Kebersihan jiwa

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam aku ada lihat satu status Facebook yang menyebabkan pergaduhan adik beradik dan saudara mara. Kemudian di tambah dengan komen kawan-kawan yang seperti mencurah minyak di api yang marak. Nauzubillah. Dalam hidup bermasyarakat ni adakalanya kita tak perlu luahkan segala yang terbuku di dalam hati kita. Orang yang bijak biasanya dapat kawal apa yang diperkatakan mahu pun ditulis terutama bila melibatkan emosi dan cerita kelemahan orang lain.

Teaser Faradilla & Hasif, Kebun Baru, Telok Panglima Garang

Ustaz selalu bagitau apa yang kita rasa betul belum tentu betul di sisi Allah. Untuk tahu kebersihan jiwa lihat berapa kali kita marah dan sakit hati. Jika banyak marah dan selalu mengenang kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita alangkah jauh nya kita dari Allah dan ketenangan jiwa. Imam Ghazali apabila melihat orang lain sentiasa merasakan orang itu lebih baik dari beliau. Susahnya nak capai tahap itu.

Dalam pertahankan pendapat ketika berhujah dan berbicara semasa musim pilihanraya ini, berhati-hatilah agar tidak menyakiti hati orang lain. Kalau kita pilih untuk bermusuh dan menyakiti pihak lawan, percayalah hati kita tidak akan tenang dan tenteram. Orang tidak pertikai apa yang kita perjuangkan TETAPI orang pertikai cara kita mencapainya.

Mudah-mudahan Allah pelihara kita semua dari fitnah dan keburukan dunia. Insyaallah kalau kita jaga ukhuwah dan akhlak dengan orang lain, Allah pelihara diri kita dari pandangan buruk dan negatif orang lain. Wallahua’lam.

 

Nota kaki : Sepanjang 2 minggu ni kitorang sedang dalam upgrade sistem baru kutipan dan agihan zakat di seluruh Selangor. Kena turun ke kaunter seluruh negeri untuk setup sistem & selesaikan bug. Update full masih belum sempat dijalankan buat masa ni. Tapi shoot wedding setiap minggu seperti biasa dan album berjalan lancar:) 

 

Wassalam.

Cerita tentang PRU13

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam musim PRU13 ni, kat sana sini bercerita tentang pilihanraya. Ia semacam satu perayaan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh penduduk negara kita. Paling menarik sebenarnya dapat mendengar pendapat ilmuan agama tentang politik. Sesuatu yang di luar bidang ilmu mereka. Jangan risau pendapat mereka bukanlah sesuatu yang muktamad. Kita boleh sahaja berbeza pendapat asalkan perkara dasar tentang keadilan & tidak lari dari asas hukum Islam.

Aku ada tulis serba ringkas pendapat aku pentang PRU13 dalam blog personal. Boleh baca di sini :

http://faisalhjrahim.blogspot.com/2013/03/politik-dari-kaca-mata-non-partisan.html

Teaser Faradilla & Hasif, Kajang

Kalaulah aku berkuasa, aku akan pastikan pilihanraya diadakan secepatnya. Rakyat dah tunggu terlalu lama dan telah tahu pilihan mereka. Sama ada penyokong parti-parti politik mahupun pengundi ‘atas pagar‘. Aku rasa tempoh masa yang lebih lama membuatkan lebih banyak dosa dilakukan, fitnah berleluasa, pergaduhan antara penyokong parti berlaku dan sakit hati dengan calon dan kempen yang dijalankan.

Semakin cepat semua ini selesai, semakin cepat keadaan kembali pulih dan kerajaan dipilih boleh terus bekerja menunaikan janji mereka. Kita boleh teruskan hidup dan kerja. Politik ni adalah urusan feqah. Ia bukan akiqah. Berbeza pendapat boleh sahaja berlaku. Setiap orang mempunyai tahap pendidikan dan maklumat berbeza.

Kita kena belajar hormati perbezaan pendapat antara kita. Elakkan pergaduhan dan perselisihan yang tidak perlu. Tetapi perlu diingat pemilihan kita mungkin dipersoalkan kelak kerana ia melibatkan dosa pahala. Pilihlah pemimpin yang boleh memberi khidmat terbaik kepada kita yang memberikan keuntungan kepada agama Islam dan negara kita secara amnya. Insyallah aku akan mengundi di Parlimen Sepang dan DUN Dengkil tahun ni. Selamat mengundi:)



Nota kaki : Sekarang ofis aku sedang dalam proses terakhir migrate sistem baru. Memang agak sibuk sekarang. Insyaallah aku akan update entry2 yang tertinggal sebelum ni. 

 

Wassalam.

Solemnized Zafran & Afifi, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam kuliah Tasawwuf lepas, ustaz bagitau kehidupan ni adalah sebuah perjalanan yang sementara. Kerana itu kita patut ubah pemikiran bahawa manusia ini diukur dengan pencapaian dan penghargaan dalam hidupnya. Jangan menilai mewahnya hidup, tingginya tahap pendidikan, bijaknya berkata-kata dan cantiknya paras rupa itu satu pencapaian. Tetapi semua perlu dilihat dari penilaian Allah.

Proses hidup di dunia adalah mencari bekalan untuk kehidupan abadi kelak. Setiap detik kehidupan adalah teladan, pengajaran dan ujian agar menguatkan keimanan kita. Dengan mengubah sudut pandang tentang dunia, ia merubah banyak perkara dalam hidup kita.

Kali ni aku nak update dulu majlis pernikahan pasangan Zafran & Afifi yang dijalankan di Taman Bukit Saga, Shah Alam. Walau dah lama kerja Shah Alam, bahagian belah sini memang tak pernah aku explore. Bila shoot di ruangan terhad seperti di rumah sebenarnya pengalaman memainkan peranan penting. Cubalah cover sebuah majlis yg kita tak boleh bergerak langsung dari mula hingga selesai:)


Alhamdulillah majlis pernikahan berjalan lancar walaupun bermula agak lewat. Aku ditemani satu lagi team photographer & videographer dalam majlis ni. Jadi memang kena bergilir-gilir nak shoot pengantin. Tapi kitorang bekerjasama dengan baik. Tahniah kepada kedua pasangan. Semoga Allah limpahkan rahmat sepanjang perkahwinan ini. Nanti aku update majlis sanding punya. Wallahua’lam.



Wassalam.

Kisah Abu Ubaidah Al Jarrah

Bismillahirrahmanirrahim

Abu Ubaidah Al-Jarrah merupakan sahabat nabi dan perawi hadis yang terkemuka. Beliau mempunyai keperibadian mulia, jujur, tawadu’ dan pemalu. Bagaimanapun, di sebalik sikap pemalu itu, tersemat semangat juang kental dan tinggi di jiwanya. Rasulullah pernah berkata “Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“. Beliau pernah mengeluarkan besi yang tertusuk di pipi Rasulullah dalam peperangan Uhud menggunakan mulutnya.

Selepas Rasulullah wafat, nama beliau antara yang disebut untuk menggantikan Rasulullah sebagai khalifah selain Abu Bakar dan Umar. Malah Abu Ubaidah juga merupakan pilihan pertama Saidina Umar untuk menggantikan beliau sebagai khalifah umat Islam jika beliau meninggal dunia. Tetapi hajat Umar tidak kesampaian kerana Abu Ubaidah meninggal akibat penyakit taun di Syam.

Teaser Adawina & Suhaimi, Cheras

Ketika penyakit taun menyerang Syam (Syiria), hampir 20,000 penduduk telah meninggal dunia akibat penyakit berjangkit tersebut. Abu Ubaidah ketika itu baru membebaskan Baitul Muqaddis daripada Rom bersama tenteranya berada di Syam. Banyak tenteranya mati akibat penyakit taun tersebut.

Saidina Umar berasa risau tentang keselamatan Abu Ubaidah telah mengutus surat kepadanya di Syam supaya pulang ke Madinah. Antara kandungan surat tu berbunyi “Jika engkau membaca surat ini, pulanglah ke Madinah kerana ada perkara yang ingin aku tanyakan“. Namun Abu Ubaidah dapat membaca niat Umar tersebut yang risau keselamatannya.

Lalu Abu Ubaidah membalas surat tersebut yang mengatakan beliau tidak akan meninggalkan tenteranya di Syam dan mengingatkan tentang hadis Rasulullah yang tidak membenarkan seseorang itu meninggalkan kawasan penyakit berjangkit jika telah berada di dalamnya. Saidina Umar mengangis ketika terima surat tersebut hingga ramai menyangka Abu Ubaidah telah meninggal dunia.

Tidak lama selepas itu, beliau juga dijangkiti penyakit taun dan meninggal dunia ketika berusia 58 tahun. Ada yang mengatakan beliau sendiri mohon kepada Allah agar terkena penyakit taun itu sebab ramai tenteranya telah mati. Sumbangannya kepada agama Islam sangat besar. Abu Ubaidah al-Jarrah dikenang membawa beberapa teladan yang sangat berkesan kepada seluruh umat Islam. Mudah-mudahan ramai tahu serba sedikit tentang sahabat besar nabi ini. Wallahua’lam.

Wassalam.

Syazreen & Wan, Serdang

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam seorang ulama’ besar Syeikh Said Ramadan Al-Buti meninggal dunia dalam serangan berani mati ketika memberikan kuliahnya di sebuah masjid di tengah kota Syiria ketika berusia 84 tahun. Beliau sangat terkenal dengan penulisan buku yang jadi rujukan agama di seluruh dunia seperti kitab Fiqh Sirah, Kitab Kubra al-Yaqiniyat dll. Malah kitab Fiqh Sirah tersebut pernah menjadi sillabus dalam universiti-universiti tempatan di Malaysia.

Walaupun mungkin ada beberapa pendapat beliau yang berbeza dengan kita kebelakangan ini tetapi ia sedikitpun tidak mengurangi kasih sayang kita kepada ulama’ agung ini. Kalau faham bahasa arab dan baca kitab-kitab beliau bahasanya sangat cantik dan indah. Pemikirannya kritis. Orangnya rendah diri. Semoga Allah SWT mengurniakan Almarhum Sheikh dengan sebaik2 ganjaran.

Kali ni aku nak update wedding pasangan Syazreen & Wan yang diadakan di Serdang. Memandangkan kesibukan di ofis dalam 1-2 minggu ni aku sempat update sesi outdoor diaorang je. Tempat ni kawasan baru kat dalam UPM. Terima kasih kat sahabat aku Cot yang tunjukkan kawasan ni.

Sebenarnya masa nak kuar outdoor tu hujan turun dengan lebat. Pastu kitorang tunggu teduh. Haripun dah agak lewat tak dapat shoot lelama sangat. Rasanya tak sampai 20 minit. Untuk akhirnya, semoga kedua pasangan pengantin ini sentiasa dalam rahmat dan mawaddah dan hubungan ini berkekalan bahagia sampailah ke syurga,ameen. Insyaallah jumpa dalam entry akan datang. Selamat hari jumaat yang berkat semua teman-teman.

Wassalam.

Cerita pre-pilihanraya umum ke-13

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, dapat aku coretkan sedikit kat blog ni. Kerja di kantor agak sibuk sekarang. Kita semua maklum, pilihanraya umum semakin hampir. Sana sini bercerita tentang politik dan pilihanraya. Teringat dulu entry politik dalam blog lama pernah cecah 700 komen untuk satu entry. Biasalah, ketika itu darah masih muda. Semangat masih tinggi. Asyik nak berdebat sahaja tegakkan apa yang diyakini. Emosi orang muda.

Tapi sekarang dah lebih tenang. Fikiran lebih jelas. Keutamaan dalam hidup telah berubah. Malah banyak perkara yang dahulu merupakan pendapat aku sudah tidak lagi releven sekarang. Banyak pertimbangan perlu dilunakkan dan guna bahasa baru yang lebih berakhlak. Betullah kata orang, kematangan itu seiring dengan usia. Walaupun perubahan tidak banyak tetapi ia penting untuk kita bergerak ke depan.

Teaser Syazreen & Wan, Serdang


Berbalik kepada politik negara, insyaallah aku akan ulas nanti sebagai seorang yang non-partisan. Kalau bukan kat sini mungkin kat personal blog aku. Tapi secara asasnya negara yang baik adalah negara yang Allah cintai. Negara yang mendapat rahmat Allah sentiasa menjaga kebajikan rakyat dan kezaliman dibanteras tanpa mengira pangkat dan darjat. Keadilan dirasai oleh seluruh rakyat.

Namun kena semat dalam fikiran, perbahasan dan perdebatan tentang politik negara sebenarnya tak banyak bawa manfaat kepada manusia secara umumnya. Negara tidak masuk syurga. Tapi setiap insan iaitu kita yang akan dihitung amal kebajikan. Walaupun kita dipihak yang betul tetapi kalau amalan solat dan zakat masih diremehkan, akhlak masih teruk, menyambung fitnah manusia lain dan putuskan ukhuwah manusia ia tetap dihitung sebagai dosa dan dipertanggungjawab kelak. Wallahua’lam.



Wassalam.

Ain & Afi, Parit Jawa, Muar

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam aku tengok rancangan di TV tentang masalah anak-anak yang lemah dalam pelajaran dan bagaimana mengatasinya. Ada ibu bapa yang sedih anak mereka lemah sebegitu. Subhanallah. Sebenarnya Allah maha adil dan perancangan Allah kadangkala tak sama dengan apa yang manusia rancang. Jujurnya pada pendapat aku, pelajar yang lemah dalam pelajaran dan ‘bermasalah’ pada usia remaja kebanyakkannya merekalah yang menjaga ibu bapa bila mereka dah tua kelak.

Banyak sangat contoh ini berlaku di sekeliling kita. Ibu bapa yang mempunyai ramai anak. Hampir semuanya belajar di universiti dan mendapat kerja yang bagus kecuali seorang. Satu hari nanti mereka semua akan meninggalkan ibu bapa di kampung cari rezeki di luar. Hanya sorang inilah yang menjaga sakit demam ibu bapanya. Menjaga rumah dan boleh diharap bila berlaku apa-apa kecemasan. Anak-anak lain yang berjaya semua bagi alasan kerja dan sukar mendapat cuti. Melawat ibu bapa jarang sekali. Nah, sekarang anak mana yang paling dapat banyak pahala & paling berbakti kepada ibu bapanya? Ibu bapa yang telefon tu mesti tak lihat dari sudut ini.

Aku update majlis bertandang pasangan Ain & Afi yang diadakan di Parit Jawe, Muar. Pertama kali aku sampai sini sebenarnya. Nak juga aku cari lokasi penggambaran cerita ‘Parit Jawa’ tu tapi tak berkesempatan,hehe. Majlis ini sebenarnya berlangsung serentak dengan majlis perkahwinan adik Afi. Jadi ada dua pasangan pengantin dalam majlis ni:)




Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Biasanya kalau kali pertama buat majlis kahwin memang ramai sangat tetamu yang datang. Walaupun gerimis petang tu tapi dapat juga adakan sesi outdoor sebentar. Lokasinya memang cantik tapi tempat ni memang ramai orang lalu lalang. Jadi banyak main tight shoot je:) Tahniah sekali lagi atas ikatan yang terjalan. Pakat hidup baik-baik:) Semoga berkekalan bahagia dalam rahmat dan mawaddah sampai ke syurga,ameen. Jumpa next entry.

Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Sombong dan syukur

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni ustaz tak berapa sihat. Sama seperti jumaat lepas. Dalam tazkirah pagi tadi ustaz ada cerita tentang golongan yang hatinya penuh dengan sifat sombong dan angkuh. Mereka sentiasa fikirkan apa lagi yang mereka akan dapat dan hak mereka. Mereka juga susah maafkan kesalahan orang kepada mereka. Mereka dambakan pujian, pengiktirafan dan penghormatan dari orang lain. Dan mereka akan menuntut, kesal dan marah kalau tidak mendapatkannya.

Ustaz suruh ingat hadis ini & hadam baik-baik dalam diri kita.

Abdullah bin ‘Abbas dan Anas bin Malik berkata: Bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Seandainya seorang anak Adam (manusia) mempunyai suatu lembah emas, pasti dia ingin mempunyai dua lembah. Tiada yang dapat menutup mulutnya (tidak ada yang dapat menghentikan kerakusannya kepada dunia) kecuali tanah (maut). Dan Allah berkenan memberi taubat kepada sesiapa saja yang bertaubat.” (Bukhari & Muslim)

Teaser Ella & Hakim, Petaling Jaya

Teaser Zafran & Afifi, Putrajaya


Percayalah, kalau kita berhenti tengok kesilapan dan kelemahan orang lain nescaya kita lihat sifat sombong dan tamak ini ada dalam diri kita. Insan tiada yang sempurna. Namun, kalau kita mahu buang sifat tersebut kita harus lebih bersyukur. Sifat sombong dan angkuhlah yang menghalang kita dari bersyukur. Kita selalu impikan benda yang kita tak miliki sedang apa yang Allah dah beri ini kita jarang bersyukur.

Selain itu, kita memang selalu buat kesilapan dan menyakiti hati orang lain. Besar atau kecil kita mahu mereka memaafkan kita. Namun, dalam masa sama tidak ada sifat pemaaf itu kepada orang lain. Alangkah sombong & egonya kita. Berapa lama kita nak simpan sifat tu? Sampai mati? Apa yang kita dapat ketika itu?

Sebelum akhiri tazkirah, ustaz pesan kalau kita tidak memaafkan orang lain, kita hanya dapat sakit hati dan dendam. Tetapi kalau memaafkan, kita akan dapat pahala, lapang dada dan hati tenang. Pilihlah yang mana kita mahu dalam hidup. Dari itu, syukur dengan apa kita miliki dan maafkanlah orang lain. Ia kaedah terbaik nak buang sifat sombong dan ego dalam diri. Wallahua’lam.



Wassalam.