Rabiulawal datang lagi

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, dapat juga aku menulis sedikit kat blog ni. Awal tahun ni banyak perancangan tahunan dan kursus luar perlu dihadiri. Agak sibuk nak update apa-apa kat sini. Semoga tahun 2013 ni menjadikan kita insan yang lebih matang dan lebih dekat dengan Allah. Banyak rezeki Allah berikan kepada kita sepanjang tahun lepas. Adakah kita telah syukurinya sebelum minta yang lain dari Allah? Jawab dalam hati.

Bulan Rabiulawal amat sinonim dengan bulan kelahiran Rasulullah. Kalau kat kampung-kampung sejak 1 Rabiulawal lagi dah ada marhaban sebagai meraikan maulud nabi tersebut. Walaupun tarikh sebenar kelahiran Rasulullah itu terdapat perbezaan pendapat tetapi ia tidak menghalang setiap insan melahirkan rasa cintanya kepada Rasulullah kekasih Allah dan kekasih kita semua.

Teaser Dya & Izad, Sungai Penchala


Islam bukan mengagungkan manusia secara keterlaluan seperti Nabi Isa dalam agama Kristian. Rasulullah juga larang begitu termasuk melarang orang yang cuba menggambarkan Rasulullah dalam bentuk gambar. Lihatlah beberapa tarekat yang terlalu agungkan syeikh mereka hingga terlalu taksub bila gambar syeikh di letak di rumah-rumah hingga kadangkala melebihi kecintaan kepada Rasulullah saw.

Jadi dalam zahirkan rasa cinta tersebut, wajar kita lebih hayati ajaran Islam yg dibawa oleh Baginda saw. Untuk apa kita hidup dan amalan apa yang Rasulullah sampaikan. Walaupun aktiviti berarak sempena Maulid Rasul hanya ada di nusantara tetapi aku percaya umat Islam seluruh dunia juga mempunyai cara bagi menzahirkan rasa cinta tersebut. Mari kita sama-sama banyakkan selawat sepanjang masa. Mudah-mudahan Rasulullah dapat beri kita syafaatnya pada hari kiamat nanti. Wallahua’lam.




Nota kaki : Minggu ni aku akan sambung update full entry majlis wedding. Tunggu ye:)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Izyan & Hikshan, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah beberapa hari lepas aku bepeluang hadir ke ‘Malam Cinta Rasul’ bersama Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf . Tetamu yang hadir ke stadium sangat ramai bersama melaungkan selawat dan qasidah. Satu perkembangan positif, pemimpin kedua negara juga bersama dalam tu mendengar tanpa ucapan apa2. Dengan berpakaian serba putih semangat hadirin yang hadir dapat meresap dalam jiwa, insyaallah.

Namun bak kata guru aku, kalaupun kita cinta kepada Rasulullah jangan sampai mengada-adakan cerita atau mereka-reka hadis palsu yang menggambarkan Rasulullah secara berlebihan. Ada juga aku dapati mereka membaca hadis-hadis yang diragui kesasihannya yang disandarkan kepada Rasulullah. Mudah-mudahan diperbaiki. Apa yang penting ajaran Islam yang Rasulullah bawa kita lakukan dengan sepenuh hati.

Kali ni aku update majlis persandingan Izyan & Hikshan yang diadakan di Dewan Presint 8, Putrajaya. Beliau mengadakan majlis ni bersama-sama majlis adik perempuannya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tetamu ramai tidak putus2, kawan2 ramai datang dan memeriahkan suasana majlis. Layan sedikit sekitar majlis ni.


Sesi outdoor kitorang buat kat tepi jalan Hotel Shangri-La atas bukit tu. Sahabat-sahabat Izyan dan Hikshan pun join masa sesi outdoor ni. Memang memeriahkan suasana diaorang ni. Terima kasih semua yang berikan kerjasama semasa shoot ye:)

Untuk akhirnya, terima kasih banyak kepada Izyan sekeluarga yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari bekerjasama. Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang bertugas:) Tahniah sekali lagi buat korang berdua. Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan rumah tangga korang,amin. Terima kasih juga kepada sahabat2 aku membantu dalam majlis ni terutamanya Ejal yang membawa sahabatnya yang lain turut sama shoot. Insyaallah jumpa lagi di lain kesempatan.




Nota kaki : Jom banyakkan selawat hari jumaat ni. Mudah-mudahan mudah kita dapat syafaat baginda Rasulullah s.a.w diakhirat kelak

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Hayat & Anis, Alor Gajah Melaka

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam aku ada terbaca entry2 lama yang pernah aku tulis di blog sejak beberapa tahun lepas. Sama ada di blog ini atau blog personal aku. Aku sedar banyak perspektif hidup aku telah berubah. Mungkin pandangan aku pada masa lalu tidak lagi aku persetujui sekarang. Ada cara berfikir dan pendapat yang bagi aku sudah tidak relevan pada waktu ini.

Justeru, aku memohon maaf jika sepanjang korang membaca tulisan aku di sini aku pernah mengajak kepada perkara melalaikan. Terutama yang melibatkan perkara sia-sia yang membawa kepada dosa. Aku sedang berusaha perbaiki diri. Aku cuba tulis perkara-perkara positif yang boleh bagi manfaat kepada semua, terutamanya untuk diri aku sendiri. Aku harapkan teguran korang kalau ada kesilapan untuk aku perbaiki diri.

Sebenarnya aku nak update sesi outdoor majlis bertandang pasangan Hayat & Anis ni dulu last week. Tapi aku lupa upload dalam Dropbox aku kat kat rumah. Jadi tak dapat nak share entry ni dulu. Sebenarnya memang banyak nama tempat aku tak pernah dengar sebelum ni kat Melaka. Mungkin aku xde ramai kawan asal dari Melaka. Kalau ada mesti aku dah selalu pergi rumah mereka. Setelah pusing2 sebab hujan lebat, akhirnya kitorang jumpa tempat nak amik gambar:)

Lagi satu yang aku terkejut ada sawah padi di Alor Gajah, Melaka ni. Tak pernah aku tahu maklumat tu. Betullah kata orang. Jauh perjalanan luas pengetahuan. Entah betul entah tak peribahasa tu. Apapun tahniah sekali lagi kepada kedua pasangan yang dirai ini. Cabaran hidup berbeza bila telah berumahtangga. Tapi jika dilihat dari sudut positif, kita ada teman nak harungi perkara tersebut bersama:) Wallahua’lam.




Nota kaki : Tempahan pada tahun ni dah banyak dipenuhi,alhamdulillah. Terima kasih yang percaya untuk hire aku dalam majlis korang. Untuk bulan Mac, Mei dan Jun dah tak available untuk tempahan.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Pernikahan Izyan & Hikshan, Banting

Bismillahirrahmanirrahim

Aku nak kongsi sedikit isi tazkirah yang aku dengar awal pagi tadi. Untuk jadi orang yang baik dan sentiasa positif dalam hidup kita kena belajar melihat semua yang kita lakukan dari ‘kaca mata’ akhirat. Setiap perkara yang kita buat dalam kehidupan seharian ada 2 sahaja balasan. Dosa atau pahala. Ia membawa kepada syurga atau neraka. Jadi sebelum melakukan sesuatu perkara kena berhenti sejenak dan tanya diri sendiri, “Apa yang aku nak buat ni beri pahala atau mengundang dosa?

Bila dilatih begitu secara tidak langsung kita takkan selalu rasa sakit hati dengan manusia, lebih bertolak ansur dan sentiasa positif dalam hidup. Kita akan jaga pertuturan kita sebab takut sakitkan hati orang yang membawa kepada dosa. Kita takkan mengumpat dan menjaja cerita tidak pasti kepada orang lain sebab ia pasti menambah dosa sedia ada. Kita akan berbuat baik kepada semua orang sebab ia memberi kita pahala. Ia akan berterusan menjadi rutin harian kita.

Aku nak update majlis pernikahan Izyan & Hikshan yang diadakan di kampung aku. Kampung Bukit Changgang:) Jarang sangat2 ada tugasan wedding kat sini. Semua kenal mak ngan abah. Segan. Izyan ni memang ramai sahabat baik yang sama2 meraikan setiap kali salah seorang dari mereka berkahwin. Baju sama sedondon memang jadi trademark mereka semua. Meriah je majlis ada mereka semua:)

Cabaran bila shoot mana-mana majlis pernikahan di rumah ialah kadangkala kita tidak boleh jangka keadaan tetamu dan keluasan tempat nikah tersebut. Ada masanya kita langsung xboleh bergerak sepanjang majlis nikah berlangsung. Kita juga tak boleh suka-suka nak suruh orang ketepi semata-mata nak ambil angle yang kita rasakan terbaik. Ia kurang sopan dan tidak menghormati majlis. Dari situlah pengalaman membezakan antara photographer ni.

Tapi rumah izyan ni luas:) Boleh bebas bergerak. Tahniah Izyan & Hikshan atas ikatan yang terjalan ye. Semoga syurga menjadi tempat kalian berdua kelak berkat dari perkahwinan ini,amin. Tunggu update majlis sanding plak nanti. Wallahua’lam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Anis & Hayat, Alor Gajah Melaka

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah kita semua diberikan nikmat panjang umur untuk masuk ke tahun baru 2013. Selamat tahun baru aku ucapkan kepada semua pengunjung blog ni:) Semoga Allah rahmati kalian semua. Banyak sangat nikmat Allah yang kita telah kecapi sepanjang tahun lepas dan belum sempat kita nak bersyukur kesemuanya, Allah berikan lagi. Manusia ni bila hilang sesuatu baru dia rasa besarnya nikmat Allah yang diberikan sebelum ni.

Ada manusia yang Allah berikan ujian dan kesusahan. Dia rasa Allah pinggirkan dia. Tetapi tahun silih berganti, baru dia sedar dengan ujian Allah tersebutlah dia jadi insan yang lebih baik. Mungkin dia telah berjaya jadi seorang yang lebih dekat dengan Allah, hatinya lebih tenang, fikirannya lapang, kesihatannya baik, rezekinya bertambah dan pengalaman lepasnya membantu dia hadapi masa depan dengan lebih baik.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Anis & Hayat yang diadakan di Alor Gajah, Melaka. Dah lama sebenarnya tak shoot kat Melaka. Aku berkampung selama 3 hari kat sana hingga selesai majlis bertandang. Memang meriah majlis kat Felda Hutan Percha ni walaupun kali pertama aku sampai ke sana. Layan sedikit gambar majlis nikah dan bersanding kedua pasangan pengantin yang cantik dan sepadan ni.

Lokasi outdoor aku jumpa tepi jalan je masa kitorang cari lokasi untuk shoot. Ada macam2 binatang peliharaan tengok kitorang amik gambar,hehe. Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar dan meriah. Ayah Anis seorang yang dihormati di felda tersebut. Jadi memang ramai sangat tetamu yang datang ke majlis mereka. Tahniah aku ucapkan kepada kedua pasangan Anis & Hayat.

Terima kasih juga sebab sediakan kediaman yang sangat selesa sepanjang berada di Alor Gajah, Melaka. Rasa macam pergi bercuti je:) Semoga ikatan rumahtangga yang terjalan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin.



Nota kaki: Musim sibuk dah hampir berlalu pergi di ofis. Mudah-mudahan semuanya bertambah baik selepas ini. Alhamdulillah.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Ida & Izar, Tasik Titiwangsa

Bismillahirrahmanirrahim


Insan ini tiada yang sempurna. Kita terdedah kepada kesusahan dan kesakitan. Terdedah kepada dukacita dan sengsara. Kadangkala iman kita bertambah dan kadangkala ia juga berkurang. Satu masa kita lakukan kebaikan dan di masa yang lain juga melakukan dosa. Kerana itu Allah tidak menetapkan penghuni syurga itu bagi orang yg hanya melakukan amal kebaikan sahaja tanpa sebarang dosa.

Dalam Surah al-Qariah ayat 6, Allah berfirman orang yang masuk syurga ialah orang yang berat timbangan amalan baiknya melebihi dosanya. Allah tahu setiap kita tidak sunyi dari kesalahan.Cuma beza antara orang baik dan yang buruk, seorang baik itu memohon keampunan dari Allah dan berusaha membaiki diri.

Ada orang yang melakukan dosa tetapi hati mereka selalu menyesal. Mereka tak menafikan apa yang mereka lakukan itu satu dosa. Allah maha mengetahui. Apabila kita berbicara soal kejahatan manusia, janganlah sampai kita lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut. Rasulullah juga melarang dlm hadis tentang sahabat peminum arak yang dicela sahabat yang lain. Wallahua’lam.

Kali ni aku nak update sesi outdoor majlis Ida dan Izar yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, KL.


Sebenarnya ni kali pertama kali shoot majlis kahwin kat tepi tasik. Paling dikhuatiri kalau majlis kat luar ni adalah musim hujan yang tidak menentu akhir tahun ni. Tapi Alhamdulillah majlis ni berjalan lancar sampailah ke petang. Aku belum dapat update full entry majlis sebab kesibukan di akhir tahun. Institusi zakat memang hanya peak 2 kali setahun iaitu Ramadan dan Disember. Tahniah sekali lagi kepada pasangan Ida & Izar:) Semoga kehidupan berumahtangga ni membawa ke Jannah, amin. Wallahua’lam.



Nota kaki: Semoga bencana banjir di pantai timur berkurangan. Setiap ujian Allah ada hikmah yang kita semua tidak ketahuinya.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Afdlin Shauki & Palestin

Bismillahirrahmanirrahim


Aku sebenarnya sangat gembira bila ada artis tanah air kita berhijrah kepada yang lebih baik. Lelagi bila mereka mengajak ke arah kebaikan. Sebab dengan pengikutnya yang ramai, mungkin apa yg diperkatakan dapat berbekas di hati lebih ramai orang berbanding kata-kata seorang ustaz dan ustazah.

Aku berpeluang mendengar satu rancangan TV dan youtube tentang Afdlin Shauki. Usai pulang dari Gaza, Afdlin membuka mata lebih ramai org tentang keadaan di Gaza, Palestin. Beliau juga mengajak kita sama-sama membantu rakyat Gaza dan dalam masa sama memboikot syarikat yang memberi sumbangan kepada Israel. Allahu Akhbar!!

Ruang berdakwah bukan hanya terhad kepada aktiviti agama sahaja. Bukan hanya untuk orang yg belajar agama & ekslusif kepada golongan berkopiah dan bertudung labuh sahaja. Skop berdakwah itu begitu luas dan tidak perlu disempitkan. Berpuisi, melalui lagu, penulisan dan kerja seharian juga boleh jadi kaedah dakwah. Justeru, seandainya diberi ruang untuk menyampaikan bentuk dakwah yang membawa kepada kebaikan, peluang itu tidak seharusnya dipersiakan.

Teaser Liyana & Din, Temerloh


Antara keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang tempoh waktu, latar belakang diri, dosa lampau atau harta.

Keampunan dan rahmat Allah bukan dijual di jalanan. Ia sangat berkaitan dengan keluhuran jiwa yang ikhlas ingin kembali kepada Allah Yang Maha Pengampun. Tidak perlu hebahkan dosa lepas maupun mengaku kepada orang lain untuk mendapat keampunan Allah.

Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan, artis di pentas, pelakon di TV, pemimpin di gelanggang politik dan semua orang lain. Jangan menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.

Belum tentu kita yang solat 5 waktu ini masuk syurga Allah dan belum tentu penyanyi serta pelakon yang banyak lakukan dosa itu ahli neraka. Boleh jadi rahmat Allah jadikan mereka jauh lebih baik dari kita bila mereka dah berubah nanti. Allah maha mengetahui. Wallahua’lam.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Filzah & Johari, Sri Kembangan

Bismillahirrahmanirrahim


Kedatangan musim tengkujuh pada setiap akhir tahun sememangnya telah dijangka di negara kita. Ia kerana peralihan Munson Timur Laut berkadar langsung dengan taburan hujan terutamanya di timur semenanjung. Kadangkala hujan belah petang tu tidak dapat dielakkan. Bagi pasangan yang melangsungkan majlis perkahwinan kena jangka hujan tersebut akan turun semasa majlis berlangsung.

Ia termasuklah semasa sesi outdoor yang biasanya dilaksanakan selepas majlis sanding selesai. Seperti majlis Filzah & Johari ni, kitorang cuma dapat ambil gambar sekitar 15 minit sahaja sebelum hujan turun dengan lebatnya. Tak sempat nak pose banyak sebab hujan rintik2 dah mula turun. Nasiblah aku bukan jenis yang pacak2 lighting yang sudah tentu akan ambil masa lebih lama dan x dapat shoot lebih banyak


Filzah ni seorang pendidik yang sangat ceria:) Aku kalau jadi anak murid dia ni mesti seronok je sebab dapat cikgu yang tak garang. Tapi tak taulah kalau kat sekolah dia garang plak,hehe. Johari pun seorang guru. Mudah-mudahan urusan mereka untuk duduk dekat dipermudahkan,amin.

Insyaallah nanti aku update lagi. Kita semua diberi masa 24 jam yang sama oleh Allah. Jadi takde istilah tak cukup masa. Perancangan yang teliti tu perlu supaya kita boleh bahagikan masa sebaiknya. Terutamanya masa mengadap Allah dan melakukan sikit amalan sunat. Hidup ni tak lama, bukan kita nak hidup selamanya atas muka bumi ni. Sediakan bekalan secukupnya untuk kita hidup selama-lamanya nanti. Wallahua’lam.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe