Pernikahan Raihan & Akmal, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim


Antara kelebihan menjadi photographer yang aku suka ialah dapat mendengar banyak khutbah nikah setiap minggu :) Tanpa disedari, intipati dalam khutbah nikah sebenarnya sangat bermakna kepada pasangan yang baru mengikat janji bersama maupun kepada pasangan yang telah lama berkahwin:) Sebab tu dari kaca mata Islam, akad nikah sebenarnya jauh lebih penting daripada kenduri itu sendiri.

Ini kerana tatkala lafaz ijab dan qabul sempurna, dalam berapa saat, status bujang tadi telah berubah dari segi syarak. Bermulalah layar bahtera rumahtangga yang dipacu oleh sang suami dan dibantu oleh isteri. Mereka lebih mudah mendapat redha Allah dan mudah memasuki syurga sekiranya keduanya mempunyai ilmu agama serta matlamat yang sama. Menjadi tanggungjawab bersama memastikan rumahtangga sentiasa disemai dan dibajai supaya mekar dan mencapai matlamat perkahwinan iaitu mawaddah wa rahmah (berkasih sayang).

Aku upload dulu majlis pernikahan Raihan & Akmal yang dilangsungkan di Shah Alam :

an1

an2

an3

an4

an6

an5

an7

an8

an9

an10

an11

an12

an13

an14

an15

an19

an20

an17

an18

an21

an22



Pada hari tersebut sepanjang hari hujan turun dari pagi sampai malam. Jadi aku tak dapat buat sesi outdoor selepas majlis walimah tersebut. Insyaallah aku akan upload selepas post-wedding mereka nanti :)

Tahniah kepada Raihan & Akmal atas ikatan yang terbina. Mari kita doakan semoga pasangan ini berada dalam keberkatan Allah sepanjang masa. Kena banyak bersabar ye An sebab berjauhan buat masa ni, hehe :) Terima kasih juga kepada sahabat baik aku yang hensem Halim Wahid, Saipi dan Kenit Lee sebab follow aku sepanjang majlis berlangsung :)




Nota kaki : Untuk makluman bulan Jun dan Julai 2011 ni aku dah tak available lagi. Terima kasih kepada yang sudi bertanya. Aku hargainya :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Wedding Nury & Thaqib

Bismillahirrahmanirrahim



Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Nury & Thaqib yang diadakan di Serdang pada 10.10.2010 yang lepas. Biasanya kalau tarikh2 cantik ni memang sangat best untuk merayakan hari berbahagia kita sebab akan dikenang sampai bila-bila. Orang lelakipun senang ingat sebab tarikh tu menarik dan unik untuk diingati, tapi kalau lupa gak memang tak taulah, haha.

Tetapi masalah nak mendapatkan tok kadi, mak andam, photographer dan katering pun boleh menjadi masalah gak kalau buat last minit. Nury ni seorang yang teliti dan organize tau. Dia dah rancang semuanya setahun sebelum majlis berlangsung. Memang aku sangat kagum. Jadi alhamdulillah majlis semuanya berjalan seperti yang beliau rancangkan. Cuma tok kadi buat lawak ngan ayah pengantin cakap dia tak dapat datang sebab pergi Johor. Padahal dia dah ada depan rumah, hehe.

Layan sikit gambar majlis tersebut :


Nury dan Thaqib ni memang gila-gila gak orangnya. Lelagi Thaqib yang suka ‘buat muka’ macam2. Tengah salam tok kadi ngan atas pelaminpun boleh buat lawak gak, hehe. Seronok bekerjasama dengan diaorang dan takde tekanan sebab semuanya bersahaja, pengantin ceria, majlis berjalan lancar dan cuaca baik, perfect!! Aku saja upload gambar majlis ni banyak sikit dan letakkan sesi outdoor pada entry akan datang.



Untuk akhirnya aku ucapkan terima kasih kepada sahabat aku Khairul Hafiz dan Fadzly kerana membantu aku sepanjang majlis ni berlangsung :) Aku ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Nury di atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Aku doakan semoga kedua-dua pasangan Nury & Thaqib kekal bahagia hingga ke akhir hayat, amin.

Ni layan gambar gila-gila diaorang sebelum aku abiskan entry ni :)

Sekian, terima kasih.



Nota kaki : Nantikan entry outdoor diaorang ni esok :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Hani & Zairy, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim



Waaa capek banget sih. Kesihatan aku pun tak berapa baik sekarang. Sebenarnya bagus juga kita diberikan kesakitan oleh Allah sesekali. Supaya kita lebih beringat kesalahan dan kesilapan kita yang lalu ketika jauh dari pencipta kita. Sentiasa beringat semua yang kita lakukan kat dunia ni ada timbang tara di akhirat kelak. Mungkin juga kita jadi insan yang lebih baik selepas diberikan kesakitan itu, insyaallah.

Kali ni aku nak update Majlis perkahwinan Hani dan Zairy di Putrajaya. Aku shoot diaorang dari majlis nikah, sanding sampailah outdoor. Terima kasih kepada kak siti dari pesonacoklat yang mengandam hani pada hari tersebut. Rasa segan je sebab dia kenal dan selalu follow blog aku ni. Tiba2 terasa macam artis plak, hahaha. Sebelum aku bertambah mengarut boleh layan gambar hani dulu ye.


Majlis persandingan dilakukan pada sebelah tengahari selepas selesai majlis pernikahan. Suasana kat Putrajaya pada hari tu betul2 tenang dan redup je. Kawasan tempat tinggal Hani ni memang sangat sesuai buat majlis sebab kawasannya luas dan jalannya lebar. Untung betul sapa yang tinggal kat sini, hehe. Oh ya, aku suka betul tengok baju Hani ni, cantik. Kitorang outdoor kat sekitar bangunan putrajaya je sebab hari dah lewat nak keluar jauh2 :)


Sebenarnya aku nak taruk lagi banyak gambar-gambar ni tapi macam melampau plak banyak sangat gambar:) Aku tengok ada photographer yang taruk 2-3 keping gambar je setiap pengantin, hehe. Rasa tak best pulak nak buat camtu sebab aku memang dah biasa taruk banyak gambar kat blog ni. Barulah blog gambar kahwin namanya, keke.

Untuk akhirnya, terima kasih kepada Hani sekeluarga atas layanan yang baik sepanjang berada di sana. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap saya sekiranya ada ye..:)



Nota kaki : Hampir seminggu aku bercuti dari kerja di ofis. Insyaallah aku akan reply semua email korang semua satu persatu ye bila kembali esok. Terima kasih semua atas pertanyaan. Korang memang terbaik lah.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Nikah+Outdoor Eja dan Daus

Bismillahirramanirrahim



Sepanjang aku amik gambar wedding ni, aku rasa cabaran yang agak besar aku lalui ialah bila shoot nikah dalam rumah dengan kehadiran ramai tetamu. Kadangkala kita tidak mempunyai ruang untuk bergerak langsung. Sebenarnya boleh je nak melangkah-langkah orang tetapi bagi aku ia sangat tak sopan dan mengganggu perjalanan majlis. Photographer sepatutnya kekal invisible dan merakamkan perjalanan majlis bukan menjadi pengatur majlis semata2 hendak amik gambar.

Jadi kepada sesiapa yang bercadang bernikah di rumah, pastikan susun atur tempat nikah, tetamu dan barang hantaran dalam keadaan yang sesuai. Pengalaman aku kalau tetamu ramai, jangan letak hantaran kat tengah2 ruang tamu sebab ia banyak gunakan ruang. Saudara mara yang datang nak tengok majlis nikah kita bukan barang hantaran tu yang nak tengok kita. Ada masa aku cerita lanjut tentang ni :)

Layan dulu majlis pernikahan sahabat ofis aku Firdaus & Eja yang diadakan di Taman Andalas, Klang.


Eja ni sekarang kerja kat Hospital Klang. Dulu diaorang mula-mula jumpa kat Stesen KTM Klang lah. Pastu cintapun mula berputik, hihi. Akupun lupa nak tanya cinta pandang pertama ke apa sebab daus ni memang pemalu sikit orangnya :) Sebab tu selepas majlis nikah tu kitorang pergi shoot sikit kat Stesen KTM Klang sebagai mengenang kembali saat cinta mereka bermula, ceeewaaahh.

Macam biasa kul 5-6 petang mestilah ramai kat Stesen KTM tu. Memang jadi perhatianlah kedua pasangan pengantin ni. Tapi diaorang memang sporting habis. Siap ada gambar kiss kat tempat awam lagi. Kalaulah tak pakai baju kahwin buat camtu memang kena tangkap JAIS lah gamaknya, hahaha. Layan lagi sikit gambar diaorang kat tempat ni.


Mula-mula aku cadang nak bawak diaorang naik tren KTM tu. Tapi memandangkan hari dah beransur malam aku batalkan hasrat tu. Insyaallah satu hari nanti aku nak juga shoot pasangan pengantin dalam tren tu, hehe. Aku doakan semoga kedua mempelai ni berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Kepada daus, dah kahwin ni janganlah lupa plak nak main futsal setiap minggu dan bola sepak ye. Aritu ko cakap aku kan? hahaha. Terima kasih kepada sahabat aku Atong yang teman aku sepanjang majlis ni :)

Kerja-kerja aku di ofis semakin banyak dan semakin sibuk. Mungkin takde banyak masa nak update selalu. Tapi nantikan majlis persandingan dan outdoor diaorang ni selepas ni..:)



Nota kaki : Aku tensen betul ngan prestasi Chelsea kebelakangan ni. Tapi aku takkan hilang kepercayaan kat team kesayangan aku tu, ceewaahh. poyo betul aku rasa, hahaha

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Nikah Anne & Halim, N9

Bismillahirramanirrahim


Bila dah jumpa ramai pasangan pengantin ni kan, kekadang aku dah boleh baca karakter pasangan tersebut, ceewaahh. Contohnya ada pasangan yang mungkin dah lama kenal dan kurang malu dengan pasangannya. Ada juga pasangan yang masih malu-malu dengan pasangan dia. Pasangan kali ni Anne dan Halim memang masuk kategori tu lah aku tengok, hehe. Dua-dua masih malu antara satu dengan lain :)

Jadi memang aku kena sesuaikan diri jugak lah masa nak amik gambar supaya pengantin selesa ketika berada di depan kamera :) Anne ni merupakan kawan baik adik perempuan aku masa belajar dulu. Majlis ni diadakan di Felda Haji Alias, Bandar Baru Serting. Ni kali kedua aku amik gambar kat Negeri Sembilan :) Memang pekat gila loghat kat sini. Sampai pembantu aku Cot, orang ganu susah nak faham, hahaha.

Layan sedikit majlis akad nikah diaorang yang di adakan kat rumah. Kawasan untuk bergerak memang agak terbatas sebab ramai tetamu dari belah Halim di Johor turut hadir ke majlis ni :)


Pada belah malam tu ada majlis malam berinai. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah masa majlis potong pulut kuning tu. Kat sini diaorang macam ada satu game lah :) masa nak suap kat suami isteri tu pasangan yang nak kena suap tu kena mengelak dari makan. Pasangan lagi satu kena cari cara nak masukkan, tak kisahlah sampai kena hidung ke, muka ke janji masuk :)

Nasib baik diorang tak sampai kejar2 nak masukkan dalam mulut tu. Kalau tak penat gak aku nak amik gambar sambil berlari, haha. Inilah yang aku suka bila pergi ke tempat orang. Jumpa perkara yang tak pernah jumpa kat tempat aku. Ekau tengoklah sendiri camno kek bawah ni.


Aku sedang berusaha siapkan semua album client2 aku sekarang. Harap semua dapat bersabar ye. Insyaallah, aku akan buat yang terbaik untuk semua. Setiap hari dari pukul 8 malam sampai 12 malam aku buat album. Penat balik kerjapun tak hilang lagi masa tu. Hujung minggu dah kena shoot wedding lain lagi. Memang takde life sangat buat masa ni. Tapi takpe, aku suka cabaran camni. Buat aku bertambah rajin dan tak sempat nak bermalasan, ceewaahh.

Lepaih ni den upload pulak gamba majlis sanding ngan outdoor diaorang :) den lupo nak ceghito plak kek entry ni pasal pengalaman den nak poie tompek ni..tunggu jap laie yo.


Nota kaki : Walaupun dah bizi gila tapi apesal aku masih gemuk lagi ni, hahaha


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Nikah Lini & Man, Bukit Kapar

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update majlis pernikahan Lini & Man kat Bukit Kapar, Klang. Diaorang ni nikah selepas solat jumaat. Jadi aku sengaja datang awal untuk solat jumaat di masjid tu. Masa aku sampai dalam pukul 12:30 tengahari aku tengok masjid dah hampir penuh. Aku check balik jam aku takut2 jam aku rosak. Rupanya memang orang kampung Bukit Kapar ni ramai yang datang awal ke masjid, alhamdulillah.

Dalam 15 minit sebelum azan aku tengok masjid dah penuh. Kalau kat tempat lain kekadang khutbah dah nak abis baru datang masjid. Tiba2 rasa seronok je berada dalam suasana camtu. Sebenarnya persekitaran juga secara tak langsung mempengaruhi tingkah laku dan akhlak kita. Semoga benda tu berterusan sampai bila2, amin. Layan sikit majlis pernikahan diaorang ni.


Oh ya, untuk pengetahuan semua kat Selangor ni dah tak guna mas kahwin RM80 tu. Maksudnya, kalau hantaran tu RM8,000 maka akan di sebut “Aku terima nikah …. dengan maskahwin nya RM8,000 tunai..” Jadi hati2 kalau nak taruk cek selepas ni sebab cek tu dikira hutang. Mesti segan kalau imam cakap “dengan mas kahwinnya RM15,000 hutang...” hehe. Penyelesaiannya guna bank draft ataupun tunai :)

Kalau bayar separuh2 contoh RM4,000 tunai dan lagi RM4,000 guna cek maka yang guna cek tu dikira sebagai hutang..:) Aku dah confirm benda ni dengan 2-3 orang pendaftar nikah termasuk lah imam yang aku dah shoot beberapa kali ni,hehe. Pandai-pandailah nanti pasangan yang nak kahwin ye.


Nota kaki : Aku sengaja guna tone kaler camni sekadar mencuba. Nantikan majlis sanding dan outdoor diaorang nanti ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Nikah dan Outdoor Lia & Farid

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update majlis pernikahan dan outdoor pasangan Lia & Farid. Kalau korang follow blog ni dari dulu, aku ada shoot masa diaorang bertunang beberapa bulan lepas. Tapi Lia dah kurus skit sekarang sebab dah berdiet, kekeke. Senang amik gambar diaorang ni sebab aku dah kenal diaorang termasuk semua keluarga.

Aku dapat shoot majlis pernikahan dia je sebab majlis persandingan dia aku tak available sebab ada majlis lain. Sebab tu kalau boleh book awal2 photographer pilihan korang ye, ceewahh. Aku ada satu tips berguna untuk pengantin lelaki kalau nak akad nikah. Kalau taknak terlalu nervous kena datang awal sebelum imam datang, ada masa bertenang. Kalau tak percaya tanya farid ni. Baru tau camne rasa gemuruh tu, kekeke. Apapun layan dulu gambar diaorang ni.



Sepanjang aku amik gambar kahwin, ni merupakan kali pertama dapat shoot outdoor kat tepi pantai. Kalau nak tahu sebenarnya ia juga job pertama yang aku shoot kat area aku Banting :) Akupun baru perasan tak pernah amik job kat area sendiri, hahaha.

Setiap kali aku shoot gambar, aku mesti cuba cari idea baru supaya tak terikut2 ngan orang lain. Kalau pengantin tu bagi kerjasama baik cam Lia & Farid mesti lagi banyak idea datang :) Kalaulah aku suruh diaorang menyelam dalam laut pun diaorang sanggup agaknya, hehe. Ikutkan hati nak upload 50 keping gambar tapi macam melampau plak, wakakaka. Cukuplah sikit yang sempat aku edit ni.



Sepanjang outdoor ni sebenarnya gerimis halus tu. Memang basah gaklah kamera aku walaupun aku lindung guna tuala good morning tu,hehe. Tapi sebab excited punye pasal aku tawakkal je. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tahniah untuk kedua mempelai, semoga berkekalan bahagia hingga akhir hayat,amin. Tahniah juga untuk adik Lia, Yanti & Adi yang bernikah seminggu sebelum majlis ni.

Sebenarnya aku agak terkilanlah bila ada orang yang tak pernah aku kenal langsung cuba buruk2kan nama aku kat orang lain. Walaupun aku tak tahu apa motif dia tapi aku harap satu hari nanti perniagaan dia boleh terus maju dengan cara yang lebih baik dari buat camtu, amin. Entry akan datang aku cerita lanjut pasal ni.


Nota kaki : Tadi buka email, ada 850 unread mail *pengsan!! ofis aku mmg dah tak boleh buka email yahoo, huhu. Takpe, aku jawab perlahan2, chaiyok2!!::

Nota kaki 2: Kebengongan kedai printing menyebabkan beberapa album client aku pending:( Sepatutnya diaorang dah jangka akhir tahun tempahan memuncak. Sabar ye semua.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Pernikahan : Syuhana & Hisham

Bismillahirramanirrahim



Sepanjang aku ambil gambar wedding ni, dah berpuluh-puluh majlis akad nikah aku dengar. Sampai rasanya aku boleh je hafal khutbah nikah tu. Tapi Sabtu lepas ada satu pengalaman baru. Pertama kali rasanya aku dengar khutbah nikah hampir sejam:) Siap menguap lagi tu pengantin lelaki, haha. Aku sangat respek kat imam tu sebab dia boleh ingat dan elaborate isi-isi penting tentang perkahwinan ni tanpa teks langsung.

Tapi satu perkara yang mencuit hati aku bila time imam bagi soalan kat pengantin lelaki. Bukan setakat soalan-soalan biasa tapi soalannya lain sikit seperti “Berikan 5 sebab awak mahu berkahwin dengan bakal isteri awak ni?” dan jawapannya bukan sembarangan tau sebab jawapan tu adalah daripada khutbah selama hampir sejam tu, hahaha. Biru je aku tengok muka Hisham tu. Kalau akupun tak tumpukan sangat kat khutbah tu sebab dah berdebar dan fikir nak angkat nikah je,hehe.

Bila si Hisham tu tak dapat jawab imam ni suruh pengantin MENYANYI!! iyea, menyanyi, hahaha. Imam cakap suruh sambung dia menyanyi. Lagu P.Ramlee dalam filem madu 3 tu, lagu Gambus Jodoh ( tak tahu? klik sini ). Lebih kurang camnilah:

Pukul lah tabuk, Pukul lah tabuk kayu rebanaa..” paaap parapap papap papapp!! *sambil buat gaya pukul kompang guna kertas nikah tu..

Haaaa sambung cepat…” imam tu cakap. Pastu dengan selamba dan innocentnya Hisham cakap ngan tok imam tu lebih kurang camni “Imam, saya tak dengar lagu2 tradisional ni, saya dengar lagu moden je“, hahahaha. Semua orang tergelak masa tu. Tak pasal2 imam tu nyanyi sampai habis ” Kalau dah jodoh, kalau dah jodoh tidak ke mana..” sambil terangkan balik semua jawapan tu..:) Pastu barulah majlis nikah. Layan sikit gambar2 ni.


Pastu dalam beberapa minit je berita tu dah sampai kat Kuala Kangsar, Perak kat member2 Hisham ni. Mulalah datang sms memerli dari kengkawan kampung dia, hahaha. Majlis ni diadakan kat rumah Syuhana kat Seksyen 18, Shah Alam. Bila buat dalam rumah ni memang pergerakan photographer agak terbatas sebab ramai yang nak tengok majlis tu. Err sebenarnya aku tak boleh bergerak langsungpun. Nasib ada bantuan dari sahabat aku Cots dan Zakuan, terima kasih korang berdua.


Sebenarnya bagi aku elok juga imam beri maklumat dan peringatan kepada bakal pengantin ni. Benda tu merupakan ilmu berguna yang boleh dijadikan panduan kepada pasangan pengantin untuk jalani hidup bersama. Akad nikah tu merupakan benda penting yang akan diingati sampai akhir hayat. Jauh lebih penting dari majlis perkahwinan tu. Jadi biarlah ia dilakukan dengan tertib, teratur dan tidak tergesa-gesa.

Aku pasti pasti benda tu akan diingati oleh kedua pasangan terutamanya Hisham :) tak lah teruk sangatkan kena dera camtu kan sham? hehe. Pasni aku update pulak majlis persandingan diaorang kat Dewan MBSA Shah Alam.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com