Salam Tahun Baru 2010 :)

Bismillahirramanirrahim



Selamat tahun baru 2010 aku ucapkan kepada semua pengunjung blog ni. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan semangat kepada aku selama ini terutamanya wife, keluarga, sahabat2 dan ex-client. Aku sangat-sangat hargainya. Sesungguhnya tanpa sokongan dari kalian semua mungkin aku ni hanya insan biasa yang mungkin sama ngan pekerja2 Nepal yang kerja kilang kat kampung aku tu :)

Tahun lepas setiap kali sebelum pergi kerja mesti mak aku hantar sampai ke pintu rumah. Itulah juga yang mak buat bila adik beradik aku pergi mana2 sejak sekolah rendah dulu. Bila mak dah tak buat camtu lagi barulah aku rindukan perkara camtu. Nampak kecil je tapi benda tu lah yang menyebabkan aku tak sampai hati nak tinggi suara ngan mak atau melawan kata2 mak;( Itulah perkara penting yang aku belajar bila aku dah hidup berkeluarga sendiri tahun ni.


Setahun yang lepas aku berazam nak mencuba penetrate market wedding photographer ni. Alhamdulillah, walaupun tak dikenali tapi ada juga beberapa customer yang percaya hasil kerja aku walaupun saingan dalam industri ni semakin banyak dan hebat. Aku percaya Allah dah tetapkan rezeki kita masing-masing, terpulanglah kita nak berusaha ambil peluang tu ataupun sebaliknya.

Insyaallah tahun ni aku akan berusaha perbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada. Aku nak tambah lagi pengetahuan dan skill dalam bidang ni termasuk hasilkan album yang lebih berkualiti dan lebih memuaskan hati bakal pelanggan aku. Aku doakan semoga tahun ni sahabat2 photographer aku juga dapat banyak job dan semua pembaca blog ni diluaskan rezeki yang halal, amin.

Semoga para penggerak dakwah Islamiyyah dapat merencanakan sesuatu yang lebih baik tahun hadapan demi agama Islam kita yang tercinta. Semoga pemimpin negara terutamanya negara2 Islam mendapat ilham dan petunjuk dari Allah untuk menguruskan negara dengan lebih baik. Akhir kata, cintailah kedamaian dan sifat bertoleransi sesama manusia. Jauhilah permusuhan dan persengketaan yang tak memberi erti kepada kita semua. Wallaahua’lam.


Nota kaki : Berusahalah untuk menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada ramai umat manusia dan bukan sebaliknya. Semoga rahmat dan keampunan Allah sentiasa menaungi kita semua, amin.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita basikal tua

Bismillahirramanirrahim



Hari ni aku rasa malas nak upload cerita pasal kahwin :) Aku saja nak tunjuk kat rumah aku ada sebuah basikal tua yang dah berusia lebih 30 tahun. Kekadang bila aku naik basikal ni teringat masa zaman kecik2 dulu. Masa belajar naik basikal camni. Terpaksa menyendeng ke tepi sambil mengayuh. Mana nak sampai tempat duduk yang tinggi tu, hehe.

Sepanjang jalan pusing-pusing kampung memang camtulah gayanya. Bukan aku sorang je, budak-budak baya2 aku semua naik basikal senget camtu :) Dulu tahun 80an mana ada basikal kecik. Kalau adapun mana bapak aku mampu nak belikan. Selalu aku naik basikal ni kat kampung arwah atuk aku. Kalau dia balik dari surau pas asar tu, cepat2 bawak lari basikal dia. Tapi kena balik sebelum maghrib sebab atuk nak pakai lagi, hehe.


Orang dulu-dulu kat kampung memang inilah pengangkutan utamanya. Abah aku cerita dia pernah kerja buat parit kat Hulu Langat mengayuh basikal dari Labohan Dagang, Banting. Kalau naik kereta sekarang pun dah dekat 40 minit lalu highway. Dulu mana ada highway, nak jumpa jalan tarpun tak banyak. Banyak jalan tanah merah je, huhu.

Dulu kecik2 aku jaki betul tengok orang2 muda bawak awek kat palang basikal tu, sweet je, haha. Aku cakap nanti kalau besar nak buat camtulah. Sekali dah besar orang dah tak guna basikal tu bawak awek, wakaka. Aku suka basikal tua ni sebab memang lasak dan tahan. Sampai sekarang masih boleh pakai lagi. Mana jumpa lagi break basikal guna besi cam basikal ni, hehe. Bila naik basikal ni, terasa ada lagu2 oldies berkumandang di sekeliling aku, hehe

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Mood selepas raya haji

Bismillahirramanirrahim



Alhamdulillah, aku dapat kembali bekerja arini walaupun badan rasa tak berapa sihat. Sebenarnya aku rasa sedikit rugi sebab raya haji ni tak dapat nak melapah lembu korban seperti tahun2 lepas. Oleh kerana kebanyakkan tempat buat korban pada hari Sabtu maka aku tak dapat join sebab dah berada di Johor Bahru untuk majlis perkahwinan client aku. Rindu plak dengan bau hanyir darah lembu, bau daging segar dan suasana gotong royong tersebut :)

Teaser Majlis Perkahwinan Ahad lepas di Johor Bahru


Sekarang ni tiap-malam aku terpaksa tidur lewat menyiapkan album-album customer. Memang itulah lumrah hidup photographer picisan cam aku ni. Ketika orang lain berehat2 bersama keluarga menonton TV, melayari internet, dinner diluar dsb aku terpaksa bersengkang mata hingga 2-3 pagi siapkan kerja dan terpaksa bangun awal untuk kerja pada keesokkan harinya.

Orang diluar nampak kerja photographer selesai selepas habis majlis perkahwinan. Tetapi sebenarnya ia baru separuh dari tugas photographer tersebut. Proses memilih gambar, design layout album dan editing gambar kekadang memakan masa jauh lagi lama dari proses shoot gambar tu. Aku ada ramai member photographer berkeluarga yang terpaksa korbankan masa bersama anak-anak dan keluarga untuk laksanakan tanggungjawab terhadap tugas yang diterimanya.

Ada masa nanti aku akan cerita lebih lanjut tugas belakang tabir seorang wedding photographer yang kebanyakkan orang tak tahu termasuklah aku masa mula2 masuk bidang ni dulu. Camna rasanya kerja setiap malam dari 9 malam sampai 2 pagi selama berminggu-minggu tapi benda tu jarang diketahui orang lain. Camne pula rasanya berhadapan dengan customer yang demand macam2 tapi sangat liat nak bayar dan sebagainya..:) tunggu deh..


Nota kaki : Aku kena tunggu OP majlis Sobrina & Fairuz upload entry majlis mereka terlebih dahulu sebelum aku boleh publish kat sini.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Salam Aidiladha semua :)

Bismillahirramanirrahim




Nabi Ismail lahir ketika Nabi Ibrahim terlalu inginkan seorang anak setelah beberapa tahun berkahwin. Setelah sekian lama menunggu akhirnya beliau dikurniakan cahaya mata melalui Siti Hajar. Namun kegembiraan tu tidak lama kerana beliau diperintahkan untuk mengorbankan satu-satunya anak yang paling disayanginya itu. Cubalah kita bayangkanlah betapa besar dan kuatnya iman Nabi Ibrahim ketika syariat Allah tu tiba.

Sebenarnya bukan lembu atau kambing itu yang dipandang Allah dalam ibadah korban. Itu hanya simbolik mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail tersebut. Malah zaman sekarang sudah ramai yang mampu korbankan beberapa ekor lembu dengan harta yang dimiliki. Namun berapa ramai yang betul-betul menghayati kesan ibadah tersebut. Betul-betul berasa telah mengorbankan sesuatu untuk agama kita.

Dalam kita mencari rezeki dalam dunia ni, seringkali kita lupa saat kematian kita. Bermacam-macam dosa telah kita lakukan. Tapi Allah tetap beri kita umur yang panjang, rezeki yang luas, kesihatan yang baik dan sebagainya. Justeru, cubalah kita berusaha berkorban walau sedikit untuk dekatkan diri kepada Allah. Jauhi perkara yang dilarang dan patuhi apa yang disyariatkan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun kepada semua umat manusia. Wallahua’lam.


Nota kaki : Setiap kali melihat binatang dikorbankan, mari kita menyebut “Allahu Akbar” sebagai mengiktiraf Allah itulah yang Maha Besar menentukan ajal setiap yang bernyawa.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Berdiam itu lebih baik

Bismillahirramanirrahim


Teaser Majlis Perkahwinan semalam, Dewan Merak Kayangan


Rasanya ramai yang telah maklum perselisihan antara photographer2 yang terkenal itu. Bagi aku kalau pun kita tak mampu nak membantu meredakan keadaan, seeloknya kita membantu dengan mengawal diri dari keluarkan kenyataan atau komen yang tidak manis dan tidak molek didengar yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.

Kekadang kita kerap membuat penilaian dan menghukum individu terhadap sesuatu perkara walaupun kita tak mendapat maklumat yang cukup. Bagi aku kekadang kita kena bertanya pada diri sendiri “Patutkah aku berkata2 dalam hal ini?”, “Haruskah aku terikut2 beri penilaian padahal kita tak tahu permasalahan yg sebenar?” Kalau hanya sekadar berkata2, padahal kita sendiri tidak tahu sama ada ia membawa manfaat atau tidak maka sebaiknya kita diam sahaja..

Kalaupun kita memandang perlu untuk berkata2, maka sebaiknya berikan yang terbaik kepada orang yg mendengarnya dengan kata2 paling tulus, paling bersih dari segala niat yang tidak elok. Usahakanlah kata2 yang keluar dari mulut kita kemas sedemikian rupa hingga membawa manfaat dan faedah bagi diri sendiri dan orang lain. Berusahalah sentiasa agar kata-kata yg kita ucapkan benar2 bersih dari penambahan-penambahan dan rekaan-rekaan yang tiada ertinya.

Nantikan full entry majlis perkahwinan Sobrina & Fairuz yang aku shoot semalam. Aku follow sahabat baik aku, Kerul Shukor selaku OP kedua majlis tersebut.


Nota kaki : Cuba beri gambaran camne aku hasilkan gambar kat atas ni? Takde olahan PS dilakukan, hanya enhance kaler je :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Aku dah setahun amik gambar kahwin!!

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah dah setahun aku amik gambar wedding ni. Teringat kali pertama dapat job berbayar untuk majlis bertunang setahun yang lepas. Walaupun perasaan gementar tu sangat kuat tapi aku kuatkan semangat sebab nak mencuba sesuatu yang baru. Berbekalkan kamera D80 yang baru beli beberapa bulan, kit lens dan speedlight pinjam aku beranikan diri shoot majlis tersebut.

Masa tu aku nekad kalaulah customer pertama aku ni tak puas hati dengan hasil kerja aku memang itu merupakan kali terakhir aku amik gambar wedding. Bukan apa, kalau boleh aku taknak rosakkan hari bahagia orang lain semata-mata nak cari duit lebih. Seminggu sebelum tarikh majlis aku dah berdebar-debar gila. Hari2 tengok website photographer yang bagus-bagus nak cari idea, hehe.

Sebenarnya walaupun bersahabat lama tapi aku tak pernah jumpa client aku ni. Tapi alhamdulillah, aku rasa selesa bekerjasama ngan dia hingga majlis tu selesai. Kalau korang selalu pergi Mesin ATM Maybank mesti korang perasan dia ni tau, hehe.

Inilah client aku yang pertama, Dhia yang aku shoot semasa majlis beliau bertunang :



Sebenarnya aku terhutang budi kat dia. Ketika orang lain menolak pelawaaan aku shoot mereka secara free, ketika aku takde pengalaman langsung mengambil gambar dan ketika aku dipandang rendah oleh photographer yang tak bagi aku follow mereka, Dhia ni sanggup hire dan membayar hasil kerja aku. Sebab tu sampai sekarang aku ingat dan hargainya :)

Satu perkara yang buat aku terharu bila aku dibayar lebih banyak dari yang sepatutnya sebab dia puas hati ngan hasil kerja aku :) Itulah yang buat aku bersemangat untuk cuba masuk dalam industri ni walaupun persaingannya sangat banyak. Aku percaya Allah akan beri kita rezeki kalau kita berusaha.

Jujur aku katakan aku bukanlah mengejar duit jadi photographer ni, jauh sekali nak jadi popular spt rakan-rakan photographer yang cukup terkenal dalam industri ni. Cukuplah client puas hati dengan hasil kerja aku dan sedikit sebanyak dapat tingkatkan pendapatan keluarga aku. Terima kasih kepada semua kengkawan yang sering bagi sokongan kat aku dari dulu sampai sekarang. Aku sangat2 hargainya.


Nota kaki : Sebelum ni aku malu kalau orang tanya dah berapa lama amik gambar sebab asyik cakap bulan2 je,hehe. Pasni aku dah boleh cakap “Saya dah setahun amik gambar!!”, whoahahahah

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita pasal style rambut :)

Bismillahirramanirrahim


Teaser Majlis Perkahwinan Ikhwan & Emma, Pelabuhan Klang


Semalam kat ofis ada sorang akak ni tegur kenapa aku dah sikat rambut ke tepi, hahaha. Teringat dulu dari sekolah menengah sampailah aku kerja memang rambut aku berfesyen2. Cakaplah fesyen apa, style pelakon korea/jepun, tercacak depan, rambut panjang, tegak2 semua aku dah cuba. Pendek kata, semua style David Becham aku pernah buat, haha. Sebelum pergi kelas/kerja mesti melaram siapkan rambut. Minyak rambut punyelah mahal sampai harga RM40-RM50 yang hanya dijual di saloon2 je.

Bukan setakat tu je, kekadang siap kutuk lagi orang-orang yang sikat rambut ke tepi ni cam nerd lah, tak pandai bergayalah dsb. Tapi bila dah kahwin dan sibuk dengan macam2 kerja sebenarnya dah rasa malas nak gayakan rambut. Banyak lagi benda nak difikirkan. Kalau ada minyak rambut rambut harga RM2 memang aku dah beli. Dah takde masa nak buat style2 rambut, buang masa je.

Pastu barulah aku sedar, fesyen rambut ke tepi ni merupakan fesyen yang paling praktikal sekali, hahaha. Hanya gunakan tangan je ketepikan rambut. Takde masalah nak pakai helmet cam orang yang rambut cantik2 tu. Takde lagi benda keras2 kat atas kepala (gel stylo biasa keraskan rambut). Takde lagi belanja sampai RM25-RM40 kat saloon nak potong rambut atau basuh rambut sebab kat kedai mamakpun boleh, RM7 siap dapat urut tengkuk lagi, haha. Bila lalu kat budak2 remaja yang rambut stylo2 tu dalam hati aku “mesti diaorang ngah kutuk style rambut aku“, hehe.

Oh ya, nantikan full entry majlis perkahwinan Ikhwan & Emma yang aku shoot minggu lepas ni. Pertama kali masuk dan buat outdoor kat West Port, Klang. Kalau orang2 biasa memang takkan boleh masuk punya. Nasib baik si Ikhwan ni kerja dalam tu, hehe. Gambar kat atas ni pertama kali aku boost ISO sampai 3200 tapi gambar boleh pakai lagi, hehe. Stay tune beb!!



Nota kaki : Aku mohon maaf atas kelewatan reply email2 korang. Sekarang ada kerja2 in-progress di bilik server. Aku tak bleh access email yahoo, gmail dan hosting aku. Ni aku guna broadband bukan aku punye. Insyaallah aku akan balas semuanya nanti.

Nota kaki 2 : Tarikh 10/10/2010 aku dah tak available lagi sebab orang yang bertanya sebelum ni telah membuat bayaran deposit. Minta maaf kepada yang bertanya ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Akhlak & Adab Kita

Bismillahirramanirrahim



Beberapa hari lepas masa ngah makan kat sebuah kedai aku dikejutkan dengan tindakan seorang pelanggan yang pecahkan cawan (hempas ke lantai) yang diberikan pelayan tu. Kemudian dengan suara kuat dia memarahi pelayan tersebut dihadapan orang ramai. Dari apa yang aku dengar dia memesan air lain tapi sampai air yang lain. Subhanallah, dimanakah akhlak dan adab kita zaman sekarang. Orang yang begitu muda memarahi orang yang jauh lebih tua :(

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Begitulah sabda Nabi kita yang mulia. Rasulullah begitu berhati-hati dalam setiap tutur kata dan perbuatannya. Teringat kisah Saidatina Aisyah yang berasa sangat bersalah sebab tertidur semasa menunggu kepulangan Rasulullah. Semasa beliau bangun pada waktu subuh dilihat Rasulullah hanya tidur diluar pintu rumah dalam kesejukan. Menangis Saidatina Aisyah bila Rasulullah beritahu tidak mahu mengganggu isterinya yang sedang tidur. Itu akhlak Rasulullah!

Sayangnya dengan kemajuan teknologi sekarang menjadikan umat yang kaya dengan luhur budi dan adab kepada umat yang semborono. Elemen peduli ditolak tepi bahkan budaya peduli apa aku dijunjung tinggi. Sering berasa megah dengan pencapaian diri sama ada dalam bentuk ilmu ataupun harta. Orang lain yang kurang dari kita dianggap tidak perlu dihormati dan wajar diingatkan bahawa kita mempunyai hak untuk buat begitu kepada sesiapa. Itulah akhlak kebanyakkan kita sekarang.

Layan dulu sedikit gambar dari majlis perkahwinan Islah & Suraya weekend lepas. Islah ni sepupu wife aku :) Majlis diadakan di Dewan Presint 8, Putrajaya.


Selepas selesai majlis tersebut aku pergi rumah terbuka sahabat ofis aku. Terima kasih atas jemputan Paie dan isteri :) Ni 2 keping gambar anak korang, Imran. Nak gambar lagi datang jumpa aku ye, hehe. Sapa ajak aku gi makan2 kat rumahnya aku bleh shoot anak korang free :)


Akhir kata, sebenarnya banyak kebaikan kalau kita merendah diri dan menghormati orang lain. Kita akan disenangi oleh ramai orang dan kurang musuh yang membenci kita. Sekali kita tidak hormat orang lain dari situlah bermula rantaian permusuhan yang menjadikan hidup kita tak tenteram dan menyebabkan kita kehilangan ramai kawan.

Renungi pantun lama orang dulu-dulu yang mungkin boleh dijadikan peringatan untuk kita bersama.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datangnya.

Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.

Nota kaki : Minggu ni aku agak bizi ngan kerja-kerja ofis. Maaf atas kelewatan membalas email korang ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com