Persepsi negatif ustaz terhadap zakat

Bismillahirrahmanirrahim


Sekarang aku kerja di sebuah institusi zakat. Tapi jujur aku katakan walaupun dulu aku bersekolah di sekolah agama, tapi pengetahuan tentang ibadah zakat ni sangatlah cetek. Malah masa aku masuk sini aku ingat institusi zakat ni hanyalah bertugas untuk kutip zakat fitrah sahaja. Aku ingat kutipan zakat fitrah tu boleh cover fakir miskin di seluruh negara. Pahadal kutipan zakat fitrah sbnrnya tak sampai 5% kutipan keseluruhan zakat. Jahil betul masa tu.

Teaser Ella & Pea, Shah Alam.


Sebenarnya aku nak bagitau, ramai lagi orang macam aku di luar sana. Termasuklah orang yang dipanggil ustaz dan orang akademik. Aku dah banyak kali dengar ceramah agama di masjid-masjid yang memberikan fakta yang salah tentang ibadah zakat. Memang mereka banyak ilmu dalam bidang feqah, tauhid, tasauf, muamalat dsb tetapi ramai yang tidak arif tentang ibadah zakat apatah lagi perjalanan institusi zakat di negara kita.

Ada antara mereka masih lagi mempertikaikan kewajipan zakat pendapatan dan perkara remeh lain yang sebenarnya telah dibincangkan panjang lebar dan diputuskan kewajipannya oleh ulama’ di seluruh dunia. Aku juga pernah menghadiri pembentangan kertas kerja yang sangat mantap dalam satu seminar tentang ekonomi negara. Kagum dengan pembentangnya. Seorang professor dari sebuah universiti tempatan. Tetapi dalam ucapan penutupnya beliau komen tentang institusi zakat yg bagi aku sangat prejudis dan dangkal bagi orang akademik seperti beliau. Beliau menggesa supaya institusi zakat diaudit sebelum orang ramai bayar kepada mereka. Sesuatu yang telahpun dilakukan sejak penubuhan institusi zakat di seluruh Malaysia 15-20 tahun lepas.

Apa yang aku cuba sampaikan, kadangkala batasan ilmu kita terhad terhadap kepakaran dan apa yang kita belajar. Bila orang berpengaruh seperti ustaz dan pensyarah berkata sesuatu yang silap sebab kekurangan maklumat, mereka harus bertanggungjawab terhadap persepsi orang ramai. Contohnya kalau sebab ilmu mereka yang terhad itu mereka menyebarkan sesuatu yang menyebabkan orang tidak membayar zakat, merekalah yang harus menanggung dosa orang tersebut.

Maaf, aku agak emosi kali ni. Sebab sekali lagi aku dengar ceramah agama seperti ini tadi. Dalam era informasi dihujung jari, semua maklumat boleh diperolehi dengan mudah. Masih ada lagi orang yang jadikan modal ceramah benda yang tidak betul. Padahal beliau selalu dilihat reply facebooknya. Untuk akhirnya, jangan sebarkan benda yang kita tidak jelas maklumatnya. Dikhuatiri tanpa sedar kita sebarkan satu fitnah. Kita yang terima maklumat pula kena lebih bijak menapisnya untuk membuktikan kita seorang yang berilmu. Wallahua’lam.





Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Nashriq & Emy, Bandar Baru Bangi

Bismillahirrahmanirrahim


Tadi selepas baca yasin, ada satu tazkirah ringkas dari sahabat baik aku. Beliau baru pulang dari tanah suci Mekah selepas dekat 2 bulan bertugas dengan Tabung Haji sebagai pembimbing haji. Katanya, berbicaralah perkara kebaikan dan berguna kepada orang lain ataupun mendiamkan diri sahaja. Kerana diam itu jauh lebih baik dari berkata perkara yang kita tak tahu ataupun tidak memberi manfaat. Ingatlah kiri dan kanan kita ada penjaga yang mencatit kebaikan dan keburukan setiap tutur kata kita. Sesuatu yang selalu kita lupa.

Majlis kali ini ialah majlis bertandang pasangan Nashriq & Emy yang berlangsung di Bandar Baru Bangi. Mereka sebenarnya dah bernikah beberapa bulan sebelum ni. Alhamdulillah rezeki mereka mengadakan majlis kahwin awal, Emy dapat berpindah berhampiran dengan Nashriq di sini :) Layan sikit majlis diaorang ni ye.



Sesi outdoor kitorang buat di dalam UPM sebab diaorang ni bekas student dan staff UPM. Masa abis shoot kat satu tempat tu, kereta aku terperangkap dalam tanah lembut. Sebab masa tu baru lepas hujan. Nasib baik ada ramai member-member Nashriq yang follow. Dapatlah tolak kereta aku ramai2,hehe. Terima kasih kat korang semua. Oh lagi sorang sahabat aku yang datang tengok aku shoot ni Khairul Hafiz yang tolong tolak kereta gak,haha


Tahniah untuk korang berdua ye. Terima kasih juga kepada keluarga Nashriq atas layanan dan kerjasama yang baik sepanjang majlis ni berlangsung. Mohon maaf sekiranya terdapat salah silap ye. Ofis aku sekarang ada melakukan rombakan yang agak besar sebagai memantapkan lagi organisasi pada masa akan datang. Perubahan biasanya memerlukan masa untuk sesuaikan diri dan banyak benda baru kena belajar.

Walaupun aku tidak terlibat dalam pertukaran tersebut tapi sebagai kakitangan aku perlu menyahut cabaran tersebut demi kebaikan organisasi ini. Tapi komitmen aku untuk memberikan yang terbaik kepada setiap pelanggan aku tidak pernah berkurangan :) Ia sesuatu yang seronok yang aku suka lakukan sejak dulu lagi. Insyaallah ia akan berterusan sehingga kudrat aku masih kuat. Wallahua’lam.


Nota kaki : Sudahkan korang bersihkan harta korang dengan berzakat untuk pendapatan tahun ni. Boleh bayar secara online kat sini : BAYAR ZAKAT ONLINE



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Iwan & Fida, Kuala Lumpur

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam besday Sultan Selangor. Jadi semua kat Selangor dapat cuti. Dapatlah aku balik kampung sekejap jumpa mak ngan abah. Pastu tengok2 kebun dan lembu. Kebun pokok naga dah diratakan utk tanaman baru. Kat kampung sekarang tengah rancak cerita pasal bantuan RM500 dari kerajaan tu. Ada juga yang dikesan menipu sampai ada seorang isteri palsukan status cakap ibu tunggal padahal suaminya masih ada lagi, Subhanallah.

Memang orang yang kebanyakkan macam kita ni tak kisah sangat dengan duit RM500 tu. Tapi bagi mereka ia memang sangat bermakna. Rasanya lebih separuh penduduk kampung aku mohon bantuan tu. Jadi janganlah kita berkata macam2 kat mereka seperti yang aku baca kat status-status di facebook. Dah dibiasakan sangat dengan kemewahan duit mak bapa sampai rasa boleh kutuk kemampuan kewangan dan rezeki orang lain.

Kali ni aku update sambungan entry lepas iaitu majlis persandingan pasangan Iwan & Fida. Majlis diaorang diadakan di Dewan JKR berhampiran dengan rumah diaorang. Sebenarnya ada pasangan lagi satu iaitu abang kepada Fida yang melangsungkan majlis pernikahan lebih awal. Tapi aku hanya shoot pasangan Fida & Iwan ni sahaja sebab diaorang ada team photographer mereka sendiri. Untuk makluman baju dan make-up diaorang ni dari Rumah Kebaya iaitu perniagaan isteri kepada sahabat photog dan sifu aku Ahmad Fairuz.


Sesi outdoor kitorang buat kat tepi Taman Tasik Perdana. Nasib baik hujan sempat berhenti sebelum maghrib. Sempatlah nak shoot sedikit. Kitorang jumpa satu rumah tinggal kat tepi tu dan shoot kat area situ je. Akupun tak tahu rumah apa, entah2 ada orang tengok kitorang shoot dari dalam,hehe.


Untuk akhirnya tahniah kepada kedua pasangan yang ceria ni. Semoga Allah limpahkan rahmat sepanjang masa kepada mereka berdua. Semoga ikatan yang terjalin juga berkekalan hingga akhir hayat dan seterusnya ke syurga,amin. Mohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang 2 hari bekerjasama ye korang :)



Nota kaki : Aku dah tak available hingga April 2012 sekarang. Semua yang book dah letakkan deposit pada tarikh tersebut. Terima kasih atas semua pertanyaan. Aku sangat2 hargainya.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Dakwah Seorang Jurugambar

Bismillahirrahmanirrahim


Salah satu perkara yang aku selalu buat bila selesai shoot satu majlis nikah ialah mendoakan kedua pasangan pengantin tersebut. Aku percaya ia beri aku satu semangat dan dapat menjadikan majlis tersebut lebih berkat. Memang ia cuma majlis biasa. Tetapi dalam agama kita, ia memberi makna dan maksud yang sangat mendalam kepada hubungan yang menjadi halal dengan lafaz pernikahan tersebut. Hubungan yang membawa seorang manusia mudah ke syurga sekiranya hak dan tanggungjawab dilaksanakan dengan baik.

Teaser Nashriq & Emy, Bandar Baru Bangi.



Dalam tazkirah yang aku dengar sebentar tadi, ustaz mempersoalkan kalau kita mati hari ini dan ditanya apa sumbangan kita kepada agama Islam, apa jawapan kita? Semua terdiam. Sebenarnya cara termudah kita sebarkan kebaikan kepada orang lain adalah semasa kita bekerja seharian. Tidak perlu menilai dan menghakimi penerimaan orang. Sebagai seorang muslim setiap dakwah yang dilakukan walaupun kecil pasti ada nilai disisi Allah.

Aku tahu ramai jurugambar dipandang serong oleh sesetengah orang. Terutamanya bila beliau memaparkan gambar yang menyalahi tatasusila dan norma kita sebagai seorang muslim. Kalau tanya aku, kita doakanlah yang terbaik untuk mereka. Aku percaya gambar yang menggambarkan detik-detik kebahagiaan yang dirakam tanpa melanggar batasan syariat akan jadi pengerat kasih sayang pasangan tersebut pada masa akan datang.

Ketika hubungan menjadi dingin ia mampu hangatkan kembali kasih sayang. Ia juga dapat merangsang kebahagiaan keluarga bila melihat dan mengenangnya bersama-sama kelak. Kalaulah gambar tersebut jadi penyebab rumahtangga tersebut lebih baik, mungkin ada ‘bahagian’ untuk aku. Aku memang bukan orang yang layak dan baik untuk memberi nasihat kebaikan kepada semua. Jauh sekali nak bercakap dihadapan ramai orang. Mungkin ni sumbangan kecil yang aku boleh bagi melalui sedikit kemahiran yang aku ada. Wallahua’lam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Nikah dan Berinai Iwan & Fida

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam aku berkesempatan melawat asnaf yang berjaya keluar dari kemiskinan hasil dari bantuan zakat. Ada diantara mereka yang dulunya sangat daif hingga hanya makan nasi sekali sehari berlaukkan garam. Subhanallah. Ini bukan cerita 30 tahun dulu tapi 2-3 tahun lepas. Sekarang ada antara mereka mempunyai pendapatan jauh lagi banyak dari aku. Rezeki Allah ni dah ditentukan di Lauhul Mahfuz sblm kita lahir lagi. Sama ada kita bersabar atau tidak dengan ujian dari Allah tersebut.

Kali ni aku nak update majlis pernikahan dan malam berinai pasangan Fida & Iwan di Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Diaorang ni memang pasangan yang sangat ceria:) Seronok bekerjasama dengan mereka. Majlis diadakan di rumah Fida selepas solat Asar. Sedikit gambar sekitar majlis tersebut yang sempat aku kongsi. Oh lupa, mas kahwin diaorang ni Iwan kumpul menggunakan duit syiling tau. Aku rasa mas kahwin paling berat kat Malaysia kot,hehe.



Selain pasangan yang ceria diaorangpun sebenarnya gila2 juga :) Selepas majlis nikah, malam tu ada majlis berinai pula. Diaorang pakai baju kuning diraja. Aku rasa kalau malam2 pakai warna kuning ni memang menyerlah betul. Aku nak kongsi sikit je baju mereka ni masa pose dalam bilik dengan gaya mereka yang tersendiri,haha.


Alhamdulillah majlis tersebut berjalan lancar. Rasanya dah hampir setahun aku tak amik majlis malam berinai. Memandangkan kerja-kerja aku yang sangat banyak sekarang aku tak dapat kongsi lebih banyak gambar buat masa ni. Nasib baik style photography aku ni takdelah memerlukan banyak editing yang mengambil masa lama untuk proses satu-satu gambar. Kalau tak mungkin aku upload satu dua gambar je setiap pengantin,hehe. Semoga semua sahabat2 semua dilindungan dan dirahmati Allah sepanjang masa, amin. Tunggu majlis sanding diaorang pasni ye. Wallahua’lam.


Nota kaki : Kekadang bila cepat penat baru aku tahu yang aku ni semakin berumur. Sedar diri sikit :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Asri & Fiza, Bukit Changgang

Bismillahirrahmanirrahim


Sepanjang aku ambil gambar wedding 3 tahun lepas aku tak pernah lagi ambil job di sekitar kampung halaman aku, Bukit Changgang. Memang aku mula belajar ambil gambar dengan photographer area sana tapi sebagai hormat kepada guru-guru aku tersebut, aku berusaha tidak masuk ke ‘kawasan’ mereka. Tidak, mereka tidak pernah syaratkan begitu tapi aku yang tetapkan syarat tu untuk diri aku sendiri.

Majlis kali ni adalah kali pertama aku shoot di Bukit Changgang sebab beliau adalah sepupu aku. Ni juga kali pertama majlis kahwin diadakan di rumah baru family wak aku ni:) Beliau nikah pada tarikh 11.11.11 dan ini merupakan majlis bertandang. Kalau dah amik gambar kat kampung sendiri sudah tentu ramai orang yang kenal aku time rewang tu. Bagus juga sebab senang kerja aku nak shoot diaorang semua :)


Untuk sesi outdoor aku ada beberapa tempat yang aku dah survey dan idam-idamkan kat kampung aku tu. Tetapi hujan tak mengizinkan. Baru shoot gambar tak sampai 5 minit hujan turun lebat sangat2. Tak berani nak teruskan sebab petir sabung menyabung. Tak pasal2 nanti masuk berita kat Sinar Harian 3 orang termasuk pengantin kena petir,hehe. Last-last pergi ke putrajaya je walaupun hari dah lewat. Tahniah kepada kedua pengantin yang dirai.

Bulan Disember ni aku sangat bizi sama ada kerja-kerja di ofis ataupun shoot wedding. Kaunter zakat dibuka 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember. Kalau tak shoot wedding aku kena bekerja juga untuk pastikan kelancaran kutipan zakat di kaunter-kaunter. Sejak bulan lepas sampai bulan Januari 2012 nanti aku akan bekerja setiap hari. Doakan semoga kesihatan aku baik-baik je:) Walaupun tak dapat update banyak2 tapi aku akan cuba kerap update blog ni, insyaallah. Wallahua’lam.


Nota kaki : Kalau ada apa-apa pertanyaan berhubung kutipan ataupun agihan zakat boleh tanya aku sama ada melalui ruangan komen ataupun mail ye. Insyaallah mana yang tahu aku akan kongsi.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Kenangan Berkhatan

Bismillahirrahmanirrahim


Antara kenangan cuti sekolah yang aku tak dapat lupa sampai sekarang ialah kenangan masa berkhatan. Biasanya musim cuti sekolah jadi pilihan sebab boleh ‘rehat’ agak lama:) Dulu aku berkhatan dengan budak kampung beramai-ramai. Beberapa minggu sebelum cuti sekolah, budak2 yang berkhatan ni berlagaklah kat sekolah sebab kitorang dah nak masuk geng orang dewasa. Boleh solat kat saf orang dewasa kat surau dan dapat pakai kain pelikat. Lagipun orang cakap kalau dah berkhatan baru boleh ada makwe. Itulah yang kuatkan semangat nak berkhatan,haha.

Teaser Iwan & Fahida, Kuala Lumpur.


Tapi berlagak tu cuma bertahan sampai abis sekolah je. Bila start cuti sekolah risau gila!! Fikir macam2. Rasa macam boleh mati je bila bersunat tu. Sebab dulu-dulu berkhatan bukan macam sekarang, 10 minit dah selesai. Takde thrill. Dulu ada tok mudim. Tok mudim mesti ada misai pusing yg buat diaorang garang. Pisau tok mudim tu macam parang kecik. Pastu kena duduk kat atas batang pisang. Salah potong boleh hilang ‘semua’. Ngeri bila fikir!!

2-3 hari sebelum sunat abah bagi mandi perigi ngan parit. Katanya boleh lembutkan kulit dan kurangkan pendarahan. Punyalah suka dapat mandi parit. Sebab kalau hari biasa mau kena rotan kalau mandi parit. Sebab tu kalau mandi parit bogel. Takut mak tau baju basah,hehe. Malam tu aku doa macam2. Abah aku plak cerita masa abah kecik2 dulu, ada budak yang nak sunat tu naik atas pokok kelapa sampai sehari taknak turun. Tapi aku takdelah takut camtu. Cuma bila tok mudim datang rumah aku, aku suruh adik aku sunat dulu je,haha.

Akupun tak tengok langsung masa ‘kerja’ sunat dilakukan. Tau tau dah selesai. Pastu selama 2 minggu terpaksa pakai kain sarong. Jalan kengkang je. Dulu2 diaorang ada skill taknak pegang kain sepanjang masa. Gunakan sabut kelapa masuk lipatan kain. Aku tak tau korang boleh bayangkan ke tak. Malam-malam terpaksa tido kat ruang tamu ngan adik aku. Abah akan ikat kain area tempat ‘tu’ kat bahagian alang-alang rumah. Aku nak tido mengiring pun susah.

Banyak lagi perkara menarik masa berkhatan seperti makan macam orang bersalin, dapat duit dan sebagainya. Tapi paling best, bila masuk sekolah balik aku boleh bangga dengan kawan2 lain. Satu sebab utama selain dah bersunat ialah dapat pakai seluar dalam yang tak pernah aku pakai sebelum tu,haha :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Minggu ni aku agak bizi. Banyak kerja di kantor. Tunggu full entry majlis-majlis ni ye.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Tazkirah : Abdurrahman bin Auf

Bismillahirrahmanirrahim


Satu hari Abdurrahman bin Auf tiba lewat di Masjid untuk solat Jemaah. Beliau solat masbu’ di belakang makmum lain. Usai solat, Rasulullah menghampiri beliau dan bertanya sebab beliau tiba lewat. Abdurrahman berkata, “Rasulullah, aku sibuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang”. Kemudian ada riwayat mengatakan Rasulullah berkata bahawa Abdurrahman akan dijamin masuk syurga tetapi dalam keadaan merangkak sebab hartanya yang terlalu banyak.

Teaser Syahrul Asri & Norhafizah, Bukit Changgang, Banting.


Mendengar kata-kata Rasulullah itu beliau berasa perlu memperbaiki amalannya lagi. Beliau telah memberikan sumbangan yang sangat besar dari sudut kewangan terhadap perkembangan agama Islam ketika itu di Madinah. Ketika peperangan Tabuk, Islam sangat memerlukan dana dan Abdurrahman memberikan hampir keseluruhan hartanya ke jalan Allah. Sehinggakan Umar berbisik kepada Rasulullah “Mungkin Abdurrahman berdosa sebab tidak meninggalkan sesuatu pun untuk keluarga beliau”.

Apabila ditanya oleh Rasulullah, beliau berkata “Ya Rasulullah. Mereka saya tinggalkan lebih banyak dan lebih baik dari pada yang saya sumbangkan. Iaitu rezeki kebaikan dan upah yang dijanjikan Allah”. Subhanallah. Ternyata sikap pemurahnya itu tidak menjadikan dia miskin. Malah diriwayatkan selepas itu, perniagaannya bertambah maju dan menjadi orang paling kaya di Madinah.

Ujian Allah terhadap manusia ni berbeza-beza. Ujian yang paling susah dan besar sebenarnya adalah ujian kenikmatan. Contohnya kecantikan, tinggi ilmunya, kekayaan berlimpah ruah dan sebagainya. Sebab sikap manusia memang sentiasa berasa kurang dengan nikmat sedia ada. Cubalah bayangkan apa yg kita akan lakukan bila dapat RM1 juta sekarang. Apa kita nak buat? Tiba-tiba kita rasa ia tidak mencukupi walaupun kita belum dapat lagi duit tersebut. Itulah sikap manusia. Wallahua’lam.



Nota kaki 1 : Selamat tahun baru 1433H. Jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun esok ye.

Nota kaki : Ada beberapa IP yg tak dapat buka blog ni kebelakangan ni. Kalau ada bagitau aku ye. Ada masalah sikit kat hosting. Mohon maaf ye.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe