Tetamu rumah

Bismillahirrahmanirrahim


Dulu-dulu masa aku kecik, kalau bertandang ke rumah orang bersama mak ngan abah, mesti kena duduk diam-diam. Tak boleh suka-suka masuk bilik orang, lari ke sana sini, belek2 barang apatah lagi main mainan anak-anak mereka. Kalau degil biasanya mak datang dekat dan cubit kat perut aku sembunyi2. Sakitnya ya amat. Kat rumah mungkin kena marah lagi sekali.

Begitu jugalah kalau ada tetamu datang. Kalau nak main lari-lari mak suruh keluar dari rumah supaya tak ganggu tetamu. Apapun cara didik pada waktu itu, mesejnya adalah sama. Hormati tetamu dan belajar bersopan di hadapan orang lain. Benda tu lah yang tersemat rapi dalam memori dan diamalkan hingga besar.

Teaser Izyan & Hikshan, Putrajaya


Aku pernah lihat anak-anak yang agak nakal yang memecahkan pasu bunga hinggalah ke cermin sliding door ketika berada di rumah orang. Ibu bapa hanya meminta maaf dan mengaku tidak dapat kawal anak mereka. Teringat kata-kata Dr Fadhilah Kamsah dalam program motivasinya. Anak-anak yang nakal biasanya ibu bapa yang kena ubah cara didikan mereka. Apa yang anak tu lakukan semasa kecil adalah kesalahan dan tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya. Anak-anak cerminan ibu bapanya.

Semalam mak ngan abah melawat rumah aku. Macam-macam mak bawak. Dari buah-buahan sampai jajan. Rasa segan pula sebab kekadang aku balik kampung pun tak bawak buah tangan banyak camtu. Aku memang suka terima kehadiran tetamu kat rumah. Mungkin mewarisi dari mak ngan abah. Tetamu tu datangnya membawa rezeki dan pulangnya membawa dosa-dosa kita. Banyak hadis-hadis Rasulullah cerita tentang kelebihan memuliakan tetamu. Mungkin orang sekarang perlu bina serta buka lebih banyak pintu & tingkap supaya mesra tetamu. Bukan memasang tembok dan dinding seperti kubu di rumahnya. Rezeki yang berkat sukar nak masuk. Wallahua’lam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Ain & Faizal, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim


Akhirnya aku berjaya update full entry hari ini. Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Ain & Faizal yang diadakan di Restoran Zam Zam, Seksyen 9, Shah Alam. Ain ni sebenarnya officemate aku. 5 tahun lepas masa mula-mula masuk kerja kat sini, dia masuk sekali dengan aku dalam jabatan lain. Jadi kitorang memang agak rapatlah.

Satu perkara yang paling aku suka ialah majlis nikah dan sanding beliau berjalan serentak pada malam yang sama. Jimat masa, wang dan tenaga. Mula-mula majlis pernikahan berlangsung, pastu terus sanding & makan beradap. Selesai semuanya. Sepatutnya lebih ramai orang buat begini sahaja bagi mengurangkan kos perkahwinan yang semakin mahal. Tanpa sedar sebenarnya kos perkahwinanlah yang melambatkan proses berumahtangga pasangan sekarang walhal ianya bukan perkara wajib dalam agama.

Oleh kerana dah lama tak update full entry, aku update banyak sikit harini.


Keluarga Faizal ni datang dari Miri, Sarawak. Faizal ni seorang pegawai polis. Jadi memang ramailah sahabat2 polis datang memeriahkan majlis malam tersebut. Makanan pada malam tersebut memang makanan arab. Berbeza dari majlis lain yang menghidangkan nasi minyak dan masakan melayu:) Aku rasa lokasi majlis ni memang bagus dan sapa2 yang ingin melangsungkan perkahwinan di Shah Alam boleh consider tempat ni sebagai lokasi majlis kahwin selain dewan2 lain.

Malam tersebut aku dibantu sahabat baik aku Zakuan Hasan yang juga officemate aku:) Untuk akhirnya aku doakan semoga ikatan kedua pasangan ini berkekalan selamanya,amin. Pakat hidup baik-baik Ain. Jangan garang2,haha. Jumpa lagi entry akan datang. Wallahua’lam





Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Nikmat ini harapan kita

Bismillahirrahmanirrahim


Lamanya tak update blog ni. Aku masih belum berkesempatan nak buat full entry majlis sebelum ni. Sistem kat ofis dah masuk stage kritikal. Kekadang kerja dari kul 8 pagi hingga kul 6 pagi keesokkan harinya. Balik tengah malam memang biasa. Pukul 2-3 pagi dapat call vendorpun ada. Weekend takde rehat sebab shoot wedding. Memang letih sangat-sangat. Mudah-mudahan selepas siap sistem baru ni proses pembayaran & agihan zakat di Selangor makin lancar, teratur dan lebih ramai asnaf dapat dibantu,amin.

Aku nak panjangkan tazkirah yg aku dengar dari buya Hamka yang meninggal tahun 1981 di Jakarta. Ada mp3 dia yang berikan kuliah pada tahun 1970an. Kata beliau “Apa yang kita ada sekarang adalah harapan kita“. Ramai yang lupa nikmat yang telah kita miliki dan berharap nikmat lain yang lebih besar. Sedangkan apa yg kita miliki inilah sebenarnya yang kita mahu dalam hidup.

Bayangkan kalau kita hilang satu kaki akibat kemalangan. Seluruh hidup kita berubah. Baru kita berharap agar kaki kita dikembalikan Allah semula. Begitu juga kalau tiba-tiba jari kita terputus, telinga kita pekak, mata kita buta dsb. Semua nikmat tu kita ada sekarang tapi kita jarang kita syukuri. Jarang kita sedar. Sebenarnya nikmat inilah yang kita paling harapkan bila Allah tarik semula pemberian tersebut.

Belle & Zairy, Desa Tun Razak, Cheras


Izyan & Hikshan, Bukit Changgang, Banting



Betullah kata Hamka tersebut “Apa yang kita miliki sekarang adalah harapan kita“. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami semua. Jadikan kami tergolong dalam hambaMu yang bersyukur.

Insyaallah bila dah tenang sikit aku akan update semua entry ni satu persatu:) Aku doakan semoga semua sahabat-sahabat kat sini dilindungi Allah dan diberikan kesihatan yang baik sekeluarga. Ucaplah Alhamdulillah. Moga Allah tambah nikmat kita. Wallahua’lam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Salam Maal Hijrah 1434H

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, dapat juga aku update blog ni ditahun baru 1434H. Selamat tahun baru hijrah semua sahabat yang dirahmati Allah. Dalam 2-3 minggu ni memang tempoh yang agak sibuk dan memenatkan. Kesihatan aku kurang baik, rumah mak di kampung banjir, proses berpindah rumah dan beberapa tugasan wedding di luar Selangor. Semua tu perlukan tenaga dan perancangan masa yang sangat teliti.

Syukur kepada Allah, setelah 2 minggu di pusat pemindahan banjir, semalam orang kampung aku dah boleh pulang ke rumah masing-masing. Walaupun banyak kerosakan berlaku tetapi rasa lapang dada dapat kembali ke rumah sendiri. Mudah-mudahan Allah luaskan lagi rezeki mereka selepas ujian ini,amin.

Walaupun aku kurang update blog kebelakangan ni tapi sebenarnya tugasan wedding aku berjalan seperti biasa. Malah dari bulan lepas hingga akhir tahun ni setiap minggu aku bertugas di majlis-majlis kahwin menyaksikan 2 hati bersatu dalam ikatan yang dituntut oleh agama. Ikatan yang kekal selamanya hingga ke syurga insyaallah. Ni beberapa majlis yang akan aku update sepenuhnya nanti.

Ain & Faizal, Shah Alam


Ida & Izar, Titiwangsa


Anis & Hayat, Melaka



Antara perkara yang aku suka bila shoot majlis nikah ialah dapat mendengar khutbah nikah daripada imam ataupun tok kadi tersebut:) Malah aku buat nota khusus kat handphone sekiranya ada isi dan ilmu yang boleh aku gunakan sebagai panduan hidup. Alhamdulillah, list tu dah panjang sebab dah beberapa tahun aku duduk di majlis nikah.

Antara yang menarik perhatian aku minggu lepas, imam bagitau semua pasangan kita ni adalah kurniaan dari Allah. Perkenalan, putus cinta, keputusan untuk berkahwin, semua perasaan tu Allah yang berikan dan letakkan di hati kita. Bila telah berkahwin pula, keduanya diberikan tanggungjawab yang sama besar yang membawa implikasi syurga atau neraka. Jadi setiap pasangan yang berkahwin kena selalu mohon kepada Allah supaya tidak diuji dengan perkara yang tidak mampu ditanggung oleh keduanya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Mudah-mudahan Allah beri pertolongan kepada penduduk di Gaza sekarang,amin.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Cerita tentang banjir

Bismillahirrahmanirrahim



Pagi Isnin lepas masa aku bersiap nak pergi kerja, dapat panggilan dari mak. Jarang mak telefon waktu pagi. Risaunya hati masa jawab panggilan tu. Rupanya mak bagitau air dah naik sampai dalam rumah. Kampung aku dilanda banjir sekali lagi. Kali kedua dalam tempoh 4 tahun. Semua penduduk kampung aku dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Bila dengar berita tersebut tiba2 teringat adik bongsu aku yang sedang menduduki exam SPM minggu ni.

