Amalina & Shidi, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

shidi1

Seringkali yang disangka musibah sebenarnya ia bukanlah musibah langsung, bahkan satu anugerah yang sangat besar dan indah.

Kata mereka yang telah ‘merasainya’:

Penjara itulah yang telah membebaskan aku dan menjadikan aku orang yang baik.
Penghinaan itulah yang telah menyedarkan aku tentang kesombongan aku selama ini.
Kepahitan dan kegagalan itulah yang telah menyembuhkan aku.
Dan dosa-dosa itulah merendahkan keangkuhan aku.
Justeru, jangan terlalu gundah bila dilanda musibah. Kerana di sebaliknya ada Jannah. InsyaAllah.

shidi2 shidi3 shidi4 shidi5 shidi6 shidi7 shidi8 shidi9 shidi10 shidi11 shidi12

Wallahua’lam.

Adnin & Khadijah, Sungai Serdang, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

adnin1

Aku nak kongsi sedikit tazkirah yang mengetuk hati aku tempoh hari. Kata ustaz, kehilangan harta, kuasa, cinta dan kasih-sayang manusia adalah kecil berbanding kehilangan sifat syukur. Tanpa syukur kita akan kehilangan segalanya.

Kata ustaz lagi, hari kematian kita merupakan hari yang terbesar dan dahsyat daripada semua kegembiraan dan kenikmatan yang kita nikmati di dunia ini. Sebab tu bila diuji dengan ujian yang berat dan menyakitkan, kena ingat tentang mati.

Akhirnya semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman dan ujian semata. Akhirat nanti kita semua akan hidup selamanya.

adnin2adnin3adnin4adnin5adnin6adnin7adnin8adnin9adnin10adnin11

Wallahua’lam

Asryn & Yusri, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

shidi-2

Terima kasih Allah kerana berikan nikmat iman kepada kita semua. Nikmat keluarga yang mendamaikan hati dan sahabat yang selalu mengingatkan kepada kebaikan.

Dalam kuliah baru-baru ini, ustaz bagitau seorang sahabat yang baik akan menjadikan kita lebih hampir dengan agama. Sebab itu, jika perasaan kita tidak tenteram dan selalu gelisah, selain mendekatkan diri kepada Allah kita sebenarnya perlu mencari lingkungan kawan baru.

shidi-3shidi-4shidi-5shidi-6shidi-7shidi

Kumpulan kawan-kawan yang selalu berbicara perkara baik-baik. Tidak membesarkan dirinya ataupun mengata orang lain. Ia boleh dilakukan dengan menukar lingkungan kawan yang negatif sama ada di sekeliling kita mahupun di sosial media (unfriend/mute). Kita yang kawal newsfeed di Facebook, timeline di Twitter dan feed di Instagram. Carilah kawan yang baik-baik. Ia mempengaruhi kehidupan kita tanpa kita sedar.

Wallahua’lam.

Sendiri-sendiri

Bismillahirrahmanirrahim,

payat

Hidayat & Fatiha, Cyberjaya

Orang kampung itu rumahnya jarak-jarak tetapi mereka selalu bertegur sapa dan rapat hubungannya. Walau di hujung kampung masih kenal anak isterinya.

Orang bandar kadangkala berkongsi satu dinding dengan jiran sebelah. Tetapi kadangkala tidak bertegur sapa sehingga berbulan-bulan lamanya. Jangankan hujung taman, anak jiran sebelahpun mungkin tidak kenal namanya.

Masjid dan surau sahaja peluang terbaik untuk bersilaturrahim selepas selesai ibadah setiap hari. Itupun ramai yang jarang pergi. Tapi itulah gambaran masa depan negara kita yang suka hidup sendiri-sendiri.

Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim.

Liyana

Illiyana & Hafidz, Bukit Jelutong Shah Alam

Bukan bahagia yang membuatkan kita bersyukur. Tetapi dengan bersyukurlah kita dapat rasa bahagia.
Kebahagiaan bukan terletak pada status dan gambar-gambar yang kita kongsi di sosial media. Tetapi ia dirasai dalam jiwa. Ia menerbitkan rasa syukur yang dalam atas nikmat tersebut kepada pencipta.

Liana & Adib, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

liana

Kali ni aku nak update sikit outdoor pasangan Liana & Adib yang dilaksanakan di Jalan Kebun, Shah Alam. Liana ni adik kepada sahabat baik aku Saipi. Dulu masa Saipi dan Dr Yuhanis kahwinpun aku yang amik wedding diaorang,hehe.

Terima kasih kerana percaya untuk gunakan perkhidmatan aku.

liana1
liana2
liana3
liana4
liana5
liana6
liana7
liana8
liana9
liana11
liana12
liana14

Semoga Allah berikan kebahagiaan kepada kedua pasangan ini, amiin. Sentiasa dalam mawaddah dan rahmat daripada Allah, amiin.

Diana & Azizi, Masjid Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim,

diana

Hidup ini tidaklah selalu indah. Warna warni kehidupan dilukis oleh takdir tanpa dipinta. Namun ketabahanlah yang akan menyebabkan kita menikmati hidup seadanya. Kerana apa? kerana dunia ini hanya sementara dan begitulah jua dengan ujiannya.

Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana. Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak. Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada tangisan dan senyuman. Tuhan tidak pernah jemu dengan manusia, lalu Dia sentiasa mengujinya.

Update outdoor majlis pernikahan Diana dan Azizi yang dilangsungkan di Masjid Shah Alam. Sekarang memang sudah trend selepas majlis nikah terus majlis. Takde majlis sanding. Dah beberapa pasangan pengantin aku shoot camtu sejak beberapa tahun ini.

diana1
diana3
diana4
diana5
diana6
diana7
diana8
diana9
diana10
diana11

Majlis yang cukup ringkas dan insyaallah menepati syariat agama kita. Inilah sebenarnya yang patut diikuti oleh pasangan remaja yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk mengadakan satu majlis yang besar dan gemilang seperti pasangan lain.

Semoga ikatan yang dijalinkan berkekalan bahagia sampailah ke syurga, amiin.

Wassalam.

Satu Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim,

Mat Nor & Ayien, Putrajaya

Mat Nor & Ayien, Putrajaya

Hidup kita ini ibarat satu perjalanan yang panjang. Kemudian kita berhenti sejenak di bawah sepohon pokok yang rendang (dunia).
Mahu tidak mahu kita akan teruskan perjalanan tersebut juga.

Kerana tempat itu bukanlah tujuan perjalanan kita tadi. Hanya persinggahan. Kita akan membawa bekalan amalan yang akan kita tuai pada akhir perjalanan nanti.