Pernikahan Izar & Linda, Sijangkang

Bismillahirrahmanirrahim


Sepanjang aku berada dalam banyak majlis nikah beberapa tahun lepas ni, ada satu perkara yang memang selalu pasangan pengantin lakukan secara tidak sengaja:) Sama ada perasan ataupun tidak, hanya selepas majlis nikah lah pasangan pengantin tersebut akan panggil mak dan ayah mertua mereka dengan panggilan ‘ayah’ dan ’emak’ berbanding makcik/pakcik. Majoriti pengantin akan masih panggil makcik dan pakcik selepas bernikah,hehe. Ada kawan aku dia masih tersasul panggil makcik even dah seminggu kahwin:)

Aku nak update majlis pernikahan Izar dan Linda yang diadakan di Kampung Sijangkang. Ramai kawan-kawan lama aku ada kat kampung ni sebab sekolah menengah dulu tak jauh dari kampung ni. Tapi tak jumpa sorangpun member aku masa majlis ni,hehe.

Alhamdulillah, majlis pernikahan ni berjalan lancar. Dengan satu lafaz Linda selamat menjadi suri hidup Izar. Aku sebenarnya suka imam dan jurunikah yang memudahkan urusan pernikahan. Tidak seperti zaman dahulu yang menjadi satu mimpi ngeri bagi orang lelaki yang ingin bernikah dengan gadis pilihannya:)

Semoga ikatan suami isteri yang terjalin berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Pakat baik-baik. Perjalanan masih panjang dan kena kenal hati masing2. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Tunggu aku update majlis perkahwinan mereka nanti. Wallahua’lam.


Nota kaki : Berita malam tadi 75% jemaah haji Malaysia dah berada di tanah suci. Semoga mereka semua mendapat haji mabrur,amin.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Aturan Hidup Manusia

Bismillahirrahmanirrahim


Pagi tadi aku breakfast dengan seorang pemandu teksi berbangsa cina. Melihat kepada raut wajah beliau memang sudah agak berumur untuk menjadi seorang pemandu teksi. Sebelum mengakhiri borak2 pagi tu, aku sempat bertanya kenapa masih bekerja pada usia itu. Beliau bagitau simpanan beliau habis sebab kena tipu dengan skim cepat kaya. RM400,000 jumlahnya. Anak-anak beliau seramai 5 orang tidak pedulikan beliau lagi.

Bayangkan dalam umurnya 68 tahun beliau masih lagi bekerja memandu teksi setiap hari untuk mendapatkan duit menyara diri dan isteri yang juga telah berusia. Kentalnya semangat beliau memerah tulang empat kerat dengan teksi sewanya. Kita rasa sangat simpati kepada beliau. Tapi sifat ceria dan ramah beliau dapat menyembunyikan kesedihan dan kesukaran yang beliau sendiri tahu. “Sudah nasib saya” katanya.

Teaser Izar & Linda, Sijangkang



Lumrah hidup insan. Kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi kepada kita pada masa akan datang. Allah dah tentukan semua rezeki kita sebelum kita lahir ke dunia ni lagi. Tapi untuk menguji iman kita, disuruh kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rezeki. Apa yang kita miliki sekarang ni belum tentu masih kekal bersama kita akan datang.

Pernah tak kita terfikir pada usia 35 tahun ketika miliki semuanya, kaki kita terpaksa dipotong kerana kemalangan ketika melintas jalan? Itu berlaku ke atas seorang yang aku kenali. Dia ada lebih 30 tahun lagi hidup tanpa kaki. Bagimana dengan seorang ibu yang kehilangan 4 orang anaknya sekaligus dalam satu kemalangan baru-baru ni. Inilah aturan Allah untuk manusia yang kita tak tahu sekarang.

Jadi, janganlah mendabik dada dan berbangga dengan apa yang kita miliki sekarang. Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja pinjaman ini. Ingat, Allah boleh tarik mana-mana bahagian tubuh badan kita jika dikehendakiNya. Ia sangat mudah, apatah lagi apa yang kita miliki seperti ahli keluarga, anak, harta dan lain-lain. Sekali lagi, itulah lumrah hidup kita semua sebagai seorang hamba. Matlamat kita bukan itu, tapi redha Allah untuk ke syurga,Wallahua’lam.



Nota kaki : Tunggu aku update full entry majlis ni nanti ye.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Hafiz & Aisyah, Kepong

Bismillahirrahmanirrahim


Hampir setiap minggu semasa shoot majlis nikah aku dengar khutbah dari Tok Kadi. Baru-baru ni aku ada rasa sedikit kelainan dalam khutbah yang disampaikan. Oleh kerana sekarang terlalu banyak penceraian berlaku, rupanya MAIS dah arahkan Tok Kadi di seluruh Selangor bagi sedikit tazkirah sebelum membaca khutbah nikah. Tujuannya supaya peringatan tersebut sampai kepada pengantin dan juga hadirin yang hadir pada waktu tersebut.

Aku teringat satu laporan dari kajian yang dijalankan di Malaysia sebelum ini. Penceraian paling banyak berlaku dalam 4 fasa. Pertama,tempoh 1-3 tahun berkahwin. Kedua, 5-8 tahun kahwin. Ketiga,masa umur 40-50 tahun dan yang terakhir ketika di usia emas. Setiapnya ada sebab berbeza. Secara ringkas, fasa pertama tu biasalah proses baru berkenalan, fasa kedua sebab anak & kewangan, fasa ketiga sebab isteri dah menopause(tidak mahu hubungan kelamin) dan fasa keempat sebab faktor usia. Hati2 dalam fasa ini.

Kali ni aku nak update majlis wedding Khairul Hafiz aka cot dan Aisyah yang berlangsung di Kepong. Cot ni adalah sahabat baik aku yang selalu bantu aku dalam job wedding. Kalau sebelum ni dia ambik gambar je, baru tau rasanya jadi pengantin:) Barulah tahu rupanya dia pemalu depan kamera,haha.

Atas permintaan pengantin aku hanya upload gambar yang diluluskan,hehe.

Mula-mula Cot lagilah taknak taruk gambar langsung kat sini:) Tapi aku minta juga,hehe. Bukan apa, kekadang penting juga kita letak gambar kahwin walaupun sikit sebab dalam Islam pun kita kena hebahkan perkahwinan kita supaya tidak berlaku fitnah. Jadi kawan-kawan yang jarang berhubung dan tidak dijemput tu bolehlah tahu mereka dah berkahwin. Takdelah cakap bukan2 bila nampak bonceng motor sama2:)

Apapun aku doakan semoga ikatan yang terjalin berkekalan bahagia hingga ke syurga. Ucapan ‘Aku Terima Nikahnya..’ oleh seorang lelaki itu menjadikan hubungan lelaki-perempuan itu halal dan merubah hukum agama yang sebelum ini haram bagi keduanya. Tanggungjawabnya besar dan setiap yang dilakukan bersama merupakan satu perkara baru yang memberikan implikasi pahala dan dosa. Selamat berbahagia sahabat!! Wallahua’lam.


Nota kaki : Sepanjang minggu ni aku xde sebab berkursus di luar. Insyaallah jumpa lagi next week.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Farehah & Irfan, Dengkil

Bismillahirrahmanirrahim


Pagi tadi aku check jadual untuk aktiviti untuk minggu2 selepas ni. Terdetik dalam hati “Dah bulan September rupanya. Cepatnya masa berlalu!“.

Tiba-tiba teringat tazkirah dari Ustaz Pahrol beberapa hari lepas tentang mengingati kematian.

Ramai antara kita bagitau dan bercita-cita mahu masuk ke syurga. Tapi dalam masa sama ramai juga yang tak mahu mati. Cuba bagitahu saya bagaimana nak masuk syurga kalau kita tak mati?

Memang rasa terpukul dengan kata-kata beliau. Sebenarnya bagi aku orang yang takut mati ni adalah orang yang tak yakin amalannya cukup untuk selamatkan mereka di akhirat. Jujurnya ini termasuklah aku. Mudah-mudahan kita dengan sedikit ingatan pagi ni dapat luruskan semula hala tuju hidup kita. Sekurang-kurang kita tahu kita akan dibungkus kain kafan, dimasukkan dalam kubur dan ditinggalkan keseorang bawah tanah. Ia pasti cuma masanya belum tahu.

Kani ni aku nak update full entry majlis persandingan Farehah & Irfan ni. Jumaat lepas aku hanya sempat update sesi outdoor mereka ni.


Semua gambar outdoor ni diambil di Paya Indah, Dengkil. Rasa bangga plak kampung aku ada tempat cantik camni,hehe. Untuk pasangan Farehah & Irfan, tahniah diucapkan:) Semoga ikatan yang terjalin ni berkekalan bahagia hingga ke syurga nanti. Pakat hidup baik-baik. Mohon maaf kalau ada salah silap sepanjang shoot bersama. Jumpa lagi dalam entry akan datang.


Nota kaki : Untuk makluman sekali lagi slot wedding aku sehingga Mac 2013 telah penuh. Aku sekarang ambil tempahan untuk bulan-bulan selepas itu. Terima kasih atas sokongan semua. Barakallah.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Tentang Usrah

Bismillahirrahmanirrahim


Masa aku singgah di sebuah masjid di Shah Alam baru-baru ni aku ternampak satu halaqah pelajar universiti sedang buat aktiviti usrah bersama. Tiba-tiba aku teringat geng usrah masa belajar dulu. Rindu sangat suasana itu. Usrah ni biasanya dibuat secara berkumpulan 6-7 orang pelajar dan diketuai oleh pelajar senior yg dikenali sebagai naqib (lelaki) atau naqibah (perempuan).

Secara asasnya, naqib ni akan nasihatkan tentang kebaikan, baca buku-buka agama, tafsir Al-Quran dan bincang isu semasa. Selalunya setiap minggu akan buat usrah di bilik ahli-ahli usrah bersilih ganti. Memandangkan naqib aku dulu Abg Khairul adalah geng tabligh, maka kitorang ahli usrah beliau pun ikut keluar 3 hari setiap bulan. Aku akui tidak semua perkara aku setuju dalam aktiviti yang dijalankan tapi ukhuwah dan suasana belajar ilmu tu memang sukar nak diperolehi lagi sekarang.

Ni entry yang aku akan update dalam masa terdekat insyaallah.

Farehah & Irfan, Dengkil


Hafiz & Aisyah, Kepong


Sebenarnya bila dah berada di dunia luar dan telah berkeluarga, kita bebas tentukan aktiviti yang kita lakukan tanpa halangan dari sesiapa. Bukan macam zaman sekolah yang perlu dipaksa utk mengikuti pelbagai program waima program berunsur kebaikan. Sekarang, kalau kita arahkan hidup kita mencari ilmu-ilmu agama dan menyumbang ilmu kepada masyarakat, tiada manfaat jelas yang kita perolehi sekarang. Tapi insyaallah ia jadi bekalan besar hari akhirat kelak.

Kita boleh memilih untuk hidup dalam kawasan perumahan yang sunyi, tenang dan tidak bermasyarakat. Atau kita pilih hidup di kawasan yang mempunyai ukhuwah yang baik dan komuniti yang mempunyai interaksi sosial yang tinggi. Pemilihan tersebut sudah pasti memberi kesan kepada cara kita berfikir dan bersosial sehingga akhir hayat kita kelak. Wallahua’lam.



Wassalam.


Nota kaki : Tahniah kepada sahabat baik dan assistant photographer aku yang selamat diijabqabul minggu lepas ni:) Semoga hidup dalam lindungan Allah sentiasa,amin.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Majlis Pernikahan Farehah & Irfan, Dengkil

Bismillahirrahmanirrahim

Ketika aku tulis entry ni Syawal tinggal lagi 6 hari je lagi. Cukup-cukup untuk orang yang belum berpuasa 6 untuk dapatkan pahala seakan berpuasa selama setahun. Tapi aku percaya cabarannya lebih besar sebab masa ni lah banyak jemputan untuk jamuan raya sama ada di ofis-ofis ataupun di rumah sahabat-sahabat lain. Setiap tahun pun menghadapi masalah yang sama tapi berapa ramai yang xambil pengajaran. Aku cakap untuk diri aku sebenarnya :)

Kali ni aku update majlis pernikahan pasangan Farehah & Irfan yang diadakan di Paya Indah Wetland, Dengkil. Sebenarnya kampung aku memang tak jauh dari sini tapi aku tak pernah pun masuk,hehe. Macamlah pusat peranginan lain, kalau tanya orang yang duduk dengan Pantai Morib aku rasa ada yang dah 10 tahun xpergi walaupun duduk 2km dari pantai tu. Orang yang jauh-jauh dah sampai yang dekat tak pergi lagi. Eh layan dulu majlis pernikahan mereka ni sebelum aku bertambah mengarut.