Teaser Filzah & Johari, Serdang


Tinggal di pusat pemindahan banjir jauh sekali dari keselesaan. Aku pernah merasainya. Berkongsi tandas yang kotor dan tidak mencukupi. Tidur beramai-ramai beralas tikar tanpa bantal, selimut dan tiada sebarang privasi. Ada yang tidur di lantai yang sejuk sepanjang malam. Makanan dan minuman kadangkala tak mencukupi. Bayangkan pula kalau korang terpaksa study untuk SPM dalam keadaan tersebut. Bayangkan kalau ada anak kecil yang masih bayi. Mudah2an Allah mudahkan mereka semua.

Tu semua ujian Allah. Kalau fikir semula beribu2 orang lain di seluruh negara juga mengalami bencana yang sama. Mereka juga mengalami kesukaran yang sama. Kadangkala ia boleh jadi satu ingatan Allah supaya kita sentiasa beringat nikmat Allah yang diberi boleh ditarik bila-bila masa. Jangan tengok orang lain. Tengok diri sendiri berapa banyak nikmat yang kita telah dapat dan berapa kerap kita bersyukur kepada Allah. Belum sempat bersyukur kita dah mintak nikmat lain. Itulah kita. Wallahua’lam.


Nota kaki : Aku agak sibuk sekarang dgn kerja di kantor. Insyaallah akan update full entry tak lama lagi.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Izar & Linda, Pulau Carey

Bismillahirrahmanirrahim


Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar!! Ketika aku tulis entry ni masih lagi hari Tasyrik yang diharamkan umat Islam berpuasa dan hari terakhir boleh melakukan ibadah korban. Sunat juga melantunkan takbir hingga petang ini. Ramai juga budak ofis aku yang masih bercuti raya. Mungkin sebab terperangkap dalam kesesakan semasa pulang semalam.

Alhamdulillah, tahun ni aku beraya di Banting. Abah sembelih 2 ekor lembu depan rumah aku dengan dibantu oleh jiran dan beberapa orang kampung. Memandangkan Eiduladha jatuh pada hari jumaat kebanyakkan tempat mengadakan korban pada hari Sabtu sebab takut tak sempat nak agihkan daging sebelum solat jumaat. Mudah-mudahan ibadah kita diterima Allah.

Kali ni aku nak update sesi outdoor pasangan Izar dan Linda yang mengadakan majlis bertandang mereka di Sijangkang. Sesi outdoor aku jalankan di Pulau Carey. Dah lama aku tak ke sini. Pemandangannya masih cantik cuma rumput dah tinggi dan dah ada gerai jual ikan segar untuk nelayan yang turun ke laut.


Alhamdulillah selesai sudah majlis Izar & Linda bermula dari majlis nikah hingga majlis bertandang ni. Sebenarnya perancangan awal sebelum majlis perkahwinan merupakan perkara penting yang semua pasangan harus lakukan supaya majlis yang dirancang berlangsung dengan sempurna.


Masa sesi outdoor ada sahabar pengantin yang join aku shoot ni:) Alaa, aku lupa plak namanya,hehe. Terima kasih sebab sudi temankan. Aku ucapkan tahniah sekali lagi kepada kedua pasangan ini. Semoga Allah limpahkan rahmat dan mawaddah kepada Izar & Linda dengan ikatan yang terjalin ini. Semoga berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Jumpa next entry.



Nota kaki : Ada pasangan pengantin yg tidak mahu gambar kahwinnya diletakkan di mana2 sama ada di blog & facebook selepas majlis. Aku tiada masalah tentang itu:) Walaupun aku tak tahu nak update apa kat sini nanti tapi aku memang hormati kehendak mereka. Jadi boleh hire aku kalau taknak post gambar wedding kat mana2,hehe.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Syurga di telapak kaki ibu

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam aku sempat pulang ke kampung melawat mak ngan abah. Mak tak berapa sihat sebab demam. Mak baring je atas katil masa aku sampai tu. Rasa bersalah sangat sebab dah lebih sebulan tak balik kampung sampai tak tahu khabar mak. Tapi sepanjang aku kat rumah mak ceria je layan kitorang sampailah kitorang balik. Mudah-mudahan mak bertambah sihat hari ini,amin.

‘Syurga itu di telapak kaki ibu’ merupakan hadis palsu. Ia tidak boleh disandarkan kepada Rasulullah. Tetapi kewajipan mentaati ibu dan bapa ada dalam hadis soheh yang lain. Kalau lihat mak ngan ayah kita sekarang, berapa tahun sahaja lagi mereka akan hidup berbanding kita. Takkanlah kita nak berkira dalam mentaati dan berbakti kepada mereka.

Teaser Izar & Linda, Pulau Carey


Dalam kuliah yang aku hadiri baru-baru ini ada ceritakan kisah tentang seorang ibu yang bersusah payah besarkan anak yang ramai dengan pelbagai ragam tanpa seorang suami. Beliau bekerja sebagai pembantu kantin sekolah. Ringkaskan cerita, beliau sekarang berada di rumah orang-orang tua sebab anaknya tak ada yang mahu menjaganya. Lalu berkecil hatilah si ibu kepada semua anak-anaknya.

Sebenarnya mudah kita nak menghukum. Lebih-lebih lagi kita tidak diberi ujian seperti itu. Kalau menjaga ibu bapa sihat tiada masalah. Bagaimana kalau menjaga ibu dan ayah yang dah tak sihat? Bagaimana kalau mereka perlukan perhatian penuh seperti perlu disuap untuk makan, buang air, tukar pampers dan bergerak. Bagaimana nak atur masa kalau mereka perlu pemeriksaan kesihatan yang kerap? Pernah terfikir menjaga ibu bapa begini?

Bagi yang masih mempunyai ibu bapa, sebenarnya hayat mereka dah semakin ke penghujung. Bila-bila masa mereka boleh tinggalkan kita selamanya. Kalau tidak kerana sakit, mungkin mereka meninggalkan kita kerana tubuhnya tua dimamah usia. 10 tahun dahulu semasa kita remaja, mereka masih kuat dan sihat. Senyumannya masih lebar. Suaranya masih kuat. Sekarang 10 tahun telah berlalu, tenaga mereka semakin kurang. Badanpun sering sakit-sakit. 10 akan akan datang, siapa yang tahu mereka masih ada di bumi ini? Berbaktiklah sementara masih sempat. Al-fatihah kepada ibu bapa yang telah meninggalkan dunia ini. Semoga arwah tenang di sana,amin. Wallahua’lam.


Nota kaki : Insyaallah aku akan update full entry majlis ni nanti.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Outdoor Izar & Linda, Taman Botanic Klang

Bismillahirrahmanirrahim


Kebelakangan ni aku dapati ramai juga kawan aku yang terpengaruh dengan puak abhasy dan join tarekat2 yang pada aku menyeleweng dari ajaran Islam sebenar. Ia sangat membimbangkan. Tak perlu aku jelaskan secara terperinci kedua-dua golongan tersebut. Tapi nak bagitau, kadangkala kalau terlalu bersemangat nak belajar agama kita mudah terpengaruh dengan golongan seperti ini kalau pengetahuan agama kita masih kurang.

Bagi aku, perkara paling asas kalau nak belajar mana-mana bab agama ni kena belajar & kuatkan aqidah kita dahulu. Supaya asas agama kita kuat. Dari situlah kita boleh bezakan guru agama, ustaz, syeikh, kumpulan ataupun gerakkan yang mempunyai manhaj pelik dan bertentangan dengan pegangan tauhid kita. Kalau terus masuk bab tasawwuf, sufi, ilmu makrifat, hakikat dsb akan mudah dipengaruh guru2 agama kumpulan tersebut yang mungkin menyeleweng. Jadi berhati-hati.

Kali ni aku nak update sesi outdoor pasangan Izar & Linda yang di adakan di Taman Botanic Klang. Memandangkan kerja-kerja di kantor agak sibuk sekarang aku tidak dapat update full entry majlis ni buat masa ni.



Sekali lagi, aku doakan semoga pasangan yang dirai ini mendapat mawaddah dan rahmah dari Allah berkat dari hubungan perkahwinan ini. Setiap perjalanan hidup kita dalam perkahwinan jadi jambatan kita untuk ke syurga insyaallah:) Tahniah Izar & Linda. Insyaallah minggu depan aku update sesi bertandang plak. Wallahua’lam.



Nota kaki : Semoga berjaya kepada pelajar dan anak2 yang menduduki PMR sekarang. Alhamdulillah sistem pendidikan negara kita ke arah yang tidak beroreantasikan peperiksaan lagi. Bagus untuk murid, penat untuk cikgu:)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe