Cerita sawah padi

Bismillahirramanirrahim



Masa aku kecik2kecik dulu aku teringin sangat nak pergi sawah bendang. Selalu dapat tengok kat TV dan gambar je. Yela, kampung aku masa tu ada kebun getah ngan kelapa sawit je. Punyalah teringin sampai aku pernah suruh abah tanam pokok padi pulak gantikan kelapa sawit,hahaha.*bengong. 20 tahun kemudian barulah aku dapat tengok live padi masa melawat kawan kat area sana.

Ingat lagi dalam perjalanan balik aku berenti kejap tepi bendang tu pastu aku cabut beberapa pokok padi nak tunjuk kat mak kat umah. Comel betul aku rasa perbuatan aku tu,kekeke. Akupun lupa masa tu aku mencuri sebenarnya :) Masa aku start amik gambar, memang salah satu impian aku nak amik gambar kat kawasan sawah padi selain tempat2 macam Rome, Madrid, Chelsea dll, hahahaha.

Teaser Majlis Perkahwinan Haniza & Hilmi


Akhirnya ada gak client aku yang duduk sana,hehe. Pastu barulah aku tahu pokok padi ni pun boleh tahan miangnya. Sampai ke malam aku gatal2 kat tangan ngan badan. Pengajarannya jangan suka hati baring2 kat sawah padi. Patutlah aku tengok ada budak2 gelakkan aku masa amik gambar siap baring2 kat situ,hahaa. Padan muka aku sendiri!!

Nantikan full entry majlis kahwin diaorg ni yang aku amik semalam. Aku bizi sekarang :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Akiqah sepupu aku :)

Bismillahirramanirrahim



Minggu lepas aku berpeluang melawat Majlis Akiqah sepupu aku kat Bukit Changgang, Banting. Majlis tersebut meraikan kehadiran 2 cahaya mata yang lahir hampir serentak. Bertambah lagilah cucu2 wak Seha:) Majlis marhaban tersebut dibuat dikalangan orang2 perempuan sahaja.

Dulu masa aku kecik, sepupu perempuan aku ni lah yang jadi kawan rapat aku. Main kahwin-kahwin, main basikal, main parit dan macam2 lagilah :) Teringat dulu tengok tv kat rumah arwah nenek sama2 pastu nampaklah cite orang putih perempuan bagi makan guna tangan kat lelaki. Kitorangpun ngengada tiru main suap2 gaya romantik gitu, hahahah. Sekarang masing-masing dah ada kehidupan sendiri.

Semoga dapat didik anak jadi anak yang soleh ye Lina dan Lela. Gambar last tu gambar anak buah aku yang dah semakin hyperaktif, hehe. Nanti kalau dah dapat kaki berjalan, masaklah mak aku nak kejar dia sana sini masa jaga dia :)




Aku percaya masih ramai ibu bapa muda yang bergantung kepada ibu dan bapa masing2 untuk membuat bacaan Rawi & Marhaban untuk anak2 mereka. Rawi ialah bacaan berlagu yang dialunkan daripada kitab yang menceritakan sejarah kelahiran dan kehidupan junjungan besar Rasulullah S.A.W. Setiap bait akan disambut dengan “Allah” beramai2. Biasanya ia dibaca sebelum berdiri untuk marhaban dan cukur jambul.

Tapi berapa ramai dikalangan kita yang tahu baca Rawi dan Marhaban tersebut? Bila orang2 tua kita dah tak ada nanti dan tiba giliran kita untuk terima cucu, sapakah yang kita nak suruh baca Marhaban tersebut? Kalau takde orang nak belajar benda tu, aku percaya satu hari nanti,mungkin majlis marhaban seperti ini hanya didendangkan melalui VCD sahaja. Siapa yang salah? Wallahua’lam.


Nota kaki : Berada dikalangan 200,000 jemaah tabligh di Kuaters KLIA, Nilai adalah sangat menginsafkan. Sangat kagum ngan usaha dakwah yang mereka lakukan. Puluhan ribu datang dari luar negara di seluruh dunia atas usaha agama Iman dan amal. Semoga Ijtima’ yang dilakukan membuahkan hasil, amin.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Syukur Alhamdulillah (Entry Besday)

Bismillahirramanirrahim


Dulu masa aku kecik cita2 aku nak jadi Batman, serius. Aku teringin nak keluar malam2 time mak ngan abah ngah tido pastu pergi selamatkan orang baik dengan pakai mantel kat belakang badan. Aku memang percaya Batman tu wujud,haha. Kalau cikgu kat sekolah tanya cita-cita nak jadi apa aku tipu nak jadi polis sebab aku taknak dia tahu yang aku ni Batman:)

Tapi tu cerita dulu2. Hari ni umur aku dah bertambah tua. Tak mungkin aku dapat menjadi Batman lagi. Kalau aku jadipun mesti nampak pelik sebab akan nampak perut buncit sikit. Mana ada Batman buncit, tak sematlah pakai baju ketat2, hahaha. Jadi salah satu azam aku sempena pertambahan usia ni nak kuruskan badanlah. Ramadhanpun dah dekat, memang sesuai benarlah nak diet,hehe.

Terima kasih semua :)


Yang pasti dengan bertambah usia bererti beban tanggung jawab juga semakin besar, tidak boleh lagi terlalu bermanja-manja ria dengan segala aktiviti keseronokan sahaja tetapi sudah mula belajar bertanggungjawab dengan semua amanah yang diberikan, baik itu amanah dari orang tua, tempat kerja maupun dari masyarakat. Aku akan sentiasa ingat benda tu.

Ustaz aku pernah cakap pertambahan umur bukan bermakna usia kita di dunia bertambah tapi sebenarnya umur yang diberikan Allah semakin kurang. Kita tak tahu bila Allah akan memanggil kita. Sebab tu kalau boleh kita kena sentiasa perbaiki diri kita dari masa ke semasa. Akhir kalam, terima kasih atas ucapan dari kengkawan semua. Semoga Allah memberkati kalian juga,amin.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Melawat cahaya mata Halil & Nana

Bismillahirramanirrahim



Weekend lepas ni aku sempat melawat sabahat baik aku yang baru menimang cahaya mata sulungnya. Nama diberi Muhammad Ammar bin Norhalil :) Alhamdulillah baby sihat je walaupun terpaksa duduk seminggu kat hospital sebab lahir awal. Berat masa lahir tu 1.7kg je. Semoga Halil sekeluarga diluaskan rezeki yang halal dengan kehadiran orang baru dalam keluarganya.

Bila tengok wajah seorang bayi memang terasa tenang je. Kita tahu mereka bersih suci dari sebarang dosa berbanding kita yang lakukan terlalu banyak dosa kepada Allah. Sekarang terpulang kepada ayah dan ibunya mahu mencorakkan cara hidup, akhlak dan didikan agama anak mereka sama ada berada dalam landasan yang betul atau sebaliknya.



Sebenarnya ketika janin berusia 120 hari, telah ditentukan 4 perkara baginya iaitu rezeki, jodoh, usia serta takdir baik dan buruknya. Namun ia tidak datang secara mutlak. Maksudnya kita tidak boleh menyerahkan segalanya kepada takdir sebab masih perlu ada usaha dan ikhtiar. Selebihnya akan ditentukan oleh Allah sama ada ujian atau nikmat yang diberikan kepada kita semua.

Jadi sama-samalah kita berusaha perbaiki diri kita supaya kembali kepada fitrah. Aku bukanlah bagus sangat nak ingatkan tentang semua ini. Tapi ustaz aku pernah cakap dulu kalau kita terima satu peringatan atau ilmu dari seseorang, ambil yang baik darinya. Tak kira sama ada kamu benci atau tidak suka kepada orang tersebut. Walluhua’lam.


Nota kaki : Kurang 2 bulan dari sekarang dah masuk Ramadhan. Bulan Rejab ni digalakkan berpuasa sunat. Sapa2 yang belum ganti puasa tu berusahalah untuk ganti supaya tak kena fidyah ye:) Tak sabar tunggu Ramadhan..

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita pasal durian :)

Bismillahirramanirrahim



Semalam aku makan durian. Memang best gak sesekali layan durian ni. Lelagi kalau dapat D700, eh silap D24,hehe. Sambil makan tu terkenang dulu kecik-kecik selalu tunggu kat pondok durian ngan arwah atuk aku. Masa tu ada lagi dusun durian kat kampung tu. Kalau ada bunyi durian jatuh memang aku terus lari cari durian tu. Masa tu aku rasa aktiviti tu lagi best dari makan durian,hehe.

Kalau orang ada dusun durian ni kekadang memang memalam tido kat pondok dusun durian tau. Sampai kekadang ada orang dajalkan. Ambil sebiji kelapa pastu lontar tinggi2. Jadi bunyi jatuh tu memang bunyi durianlah, pastu menyorok. Pastu tengoklah orang kat pondok tu mencari durian ngan lampu suluh,hehe. Bila dah tak jumpa dan balik ke pondok, buatlah lagi sekali sampailah orang tu balik rumah sebab takut,hahahaha.


Sedap hingga menjilat jari,hehe


Tapi kekadang memang ada orang yang tak suka dan tak makan durian ni langsung. Sebab tak tahan bau dia. Memang kerugian besarlah buat mereka,hehe. Masa belajar kat JB dulu, aku pernah jumpa Mat Salleh cuba makan durian. Dahlah tutup hidung macam nak makan ubat. Selepas telan tu boleh plak muntah, siap ngan makan tengahari dia kot keluar. Aku rasa nak lempang je sebab aku ngah makan tepi dia masa tu. Terus hilang selera aku makan durian,huhu.

Sapa kat sini tak makan durian?? Aku nak belanje makan durian ni,haha..:)

Nota kaki : Sekarang ni kebanyakkan durian yang dijual datang dari Johor. Aku suka durian Johor :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Outing ke Bukit Lalang, Semenyih

Bismillahirramanirrahim


Sabtu lepas aku ikut Sifoo Adiman hensem gi panjat Bukit Lalang (Broga Hill), Semenyih. Sebelum ni jeles je tengok member2 lain panjat bukit ni. Mula2 aku ingat bukit ni rendahlah macam Bukit Tadum belakang kampung aku je. Tapi sekali panjat, mak aii. Rasa macam panjat Gunung Krakatoa kat Indonesia je,haha.

Kitorang berenam start naik dalam pukul 5 petang camtu. Perjalanan naik tu kalau orang yang selalu naik boleh amik masa dalam 20 minit je. Tapi kalau orang yang tak fit boleh makan masa sejam dan kalau orang yang last bersenam 8 tahun lepas mungkin amik masa setengah hari atau mungkin tak sampai langsung,haha. Aku yang selalu main bolapun hampir berputus asa baru 100 meter mendaki,wakakaka.


Kena lalu hutan nak naik ke atas puncak bukit


Tapi benda yang hangin bila kena pintas ngan warga emas yang rileks je mendaki tanpa rehat. Sangat tak cool ok, hahaha. Bila sampai ke puncak bukit memang segala penat setengah mati tu hilanglah. Walaupun keadaan berjerebu takde awan tapi aku tetap menikmati keindahan alam kat atas bukit tu. Korang bayangkanlah diri korang dalam gambar kat bawah ni dengan angin bertiup sepoi2 bahasa :)

Pandangan dari atas bukit. Rasa cam nak menari hindustan je,haha

Manusia yang berjaya landing :) blkg : ila, adiman, muiz, piiown, kenit lee


Sampai atas tu takde banyak aktiviti yang kitorang lakukan. Nak main CLS pun cam takde mood je. Sebab lebih best hayati keindahan pemandangan atas tu. Aku hanya amik gambar pemandangan dan gambar bukti aku dah sampai atas tu,haha. Lenkali kalau datang lagi bolehlah shoot cantik2,ceewahh. Ni ada sikit gambar-gambar kat atas tu.

Sifoo Adiman sedang termenung memikirkan gadis impiannya,wakaka

Berpura2 lihat ke atas sambil fikir tempat nak kencing,haha

Kanak2 riang yang melompat keriangan


Ni aku nak bagi tips sikit kepada sesiapa yang nak panjat Bukit Broga ni :

  1. Bawa peralatan atau kamera yang basic. Satu body, wide lens or flash (kalau perlu) sudah cukup. Tak payahlah bawak buku cerita, laptop, 2nd body, charger bagai. Ko nak cas pakai apa kat atas tu?
  2. Bawak air nak minum. Kat atas tu takde pokok kaktus yang boleh bekalkan air kalau korang mengalami dehydration. Pokok getah ada, tupun kalau nak matilah minum getah.
  3. Pakai kasut sukan. Jangan ngengada pakai seliparlah, high hill lah, terompahlah. Boleh nak pakai, tapi akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
  4. Kalau turun lewat petang or malam kena bawak lampu suluh. Kang sesat dalam hutan, menyusahkan mak bapak dan pihak bomba nak carik korang dalam hutan tu.
  5. Makan dulu sebelum naik bukit untuk tenaga. Pastu buang air siap2 sebelum naik. Kang satu hal plak nak berak atas bukit,haha.

Cukuplah tips tu. bukan korang nak ikutpun,haha. Untuk akhirnya, tempat2 camtu kena bersopan. Maksudnya jangan takbur, cakap besar macam diva. Kang kena sambar petir, masuk plak Buletin Utama TV3. Buat malu ketua kampung korang je. Kalau perempuan at least adalah lelaki ikut. Untuk tujuan keselamatan. Takut kena serang ngan penduduk orang asli kat hutan tu,haha *ok, aku tipu.

Suparman nak terbang selamatkan bumi


Untuk akhirnya, akur lilit pinggang aku telah berkurangan 8 milimiter masa turun bukit tetapi telah bertambah 9 milimiter kembali setelah melantak tak ingat dunia selepas balik ke rumah,hahaha. Jangan tiru aku ya.


Nota kaki : Sabtu ni Sifoo Adiman ada buat outing kat situ lagi. Sapa berminat nak join? Kalau takde aral melintang insyaallah aku join gak.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Setelah 6 bulan berlalu :)

Bismillahirramanirrahim



Sedar tak sedar dah 6 bulan aku amik gambar2 perkahwinan ni. Setahun yang lepas aku hanya mampu mengagumi gambar2 yang dihasilkan oleh photographer idola aku. Aku juga masih menyangka orang yang ada lens panjang2 dan kamera besar2 tu adalah professional dan gambar mereka mesti gempak. Aku juga masih berfikir yang megapixel kamera yang lagi besar kat kamera adalah lebih baik dan jadi ukuran masa beli kamera..:)

Selain tu, aku juga beranggapan kalau aku beli DSLR, confirm aku juga boleh hasilkan gambar best2 macam diaorang,hehe. Tapi bila dah beli DSLR baru aku tahu semua tu adalah karut!! Ilmu dalam bidang ni sebenarnya jauh lebih penting dari equipment yang mahal. Semua yang aku sangka tentang kamera dan fotografi sebelum ni kebanyakkannya adalah mitos semata.

Sebenarnya bidang ni bukan sekadar perlukan minat. Ia masih belum cukup. Ia perlukan lebih dari itu iaitu passion. Benda tu lah yang buatkan kita tak berputus asa setiap kali hasilkan gambar crap walau dalam percubaan ke 100. Ia juga yang buat kita mampu bertahan dari leteran mak, kekasih, bini atau kengkawan sebab siang malam mengadap benda tu je,haha



Gambar kat atas ni adalah majlis kahwin Sham dan Mira yang diadakan di Kg Lindungan, Petaling Jaya. Thanks buat OP Kerul yang sudi mengajak aku :) Saja buat dalam hitam putih sebab dah bosan ngan yang berwarna,hehe.

Impian aku dalam bidang ni tak setinggi kawan2 aku yang lain. Aku tak set matlamat aku terlalu tinggi kerana aku ada kerjaya lain yang menyara hidup aku. Lagipun aku buat benda ni sebab minat. Kalau ia dapat berikan kepuasan dalam diri aku ia dah cukup bermakna. Aku anggap ia satu pencapaian buat aku.

Jujur aku katakan yang masih banyak yang aku kena belajar dalam bidang ni. Aku akan terus berusaha tingkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang ni. Terima kasih kepada semua yang banyak bantu aku selama ni terutama geng photographer dari TT Bangi, TT Bukit Changgang, budak2 forum dan sahabat blog yang sudi berkongsi belajar ngan aku. Aku hargai semua ilmu yang diperolehi dari korang semua. Terima kasih kengkawan.

Nota kaki : Tahniah kepada sahabat baik aku Halil yang mendapat anak lelaki weekend lepas:) Dulu masa mula2 beli DSLR aku ada amik gambar dia kahwin. Bleh klik SINI nak tengok. Harinipun besday dia :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Kematian itu pasti

Bismillahirramanirrahim


“Insaflah wahai {nama anda} bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar, bangun dari kubur dan dihidupkan semula adalah benar, berkumpul di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab segala amalan kamu juga adalah benar..”

Itulah serba sedikit talqin yang bakal korang dengar sejurus selepas korang masuk ke dalam kubur bila mati nanti. Dalam kesibukan harian kekadang kita lupa yang satu hari nanti usia kita akan habis, badan kita akan ditimbuni tanah dan apa yang kita kumpulkan kat dunia ni hanya akan jadi milik orang lain.

Hayati video klip yang aku convert format untuk tatapan korang semua (english subtitle) :

[flashvideo file=http://blog.faisalrahim.com/video/At-Turab.flv width=500 height=380 /]

Farsyi Al-Turab ( Dust is My Bed ) – Sami Yusuf


Aku takut sebenarnya dalam kita tertawa riang dan melakukan dosa-dosa, kita dijemput dalam keadaan kita tidak bersedia. Kita pasti menangis dan berduka menyesalinya kelak. Sebab bahagian yang kita dapat dalam kubur nanti adalah ibadah yang kita kena buat sekarang. Bukan esok, bukan lusa, bukan bila tua nanti..

Bersediakah kita untuk kembali kepadaNya sekarang?

Aku memang jauh dari sempurna. Aku tahu tu. Tapi aku suka nak ajak kita sama2 muhasabah diri bila kita dalam keadaan terlalu gembira ataupun terlalu bersedih. Masih belum terlewat. Jgnlah kita terlalu berbahagia dengan kenikmatan dunia dan mengejar kesenangan hingga lupa agama. Tidak salah menjadi orang berharta, tak salah nak bekerja bermati-matian, tak salah nak bergembira dan tertawa tapi satu masa kita akan diminta pertanggungjawaban akhirnya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Ayah mertua aku telah kembali kerahmatullah beberapa hari lepas. Semoga roh arwah dikumpulkan bersama orang-orang yang beriman, amin. Al-fatihah.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com