Wedding Nailah & Haniff, Rawang

Bismillahirrahmanirrahim


Baru-baru ni aku terjumpa seorang guru sekolah menengah aku semasa shoot wedding. Beliau kelihatan dah berusia dengan garis-garis penuaan dah jelas ketara di wajahnya. Tidak sekuat dan segagah dulu. Kegarangannya dah hilang. Aku menegur beliau dan ucap terima kasih walaupun beliau tidak mengenali aku. Aku ingat dia sebab masa tingkatan 3 dulu aku pernah kena lempang dengan dia di bilik guru:) Ya, dihadapan semua guru-guru. Tapi sedikitpun aku tak simpan dendam dengannya. Malah aku hargai usaha beliau bentuk orang-orang macam aku. Selamat hari guru kepada semua guru-guru aku. Semoga Allah rahmati kalian.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Nailah & Haniff yang diadakan di Rawang. Majlis tersebut berlangsung sehari je. Satu yang aku agak teruja dalam majlis ni dapat jumpa Jalaluddin Hassan yang juga merupakan pakcik kepada Nailah. Sepanjang aku shoot majlis tu aku rasa macam dia tengah berlakon dalam drama je,haha. Dah ada Jalaluddin Hassan mestilah ada Ust Hassan (Tan Sri sekarang) yang mengajar kita kat TV rancangan Muqaddam tahun 80an dulu. Layan sikit majlis pernikahan dan persandingan beliau ni.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Nailah sah menjadi tanggungjawab dan suri kepada Haniff. Sebenarnya walaupun ucapan nikah tu hanya satu baris tapi dari sudut Islam ia adalah sangat besar dan penting bagi menghalalkan apa yang diharamkan sebelum ini. Dosa dan pahala seorang isteri yang sebelum ni terletak di bahu ibu bapanya berpindah ke bahu sang suami.

Majlis persandingan dilaksanakan sejurus selepas selesai majlis pernikahan. Walaupun aku berseorangan cover majlis ini tapi aku rasa macam tak tergesa-gesa dan dapat jalankan tugas dengan lancar dan baik sampailah akhir majlis, Alhamdulillah. Satu yang aku perasan keluarga dan saudara mara diaorang ni memang sporting dan ceria semuanya. Seronok bekerjasama dengan diaorang :)


Alhamdulillah majlis persandingan ni berjalan lancar walaupun hujan masa diaorang nak berarak tu. Elok je selepas berarak hujanpun reda. Sesi outdoor tu kitorang buat kat taman area rumah dia je. Adalah dalam 5 minit perjalanan :)


Untuk akhirnya aku ucapkan tahniah kepada kedua mempelai yang diraikan. Semoga Allah merahmati hubungan kalian dan pakat baik-baik untuk sama2 ke syurga, insyaallah. Untuk pengunjung blog ni, mohon maaf aku dah jarang tak update blog ni sebab kerja-kerja di kantor aku perlukan komitmen yang tinggi. Lebih-lebih lagi projek sistem baru dah sampai tahap kritikal sekarang. Terima kasih kepada yang singgah sini selalu. Tunggu next update ye :)



Nota kaki : Hari ni juga adalah hari arwah bapa mertua aku meninggal dunia akibat kemalangan 3 tahun lepas. Al-fatihah.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Hariyani & Zuhairi, Banting

Bismillahirrahmanirrahim


Selamat hari jumaat semua. Pagi jumaat camni tiba-tiba teringat dulu masa duduk asrama, hari yang paling best sebab makan tengahari nanti adalah makan yang paling sedap dalam seminggu. Bukanlah sedap mana, nasi ayam je pun:) Sedaplah juga dari makan ikan jaket je. Mula-mula warden bagi makan sebelum solat jumaat, tapi bila tengok budak-budak asrama semua ‘berzikir’ terhangguk2 hingga sembah lantai masa khatib baca khutbah, masa makan ditukar selepas solat jumaat:) Tapi pas imam bagi salam, budak2 asrama semua berlari ke dewan makan macam zombie,hehe.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Hariyani & Zuhairi yang diadakan di Sungai Lang,Banting. Hariyani ni sebenarnya sepupu belah mak aku. Memang rapatlah dari kecik dulu. Dulu masa kecik sama-sama main lari-lari kat rumah arwah embah aku. Kalau ikutkan aku nak tolong rewang je, tapi Nani dah suruh aku shoot majlis sanding beliau. Majlis pernikahan aku tak dapat shoot sebab ada tugasan lain pada minggu tersebut. Aku dalam kesibukan lagi sekarang. Dapat upload sikit je sekarang.


Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar. Selamat datang Zuhairi ke dalam keluarga kami semua. Nanti jangan lupa datang rumah aku ye,hehe. Aku doakan semoga rumah tangga yang terjalin akan kekal bahagia hingga akhir hayat. Pakat hidup baik-baik dan belajar hidup bertolak ansur dalam semua perkara dalam rumahtangga. Insyaallah kalau kita dekat ngan agama, ia yang akan jaga kehidupan kita keseluruhannya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Aku tak sabar tunggu semi final Barcelona vs Chelsea pagi Rabu nanti. Sepanjang game aritu jantung aku berdegup kencang. Wife aku geleng kepala je tengok sambil cakap “takde kerja!!”,haha



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Natasha & Jamil, Meru Klang

Bismillahirrahmanirrahim


Kadangkala dalam hidup ni kita terlalu laju mengikut haluan hidup hingga lupa untuk pause sejenak. Kita terlalu sibuk bergerak ke depan hingga lupa ada orang yang kita sayang ketinggalan di belakang berusaha mengejar kita. Kita lupa bersyukur dengan apa yang kita telah ada hingga fokus kita untuk mencapai matlamat menyebabkan kita hilang sedikit demi sedikit nikmat yang kita ada sekarang.

Minggu ni aku banyak kerja luar untuk membantu pegawai agihan zakat membanci fakir miskin. Kitorang bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain untuk membuat pengiraan had kifayah. Sepanjang hari tu aku sangat bersyukur berada dalam keadaan sekarang bila melihat kehidupan mereka. Susah-susah kita sebenarnya ramai lagi yang lebih sukar dan sempit hidupnya. Kesusahan yang menyesakkan dada. Sebelum kita hilang banyak nikmat, cubalah berhenti sejenak. Fikirkan betapa banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita sekarang. Ucaplah Alhamdulillah.

Kali ni aku sambung majlis persandingan pasangan Natasha & Jamil yang diadakan di Meru, Klang. Aku lupa nak tanya pasangan ni berapa umur mereka. Sebab ramai juga sahabat2 Natasha masa sekolah dulu yang datang ke majlis ini. Kalau baya-baya aku yang kawin semua dah buadak-budak ofis je,haha. Layan majlis dia sikit ye. Make-up by Azika Collection, Klang.



Alhamdulillah majlis ni berlangsung dengan sangat meriah. Walaupun aku shoot sorang-sorang tapi semuanya berjalan lancar. Masa sesi outdoor tu aku ditemani sahabat aku Zakuan Hassan yang kebetulan free pada petang tu. Memandangkan tempat yang aku nak shoot kat Meru tu tak dapat masuk, aku bawa diaorang ke Shah Alam je :)


Untuk akhirnya aku ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Natasha atas kerjasama yang diberikan sepanjang 2 hari majlis. Aku seronok bekerja ngan diaorang. Tahniah untuk Natasha dan Jamil. Semoga ikatan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga nanti. Mohon maaf sekiranya ada salah silap sepanjang bekerjasama ye. Jumpa lagi next entry :)


Nota kaki : Aku dah reply semua mail yang bertanya. Sekiranya masih ada yang belum reply mohon resend ye. Sebab aku takut ada yang masuk spam mail dan terdelete sebelum ni.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Mila & Azrul, Tanjong Karang

Bismillahirrahmanirrahim


Hari tu aku ada dengar radio BFM 89.9 dalam perjalanan balik ke rumah. Topik perbincangan ialah tentang bebanan kanak-kanak di negara kita untuk belajar seawal usia tadika. Tetamu tersebut tinggal di Jepun selama beberapa tahun dan beliau bagitau di Jepun, kanak-kanak di tadika tidak diajar tentang subjek akademik. Tetapi mereka didedahkan dengan nilai-nilai murni dan kenegaraan. Mereka hanya bermain dan diajar mengembangkan lagi otak dan cara mereka berfikir.

Tetapi di Malaysia, kanak-kanak seawal usia 4 tahun dah dipaksa belajar membaca serta mengira dengan intensif. Ia memberi tekanan kepada otak dan menyebabkan zaman kanak-kanak mereka tidak menarik dan tidak membantu mereka berfikir secara kreatif. Matlamat mereka adalah gred dan jika mereka gagal mereka sebenarnya mudah putus asa dalam hidup.

Kali ni aku nak update majlis persandingan pasangan Mila dan Azrul di Kampung Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang. Mila ni seorang guru kanak-kanak istimewa tau. Pekerjaan yang memerlukan kesabaran sangat tinggi. Aku kagum beliau gunakan bahasa isyarat dan berkomunikasi dengan murid beliau yang datang ke majlis ni. Layan majlis beliau sikit ye.


Majlis beliau berlangsung dengan meriah. Tapi yang paling best sebab ia dibuat secara rewang (bergotong royong) oleh penduduk kampung. Ramai sangat orang kampung datang, jauh lagi banyak dari orang yang rewang kat tempat aku di Banting. Fav aku kalau kenduri kahwin orang jawe ni ialah kuih yang dipanggil ‘lemper’. Aku tak ingat berapa banyak aku makan kat umah mila ni,hehe.

Sesi outdoor aku buat kat sekitar kampung je. Kat belah-belah sana memang takde masalah nak shoot outdoor sebab banyak lokasi menarik berbanding kat area KL ni. Cuma kalau hujan memang jenuhlah nak ngiup (berteduh) kat mana sebab banyak tempat2 lapang kat sini.


Aku nak ucapkan tahniah kepada Mila & Azrul atas ikatan sah yang terjalin ini. Moga Allah lindungi hidup korang sampai akhir hayat nanti,amin. Terima kasih kepada sahabat baik aku Ejal dan Atong yang follow dan tolong aku sepanjang 2 hari aku berada kat sana. Jasa baik korang semua takkan aku lupakan. Mohon maaf atas salah silap aku sepanjang berada kat sana :)


Nota kaki : Musim cuti sekolah dan kembali lagi! Selamat bergembira terutamanya cikgu-cikgu :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Shuhadah & Azhar, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim


Aku ada ditanya satu soalan menarik tentang kenapa photographer kita tidak dapat hasilkan gambar seperti photographer luar negara. Kalau ada masa akan ulas tentang perkara ini dalam satu entry khas nanti:) Lagipun dah lama aku tak tulis tips-tips photography yang selalu aku buat sebelum ni.

Tapi secara ringkas, wedding photographer kat Malaysia ni perlu menggunakan segala kreativiti yang mereka ada dalam tempoh 1-2 jam selepas majlis walau dalam cuaca dan keadaan sekalipun waima hujan lebat, mendung, panas dan dalam keadaan pengantin keletihan selepas majlis. Kebanyakkan gambar yang bagus dipengaruhi variable seperti lokasi, cahaya, subjek dan equipment yang bagus. Ada masa nanti aku ulas lagi.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Shuhadah dan Azhar yang diadakan di Dewan Warisan, Kompleks Warga Emas, Seksyen 24 Shah Alam. Sebenarnya Shuhadah ni budak ofis aku. Jadi tetamu yang hadir ke majlis pun ramai juga yang aku kenal:) Ni sedikit sebanyak gambar majlis mereka.


Sesi outdoor kitorang buat kat tepi dewan je sebab hujan lebat turun sampai petang. Tak dapat nak keluar ke mana-mana.Nasib baik ada juga lokasi menarik kat tepi-tepi dewan tu. Sebenarnya tak perlu lokasi yang terlalu cantik untuk buat sesi outdoor ni. Cukup kalau lokasi tu mempunyai background yang bersih dan tidak terlalu mengganggu gambar subjek utama.


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Tahniah sekali lagi kepada kedua mempelai yang diraikan. Semoga ikatan ini berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat, amin. Terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga Shuhadah yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari tersebut. Terima kasih kepada sahabat baik aku Ajey dan Zakuan Hassan yang membantu aku sepanjang majlis ini berlangsung :) Jumpa next entry.



Nota kaki : Mohon maaf kelewatan aku membalas email yang bertanya. Insyaallah aku akan reply semuanya pada hari ini ye :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Maria & Fitri, Keramat

Bismillahirrahmanirrahim


Hujung minggu lepas Kuch Kuch Hota Hai ada kat TV3. Sahabat aku kat TV3 bagitau rating penonton masa cerita tu disiarkan lebih dari 3 JUTA penonton. Kalau satu TV tengok berdua dah 6 juta orang Malaysia tengok. Iaitu lebih 20% penduduk Malaysia :) Aku percaya ramai yang dah tak tengok cerita hindustan lebih 10 tahun pun boleh tertengok gak,hehe.

Selain cerita tu sebenarnya aku teringat masa zaman universiti masa cerita ni popular dulu. Masa tu aku rasa semua orang mood hindustan je. Teringat budak rumah aku yang gila hindustan. Siang malam layan hindustan. Satu rumah dengar lagu-lagu tu sampai kalau jiran tak kenal, mungkin diaorang ingat kitorang ni asal dari India,haha.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan pasangan Maria & Fitri yang dijalankan di Dewan Sukan Dato’ Keramat, Kuala Lumpur. Tema majlis Maria adalah warna kuning dan pengantin mengenakan baju putih :) Maria ni memang ramah orangnya. Rasa macam dah kenal lama je walau baru kenal,hehe. Layan majlis dia sikit.


Diaorang bersanding agak lewat sikit. Ramai juga sahabat2 Maria yang dah pulang semasa diaorang bersanding tu. Masa sesi outdoor hujan dah turun. Aku dah risau tak dapat shoot,tapi alhamdulillah hujan tu sebentar je. Dapatlah kitorang shoot kat Taman Tasik Titiwangsa. Pertama kali juga aku amik gambar kat sini. Memandangkan hari dah agak gelap memang tak dapat shoot banyak.


Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar dan meriah. Aku ucapkan tahniah kepada kedua pasangan Maria & Fitri. Semoga ikatan perkahwinan tersebut menjadikan korang berdua lebih baik dunia dan akhirat,amin. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku Halil Hayon yang sama-sama membantu aku dalam majlis ni. Juga kepada Mohammad Azli dari photofr3ak selaku Videographer pada hari tersebut. Tempahan video beliau untuk tahun ni dah full. Memang terbaik!! Orait, jumpa next entry :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Mari doakan semoga keadaan di Syiria bertambah baik dan Allah tunjukkan kebenaran terhadap Islam. Ada masa aku cerita pasal ni.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Kapten Fahmi & Aimi, Semenyih

Bismillahirrahmanirrahim


Masa aku sekolah rendah dulu, selain mengaji Al-Quran kat rumah ustaz, kitorang juga ada belajar berzanji dari Wak Basir kat belakang kampung. Paling bosan sebab kena ingat lagu-lagu rawi yang mengiringi berzanji tu. Aku suka bila tang selawat je. Bila dah sekolah menengah baru tahu rawi yang kitorang lagukan tu merupakan kisah hidup Rasulullah dari kecil. Memang ada pertikaian tentang cerita-cerita tersebut sebab takde sanad yang kukuh. Tapi alangkah bestnya kalau masa belajar tu seperti mendengar cerita Rasulullah:)

Kali ni aku update majlis perkahwinan Kapten Fahmi dan pasangan beliau Aimi yang berlangsung di Semenyih minggu lepas. Aku cover dari majlis nikah, berinai, bersanding dan bertandang. Ini kali ke empat aku shoot pengantin lalu bawah barrel sword:) Fahmi ni seorang tentera udara tau. Memandangkan dia bertugas di Labuan sana, maka pasni Aimi memang akan duduk dan kerja kat sana juga:) Ni sekitar majlis perkahwinan kedua pengantin yang diraikan ini.


Majlis berlangsung dengan sangat meriah. Aimi seorang pendidik. Walaupun beliau dah bertukar ke Labuan tapi ramai anak-anak murid beliau dari Port Dickson datang beramai-ramai ke majlis beliau. Kalau jadi pensyarah aku memang tak dapat bezakan anak murid sebab semuanya dah bergaya dan besar. Tapi memandangkan Aimi mengajar sekolah menengah maka memang aku camlah budak2 yang datang,hehe.

Masa sesi outdoor tu hujan turun dengan lebat. Sampai abis outdoor tu hujan masih belum berhenti. Nasib jumpa pokok besar yang tak kena tempias hujan. Jadilah shoot kat situ:) Terima kasih kepada Cot aka Khairul Hafiz yang tunjukkan tempat ni dan pegangkan payung kat aku,hehe. Aku doakan semoga kedua pasangan ini dirahmati dan dilindungi Allah sepanjang masa. Bebaik duduk jauh dari keluarga kat Labuan sana,hehe. Tunggu aku update majlis bertandang pula ye,



Nota kaki : Aku ingat sword tu ringan je macam pedang mainan tu. Tapi rupanya berat. Kalau nak lawan macam cerita samurai tu boleh bunuh oranglah,hehe.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Awyn & Aus

Bismillahirrahmanirrahim


Lamanya aku tak update blog ni. Sempena tahun baru 2012 ni banyak juga pertukaran yang berlaku yang melibatkan tanggungjawab baru dalam organisasi aku kerja sekarang. Setiap tahun aku target nak belajar benda baru yang boleh improve skill dalam kerja aku. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah.

Dalam masa sama aku juga target nak belajar beberapa bidang agama yang aku masih kurang faham terutama bab hadis. Berusaha perbaiki amalan seharian dan tinggalkan benda yang tidak berfaedah. Kadangkala masalah dan konfrontasi yang berlaku dalam hidup kita hasil dari perkataan dan perbuatan kita sendiri. Kita melibatkan diri dalam perkara yang tidak beri manfaat yang sebenarnya menyusahkan diri kita sendiri.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Awyn & Aus yang dijalankan di Shah Alam baru-baru ni. Ni merupakan majlis terakhir aku pada tahun 2011 yang lepas. Diaorang sebenarnya dah langsungkan majlis pernikahan lebih awal. Jadi aku hanya cover majlis persandingan diaorang sahaja. Baju Awyn & pelamin diaorang sangat cantik :) Layan sedikit majlis tersebut.


Majlis tersebut berlangsung meriah dan tetamu yang datangpun ramai sangat. Sebenarnya awyn ni dah berbadan dua semasa majlis berlangsung. Jadi beliau masih lagi dalam proses awal yang kadangkala cepat penat dan mual. Tapi alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik sehinggalah selesai majlis dan sesi outdoor. Sesi outdoor tu kitorang buat kat tepi Masjid Shah Alam.



Tahniah kepada kedua2 pasangan Awyn & Aus yang dirai ini. Semoga ikatan perkahwinan ini diberkati Allah dapat jadi ibu bapa yang mithali tidak lama lagi,amin. Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Awyn atas layanan dan kerjasama yang baik sepanjang sehari bekerjasama. Mohon maaf kalau ada salah silap. Terima kasih juga kepada sahabat aku Leleq yang jadi pembantu aku sepanjang majlis ini. Aku memang agak bizi di ofis, jadi tak dapat update banyak. Jumpa lagi next entry.



Nota kaki : Aku tak pernah buat promosi ataupun iklan kat mana-mana setakat ni. Tapi pertanyaan tentang pakej wedding yang aku terima memang agak banyak. Pelikpun ada juga sebenarnya,haha. Tapi aku sangat hargai orang yang promote ataupun buat pertanyaan. Terima kasih semua.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe