) Teringat dulu semasa kecil, kena jalan jinjit masa jalan kat atas rumah sebab abah tidur. Kalau berlari memang alamat kena rotanlah sebab gangu abah tidur, hehe. Ni sedikit gambar tempat aku beraya :



Kat kampung belah sini memang ada majlis kenduri tahlil arwah pada hari raya kedua. Jadi persiapan menyediakan juadah tu memang meriahlah. Lelagi dengan kehadiran saudara mara dari seluruh negara. Dengan hari lebaran ini, hubungan silaturrahim dapat dieratkan dan dikukuhkan. Saudara mara yang jauh dapat didekatkan. Semoga tradisi ini dikekalkan.

Satu hari nanti, mungkin bila dah bersara aku cadang nak duduk kat kampung camni. Hidup bermasyarakat, berbakti kepada tanah, bersolat 5 waktu di masjid berhampiran dan habiskan sisa2 hidup dalam suasana tenang dan damai dari kesibukan kota. Entahlah, walaupun mungkin ramai yang tidak suka tapi mungkin jiwa aku memang begitu :)



Nota kaki : Beraya di Banting dipenuhi dengan cerita Sosilawati je:) Terkenal Banting di seluruh negara. Jemputlah datang ke Banting semua ye, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Salam Lebaran 1431H

Bismillahirramanirrahim



Alhamdulillah, blog aku dah kembali pulih setelah lebih 2 minggu down. Dapat juga aku restore entry-entry lama sejak 2 tahun lepas. Rasa rugi plak kalau aku nak start balik dari mula. Sebenarnya kalau korang seorang blogger, berblog ni jauh lebih best dan menjadi keutamaan berbanding medium sosial lain seperti facebook, twitter dsb. Hanya blogger yang tahu rasa tu, hehe.

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Salam Lebaran 1431H kepada semua pengunjung blog aku ni terutamanya kepada ex-client, bakal client serta sahabat-sahabat yang mengenali aku selama ini. Mohon maaf sekiranya terdapat kata-kata dan perbuatan aku yang menyinggung perasaan semua sama ada aku sedari atau tidak. Aku masih berusaha perbaiki diri aku dari masa ke semasa. Aku tak pernah dan takkan menjadi sempurna sampai bila-bila.

Janganlah beraya depan TV atau depan komputer menghadap facebook je. Cubalah belajar eratkan ukhuwah sesama jiran, sahabat handai dengan mengunjungi mereka. Kukuhkan lagi silaturrahim sesama keluarga dan saudara mara yang jauh dengan mengenali mereka. Jaga solat walaupun sibuk beraya. Jaga batas aurat terutamanya ketika bersalam dengan orang bukan muhrim. Semoga perjalanan sepanjang beraya nanti selamat dan dilindungi Allah hendaknya. Wallahua’lam.



Nota kaki : Tahun ni balik beraya di Bagan Dato’, Perak :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Syukur Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim


Minggu lepas kat Kelanang, Banting


Masa kecik dulu aku suka bagitau kat mak atau arwah nenek hari lahir aku. Kalau nasib baik memang akan dapat bubur pulut hitam kesukaan aku. Suka bukan kepalang masa tu bila dapat bubur tu. Lelagi bila masak untuk aku :) Bangga sampai rasa nak lari pusing kampung bagitau semua aku dapat makan bubur pulut hitam tu, haha.

Tapi itu dulu, sekarang aku dah besar. Alhamdulillah perjalanan hidup aku berjalan lancar. Rasa syukur dan terima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakanNya. Aku jauh dari sempurna dan takkan dapat capai tahap tu sampai bila2. Selalu lalai dan melakukan dosa kepada Allah. Tapi Allah tetap berikan aku nikmat dan rezeki sejak dulu hingga sekarang. Rasa malu sangat dengan Allah. Aku harap dapat jadi insan yang lebih baik dari segi penghayatan terhadap agama Islam dan ibadah kepadaNya selepas ini.

Terima kasih atas ucapan dari sahabat2 semua. Aku sangat hargainya. Aku doakan kita semua berada dalam rahmat dan perlindungan Allah sentiasa. Wallahua’lam.



Nota kaki : Nota kaki hari ni takde.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Teaser Marena & Zul, Masjid Besi

Bismillahirrahmanirrahim



Masa aku kecik dulu abah ada bela kambing biri-biri dalam 300-400 ekor. Abah kongsi dengan beberapa kawannya di kampung. Pada awal pagi kambing tersebut akan dilepaskan untuk mencari makanan sendiri. Jadi sebelah petang aku akan ikut abah cari kambing biri-biri yang dilepaskan tu. Dengan kawasan yang luas di bawah kebun kelapa sawit ia bukanlah tugas yang mudah.

Teaser Marena & Zul, Putrajaya


Kambing biri-biri ni sebenarnya ada geng masing2 :) biasanya diaorang akan berpecah dalam 20-30 ekor satu kumpulan. Selepas solat asar, aku akan naik belakang motor abah ngan adik aku mencari kawanan kambing tersebut. Bila jumpa satu kawanan kambing biri-biri, abah akan turunkan aku atau adik aku untuk iring kambing tersebut balik kandang diaorang.

Walaupun kawasan tu jauh ke hutan belukar, hujung sungai ataupun kawasan yang tak pernah aku lalu abah tetap turunkan suruh halau kambing tu. Pastu abah tinggalkan aku sorang-sorang untuk cari kambing yang lain. Berbekal sebatang kayu aku akan halau kambing tu walaupun aku tak tahu lokasi kandang kambing langsung. Tapi memang menakjubkan sebab biasanya mereka memang tahu arah kandang tu walau jaraknya sangat jauh. Lebih 45 minit jalan kaki. Kagum aku.

Tujuan aku cerita ni cuma nak bagitau, kadangkala sebagai manusia kita sering lalai dalam urusan dunia. Berterusan melakukan dosa-dosa kecil mahupun dosa besar. Tapi sampai satu saat kita akan sedar bila hidup kita tiada arah tujuan, bila telah hampir kepada kematian, kita akan kembali jua kepada fitrah kebaikan. Sebelum terlambat dan tidak bererti lagi kekesalan itu, mohonlah keampunan dari Allah. Allah tu maha pengampun dan maha penyayang terhadap hambaNya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Nantikan full entry majlis ni minggu depan.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tentang Indonesia

Bismillahirrahmanirrahim



Minggu lepas aku berpeluang melawat Jakarta-Bandung dalam lawatan kerja bersama sahabat-sahabat ofis. Satu perkara yang buat aku tersentuh bila berada di sana ialah melihat bagaimana sesetengah mereka melakukan apa jua perkara bagi mendapatkan sesuap nasi untuk makan. Jurang antara yang kaya dan miskin terlalu jauh dan perbezaan tersebut sangat ketara.

Ketabahan, kecekalan dan semangat mereka mendapatkan rezeki sangat dikagumi. Seorang lelaki tua lingkungan 50an (baya bapa2 kita) yang aku jumpa hanya memperolehi sekitar RP25,000 (RM9) sehari untuk kerja berat seharian selama 12 jam membuat jambatan. Beliau datang dari jauh dan bermalam di bawah jambatan yang dibinanya semata-mata untuk menyara keluarga yang jauh di kampung. Itu belum kanak berumur 5-6 tahun yang turut bekerja untuk mendapatkan duit.

Aku ada beberapa gambar snap-shoot yang aku tak edit untuk dikongsi bersama sebagai renungan kita bersama dan membuat perbandingan dengan kita.



Cubalah bayangkan kalau Allah takdirkan dulu kita dilahirkan dalam keluarga yang dhaif dan tinggal di negara seperti itu. Bapa kita miskin, ibu kita miskin. Tak mampu nak sekolahkan kita. Tak mampu belikan kita pakaian yang cantik. Tak mampu sediakan tempat tinggal yang sempurna. Setiap kali bangun tidur tidak pasti sama ada hari ini dapat makanan ataupun tidak. Apatah lagi memikirkan tentang hidup bermewah dan membazir. Jauh sekali.

Cubalah lihat keliling kita sekarang. Nikmat yang Allah berikan kepada kita. Pakaian kita, makanan kita, kenderaan kita. Berapa kali kita berterima kasih kepada Allah untuk itu? Bila kita membazir dan membuang makanan pernah tak kita terfikir ada orang lain yang tidak diberikan nikmat dan rezeki sama seperti kita. Itupun selalu rasa kekurangan berbanding orang lain. Malulah dengan Allah.

Kesimpulannya, sentiasalah beringat dan bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Dalam agama Islam, pendapatan/gaji kita setiap bulan bukanlah sepenuhnya milik kita. Ada HAK dan rezeki orang lain yang Allah kurniakan melalui jalan rezeki kita. Allah nak uji keimanan kita melalui rezeki harta tersebut. Zakat 2.5% satu-satunya cara yang dapat bersihkan pendapatan kita. Cubalah bayangkan orang yang miskin dan cacat itu sempurna segalanya, mungkin mereka duduk di tempat kita sekarang. Wallahua’lam.



Nota kaki : Kira hak orang lain dalam rezeki kita? KLIK SINI.

Nota kaki 2: Bulan Allah Rejab dah kembali. Kurang 2 bulan Ramadhan akan menjelang. Rasulullah paling banyak berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Sya’ban berbanding bulan-bulan lain. Jom ikut Rasulullah :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita tentang cuti dan album :)

Bismillahirrahmanirrahim



Aku suka pokok besar camni, saja bagitau :)


Musim cuti sekolah dah semakin hampir. Maksudnya minggu-minggu sibuk photographer akan bermula kembali. Bila dah ‘agak tua’ ni sahabat-sahabat yang melangsungkan perkahwinan pun dah semakin kurang. Tak macam zaman-zaman belajar dulu :) Sapa kahwin time tu memang dapat hadiah banyaklah dan ramai kawan2 sekolah datang majlis. Kalau kawin lewat sikit harap member-member ofis jelah yang ramai sebab masing2 dah kerja, hehe.

Alhamdulillah kerja2 menyiapkan album semua dah masuk stage akhir dan hampir selesai sepenuhnya. Ada beberapa masalah sikit pada batch yang lepas ni tapi bagus juga sebab selepas ni aku boleh perbaiki kekurangan tersebut pada masa hadapan. Aku percaya aku boleh improve lagi banyak selepas ini.

Sebenarnya ramai yang tanya aku camne design custom album yang aku buat. Walaupun ramai photographer anggap benda ni macam ‘secret’ tapi aku tak kisah :) Ni aku upload sikit yang ada dalam PC aku ni. Banyak lagi yang ada kat rumah, hehe. Tujuan aku upload supaya client2 aku ada sedikit gambaran design album mereka nanti.

Sikit sample dalam custom album yang lepas.



Setiap photographer memang mempunyai cara yang berbeza dalam design album. Aku suka yang simple, kemas dan takde kerawang sangat. Sebab tu aku memang design satu-satu page dari mula sampai habis. Pada masa akan datang aku akan cuba dapatkan gambar yang berikan impak yang lebih kuat supaya gambar tu dapat berikan lebih emosi dalam album client. Tak perlu bantuan kerawang2 dan tulisan untuk membantu cantikkan album :)

Tempahan pada akhir tahun ni dah hampir penuh, Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan dari sahabat-sahabat semua. Aku akan perbaiki kelemahan yang ada dan akan buat yang terbaik untuk semua client-client aku pada masa akan datang ni. Chaiyok2!!



Nota kaki : Aku akan ke Taiping, Perak minggu ni. Tak sabar nak shoot kat pokok2 besar macam gambar kat atas tu. Tunggu gambar minggu depan :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Entry Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Malam tadi selepas solat Isyak, aku duduk makan dengan mak berdua kat dapur. Aku perasan rambut mak dah mula beruban keputihan. Sungguh, aku tak pernah sedar pun sebab jarang duduk rapat-rapat dengan mak begitu. Mak dah nampak berusia sekarang dengan garis-garis tua halus di mukanya.

Patutlah mak selalu mengadu keletihan skrang. Banyak berehat.

Masih ingat lagi semasa kecik dahulu, mak bersusah payah angkat air dari simpang depan kampung ke rumah semata-mata nak dapat bekalan air bersih masa kampung aku belum ada air.

Mak kuat. Masih ingat lagi mak tunggu aku ngan adik kat luar tadika sepanjang pagi sebab adik aku tak nak ditinggalkan. Aku tak pernah peduli beban kerja mak sebab tunggu kitorang, betapa bosan mak tunggu berseorangan, betapa dia mengantuk sebab bangun awal pagi dan kena siapkan makanan tengahari selepas tu.
p
p


Mak ketika masih muda bersama kawan-kawannya

p
p
Masih ingat lagi masa dah sekolah menengah campur dengan kawan-kawan, aku selalu anggap mak berfikiran mundur sebab tak dapat berfikir macam aku. Mak selalu mengalah bila bercakap dengan aku.

Alangkah bodohnya aku!

Aku lupa mak selalu bersusah payah masak masakan kegemaran aku setiap kali mak melawat aku kat asrama dengan abah naik motor je. Ayam masak kicap dalam bekas plastik sahaja. Aku lupa pakaian mak ala kadar je bila aku selalu merungut nak pakai baju lawa-lawa dan berjenama sebab terikut dengan kawan-kawan aku yang lain. Sampainya hati aku buat mak camtu.

Mak besarkan aku dengan sabar dan penuh kasih sayang walaupun hidup kitorang dalam kesusahan dan kekurangan sejak kecik. Air muka mak sudah menggambarkan kesusahan masa lalu. Aku lupa betapa susahnya mak nak masukkan benang dalam jarum malam-malam dengan lampu gasolin bila aku mengadu seluar sekolah aku koyak. Mak tak pernah merungutpun.

Tapi aku selalu je merungut bila mak nak minta tolong bila aku kepenatan ketika pulang dari kerja :’(

Bila aku tengok keadaan aku sekarang, baru aku sedar, mak yang aku anggap berfikiran kampung dan tak reti apa-apa dah berjaya membesarkan kami adik beradik dengan sempurna. Biarpun mak tidak berpelajaran tinggi tapi doanya setiap kali selepas solat dan kasih sayangnya melebihi segalanya.

Tanpa mak, aku takkan sampai mana-manapun.
p
p


Aku dibesarkan dengan lampu gasolin macam ni.

p
p
Setiap kali mak senyum, hati aku tenang dan sejuk sangat. Jauh lebih indah dari keindahan senyuman semua orang yang aku kenal dalam dunia ni.

Mak suka sangat bila kitorang adik beradik duduk berkumpul makan bersama-sama. Sungguh, aku sedar duit yang aku berikan setiap bulan tak bererti jika dibandingkan perhatian kitorang kepadanya.

Aku sayang mak, sayang sesangat. Aku takkan biar mak susah hati atau bersedih disebabkan aku. Aku cuba tak nak sakitkan hati mak lagi selagi mak masih hidup. Terima kasih mak kerana besarkan aku dengan sempurna. Terima kasih sebab layan aku dengan baik walaupun selalu buat mak kecik hati. Walaupun aku tak cakap sayang mak sempena hari ibu ini tapi semoga mak tahu tentang tu.

Wassalam