Skuad Jejak Kemiskinan

Bismillahirrahmanirrahim

Doaku Untukmu Sayang (Wali Band)


Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelap dan letih
ini demi kamu sayang

corus:

Aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat corus

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)


Sepanjang 2 minggu ni aku agak bizi kerja di luar. Selain pembinaan sistem baru kat ofis,aku juga terlibat dengan ‘Program Jejak Kemiskinan Bandar‘ yang diadakan di beberapa tempat di kawasan ‘hotspot‘ di Lembah Klang. Biasanya satu hari, seramai 50 orang pegawai zakat turun padang kat kawasan flat, PPRT dan buat bancian kat seluruh penduduk situ. Semua pintu rumah orang Islam akan diketuk dan dibanci.

Setakat hari ni hampir 7,000 buah pintu telah dibanci. Sehari kitorang boleh dapat dekat 1,000 buah rumah. Kemiskinan bandar ni susah nak kesan sebab rumah diaorang sama berbanding kalau kat kampung2. Kalau tak layak kita just ambil maklumat dan kalau layak keluarga tersebut diproses jadi asnaf dalam tempoh 24 tersebut. Ada masa nanti aku ceritakan pengalaman aku membanci diaorang. Kalau korang ada jumpa asnaf ataupun orang susah kat tempat korang boleh call Talian Zakat Selangor di 1-800-88-5353. Nanti pegawai zakat akan datang buat bancian. Wallahua’lam.




Nota kaki : Lately ada beberapa email yang bertanya quotation, masuk spam mail aku. Dalam masa 2 hari kalau aku tak reply sila maklumkan semula ye. Terima kasih.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Nostalgia di asrama

Bismillahirrahmanirrahim


Dulu sepanjang sekolah menengah aku duduk asrama. Masa zaman 90an dulu memang raging tu perkara biasa. Walaupun bersekolah di sekolah agama tapi Land Rover polis datang angkut budak-budak asrama ke balai polis adalah perkara biasa. Sama ada kes ganja ataupun bergaduh sampai patah sana sini. Nampak budak menengah rendah patah gigi perkara normal. Kena belasah time tidurpun dah biasa. Bila jadi camtu kitorang satu batch jadi rapat. Terutamanya masa zaman2 awal tingkatan satu sampai tingkatan tiga.

Gambar lama shoot kat ladang getah.


Masa tu tak ada perbezaan antara kitorang. Makan sama-sama, main bola sama-sama, keluar pekan sama-sama. Seawal tingkatan satu biasanya kitorang kena hafal surah2 lazim. Antaranya surah Yasin, Mulk, Sajadah, Jumaah dan lain2. Kekadang aku sengaja tak hafal sebab tengok member2 lain yang tak hafal kena berlari pusing blok sekolah 10x malam-malam buta. Sebenarnya aku jeles sebab diaorang dapat keluar dari surau dan berlari,hehe. Bila akupun kena keluar dan berlari aku senyum sendiri.

Beberapa hari lepas aku jumpa sahabat lama satu sekolah dulu. Bolehlah dikatakan kehidupan beliau agak susah jika dibandingkan sahabat yang lain. Dalam usia sekarang, aku boleh lihat rezeki masing-masing berbeza-beza. Ada yang sangat mewah hingga pendapatan belasan ribu sebulan hingga yang bawah garis kemiskinan. Ada duduk rumah banglo di tanah sendiri dan ada yang masih duduk dengan family walaupun dah ramai anak. Lingkungan kawan-kawanpun dah berbeza.

Tiba-tiba aku teringat dulu semasa kitorang gelak bersama-sama selepas menang lawan bola peringkat sekolah. Tiada perbezaan status dan tak pernah fikir tentang perbezaan antara kitorang. Sekarang kalau berjumpa, seboleh-bolehnya nak tunjukkan perbezaan kejayaan dan kekayaan. Agaknya hidup ni terlalu mendesak hingga kita terlupa semua rezeki tu Allah yang berikan. Allah boleh tarik mana-mana rezeki bila-bila masa. Alhamdulillah, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.



Nota kaki : Al-fatihah ke atas seniman Ahmad Jais yang meninggal dunia arini. Salah seorang penyanyi kegemaran aku.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Ain & Hanafi, Cheras

Bismillahirrahmanirrahim



Aku ada seorang sahabat yang suka berfalsafah. Dia pandai buat sajak, karang pantun dan bermadah pujangga. Sesuatu yang agak mustahil untuk orang seperti aku. Satu hari ada seorang sahabat lain yang bersedih putus cinta. Tahu apa yang dinasihatkan kepada dia?. “Hidup ni umpama basikal yang bergerak, kita tak boleh berhenti. Nanti tidak seimbang dan jatuh. Berhenti sejenak itu boleh sahaja. Tetapi destinasi kita masih jauh. Tidak akan sampai kalau perjalanan tidak diteruskan..”. Terkesan aku ngan kata-katanya.

Kali ni aku update majlis perkahwinan Ain & Hanafi yang diadakan di Cheras. Dewan ni kat bangunan sebelah stesen LRT Bandar Tun Razak di tingkat 8. Pertama kali aku shoot kat sini. Majlis berlangsung dengan sangat meriah dengan kehadiran ramai tetamu dari kedua belah keluarga. Layan sikit sekitar majlis tersebut.


Kalau amik gambar dewan sekarang kena lebih peka dengan masa sebenarnya. Sebab ada sesetengah dewan memang ‘strict‘ dengan masa sewaan di dewan tersebut. Kalau pukul 4 petang abis sewa diaorang dah matikan sebahagian lampu dan lampu kat pelamin. Susah juga nak shoot gambar bersama saudara mara dan rakan-rakan kalau pelamin dah gelap :) Jadi berhati-hati kepada bakal-bakal pengantin. Rancang sebaiknya.

Masa kitorang nak kuar outdoor, hujan lebat turun. Jadi kitorang decide amik gambar kat sekitar bangunan dewan tersebut sahaja. Untuk sesi outdoor korang kena ada back-up plan sekiranya ujan turun dengan lebat ketika waktu outdoor hendak dijalankan.



Terima kasih kepada sahabat aku Kenit Lee yang follow majlis ni, memberi tunjuk ajar dan membantu hingga akhir majlis. Terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga Ain & Hanafi yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari majlis berlangsung. Tahniah kepada kedua pasangan yang diraikan. Semoga ikatan yang terjalin dirahmati dan diberkati Allah dan terus kekal bahagia hingga ke syurga,amin. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang bekerjasama :)




Nota kaki : Terima kasih atas pertanyaan untuk quotation. Sekali lagi untuk makluman, aku dah tak available hingga akhir tahun ni. Tarikh tahun depan hingga bulan Mac juga hampir penuh. Aku hargai pertanyaan semua. Insyaallah aku cuba jawab pertanyaan secepat mungkin.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Panggilan agung haji

Bismillahirrahmanirrahim



Aku masih ingat semasa kecil dulu, pengalaman menghantar arwah atuk yang mendapat panggilan haji. Ketika itu zaman 80an. Jarang benar orang kampung dapat pergi menunaikan ibadah haji. Sebelum berangkat naik kenderaan ke Kelana Jaya, bilal surau berdekatan mengalukan azan. Mendayu-dayu suaranya. Ramai saudara mara termasuk orang kampung menangis kerana mungkin ia pertemuan terakhir dengan atuk. Ketika itu atuk memang dah agak tua dan uzur. Berjalanpun menggunakan tongkat. Aku memandang tanpa mengerti apa-apa.

Teaser wedding Ain & Hanafi, Cheras


Alhamdulillah tahun ni hampir 10 orang yang aku kenal berangkat menunaikan haji. Rukun Islam kelima. Dalam gembira memang ada timbul perasaan iri hati sebenarnya. Iri hati sebab masih kurang kemampuan ke sana sekarang. Kekadang aku terfikir, orang yang berkata “Belum dapat seru..”,”Duit tak cukup lagi..” dan lain-lain tu benar-benar maksudkan ataupun sekadar melepaskan diri atau bertangguh untuk ke sana. Wallahua’lam.

Baru-baru ni dalam satu kuliah, ustaz tu cerita tentang ibadah haji. Katanya “Jangan cari alasan terutamanya alasan tiada duit. Berapa kamu bayar bil astro, bayar bil telefon+broadband, bayar kereta, bayar rumah dalam sebulan?“. Semua terdiam. “Apa tujuan hidup kamu? Adakah rumah besar dan kereta mewah itu satu keperluan hingga ia menjadi penghalang kewangan untuk menunaikan haji?!“. Ramai tunduk ke bawah. “Apa nak bagi alasan kat Allah bila kita mati tiba-tiba, harta kita banyak, rumah kita besar, kereta kita selesa dan mewah, tapi pergi HAJI pun tak mampuu?!!“. Ada air mata menitik.

Balik tu aku buat kira-kira ringkas. Sebenarnya, kalau kita simpan RM200 sebulan. Dalam masa 4 tahun 2 bulan kita dah boleh pergi menunaikan kawajipan haji tersebut. Insyaallah kalau kita sama-sama tanam azam kita mampu ke sana. Aku terfikir istilah ‘cukup’ tu yang tentukan diri kita atau Allah. Tak perlu jawab atau bagi alasan kepada orang lain, cubalah bagi alasan kepada Allah. Wallahua’lam.




Nota kaki : Kos menunaikan haji tahun ni masih kekal sama untuk Muassasah (Tabung Haji) iaitu RM9,980 seorang untuk kali pertama. Pendaftaran Haji boleh dibuat kalau minimum simpanan tabung haji ada RM1,300. Kalau lebih jumlah minima boleh tulis surat kat TH, insyaallah boleh pergi tahun depannya. Kalau guna pakej start dari RM18,500 dan ke atas. Cukup duit boleh terus pergi tahun tu juga, insyaallah.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Majlis Pernikahan Ain & Hanafi

Bismillahirrahmanirrahim



Sebenarnya sejak aku mula amik gambar 2 tahun lepas paling ramai client aku namanya Ain. Sampai kekadang aku keliru Ain mana satu kat phonebook aku,hehe. Bukan sekali juga aku salah call sebab nama yang sama. Ada sekali tu aku call nak tanya dah bersiap belum sebab pengantin lelaki dah tunggu nak berarak. Sekali dia jawab “Abang Acaii, saya dah setahun kahwinlah!!” :)

Kali ni aku nak update majlis pernikahan pasangan Ain & Hanafi yang diadakan di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras. Ni merupakan job pertama aku selepas berehat sepanjang bulan Ramadan dan Syawal :)


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Ain jadi milik Hanafi secara sah. Itulah saat yang paling bermakna bagi setiap pasangan yang bercinta,ceewah. Majlis pernikahan Ain ni memang meriah sangat sebab ramai betul sahabat2 beliau yang datang :) Aku doakan semoga ikatan pernikahan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Tunggu update majlis persandingan diaorang selepas ni.




Nota kaki : Esok hari terakhir syawal. Masih belum terlambat nak ajak aku pi raya umah korang :P



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Wedding Photographer

Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Tips wedding photography

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser wedding Ain & Hanafi, Cheras


Dah lama aku tak menulis tips-tips pasal photography atau majlis kahwin kat blog ni. Aritu aku ada tulis sedikit pasal ‘tips kepada bakal pengantin ketika berjumpa photographer’. Tapi belum sempat aku save tiba-tiba blackout dan semua yang aku tulis hilang. Pastu dah malas aku nak taip lagi,haha.

Sementara aku nak amik mood menulis lagi dalam kesibukan sekarang, aku letak dulu tips-tips yang pernah aku tulis dan kongsi kat sini. Tips yang aku tulis ni sebenarnya berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang customer yang tak reti apa-apa pasal photography sampailah aku sendiri amik gambar orang kahwin.

Berikut aku listkan tips-tips yang pernah aku kongsi dalam blog ni. Harap membantu serba sedikit.

  1. Kenapa Photographer tak reply Quotation korang?
  2. Nak hire photographer sekali ngan album atau shoot and burn?
  3. Tips bekerjasama dengan photographer
  4. Kenapa wedding photographer mahal?
  5. Tips pilih wedding photographer part 1
  6. Tips pilih wedding photographer part 2
  7. Tips untuk pengantin perempuan di hari majlis
  8. Tips kendalikan group foto keluarga
  9. Kualiti vs Harga
  10. Tips kenapa kita perlu wedding photographer?
  11. Tips perbaiki komposisi gambar?
  12. Tips amik gambar wedding untuk newbie?

Insyaallah dalam masa ke semasa aku akan terus tulis benda-benda camni sebagai perkongsian. Kalau korang ada cadangan nak suh aku tulis tips pun lagi bagus. Tak payah aku penat fikir nak tulis apa,haha. Tapi ini semua hanya merupakan pendapat peribadi aku dan tak mewakili mana-mana pihak. Wallahua’lam.




Nota kaki : Tahniah kepada sahabat aku yang popular yang bertunang baru-baru ni. Semoga sampai ke jinjang pelamin,hehe.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Herizal & Balqis, Manjalara

Bismillahirrahmanirrahim



Lamanya tak update blog ni. Pemalas betul!! Sebenarnya aku sekarang terlibat secara langsung dalam pembangunan sistem baru di tempat kerja. Dalam mana-mana system development, stage yang paling kritikal ialah stage permulaan ini iaitu untuk kumpulkan keperluan pengguna (user requirement study) dan design struktur sistem. Kalau gagal fasa ni memang boleh menjejaskan keseluruhan projek dan sebabkan variation order dari vendor yang sudah tentu melibatkan kos tambahan.

Entry kali ni aku shoot beberapa hari sebelum kehadiran Ramadan lepas. Majlis bertandang Balqis dan Herizal ni diadakan di Manjalara, Kuala Lumpur. Masa majlis belah Balqis berlangsung, ada perhimpunan BERSIH di ibu negara yang menyebabkan kehadiran tetamu di majlis beliau berkurangan. Ada juga sahabat aku yang buat majlis di pinggir KL yang hanya dihadiri 15% daripada tetamu jemputan. Apa nak buat tempahan dewan dibuat setahun lebih awal dan tak jangka benda seperti itu berlaku.


Tahniah kepada kedua-dua mempelai yang diraikan. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina tersebut berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Terima kasih kepada sahabat baik aku Halil Hayon yang sama2 shoot majlis ni bersama aku. Insyaallah bermula esok tugasan wedding aku akan bermula seperti biasa. Boleh aku buang lemak2 raya yang tertinggal ni dengan lebih berkesan :)




Nota kaki : Aku dah tak available hingga akhir tahun ni. Sebenarnya dari bulan Julai lepas slot tersebut dah abis. Aku akan cuba reply mail yang bertanya secepat mungkin. Terima kasih atas sokongan dari semua ye.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Cerita Raya 2011

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah hidup lagi aku nak update blog ni. Beraya sungguh aku. Memang dah bekerja tapi mood tu aku kena ambil weekend ni kat kampung. Tertinggal masa beraya kat sana haritu:) Tahun ni aku beraya di kampung Banting dulu. Dari aku kecik dulu memang ada warna tema satu family. Tahun ni warna oren pulak. Thanks abah sponser kitorang semua,hehe.

Tahun ni kampung aku sangat meriah. Selain pelita yang dipasang seluruh kampung, kitorang ada buat pertandingan buat pintu gerbang. Setiap lorong kena buat gerbang raya masing-masing. Budak-budak muda setiap lorong berganding bahu menghias lorong diaorang. Kumpul duit sama-sama untuk duit minyak tanah dan bil letrik pintu gerbang tu.



Selepas bersalaman dan bergambar kitorang pergi ke kubur ziarah arwah atuk dan nenek. Selain ziarah kubur tu sebenarnya ada melawat orang kampung yang meninggal pagi raya tu. Arwah dah tua dan meninggal pagi raya tersebut. Al-fatihah untuk arwah. Masa sesi bergambar tu adik aku yang perempuan takde sebab dia beraya umah mertuanya dahulu.


Biasanya memang setiap tahun rumah aku jadi tempat berkumpul adik beradik belah abah pada pagi raya. Sebab abah merupakan anak sulung. Dah macam rumah orang2 tua je:) Parking kat depan rumah aku memang penuh sampai ke jalan depan. Adik aku kira lebih 15 buah kereta singgah kat rumah aku serentak masa raya pertama tu:)

Jadi memang setiap kali raya memang kena masak banyaklah. Setiap orang yang datang kat rumah aku juga biasanya akan makan berat-berat. Termasuklah ketupat rendang, pecal, nasi dan sebagainya. Memang dari malam mak serta adik beradik dan menantu semua dah masak2 khusus untuk diaorang semua ni:)


Sebenarnya aku malas bawak kamera berat2 time jalan-jalan rumah saudara mara. Kalau bawak pun malas nak amik gambar. Jadi memang tak banyak amik gambar :) Aku suka amik gambar saudara mara aku yang dah berusia. Ada gambar tahun lepas yang aku ambil, tahun ni dah tak berkesempatan berjumpa dengan mereka lagi.

Mudah-mudahan semua amalan kita di bulan Ramadan di terima Allah dan kita menjadi insan yang lebih baik selepas ini. Teruskan kebaikan di bulan Ramadan pada bulan2 lain juga:)




Nota kaki : Bilalah nak start puasa 6 ni.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe