Anis & Hayat, Alor Gajah Melaka

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah kita semua diberikan nikmat panjang umur untuk masuk ke tahun baru 2013. Selamat tahun baru aku ucapkan kepada semua pengunjung blog ni:) Semoga Allah rahmati kalian semua. Banyak sangat nikmat Allah yang kita telah kecapi sepanjang tahun lepas dan belum sempat kita nak bersyukur kesemuanya, Allah berikan lagi. Manusia ni bila hilang sesuatu baru dia rasa besarnya nikmat Allah yang diberikan sebelum ni.

Ada manusia yang Allah berikan ujian dan kesusahan. Dia rasa Allah pinggirkan dia. Tetapi tahun silih berganti, baru dia sedar dengan ujian Allah tersebutlah dia jadi insan yang lebih baik. Mungkin dia telah berjaya jadi seorang yang lebih dekat dengan Allah, hatinya lebih tenang, fikirannya lapang, kesihatannya baik, rezekinya bertambah dan pengalaman lepasnya membantu dia hadapi masa depan dengan lebih baik.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Anis & Hayat yang diadakan di Alor Gajah, Melaka. Dah lama sebenarnya tak shoot kat Melaka. Aku berkampung selama 3 hari kat sana hingga selesai majlis bertandang. Memang meriah majlis kat Felda Hutan Percha ni walaupun kali pertama aku sampai ke sana. Layan sedikit gambar majlis nikah dan bersanding kedua pasangan pengantin yang cantik dan sepadan ni.

Lokasi outdoor aku jumpa tepi jalan je masa kitorang cari lokasi untuk shoot. Ada macam2 binatang peliharaan tengok kitorang amik gambar,hehe. Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar dan meriah. Ayah Anis seorang yang dihormati di felda tersebut. Jadi memang ramai sangat tetamu yang datang ke majlis mereka. Tahniah aku ucapkan kepada kedua pasangan Anis & Hayat.

Terima kasih juga sebab sediakan kediaman yang sangat selesa sepanjang berada di Alor Gajah, Melaka. Rasa macam pergi bercuti je:) Semoga ikatan rumahtangga yang terjalan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin.



Nota kaki: Musim sibuk dah hampir berlalu pergi di ofis. Mudah-mudahan semuanya bertambah baik selepas ini. Alhamdulillah.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Ain & Faizal, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim


Akhirnya aku berjaya update full entry hari ini. Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Ain & Faizal yang diadakan di Restoran Zam Zam, Seksyen 9, Shah Alam. Ain ni sebenarnya officemate aku. 5 tahun lepas masa mula-mula masuk kerja kat sini, dia masuk sekali dengan aku dalam jabatan lain. Jadi kitorang memang agak rapatlah.

Satu perkara yang paling aku suka ialah majlis nikah dan sanding beliau berjalan serentak pada malam yang sama. Jimat masa, wang dan tenaga. Mula-mula majlis pernikahan berlangsung, pastu terus sanding & makan beradap. Selesai semuanya. Sepatutnya lebih ramai orang buat begini sahaja bagi mengurangkan kos perkahwinan yang semakin mahal. Tanpa sedar sebenarnya kos perkahwinanlah yang melambatkan proses berumahtangga pasangan sekarang walhal ianya bukan perkara wajib dalam agama.

Oleh kerana dah lama tak update full entry, aku update banyak sikit harini.


Keluarga Faizal ni datang dari Miri, Sarawak. Faizal ni seorang pegawai polis. Jadi memang ramailah sahabat2 polis datang memeriahkan majlis malam tersebut. Makanan pada malam tersebut memang makanan arab. Berbeza dari majlis lain yang menghidangkan nasi minyak dan masakan melayu:) Aku rasa lokasi majlis ni memang bagus dan sapa2 yang ingin melangsungkan perkahwinan di Shah Alam boleh consider tempat ni sebagai lokasi majlis kahwin selain dewan2 lain.

Malam tersebut aku dibantu sahabat baik aku Zakuan Hasan yang juga officemate aku:) Untuk akhirnya aku doakan semoga ikatan kedua pasangan ini berkekalan selamanya,amin. Pakat hidup baik-baik Ain. Jangan garang2,haha. Jumpa lagi entry akan datang. Wallahua’lam





Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Nikmat ini harapan kita

Bismillahirrahmanirrahim


Lamanya tak update blog ni. Aku masih belum berkesempatan nak buat full entry majlis sebelum ni. Sistem kat ofis dah masuk stage kritikal. Kekadang kerja dari kul 8 pagi hingga kul 6 pagi keesokkan harinya. Balik tengah malam memang biasa. Pukul 2-3 pagi dapat call vendorpun ada. Weekend takde rehat sebab shoot wedding. Memang letih sangat-sangat. Mudah-mudahan selepas siap sistem baru ni proses pembayaran & agihan zakat di Selangor makin lancar, teratur dan lebih ramai asnaf dapat dibantu,amin.

Aku nak panjangkan tazkirah yg aku dengar dari buya Hamka yang meninggal tahun 1981 di Jakarta. Ada mp3 dia yang berikan kuliah pada tahun 1970an. Kata beliau “Apa yang kita ada sekarang adalah harapan kita“. Ramai yang lupa nikmat yang telah kita miliki dan berharap nikmat lain yang lebih besar. Sedangkan apa yg kita miliki inilah sebenarnya yang kita mahu dalam hidup.

Bayangkan kalau kita hilang satu kaki akibat kemalangan. Seluruh hidup kita berubah. Baru kita berharap agar kaki kita dikembalikan Allah semula. Begitu juga kalau tiba-tiba jari kita terputus, telinga kita pekak, mata kita buta dsb. Semua nikmat tu kita ada sekarang tapi kita jarang kita syukuri. Jarang kita sedar. Sebenarnya nikmat inilah yang kita paling harapkan bila Allah tarik semula pemberian tersebut.

Belle & Zairy, Desa Tun Razak, Cheras


Izyan & Hikshan, Bukit Changgang, Banting



Betullah kata Hamka tersebut “Apa yang kita miliki sekarang adalah harapan kita“. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami semua. Jadikan kami tergolong dalam hambaMu yang bersyukur.

Insyaallah bila dah tenang sikit aku akan update semua entry ni satu persatu:) Aku doakan semoga semua sahabat-sahabat kat sini dilindungi Allah dan diberikan kesihatan yang baik sekeluarga. Ucaplah Alhamdulillah. Moga Allah tambah nikmat kita. Wallahua’lam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Farehah & Irfan, Dengkil

Bismillahirrahmanirrahim


Pagi tadi aku check jadual untuk aktiviti untuk minggu2 selepas ni. Terdetik dalam hati “Dah bulan September rupanya. Cepatnya masa berlalu!“.

Tiba-tiba teringat tazkirah dari Ustaz Pahrol beberapa hari lepas tentang mengingati kematian.

Ramai antara kita bagitau dan bercita-cita mahu masuk ke syurga. Tapi dalam masa sama ramai juga yang tak mahu mati. Cuba bagitahu saya bagaimana nak masuk syurga kalau kita tak mati?

Memang rasa terpukul dengan kata-kata beliau. Sebenarnya bagi aku orang yang takut mati ni adalah orang yang tak yakin amalannya cukup untuk selamatkan mereka di akhirat. Jujurnya ini termasuklah aku. Mudah-mudahan kita dengan sedikit ingatan pagi ni dapat luruskan semula hala tuju hidup kita. Sekurang-kurang kita tahu kita akan dibungkus kain kafan, dimasukkan dalam kubur dan ditinggalkan keseorang bawah tanah. Ia pasti cuma masanya belum tahu.

Kani ni aku nak update full entry majlis persandingan Farehah & Irfan ni. Jumaat lepas aku hanya sempat update sesi outdoor mereka ni.


Semua gambar outdoor ni diambil di Paya Indah, Dengkil. Rasa bangga plak kampung aku ada tempat cantik camni,hehe. Untuk pasangan Farehah & Irfan, tahniah diucapkan:) Semoga ikatan yang terjalin ni berkekalan bahagia hingga ke syurga nanti. Pakat hidup baik-baik. Mohon maaf kalau ada salah silap sepanjang shoot bersama. Jumpa lagi dalam entry akan datang.


Nota kaki : Untuk makluman sekali lagi slot wedding aku sehingga Mac 2013 telah penuh. Aku sekarang ambil tempahan untuk bulan-bulan selepas itu. Terima kasih atas sokongan semua. Barakallah.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Dr Iskandar Mirza & Dr Norain, Dewan Perdana Felda

Bismillahirrahmanirrahim


Fuh, lamanya aku bercuti raya:) Sampai tak update blog dah lama. Mudah-mudahan pahala amalan kita di bulan Ramadan diterima Allah dan ibadah serta kebaikan yang dilakukan dapat istiqamah sampai bila-bila, amin. Alhamdulillah masa Ramadan lepas aku dapat kurangkan berat badan sampai 7kg sebab selalu jogging sebelum berbuka puasa. Tapi macam biasa, baru seminggu raya rasa macam dah kembali ‘normal’, hehe.

Alhamdulillah, jadual aku hingga akhir tahun ni dah penuh dengan tempahan majlis wedding. Terima kasih atas sokongan sahabat semua, barakallah. Jadi insyaallah aku akan kerap update majlis perkahwinan sahabat-sahabat kita ni. Aku mulakan dengan pasangan Dr Iskandar Mirza dan Dr Norain yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Sejak aku shoot wedding rasanya ni dah kali ke 5 aku ambil gambar kat tempat ni. Layan sikit majlis mereka ni.


Memandangkan Dr Iskandar dan Dr Norain ni bertugas jauh iaitu di pantai timur dan negeri Sabah sana, jadi masa majlis tersebut merupakan kali pertama kitorang berjumpa. Tapi tiada masalah untuk bekerjasama dengan baik sebab diaorang ni memang sangat sporting dan berikan kerjasama yang baik.

Tahniah kepada kedua pasangan ini. Mudah-mudahan urusan untuk dapat bertugas bersama dipermudahkan:) Aku doakan semoga pasangan ini diberikan mawaddah dan rahmah dari Allah dan hubungan yang terjalin berkekalan bahagia hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,amin. Terima kasih kepada 2 orang sahabat aku iaitu Zakuan Hassan dan Afrizal Aminin yang membantu aku sepanjang majlis ini berlangsung. Insyaallah kita jumpa dalam entry akan datang. Wallahua’lam.


Nota kaki : Jangan lupa berpuasa 6 pada bulan Syawal. Bila lagi nak rasa kelebihan berpuasa sepanjang tahun :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Kiki & Rahim, Beranang

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah dapat juga update entry baru kat blog ni. Kerja-kerja di kantor semakin sibuk dengan kehadiran bulan puncak Ramadan ni. Setiap malam pula kena menyiapkan album-album client. Jadi kurang masa untuk update blog ni. Ketika entry ni ditulis ada 15 hari sahaja lagi sebelum Ramadan menjelang:) Aku tak sabar sangat tunggu Ramadan kali ni.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan antara Kiki & Rahim yang diadakan di Beranang. Dah sampai sempadan Negeri Sembilan:) Aku cover 2 hari dari majlis pernikahan hingga majlis perkahwinan mereka. Ni kali ke 2 aku shoot area belah-belah Semenyih. Sebenarnya Kiki ni adalah akak kepada bekas client aku tahun lepas. Dia memang dah book sejak dari tahun lepas. Terima kasih Kiki :)

Majlis pernikahan beliau diadakan di rumah Kiki. Dah lama tak shoot rumah kampung camni.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz, kedua pasangan ini sah menjadi suami isteri. Sebenarnya adik beradik diaorang berdua ramai dan mereka merupakan anak yang last-last. Jadi abang dan kakak mereka tu dah ramai anak dan ada yang hampir bersara pun :) Tapi alhamdulillah kedua dua mak bapa mereka masih sihat lagi. Seronok tengok diaorang ramai2.

Majlis perkahwinan mereka pada keesokkan harinya diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Beranang tidak jauh dari rumah Kiki. Dewan ni luas dan selesa untuk sebarang majlis seperti ini. Mesti dewan ni sentiasa penuh dengan majlis kahwin sebab aku tak jumpa dewan yang lebih baik dari ni kat area Semenyih/Beranang.


Sesi outdoor sebenarnya buat aku agak pening sebab aku tak biasa area Beranang ni. Ada ladang getah tapi aku tengok tak sesuai sebab agak semak. Tiba2 aku nampak tempat lapang orang bela rumput untuk dijual:) Akupun tak tahu apa nama tempat tu tapi kitorang gamble je masuk je tempat tu walaupun berpagar. Kalau kena halau, keluar jelah :) Layan sikit sesi outdoor tersebut.



Untuk akhirnya aku ucapakan terima kasih kepada Kiki sekeluarga kerana melayan aku dengan baik sepanjang 2 hari bekerjasama. Keluarga korang memang best dan meriah sangat :) Tahniah untuk pasangan yang diraikan. Semoga ikatan ini dirahmati dan berkekalan hingga ke akhir hayat,amin. Jumpa lagi next entry ye.



Nota kaki : Kiki book aku genap setahun lepas :) Sekadar makluman kepada semua memandangkan aku semakin sibuk dan dalam proses mengurangkan jumlah client wedding, bermula tahun 2012 ni aku hanya menerima tempahan dari pasangan yang bertudung insyaallah. Aku juga tiada menyediakan pakej pre-wedding sejak 3 tahun lepas. Terima kasih atas sokongan semua :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Zuera & Wandi, Pelabuhan Klang

Bismillahirrahmanirrahim


Musim EURO 2012 ni memang betul-betul mengganggu kitaran hidup aku sekarang. Sebagai seorang kaki bola memang menyokong team bola pagi-pagi buta adalah satu perkara normal walau tahu ia tak datangkan faedah apa-apa:) Tahun ni aku sokong team komunis Rusia dan team nazi German sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai edisi kali ni. Mereka bangsa yang menarik.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Zuera & Wandi yang berlangsung di Telok Gong, Pelabuhan Klang. Aku cover majlis pernikahan dan persandingan pasangan ni selama 2 hari. Zuera atau Wa ni memang seorang yang happy go lucky dan ceria sepanjang hari. Kekadang siap ditegur mak, kakak ngan sedara dia supaya sopan sikit time nikah dan sanding,haha. Layan majlis mereka ni:


Alhamdulillah dengan sekali lafaz kedua-dua pasangan ni menjadi pasangan yang sah. Untuk makluman diaorang ni dah lama kenal sejak zaman belajar. Jadi takdelah malu-malu sangat sebab kedua belah keluarga pun dah kenal mereka ni:)

Sebenarnya ada sesi tukar baju selepas majlis nikah ni tapi aku tak dapat update sebab kesuntukan masa. Majlis persandingan dijalankan pada keesokkan harinya. Ia dijalankan secara rewang oleh saudara mara dan orang kampung. Untuk makluman diaorang ni tak buat pelamin di luar rumah. Pelamin hanya ada dalam bilik pengantin untuk tujuan ambil gambar sahaja :)


Ramai betul tetamu yang datang majlis dia ni. Sampai aku boleh jumpa saudara aku yang kerja kat Pelabuhan Klang. Katanya satu tempat kerja dengan tuan rumah ni:) Sebenarnya masa aku shoot majlis ni aku dalam keadaan demam, selsema dan batuk. Sehari sebelum majlis ni aku tak boleh bangun sebab pening sangat kepala.

Tapi memandangkan tanggungjawab, maka aku gagahkan diri sempurnakan tugas ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun aku shoot berseorangan. Sesi outdoor kitorang buat 2 tempat. Satu kat tepi jalan Port Klang tu dan satu lagi naik bot nelayan kat Kampung Nelayan. Wa ni kerja uruskan pembahagian diesel bot kepada nelayan. Jadi hampir semua nelayan kat sini memang kenal dia:) Merasalah aku naik bot nelayan free,hehe.


Untuk akhirnya aku ucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan ini. Semoga ikatan yang terjalan dirahmati Allah dan bahagia hingga akhir hayat nanti,amin. Terima kasih atas kerjasama yang sangat baik sepanjang 2 hari bekerjasama. Mohon maaf atas salah dan silap sekiranya ada ye. Tunggu entry seterusnya minggu depan:)


Nota kaki : Ada 2-3 orang yang email aku suruh sambung cerita perang Siffin pula. Insyaallah aku akan sambung tu bulan Ramadan nanti. Sebab takde wedding time tu :P



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Syida & Faiz, Banting

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah dapat juga aku update blog ni. Satu perkara yang aku kurang gemar bila tiba musim pilihanraya ni kadangkala dah mula nampak sahabat2 yang berpecah. Masing-masing berpegang keras dengan pendapatnya. Ruang bertolak ansur tu sangat sedikit. Alangkah bagusnya kalau keutaamaan diletak untuk jaga ukhuwah/akhlak sertak kekalkan perpaduan umat Islam. Ulama’ muktabar yang membuat ijtihaj berbeza dlm soal ibadah masih menghormati ulama’ lain berbeza. Kita yang berbicara soal ranting kecil boleh sampai putuskan ukhuwah. Nauzubillah.

Kali ni aku update majlis pernikahan dan perkahwinan Syida & Faiz yang diadakan di Telok Dato’ Banting. Rasa seronok je dapat shoot kat kampung halaman sendiri :) Pernah bayangkan tak bapa mertua korang tu kerja sebagai tok kadi? Itu yang berlaku kat Syida ni,hehe. Bapa dia memang mempunyai tauliah menikahkan orang. Jadi bila time anak sendiri diapun jadi jurunikahnya :)

Bagi aku nasihat kepada menantu ni lebih baik bapa perempuan yang bagi kalau mereka ada ilmu. Bukan apa, lebih terkesan dalam hati. Lebih2 lagi sebelum beliau serahkan tanggungjawab anaknya kepada suami.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz Syida manjadi milik Faiz yang halal dan sah. Sebagai seorang photographer aku bertuah menjadi salah seorang saksi dari pasangan pengantin yang aku shoot hampir setiap minggu. Kadangkala akupun boleh sebak sama selepas majlis nikah tu,hehe.

Ramai gak aku jumpa orang-orang kampung aku yang datang majlis ni. Ramai sangat tetamu yang datang majlis ni. Mungkin sebab bapa Syida ni memang dikenali oleh orang di kawasan sekeliling Banting ni.


Sesi outdoor macam biasa kalau kat area Banting ramai yang buat kat area Kelanang. Aku pun follow je. Lagipun dah lama aku tak pergi kat Pantai Kelanang ni. Mana taknya, rumah aku sekarang jauh lebih 80km nak sampai sini. Tempat ni memang jadi tumpuan pasangan pengantin shoot outdoor. Paling banyak aku pernah tengok sampai 7-8 pasangan pengantin. Jenuh nak keluarkan orang lain dari frame kita,hehe.


Gambar last ni kitorang bergambar bersama pengantin dan team videographer. Guna tripod tak reti nak lompat bila,haha.


Untuk akhirnya, aku berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga Syida atas kerjasama yang baik sepanjang bekerjasama. Tahniah kepada pasangan pengantin ni. Aku doakan semoga ikatan ni berterusan sampailah ke syurga nanti,amin. Pada majlis ni juga aku ditemani team La Televisio yang diketuai oleh sahabat aku Azli. Ni kali kedua aku bekerjasama dengan beliau.

Kalau sapa2 perlukan khidmat video bolehlah hubungi beliau. Tapi nak bagitau jadual dia tahun ni dah penuh rasanya,hehe. Hot dia ni macam goreng pisang panas. Insyaallah ada masa boleh bekerjasama lagi ye Azli :) Jumpa next entry. Wassalam.



Nota kaki : Ada masa aku nak tulis tentang perselisihan di kalangan sahabat selepas kewafatan Rasulullah. Tentang Perang Jamal (Ali vs Aisyah) dan Perang Siffin (Muawiyah vs Ali). Tunggu ye.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe