Lin+Solihin, Sabak Bernam

Bismillahirramanirrahim



Musim cuti sekolah dah kembali lagi. Masa zaman sekolah dulu, cuti sekolah ni memang ‘heaven‘ betul. Dalam kepala otak asyik nak main je. Kalaulah mak aku bagi memang dari pagi sampai maghrib nak keluar naik beskal dan main ngan kengkawan. Tapi terpaksa balik gak sebab lapar, haha. Bila dah kerja ni gembiranya lain pulak. Gembira sebab jalan raya lapang je bila pergi dan balik kerja, kekeke.

Kali ni aku nak upload majlis perkahwinan Lin & Solihin di Sabak Bernam. Lin ni merupakan adik kepada ex-client aku. Memang meriah betul majlis kat rumah dia ni. Lelagi adik beradik Lin ni ramai sampai 11 orang. Majlispun dijalankan secara bergotong royong (rewang) dengan penduduk kampung. Aku shoot dari majlis bernikah, berinai dan majlis persandingan. Tapi aku upload majlis sanding dan outdoor je kali ni sebab masih bizi ngan kerja-kerja ofis :P


Sehari sebelum majlis tu aku dah survey kawasan padi untuk buat outdoor. Memandangkan area Sungai Besar tengah musim menuai ketika itu aku cuba cari jerami padi yang gulung2 besar tu. Dalam kepala otak aku dah ada gambar yang aku nak tapi tak jumpa plak benda tu, huhu.

Jadi sesi outdoor kitorang buat dekat ngan rumah Lin pastu sambung kat pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO). Pertama kali aku sampai pantai tu :) Memang meriah gaklah pantai kat situ. Bolehlah nak jadi tempat cari jodoh sebab ramai pemuda dan pemudi lepak kat situ, hehe. Lin cakap kat sana terkenal mee banjir udang tapi aku tak sempat plak nak rasa. Lenkali kalau ke sana lagi aku mesti rasa.


Ni merupakan kali pertama aku shoot outdoor pengantin guna 2 persalinan. Selepas shoot guna baju pertama, kitorang balik semula ke rumah (mak andam dah tunggu) dan tukar persalinan lain. Kali ni kitorang pergi kat tengah2 pekan Sabak Bernam kat area menara tinjau dan tokong cina. Terasa macam amik gambar kat Negara China je masa shoot kat dalam tu.


Untuk akhirnya aku ucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada pasangan Lin & Solihin. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat. Terima kasih di atas layanan yang baik sepanjang berada di sana ye. Korang sekeluarga memang best lah :)



Nota kaki : Terima kasih atas email yang bertanya kekosongan ye. Untuk makluman lagi sekali aku dah tak available sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun ni. Bermula April sampai Jun 2010.

Nota kaki 2: Aku ngah sesuaikan diri buat editing kat skrin besar iMac. Macbook aku 13″ je sebelum ni sekarang 24″ rasa kekok skit. Makin semangat aku siapkan album2 pasni, chaiyok2!!

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Lina & Fazli

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update pasangan Lina & Fazli yang diadakan di Pangkalan Gate Tambahan, Ipoh. Ni merupakan kali pertama aku amik gambar kat area Ipoh. Lina ni seorang cikgu di Port Dickson :) Dia merupakan sahabat lama aku sejak dari belajar dulu lagi. Family Lina ni memang meriah dan ceria semuanya. Asyik gelak je sampai kekadang takde papepun boleh gelak, hehe. Aku rasa kalau nak buat satu album telatah diaorangpun boleh :P

Tapi walaupun family Lina ni rajin gelak tapi Lina ni kalau depan kamera memang pemalu. Kalau takde kamera bukan main lagi, sekali angkat kamera terus bertukar karekter pendiam dan pemalu. Macam Ultraman plak bleh bertukar. Jarang aku jumpa spesis camtu :) Kalau nampak pose gelak2 tu bayangkan juga berapa banyak kali aku kena buat lawak ngan diaorang, hahahaa. Layan dulu gambar diaorang ni sikit.


Sesi Outdoor kitorang buat kat Stesen Keretapi Ipoh lama. Mula2 aku ingat stesen ni terbiar lah dan ada landasan lama semua tu. Sekali sampai rupanya stesen tu masih ramai orang cuma bangunan dia memang klasik dan berciri british dulu2 kala :) Jadi memang selamba gaban lah aku shoot kat situ sambil orang ramai melihat. Terasa macam artis pun ada masa tu, wakakakaka. Ingat senang ke nak asingkan orang awam kat tempat ramai orang ni, hehe.

Jadi tak dapatlah aku nak shoot diaorang ni kat landasan keretapi sebab landasan tu masih digunakan. Aku kalau boleh tak mahu masuk akhbar jadi terkenal sebab menyebabkan pengantin dilanggar keretapi KTM tu, hahaha. Layan sikit gambar outdoor diaorang di stesen keretapi.


Sekarang aku dah belajar sikit2 camne nak pose pengantin yang susah nak senyum ni. Sebenarnya memang ada dikalangan kita ni yang susah nak senyum, jadi style2 ceria kekadang tak sesuai sebab nampak dipaksa dan gambar tak neutral. Benda tu bukan senang sebab nak pastikan mood dan emosi tu ada dalam setiap gambar yang diambil.

Insyaallah aku akan perbaiki lagi benda-benda camni supaya dapat jalankan tugas lebih baik pada masa hadapan. Kalau korang perasan aku tak pernah buat ayat-ayat marketing kat blog ni suruh pilih aku dsb, hehe. Sebab aku memang tak reti. Biarlah orang menilai hasil kerja aku sendiri. Cuma yang aku boleh jamin, aku akan buat yang terbaik dan berikan 100% tenaga dan kemahiran aku kepada setiap client2 aku :)



Nota kaki : Tarikh 1.1.2011 aku dah tak available. Orang yang bertanya dah letak booking untuk tarikh tersebut. Thanks.

Nota kaki 2: Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. Mari kita sama bykkan selawat ke atas kekasih Allah ini, Muhammad Rasulullah S.A.W.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Bertandang Fairoze & Najlah

Bismillahirramanirrahim



Alhamdulillah dah masuk kerja kembali hari ni. Bila dah cuti lama ni memang lemau betul nak kerja, hehe. Walaupun cuma raya cina tapi yang melayupun gembira tak terkata sebab dapat cuti lama kat rumah :P Dulu masa belajar aku ramai kawan2 berbangsa cina. Rindu kat diaorang semua. Rindu nak tengok Chu Men Seng melompat2 selepas habis kelas time nak raya cina, hehe.

Aku ada seorang kawan baik geng buat assignment. Lee Khoon Long namanya. Hampir setiap assignment kitorang buat bersama. Bukan aku taknak geng dengan budak2 melayu lain tapi aku suka cara dia belajar. Kalau buat assignment bersama, tarikh final hantar assignment tu adalah copy yang ketiga atau keempat diberi kepada lecturer. Maksudnya mmg confirm dapat A sebab lecturer dah betulkan banyak kali, hehe. Kalau ngan member2 melayu, err faham2 sendirilah..esok nak hantar malam ni baru menaip sampai pagi :) Selamat tahun baru cina sahabat, semoga bertambah kaya pasni :)

Layan sikit Majlis Perkahwinan Najlah dan Fairoze yang di adakan di Taman Melewar Gombak ni :


Sesi Outdoor ni kitorang buat dekat Masjid Wilayah. Memang sangat kagum ngan rekabentuk masjid ni. Ini kali kedua aku shoot kat sini..:) Banyak section tak boleh masuk masa ni, jadi aku amik mana yang sempat je sebelum maghrib. Kalau korang perasan aku ngah belajar main kaler2 dalam editing aku, hehe. Aku masih belajar lagi, kalau salah tolong tunjukkan ye kawan2.



Sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada semua pengunjung blog ni. Sama ada pernah tinggalkan jejak ataupun tidak. Walaupun aku bukan professional photographer dan selalu tulis mengarut2 dalam ni tapi korang tetap gak datang ke sini. Aku hargai sesangat. Tanpa korang semua aku takkan berada kat sini. Terima kasih semua :)

Kalau ada bicara aku yang tidak menyenangkan hati, tegurlah aku. Kalau bahasa yang aku guna nampak melampaui batas, tegurlah aku. Kalau gambar aku perlu diperbaiki, tegurlah aku ye. Aku memang perlukan benda camtu supaya aku terus beringat dan bergerak kehadapan tanpa memijak atau menyakiti mana2 pihak. Wallahua’lam.



Nota kaki : Ada sedikit delay dalam penghantaran album sebab company printing album bercuti 2 minggu sempena Raya Cina ni. Setiap client yang delay album aku akan bagi FREE gambar besar+frame sebagai gift :)

Nota kaki 2 : Sabtu ni aku nak naik Bukit Broga, Semenyih. Sapa nak follow kul 6:30 pagi ada kat kaki bukit. Jom shoot sunrise kawan2..:) ni ENTRY BUKIT BROGA aku panjat dulu.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding & Outdoor Najlah+Fairoze

Bismillahirramanirrahim


Kali ni aku nak update Majlis Perkahwinan pasangan Najlah & Fairoze. Sebenarnya Najlah ni satu ofis ngan aku :) Dia kerja kat bahagian audit. Jadi dia memang nampak garang lah kat ofis. Tapi bila dah jadi client dia plak kena dengar cakap aku, hahaha. Sebenarnya aku shoot dari majlis nikah. Tapi memandangkan banyak komitmen sekarang aku upload majlis persandingan diaorang jelah :)

Majlis ni diadakan di dewan RRIM, Sungai Buloh. Akupun tak tahu apa nama penuh RRIM tu, hehe. Ada berkaitan ngan getah2 lah. Warna tema majlis Najlah ni memang sangat cantik dan lembut je. Aku pernah cakap tak aku suka pengantin kaler purple? dan warna yang paling aku suka time amik gambar pula ialah putih. Jadi sekali tengok kombinasi Putih+Purple kat majlis ni memang sangat bestlah. Semangat je nak amik gambar, hehe.


Majlis berlansung dengan meriah walaupun pengantin tiba agak lewat. Biasalah sebab majlis nikah pasangan ni diadakan pada sebelah pagi tu juga. Sesi outdoor petang tu aku buat kat dalam area RRIM tu je. Sebab banyak pokok getah yang aku idamkan ada kat situ. Takdelah banyak nyamuk sangat macam hari tu, hehe.

Layan sikit sesi Outdoor diaorang ni. Korang boleh tahu kenapa aku suka warna putih :)



Pada majlis tersebut aku dibantu sahabat baik aku iaitu Otai Nanba yang turut shoot dari sesi nikah hingga outdoor. Memang aku jeles ngan gear yang dia pakai. Membuatkan aku nak berhijrah kem Canon je,hehe. Takpe, aku harap satu hari nanti aku boleh sampai tahap tu :)

Tahniah untuk pasangan Najlah dan Fairoze. Terima kasih atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung..:) Aku doakan semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga akhir hayat. Nantikan entry pasangan ni pada majlis bertandang di rumah Fairoze di Taman Melewar, Gombak pasni ye.

Nota kaki : Untuk makluman semua aku dah tidak available untuk bulan Februari, Mac, April, Mei dan Jun. Terima kasih yang bertanya ye. Aku hargai sesangat.

Nota kaki 2 : Aku tensen gila chelsea kalah malam tadi :( nak updatepun takde semangat, huhu..


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Adi & Yanti, Kelana Jaya

Bismillahirramanirrahim


Pengantin aku kali ni bukan sembarangan orang. Memang aku belum sampai tahap nak amik wedding celebrity lagi. Tapi client aku kali ni Adi lagi hebatlah. Sebab pelakon Rosyam Nor tu jadi driver dan pengapit dia kahwin je!! iyea Rosyam Nor yang menang anugerah err..aku lupa..byklah anugerah dia dapat dalam industri perfileman di Malaysia ni..Sahabat aku, kerul yang bantu aku dalam majlis ni siap cakap, muka dia macam Rosyam Nor padahal memang dia,kekeke..

Sebenarnya isteri Adi, Yanti merupakan adik kepada bekas client aku bulan lepas. Klik ENTRY INI nak tengok kakak dia Lia nikah yang aku shoot :) Terima kasih di atas kepercayaan yang korang berikan. Adi dan Yanti ni pun gila-gila gak macam kakak dia, hahaha. Layan sikitlah sekitar majlis mereka di Kompleks Sukan Kelana Jaya.


Sebenarnya terlalu ramai artis dan penggiat filem yang aku kenal dan tak kenal datang. Err lebih banyak yang aku tak kenal sebenarnya, haha. Kalau yang datang tu player2 EPL Chelsea ke, Manchester United ke, Liverpool ke memang pemain2 simpanan pun aku kenal :P Antara yang aku ingat pelakon idola aku Afdlin Shauki, Halim Osman, penyampai2 radio ERA, budak2 AF, Raja Lawak, Ramli MS dan ramai lagi.

Pastu pertama kali aku rasa datang wedding kahwin semua yang karaoke artis2 dan suara diaorang macam dalam radio je, hehe. Majlis Adi ni simple je. Takde sanding dan pelamin semua. Hanya meraikan tetamu yang hadir tak putus2 sampai petang. Sebab tu takde sesi Outdoor atas permintaan Adi. Tapi aku ajak gak dia ke tepi dinding dewan nak amik gambar berdua ngan Yanti. Ni sedikit yang aku nak share nak tunjuk kegilaan mereka :)


Banyak lagi gambar tapi takkan aku nak taruk semua kat sini, hehe. Tahniah kepada pasangan Adi Shamsul dan Yanti di atas ikatan yang dibina. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, amin. Oh ya, kalau korang nak jadi artis atau pelakon atau nak uji bakat AF, Raja Lawak, Jangan Lupa Lirik dll blehlah contact Adi ni. Sebenarnya dia ada tawarkan aku jadi hero berpasangan dengan Nasha Aziz tapi aku tolak sebab aku bizi, whoahahahaha..



Nota kaki : Ada orang cakap gambar aku terlalu banyak. Emm, perlu ke aku kurangkan? huhu.

Nota kaki 2 : Aku sedang membalas email yang bertanya. Kalau sampai hari Rabu ni aku lum reply maklumkan kepada aku ye :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Sanding dan Outdoor, Anne & Halim, N9

Bismillahirramanirrahim


Masa dalam perjalanan ke Serting, Negeri Sembilan aku tersesat kat sebuah jalan kampung. Yela, ketika orang lain semua dah guna teknologi GPS aku masih lagi guna teknologi zaman dulu iaitu bertanya orang kat tepi jalan. Nasib baik ada orang, kalau tak mesti aku kena tengok arah matahari terbit atau kedudukan bintang, hehe. Lebih kurang camnilah perbualan kitorang ngan penunjuk jalan.

Sahabat aku : ” Pakcik, tumpang tanya. Mana arah ke pekan Bahau dari sini?
Pakcik tu : ” limo kanan satu kiri!!

Aku berpandangan sesama member aku tu sambil cuba fahamkan dia cakap. Pastu pakcik tu nampak kitorang pening. Diapun sambung..

Pakcik tuEkau nak poie pokan kan? hah, dopan ni limo kanan, satu kiri..

Barulah kitorang sedar rupanya maksud pakcik tu, lagi 5km belok ke kanan. Pastu terus lagi satu kilometer dan belok ke kiri. Waaaa, sepanjang hidup aku tak pernah jumpa bahasa singkat camtu, hehe. Member aku si Cot lagilah tak faham pape sebab orang ganu lagilah susah nak faham loghat pekat orang N9 ni :) layan sikit gambar ni.


Masa sampai kat Serting tu memang aku teringin nak shoot kat ladang getah. Sebab aku tak pernah lagi shoot dalam tu :) Tapi sekali masuk dalam ladang nak buat outdoor nyamuknya banyak gila. Gilapun tak banyak camtu. Kalau tak bergerak memang beratus nyamuk berkerumun. Tak sampai 15 minit kitorang dah keluar sebab sian tengok pengantin kena gigit nyamuk sampai merah2 tangannya :)

Pastu sambung outdoor kat taman berhampiran. Lenkali kalau aku nak shoot kat pokok getah aku akan pastikan bawak mesin sembur cam pekerja jabatan kesihatan nak halau nyamuk aedes tu, hoho. Layan sikit lagi gambar outdoor diaorang berdua ni.


Aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada keluarga Anne yang sudi melayan aku dan sahabat aku dengan baik selama dua hari kat sana. Aku juga doakan semoga rumahtangga yang dibina korang berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat, amin. Minta maaf kat Anne sebab kena gigit nyamuk masa sesi outdoor tu :) Terima kasih juga kepada sahabat aku Cot yang menemani aku selama 2 hari kat sana.

Ni aku saja upload behind the scene yang Cot amik masa aku ngah shoot kat situ :) Sebab tu aku selalu kena marah ngan wife sebab baju asyik kotor je selepas balik shoot wedding, hua hua hua.



Nota kaki : Sekarang ada projek besar nak disiapkan kat ofis. Aku sangat suka sebab akan belajar benda baru lagi. Makin bertambah sibuk aku nampaknya, huhu.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita Bunga Manggar :)

Bismillahirramanirrahim


Teaser wedding kat Felda Raja Alias, Serting Negeri Sembilan :)


Masa kecik dulu antara perkara yang aku suka kalau pergi kenduri kahwin ialah berebut bunga manggar. Ingat lagi selepas pengantin berarak tu budak2 semua kejar kepala betik yang taruk bunga manggar tu. Budak yang lari tu dahlah lari sungguh2 sebab kedekut takmo bagi orang lain. Kitorang ni yang kejar pun bersungguh gak, siap lompat parit dan lalu kebun kelapa sawit sampailah dapat budak tu, hehe.

Akhirnya dapatlah sorang satu atau dua bunga manggar. Kalau terer boleh dapat lagi banyaklah. Masa balik ngan abah naik motor tu kibar2 lah bunga manggar tu kat orang lain sebagai tanda aku yang dapat bunga tu, haha. Sekarang orang dah tak layanpun benda tu. Benda tu dibuang je selepas guna. Budak2 yang ikut rombongan pengantin kekadang siap main PSP lagi kat tangan.

Aku suka majlis kahwin yang masih mengekalkan adat melayu. Bagi aku asalkan ianya tidak menyusahkan atau menyalahi agama sewajarnya ia dipelihara untuk kekalkan warisan nenek moyang kita. Satu hari nanti, majlis kahwin orang melayu mungkin takde bezanya dengan majlis kahwin orang putih. Mungkin anak-anak kita kahwin nanti, kita hanya duduk di satu sudut melihat anak-anak muda berciuman menari2 kat majlis kahwin. Wallahua’lam.


Nota kaki : Tunggu full entry majlis kahwin kat Felda ni ye. Ada perkara menarik aku nak cerita nanti :) Aku sangat keletihan sekarang.

Nota kaki 2 : Aku dah reply semua email yang bertanya. Sapa2 yang aku masih belum reply bagitau ye. Aku takut masuk spam mail atau dah terdelete bersama spam mail tu. Terima kasih.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Sanding & Outdoor Lini dan Man

Bismillahirramanirrahim



Dalam perjalanan ke tempat kerja tadi aku jumpa seorang bapa bersama 2 orang anaknya menaiki motor untuk ke sekolah. Dengan usianya yang sudah tua dan motornya yang sudah usang, si bapa tadi berusaha mengawal motornya melalui celah2 kereta. Tiba-tiba teringat dulu abah hantar aku adik beradik ke sekolah menaiki motor juga. Dengan kesejukan pagi, abah hantar kitorang 5km untuk ke sekolah terdekat.

Kalau hujan kekadang abah singgah bawah jambatan sungai untuk pasang plastik besar yang tutup aku dan adik aku. Hujung plastik tu abah ikat kat leher supaya tak terbang. Pastu abah sambung perjalanan takut kitorang sampai lewat ke sekolah. Abis abah basah kuyup dan mukanya kena hujan. Bila tengok orang tua naik motor teringat abah dulu2 :( Pagi tadi aku baca akhbar ada anak yang tinggalkan bapanya di tepi jalan sebab tak sanggup menjaganya, Subhanallah. Apa nak jadilah ngan manusia sekarang.

Layan sikit sambungan gambar2 sekitar majlis persandingan Lini dan Man di Bukit Kapar aritu.


Masa akhir Disember dan awal Januari aritu kekadang petang mesti hujan. Ramai juga pasangan pengantin yang tak dapat keluar outdoor sebab hujan lebat. Petang selepas selesai majlis tu, memang hujan turun dengan lebat kat Bukit Kapar, Klang. Oleh kerana dah lewat kitorang buat outdoor kat depan rumah Lini je kat kebun sayur, hehe. Oleh kerana buat depan rumah je, kalau ada tetamu datang diaorang boleh jerit je panggil kitorang, hehe.


Untuk akhirnya terima kasih kepada keluarga Lini yang memberikan layanan yang baik sepanjang aku jalankan tugas. Aku layan cakap jawe je ngan diaorang semua, hehe. Buat kedua mempelai aku doakan semoga hubungan perkahwinan ni berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Maaf tak dapat shoot bertandang sebab aku dah ada job lain masa tu :)

Aku juga doakan semoga anak yang tinggalkan bapanya di tepi jalan tu insaf dan dapat jaga bapanya yang dah tua tu. Bila dia buat camtu, satu hari nanti mungkin anak2 dia akan buat begitu juga kat dia. Perancangan Allah memang kita takkan pernah tahu. Wallahua’lam.



Nota kaki : Tiap-tiap minggu aku shoot dah jarang balik kampung, huhu.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com