Keluarga Farehah ni sebenarnya berasal dari Kelantan tetapi mereka dah menetap lama kat sini. Jadi saudara mara yang datang semua kecek kelate lah:) Sampai aku kena ingatkan diri aku beberapa kali yang aku berada di Dengkil bukan di Kota Bahru,hehe. Keluarga Irfan pula datang dari Hulu Langat yang kebanyakkannya cakap Nogori. Memang bestlah bila berborak:) Oleh kerana ada masa lagi selepas nikah aku shoot sikit outdoor kat dalam Paya Indah Wetland tu.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Semoga ikatan yang terjalin ini diberikan rahmah dan mawaddah oleh Allah dan ia berkekalan bahagia hingga akhir hayat,amin. Tunggu entry majlis persandingan mereka pula selepas ini ye. Wallahua’lam.


Nota kaki : Minggu ni sahabat photographer aku nak kahwin. Aku harap dia tak kaku bila kena shoot nanti,haha.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Dr Iskandar Mirza & Dr Norain, Dewan Perdana Felda

Bismillahirrahmanirrahim


Fuh, lamanya aku bercuti raya:) Sampai tak update blog dah lama. Mudah-mudahan pahala amalan kita di bulan Ramadan diterima Allah dan ibadah serta kebaikan yang dilakukan dapat istiqamah sampai bila-bila, amin. Alhamdulillah masa Ramadan lepas aku dapat kurangkan berat badan sampai 7kg sebab selalu jogging sebelum berbuka puasa. Tapi macam biasa, baru seminggu raya rasa macam dah kembali ‘normal’, hehe.

Alhamdulillah, jadual aku hingga akhir tahun ni dah penuh dengan tempahan majlis wedding. Terima kasih atas sokongan sahabat semua, barakallah. Jadi insyaallah aku akan kerap update majlis perkahwinan sahabat-sahabat kita ni. Aku mulakan dengan pasangan Dr Iskandar Mirza dan Dr Norain yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Sejak aku shoot wedding rasanya ni dah kali ke 5 aku ambil gambar kat tempat ni. Layan sikit majlis mereka ni.


Memandangkan Dr Iskandar dan Dr Norain ni bertugas jauh iaitu di pantai timur dan negeri Sabah sana, jadi masa majlis tersebut merupakan kali pertama kitorang berjumpa. Tapi tiada masalah untuk bekerjasama dengan baik sebab diaorang ni memang sangat sporting dan berikan kerjasama yang baik.

Tahniah kepada kedua pasangan ini. Mudah-mudahan urusan untuk dapat bertugas bersama dipermudahkan:) Aku doakan semoga pasangan ini diberikan mawaddah dan rahmah dari Allah dan hubungan yang terjalin berkekalan bahagia hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,amin. Terima kasih kepada 2 orang sahabat aku iaitu Zakuan Hassan dan Afrizal Aminin yang membantu aku sepanjang majlis ini berlangsung. Insyaallah kita jumpa dalam entry akan datang. Wallahua’lam.


Nota kaki : Jangan lupa berpuasa 6 pada bulan Syawal. Bila lagi nak rasa kelebihan berpuasa sepanjang tahun :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Eid Mubarak semua :)

Bismillahirrahmanirrahim




AllahuAkbar! AllahuAkhbar! AllahuAkhbar!

Sebenarnya agak berat aku nak buat entry pasal Syawal ni sebab Ramadan pun masih berbaki 3 hari ketika aku menulis entry ini. Mood Ramadan memang masih kuat dan rasa xnak tinggalkan Ramadan. Aku rasa Ramadan kali ni agak meriah dari segi sambutan dan penghayatannya. Semoga semua amalan kita pada bulan Ramadan ini diterima oleh Allah dan dapat jadikan kita semua insan yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga kita semua dapat berjumpa Ramadan akan datang,amin.

Dikesempatan ni, aku juga ingin memohon kemaafan atas segala kekhilafan, kesilapan dan kelemahan aku sama ada disengajakan ataupun tidak. Sebagai insan aku memang tidak lepas dari melakukan dosa-dosa. Aku maafkan semua kesalahan sahabt-sahabat semua. Selamat menyambut lebaran kepada semua pengunjung blog ini. Mari sama-sama kita banyakkan bertakbir pada hari raya ini. Ziarahilah saudara mara dan sahabat-sahabat kita semua. Semoga kita semua selamat di jalan raya sepanjang musim perayaan ni,amin.


Wassalam.


Nota kaki : Insyaallah tahun ni aku beraya di kampung wife di Bagan Datoh, Perak. Sapa area sana bolehlah bagitau untuk aku singgah makan kuih raya ye:)


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe