Wedding Faradilla & Hasif, Kajang

Bismillahirrahmanirrahim

Tanpa sedar Ramadan dah hampir tiba. Masa aku tulis ni dah 21 Rejab 2014H. Rindu nak bersahur, bertadarus, tarawikh, berbuka puasa dan suasana kebaikan pada bulan Ramadan. Atas kekangan kerja di ofis, bos tak izinkan aku kerjakan umrah tahun ni. Walaupun sedikit kecewa tetapi aku percaya ada hikmah disebalik perkara itu. Sebenarnya antara impian aku nak habiskan sebulan Ramadan di Makkah bersama wifey. Mudah-mudahan tercapai satu hari nanti.

Kali ni aku nak update majlis persandingan Fara & Hasif pula. Walaupun shoot berseorangan tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Majlis meriah, DJ best macam suara Andy Hakim, pengantin ceria, kawan-kawan sporting semuanya memudahkan kerja. Aku dah cuba beberapa tone yang ‘in’ sekarang. Tapi akhirnya aku lebih suka neutral colour dalam editing aku:) Lebih sesuai sepanjang masa.

Sesi outdoor kitorang buat kat Putrajaya. Sebab petang tu hujan lebat. Kitorang kena cari tempat boleh berteduh dan amik gambar. Jadi aku pilih kat tempat yang dah beberapa tahun aku tak shoot:) Selepas hujan reda kitorang sambung sikit kat Taman Botani. Untuk akhirnya, mari sama-sama kita doakan semoga pasangan ini dipermudah urusan hidup bersama di dunia sampailah ke akhirat nanti. Bahagia dan menyayangi antara satu sama lain sampai akhir hayat mereka,amin.

Aku akan super bizi dalam 2 minggu akan datang. Urusan kerja di ofis dan urusan keluarga. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Doakan kesihatan aku sahabat2:) Semoga berjumpa lagi insyaallah.

Wassalam

Adawina & Suhaimi, Cheras

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, setelah dah lama tak update dapat gak aku letak entry wedding kat blog ni:) Sebenarnya sampai minggu hadapan aku masih lagi kerja di luar office. Memandangkan Ramadan dah hampir tiba, kerja-kerja di institusi zakat memang bertambah 2 kali ganda menyiapkan keperluan untuk bulan puncak tersebut. Terutamanya hal yang berkaitan dengan sistem IT.

Majlis Adawina dan Suhaimi ni berlangsung di Cheras. Suhaimi ni orang Penang dan family diaorang memang ramai datang dari sana. Masa majlis nikah tu rasa macam tengah shoot kat Penang je sebab semua cakap utara,hehe. Aku cover 2 hari untuk majlis nikah dan sanding. Sesi outdoor mereka buat berdekatan sahaja dengan rumah Wina lokasi majlis tersebut. Tapi menarik sebab dapat masuk kat Unit Berkuda DBKL bersebelahan dengan Taman Tasik Permaisuri. Dapatlah gak main dengan kuda sekejap,hehe.

 

 
Untuk akhirnya, tahniah kepada kedua pasangan pengantin yang diraikan. Mudah-mudahan ikatan tersebut di rahmati Allah sentiasa dan memudahkan mereka berdua untuk ke syurga Allah,amin. Tahniah sekali lagi atas pernikahan. Terima kasih di atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung 2 hari tersebut:) Mohon maaf jika ada salah dan silap.

Insyaallah aku akan update lagi dalam masa terdekat. Jumpa lagi. Wallahua’lam.
 
 
Wassalam.
 

Ella & Hakim, Petaling Jaya

Bismillahirrahmanirrahim

Usai solat semalam ustaz bagi tazkirah ringkas, beliau melihat kecenderungan kita semua untuk membenci sesama muslim semakin teruk semasa musim PRU13 ni. Beliau berpesan agar kita semua tidak terlalu terikut-ikut dengan berita yang dibawa oleh parti politik yang bertanding sama ada di televisyen, surat khabar mahupun di sosial media. Semasa mereka berkempen, kita sebenarnya diajak untuk turut beremosi dan membenci pihak lawannya. Sedangkan kita tidak pernah kenal mereka ataupun tahu berita tersebut sahih atau sebaliknya.

Sambung ustaz lagi, apabila PRU13 ini berakhir kita masih tetap saudara muslim. Jadi ukhuwah antara kita perlu dipelihara sebaiknya. Dosa dan pahala tetap dicatat di kiri dan kanan bahu kita. Ujarnya, cukup sekadar kita ambil tahu. Jangan tokok tambah berita kerana ia mungkin fitnah. Jangan benci muslim lain tetapi benci kejahatannya sahaja. Jalankan tanggungjawab mengundi dengan niat menjadikan negara dan agama kita lebih baik.

Aku update sesi outdoor majlis perkahwinan Ella & Hakim yang diadakan di Petaling Jaya. Sebelum kitorang keluar outdoor hujan turun dengan lebat. Hampir maghrib tu baru hujan berhenti sepenuhnya. Adalah dalam 15 minit je untuk shoot gambar ni. Ini shoot kat tepi Highway KESAS je. Berhentikan kereta kat tepi highway sampai peronda lebihraya berhenti nak tengok kenapa berhentikan kereta kat situ:)

 

 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah. Ni menantu pertama jadi memang meriah sangat. Makanan sedap2:) Aku doakan semoga kedua mempelai yang diraikan ini berkekalan bahagia sampai ke syurga, ameen. Insyaallah aku cuba update lagi entry yang tertinggal. Kerja-kerja di kantor masih lagi banyak dan bizi seperti biasa. Doakan aku sihat2 je hendaknya ye sahabat2:) Wallahua’lam.

Wassalam.

Ain & Afi, Parit Jawa, Muar

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam aku tengok rancangan di TV tentang masalah anak-anak yang lemah dalam pelajaran dan bagaimana mengatasinya. Ada ibu bapa yang sedih anak mereka lemah sebegitu. Subhanallah. Sebenarnya Allah maha adil dan perancangan Allah kadangkala tak sama dengan apa yang manusia rancang. Jujurnya pada pendapat aku, pelajar yang lemah dalam pelajaran dan ‘bermasalah’ pada usia remaja kebanyakkannya merekalah yang menjaga ibu bapa bila mereka dah tua kelak.

Banyak sangat contoh ini berlaku di sekeliling kita. Ibu bapa yang mempunyai ramai anak. Hampir semuanya belajar di universiti dan mendapat kerja yang bagus kecuali seorang. Satu hari nanti mereka semua akan meninggalkan ibu bapa di kampung cari rezeki di luar. Hanya sorang inilah yang menjaga sakit demam ibu bapanya. Menjaga rumah dan boleh diharap bila berlaku apa-apa kecemasan. Anak-anak lain yang berjaya semua bagi alasan kerja dan sukar mendapat cuti. Melawat ibu bapa jarang sekali. Nah, sekarang anak mana yang paling dapat banyak pahala & paling berbakti kepada ibu bapanya? Ibu bapa yang telefon tu mesti tak lihat dari sudut ini.

Aku update majlis bertandang pasangan Ain & Afi yang diadakan di Parit Jawe, Muar. Pertama kali aku sampai sini sebenarnya. Nak juga aku cari lokasi penggambaran cerita ‘Parit Jawa’ tu tapi tak berkesempatan,hehe. Majlis ini sebenarnya berlangsung serentak dengan majlis perkahwinan adik Afi. Jadi ada dua pasangan pengantin dalam majlis ni:)




Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Biasanya kalau kali pertama buat majlis kahwin memang ramai sangat tetamu yang datang. Walaupun gerimis petang tu tapi dapat juga adakan sesi outdoor sebentar. Lokasinya memang cantik tapi tempat ni memang ramai orang lalu lalang. Jadi banyak main tight shoot je:) Tahniah sekali lagi atas ikatan yang terjalan. Pakat hidup baik-baik:) Semoga berkekalan bahagia dalam rahmat dan mawaddah sampai ke syurga,ameen. Jumpa next entry.

Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Aina & Baihaqi, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim



Pagi tadi aku berhenti di satu traffic light menuju ke ofis. Mata aku tertumpu pada sepasang suami isteri yang membonceng motorsikal. Dari baju yang dipakainya, boleh tahu suaminya seorang security guard & isterinya seorang cleaner. Di bakul hadapan motornya ada 2 set bekal berisi nasi & lauk. Nampak sbb bekas plastiknya lutsinar. Dari gelak tawa & gurauan mereka boleh rasa kebahagiaan yang mereka sedang lalui.

Sebelah aku pula sepasang suami isteri yang menaiki kereta yang agak mewah. Tapi masing-masing khusyuk dengan handphone di tangan. Lihatlah bagaimana Allah bahagi-bahagikan nikmatnya kepada manusia. Ada nikmat yang Allah beri dengan kekayaan jiwa dan kelapangan hati tetapi kurang dunia materialnya. Ada yang Allah bagi kekayaan harta tetapi kosong jiwa & resah fikirannya.

Aku update majlis sanding pasangan Ainaa & Baihaqi dulu. Ainaa juga adakan section ‘candy bar‘ yang sangat menarik dan boleh berfungsi sebagai deco tambahan kepada majlis perkahwinan mereka ni. Banyak juga pakej yang termasuk decorasi ruangan ‘guest book‘ untuk tetamu yang datang. Layan dulu.




Kitorang buat sesi outdoor kat sebelah Dewan Kompleks Warga Emas, Seksyen 24 iaitu lokasi majlis mereka ni. Alhamdulillah majlis berkalan lancar dengan kehadiran tetamu yang ramai. Maybe sebab ni majlis perkahwinan terakhir keluarga Ainaa sebab yang lain semua dah berumahtangga:) Tahniah sekali lagi untuk korang berdua ye. Semoga Allah rahmati perjalanan hidup korang berdua sampai ke syurga,amin.

Majlis ni agak bersejarah bagi aku sebab ni kali pertama aku guna kamera baru sejak 2 tahun lepas. Sedang dalam proses sesuaikan diri lagi. Insyaallah aku akan improve lebih banyak dengan pelaburan terbaru ni. Sila beri tunjuk ajar dan betulkan kalau ada salah silap aku. Wallahua’lam.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Nadia & Izad, Sungai Penchala

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat terbesar kita iaitu agama Islam dan masih diberi kesempatan hidup hingga hari ini. Insan ada ketikanya dia berada hampir dengan pencipta dan ada masanya jauh hingga lalai dan lupa kepada penciptaNya. Namun, rahmat Allah tak pernah berkurangan ketika kita sibuk melakukan dosa dan lupa pencipta.

Bila insan hatinya kosong dan ingin kembali kepadaNya mereka tidak perlu mengaku kepada umum kesalahan masa lampau, tidak perlu berbuat ritual pelik menyiksa diri dan tidak perlu cerita kepada orang ustaz, ustazah atau orang alim untuk hapuskan dosanya. Mereka hanya perlu masa bersendirian memohon taubat dengan sungguh-sungguh kepada Allah. Allah akan mengampunkannya. Luasnya rahmat Allah.

Hari ni aku update majlis perkahwinan Nadia & Izad yang diadakan di Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Pertama kali shoot kat area sini. Majlis Nadia ni berlangsung sehari sahaja iaitu majlis bernikah dan resepsi dalam hari yang sama. Semua deco majlis ni dibuat oleh Nadia dan sahabat2nya. Kagum dengan banyak detail yang cantik-cantik dalam majlis ni. Warna-warna pastel memang trend sekarang.


Dalam beberapa wedding yang aku pergi sekarang ada section ‘candy bar‘ untuk kanak-kanak. Memang ia jadi perhatian. Tapi aku rasa yang banyak makan ni semuanya orang besar je:) Sekarang bagi yang tidak mempunyai masa untuk buat section candy bar ni boleh hire banyak vendor sediakan perkhidmatan ini.

Sebenarnya first time juga dapat pengantin pakai baju warna hijau ni sejak 4 tahun amik gambar ni. Tapi memang cantik sangat baju Nadia dan ‘masuk’ ngan Izad punya kod tu. Nampak berbeza. Sesi outdoor ni kitorang buat kat taman berhampiran je. Aku sebenarnya lupa taman apa sebab memang tak biasa kat area sini:) Nasib baik masa kitorang datang tu belum ramai sangat orang jogging dan lalu lalang.


Untuk akhirnya, aku ucapkan tahniah kepada kedua pasangan yang dirai. Selamat berbahagia hingga ke syurga,amin. Terima kasih kepada Nadia dan keluarga atas layanan yang baik sepanjang bekerjasama. Terima kasih juga kepada sahabat aku Afrizal Aminin yang sudi membantu aku pada hari tersebut. Insyaallah jumpa dalam next entry pula ye. Wallahua’lam.




Nota kaki : Musim pilihanraya dah nak hampir. Kena lebih banyak tapis berita yang diterima. Mudah-mudahan kita dapat jaga diri dari termasuk dalam golongan orang yang membantu sebarkan fitnah. Perjuangan parti tidak halalkan benda yang haram di sisi Islam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Liyana & Din, Temerloh

Bismillahirrahmanirrahim


Dalam mana-mana praktis organisasi, biasanya setiap awal tahun akan ada pertukaran dan perpindahan pekerja dalaman. Bila seseorang tu dah lama dengan kita, kadangkala ada rasa kehilangan bila kelibat mereka tiada lagi bersama setiap hari. Itu lumrah. Tapi amanah kerja tetap kena selesaikan dengan baik.

Dengan pertukaran dan perpindahan pasti ada proses penyesuaian. Aku harap sahabat-sahabat kat organisasi aku yang bertukar jabatan dapat terus menyumbang ke arah perkasakan organisasi insyaallah. Prof Muhaya selalu cakap kita kena selalu fikir apa lagi khidmat kita nak beri kat orang dan jangan asyik meminta sahaja.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Liyana & Din yang di adakan di Temerloh, Pahang. Rasanya ni pengantin ke-5 aku shoot kat area sini:) Majlis pernikahan di adakan di rumah Liyana dan sanding di Dewan Mentakab. Lepas tu kitorang outdoor kat Stesen Keretapi Mentakab yang popular kat sini sebagai lokasi outdoor:)

Sebenarnya kitorang ada masa yang sangat singkat masa outdoor tersebut sebab hujan lebat semasa sampai ke sini. Pastu kena tunggu hujan reda. Lagipun nak kejar waktu solat lagi. Tapi ada satu perkara yang best sebab masa shoot tu kena sound ngan petugas keretapi tu guna pembesar suara stesen,hehe.

Untuk akhirnya aku doakan semoga kedua pasangan ini dilimpahi rahmat dari Allah sepanjang ikatan perkahwinan mereka. Terima kasih kepada Liyana atas layanan yang baik sepanjang 2 hari kat sana. Terima kasih juga atas kerjasama yang sangat baik ahli keluarga semua:) Jumpa lagi next entry. Wallahua’lam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Izyan & Hikshan, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah beberapa hari lepas aku bepeluang hadir ke ‘Malam Cinta Rasul’ bersama Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf . Tetamu yang hadir ke stadium sangat ramai bersama melaungkan selawat dan qasidah. Satu perkembangan positif, pemimpin kedua negara juga bersama dalam tu mendengar tanpa ucapan apa2. Dengan berpakaian serba putih semangat hadirin yang hadir dapat meresap dalam jiwa, insyaallah.

Namun bak kata guru aku, kalaupun kita cinta kepada Rasulullah jangan sampai mengada-adakan cerita atau mereka-reka hadis palsu yang menggambarkan Rasulullah secara berlebihan. Ada juga aku dapati mereka membaca hadis-hadis yang diragui kesasihannya yang disandarkan kepada Rasulullah. Mudah-mudahan diperbaiki. Apa yang penting ajaran Islam yang Rasulullah bawa kita lakukan dengan sepenuh hati.

Kali ni aku update majlis persandingan Izyan & Hikshan yang diadakan di Dewan Presint 8, Putrajaya. Beliau mengadakan majlis ni bersama-sama majlis adik perempuannya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tetamu ramai tidak putus2, kawan2 ramai datang dan memeriahkan suasana majlis. Layan sedikit sekitar majlis ni.


Sesi outdoor kitorang buat kat tepi jalan Hotel Shangri-La atas bukit tu. Sahabat-sahabat Izyan dan Hikshan pun join masa sesi outdoor ni. Memang memeriahkan suasana diaorang ni. Terima kasih semua yang berikan kerjasama semasa shoot ye:)

Untuk akhirnya, terima kasih banyak kepada Izyan sekeluarga yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari bekerjasama. Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang bertugas:) Tahniah sekali lagi buat korang berdua. Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan rumah tangga korang,amin. Terima kasih juga kepada sahabat2 aku membantu dalam majlis ni terutamanya Ejal yang membawa sahabatnya yang lain turut sama shoot. Insyaallah jumpa lagi di lain kesempatan.




Nota kaki : Jom banyakkan selawat hari jumaat ni. Mudah-mudahan mudah kita dapat syafaat baginda Rasulullah s.a.w diakhirat kelak

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe