Ucapan Aidilfitri buat semua :)

Bismillahirrahmanirrahim


Ramadan semakin melabuhkan tirainya. Malam tadi dengar satu tazkirah. “Tolong jangan jadi hamba Ramadan!!” kata ustaz. Maksudnya jangan kita hanya beribadah semata2 kehadiran Ramadan. Allah tu ada sepanjang masa dan bukan hanya pada bulan Ramadan sahaja. Semoga amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadan menjadikan kita insan yang lebih baik dan dapat teruskan kebaikan yang dilakukan tersebut pada bulan-bulan lain juga.

meriam




Salam lebaran juga kepada semua sahabat, client dan pengunjung blog ni :) Ada beberapa pesanan dan nasihat dari aku kepada sahabat2 semua :

  1. Kurangkan TV dan Internet : Kadang-kadang aku kasihan tengok orang yang hidupnya asyik dengan internet dan TV sahaja. Semua orang bergembira jalinkan ukhuwah, bergelak tawa, makan-makan dan bersalam-salaman, dia dengan dunianya sendiri. Update status di hp dan bersosial di alam maya. Sepanjang tahun siang malam ada masa untuk itu, apa salahnya berhenti seketika.
  2. Pandu Berhati-hati : Berapa ramai orang yang meninggal dunia akibat kemalangan sebenarnya telah melihat berita kemalangan maut pada tahun sebelumnya? Faktor sikap bagi aku menyumbang kebanyakkan kemalangan. Cuba belajar bertenang dan istighfar bila perasaan geram dan marah meningkat ketika memandu.
  3. Ziarah saudara mara : Jangan jadi anti-sosial. Kita dah dewasa bukan budak-budak lagi. Bila nak belajar bergaul dengan orang-orang tua dan saudara mara. Eratkan silaturrahim. Rapatkan yang jauh. Banyak dosa-dosa boleh terhapus hanya dengan bersalaman. Kunjungilah juga jiran tetangga dan sahabat-sahabat lama.
  4. Jaga Agama : Selepas sebulan beribadah jangan rosakkannya dengan berbuat perkara dilarang agama ketika hari raya. Elakkan bersalaman dengan orang yang bukan muhrim. Kalau jaga perkara ni insyaallah akan dipelihara Allah.

Aku doakan semoga sahabat-sahabat semua selamat pulang ke kampung halaman dan kembali bekerja nanti. Aku akan bercuti selama seminggu. Jemput datang rumah aku kat Banting :)


Nota kaki: Ada lagi 3 hari lagi dari 10 malam terakhir Ramadan. Mari kita kejar supaya raya kita lebih bermakna, insyaallah!!




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Catatan Ramadan 5 : Lau kana Bainana

Bismillahirrahmanirrahim



Pada satu hari, ketika Rasulullah sedang berehat di rumahnya, ada seorang arab Badwi yang membuat persembahan dengan tarian di dalam masjid sambil dikelilingi orang ramai. Lalu Rasulullah memanggil Aisyah sambil berkata “Humairah, mahukah engkau melihat persembahan tersebut?” Aisyah gembira dan bersetuju. Lalu baginda bersama Aisyah bersama menonton persembahan arab Badwi tersebut.

Diriwayatkan, Aisyah meletakkan dagunya dibahu Rasulullah dari belakang sambil menonton persembahan tersebut. Hingga pipinya bersentuhan dengan pipi Rasulullah. Setelah beberapa ketika Rasulullah bertanya “Adakah kamu telah selesai?” Aisyah menggelengkan kepalanya. Kemudian selepas beberapa ketika Rasulullah bertanya lagi “Adakah kamu telah puas melihat persembahan itu?” Aisyah masih lagi mahu melihat persembahan tersebut.

Kemudian masuk Umar Al-Khattab ke dalam masjid. Apabila beliau melihat orang Arab Badwi tersebut menari-nari dalam masjid beliau mengambil seketul batu dan mahu balingkan kepada orang tersebut. Lalu Rasulullah menegahnya sambil berkara “Biarkan mereka (orang badwi) Umar. Aku tidak mahu masjid menjadi seperti rumah Yahudi..”

Banyak kita boleh ambil pengajaran dari kisah tersebut. Peranan masjid itu luas. Rasulullah tidak menghalang orang Badwi tersebut melakukan persembahan dalam masjid, malah bersama-sama Aisyah menyaksikannya. Baginda juga melarang Umar melakukan kekasaran terhadap mereka. Rasulullah tidak mahu masjid menjadi seperti rumah ibadah yahudi ketika itu yang fungsinya semata-mata untuk beribadah.

Lihat juga akhlak Rasulullah terhadap isterinya, Aishah. Kalaulah Rasulullah ada dikalangan kita sekarang, apa reaksi Rasulullah apabila melihat keadaan kita umat Islam sekarang?

Nota kaki: Aku suka tengok cerita ‘Lau kana Bainana’ kat TV Al-Hijrah 114 setiap hari jam 5:30 pagi (sahur-ulangan). Program realiti kat arab yang tengok sejauh mana umat Islam sekarang masih mengamalkan sunnah Rasulullah. Intro cerita tu.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Catatan Ramadan 4 : Meriam Buluh

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam aku ada program sahur di sebuah kampung kat Klang. Dalam perjalanan ke sana dalam pukul 12 malam camtu aku dengar bunyi yang sangat aku familiar. Meriam Buluh!! Memandangkan aku membesar bermain meriam, aku tahu beza bunyi meriam buluh, meriam besi mahupun bunyi mercun. Perlahan-lahan aku berhentikan kereta mencari-cari bunyi tersebut. Betul tekaan aku ada sekumpulan pemuda sedang bermain meriam buluh di satu simpang jalan.

meriam

Gambar meriam buluh, sumber dari google.



Buluh untuk buat meriam ni susah nak cari sekarang. Teringat dulu abah cari dari hutan depan kampung. Sebelum boleh main, abah ikat buluh tu belah atas dan tengah buluh dengan dawai serta getah tiub motor. Tujuannya supaya tidak crack ataupun pecah ketika meletup nanti. Masa sekolah rendah dulu, aku selalu simpan duit belanja sebelum puasa. Tujuannya nak beli karbait. Karbait itulah yang buat main meriam nanti.

KLIK SINI kalau tak pernah nampak karbait. Orang dulu-dulu biasanya guna karbait untuk hidupkan pelita. Lebih jimat dari guna pelita minyak tanah. Selain tu ia juga digunakan utk cepatkan proses pemeraman buah seperti pisang, ciku, jambu, pelam dll. Karbait ni kalau dibiar kena udara lama-lama dia jadi debu. Kalau kena air, dia mendidih dan panas kalau dipegang. Pastu jadi hampas warna putih.

Tapi kalau karbait dimasukkan dalam meriam 2-3 ketul. Taruk air sikit. Pastu dengar dari corong depan tu bunyi tak mendidih lagi. Agak-agak berhenti bunyi je, terus cucuh kat lubang kat bawah tu. KEBABOOMM!! Berdesing telinga. Tapi timing kena betul. Kalau terlalu cepat atau lambat cucuh, bunyinya dah tak power. Kalau mahir boleh dpt timing yg optimum untuk bunyi paling kuat. Dulu atap rumah aku guna zink. Kalau meriam tu meletup, zink tu bergegar dan berlaga dengan kayu alang-alang macam tepi rumah kena bom je. Menjeritlah mak kat atas rumah :)

Masa tu berlawan-lawan sapa bunyi meriam yang paling power. Biasa satu rumah ada 2-3 meriam sekaligus termasuk meriam besi. Sapa bunyi boleh dengar satu kampung atau sampai kampung sebelah memang champion. Fuh, memang nostalgik untuk dikenang.


Nota kaki: Kita dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Takkan setakat itu je ibadah kita?




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Catatan Ramadan 3 : Cempedak goreng

Bismillahirrahmanirrahim


Depan rumah aku dulu ada sebuah pokok cempedak yang sangat besar. Besarnya hingga dahannya mencecah tanah macam sebuah payung besar. Kalau masuk bawah pokok tu memang tak perasan ada orang kat bawah tu sebab ditutup daun-daun pokok tersebut. Tapi bawah tu biasanya lapang boleh duduk-duduk. Boleh lepak masa hujan lebat kalau taknak balik rumah :)

Paling best kalau musim cempedak berbuah. Buahnya sangat banyak. Baunya sangat harum. Dari jauh dah boleh bau buah cempedak tu. Walaupun putik kecil tetapi baunya dah wangi. Dulu abah jarang jual cempedak sebab niat tanam pun untuk makan sendiri je. Jadi abah selalu sedekah kat jiran-jiran sebelah.

Sekali sedekah abah bagi satu kereta sorong penuh buah cempedak. Aku selalu kena pergi rumah jiran dengan kereta sorong penuh. Aku rasa ada 10-15 biji buah cempedak saiz besar. Tuang je depan pintu jiran aku,hehe. Masa tu memang bosan gila makan cempedak. Setiap pagi ngan minum petang mesti mak goreng cempedak. Kalau tak musim, biji cempedak pun aku makan tapi kalau musim cempedak, selalu harap mak tak goreng cempedak lagi time bekpes,haha.

Duduk kat bandar ni, nak cari cempedak taklah susah sangat. Tapi harganya, masyaallah. Aritu aku beli cempedak goreng RM2 dapat 3 ketul je?! Dengan biji2nya aku makan!! Tengok orang jual cempedak mentah ada sampai RM5-RM8 sekilo. Sekarang baru aku menghargai pokok cempedak abah yang dah kena tebang tu:) Tak tahupun harga buah cempedak sebenarnya mahal. Emm, rasanya pernah nampak tak orang tanam pokok cempedak kat rumah teres?


Nota kaki: Sekejap je dah berada di pertengahan Ramadan. Start malam tadi dah ada qunut masa witir.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Catatan Ramadan 2 : Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim



Selepas tadarus, aku selalu berborak-borak kosong dengan imam di masjid qariah aku. Dia sering bercerita tentang pengalamannya tinggal di Mesir selama beberapa tahun melanjutkan pelajaran. Apa yang menarik perhatian aku ialah ceritanya tentang suasana dan budaya penduduk negara tersebut apabila tiba bulan Ramadan terutamanya melibatkan Al-Quran.

Beliau menceritakan bila tiba bulan Ramadan, kebanyakkan orang sana sini memegang Al Quran di tangan. Sama ada dalam bas, di tepi-tepi jalan, di pasar-pasar semuanya membaca Al-Quran. Termasuklah mat mat rempit pun membaca Al-Quran di atas motornya. Boleh lihat peniaga-peniaga menanti pelanggan sambil membaca Al-Quran dan polis-polis yang menjaga keamanan juga turut membaca Al-Quran walaupun semasa berdiri. Subhanallah.

Dia pun menjadi bersemangat dan biasanya dapat khatam quran beberapa kali semasa bulan Ramadan. Tetapi budaya tersebut tiada di negara kita. Maksudnya amat jarang kita nampak orang membaca Al-Quran dalam LRT, bas, komuter, dalam kereta, shopping complex dan sebagainya. Ada tapi sangat jarang dilihat. Kalau ada, biasanya orang sekeliling akan pandang semacam. Bukan non-muslim tapi orang Islam sendiri. Mesti ada yang berkata “Alaa, macamlah baik sangat. Akupun baca Quran tapi takdelah nak menunjuk-nunjuk baca kat tempat awam”. Sedih, tapi itulah cara berfikir dan budaya masyarakat kita sebenarnya.

Hinggakan orang yang berbuat baik sering dipersoal dan dinilai keikhlasannya, selalu dipandang serong dengan melabel mereka menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Walhal kalau orang yang berbuat maksiat tiada pula orang mengambil kisah. Budaya apa ini? Tahukah antara sebab Allah menghalang bala bencana turun ke sesebuah negara adalah adanya orang-orang beriman yang taat kepada Allah. Sekiranya mereka tiada, mungkin banyak bencana yang turun kepada kita semua. Wallahua’lam.


Nota kaki: Jangan lupa membayar zakat fitrah. Boleh buat bayaran melalui SMS je sekarang :) KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Catatan Ramadan 1 : Tarawikh

Bismillahirrahmanirrahim



Bila tengok kanak-kanak bersolat tarawikh aku teringat zaman membesar dulu. Kalau pergi solat tarawikh kat masjid mesti main je dengan kawan-kawan. Main basikal, main kejar2, main baling selipar dan lain-lain. Tapi kitorang ada musuh ketat. Wak Lias namanya. Besar orangnya, suaranya garau. Kalau dia dapat tangkap, memang confirm kitorang kena cubit sebab buat bising masa jemaah masjid sedang solat. Dia boleh cubit 2 orang dalam satu masa kat perut. Sakitnya ya amat.

Sampai merah dan berbirat perut aku. Tapi aku rasa budak lelaki ni memang ada masalah ingatan jangka pendek yang ketara. Sebab esok mesti kitorang main lagi. Kekadang siap kena cubit lagi. Kalau imam dah tahiyat akhir nak bagi salam baru berlari masuk amik kedudukan masing2, haha. Dah abis tarawikh muka kitoranglah tercongok duduk depan talam tunggu moreh. Padahal makan kuih lapis merah putih je.

Tapi itu dulu. 20 tahun lepas. Weekend lepas ni aku balik kampung untuk berbuka dengan mak ngan abah. Dapatlah jemaah dan solat sama2 kat masjid kampung. Suasana dah berbeza. Ramai orang tua kampung aku dah agak uzur. Kalau dulu tenaga mereka kuat boleh jerit-jerit kat kitorang sekarang cakap pun perlahan je. Ada yang dah berjalan menggunakan tongkat. Ada yang solat duduk di atas kerusi.

Rambut mereka ada yang dah putih. Wak Lias pun dah tak segarang dulu. Walaupun ramai budak-budak buat bising dia dah tak kisah. Seperti abah, kebanyakkan mereka sudah banyak kedut-kedut di mukanya menunjukkan usia yang semakin lanjut. Pandangannya dah redup. Pergerakkan ketika solat nampak sukar. Genggaman tangan ketika bersalam dah tak sekemas dulu.

Aku doakan mereka semua sentiasa sihat sepanjang masa. Memang mereka lebih berusia, tapi belum tentu mereka yang pergi dulu meninggalkan kita. Mungkin kita yang muda, kuat dan bersemangat ni mati dahulu daripada mereka. Allah maha mengetahui akan sesuatu. Wallahua’lam.


Nota kaki: Kita dah masuk 1/3 bulan Ramadan yang kedua iaitu bahagian rahmat. Kejapnya masa berlalu.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Ramadan Mubarak!!

Bismillahirrahmanirrahim


Ramadhan




Banyak perkara yang aku rindu kat kampung sebenarnya bila menyambut Ramadan ni. Suasananya berbeza. Perasaannya berbeza. Ketenangannya berbeza. Rindu laungan suara azan Imam Laiman yang memecah keheningan pagi dingin untuk mengejutkan orang bangun bersahur. Nadanya berbeza dengan azan subuh. Rindu mengikuti tadarus hingga tengah malam sepanjang bulan Ramadan. Rindu tengok budak-budak berebut-rebut makan moreh kat talam.

Bukan tak ada suasana tu di sini tapi feelnya berbeza. 10 malam pertama tarawikh memang masjid penuh. Surau penuh. Sampai ada yang komplain kenapa surau kecik sangat? Semangat tinggi. Tapi 10 malam terakhir yang tinggal biasanya orang yang selalu ke masjid dan orang yang dah tua-tua. Itulah kita.

Ada yang bulan puasa jadikan dirinya seorang yang lebih baik. Tapi ada yang jadi lebih teruk melakukan dosa dari bulan biasa. Ada yang bulan puasa membuka rezekinya dalam perniagaan. Ada yang sebaliknya. Ada yang bulan puasa perbelanjaan keluarganya naik 2-3 kali ganda. Ada yang berkurang perbelanjaannya.

Sebenarnya semuanya tergantung kepada kita sendiri. Kita yang mengarah hidup kita. Semua tu berlaku dalam kawalan kita. Aku memang banyak sangat dosa. Mungkin ini Ramadhan terakhir aku. Mudah-mudahan kita semua mengambil peluang ini sebaiknya. Maaf zahir dan batin. Wallahua’lam.



Nota kaki: Alhamdulillah, kerja-kerja luar dah hampir selesai. Sekarang dah banyak duduk di ofis.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Saipi & Dr Yuhanis, Jalan Kebun Klang

Bismillahirrahmanirrahim


Semasa aku membesar dulu bulan Ramadhan memang berbeza dengan bulan-bulan lain. Salah satunya yang aku ingat bab makan dan minumlah:P Ketika itu memang tak ada peralatan elektrik sebab sebatang tiang kayu Lembaga Letrik Malaysia (LLM) pun takde lagi kat kampung aku. Jadi sejak kecik jarang sangat rasa minuman sejuk dari peti ais. Tapi kalau tiba Ramadhan abah selalu beli ais dari kedai. Fuh, nikmatnya tak terkata. Budak mana tak suka air ais? :)

Biasanya kedai tu amik ais dari pembekal orang Cina. Ais tu dimasukkan dalam habuk kayu supaya lambat cair. Masa tu mana ada ais kiub2 yang berlubang-lubang tu. Semuanya bongkah petak panjang-panjang. Kalau naik basikal boleh dilintangkan kat tempat duduk belakang. Sampai rumah dah kecil sebab cair :)

Kali ni aku update majlis sahabat baik aku yang kenal dari tingkatan satu, Saipi. Duduk asrama sama2, main bola sama2 cuma kelas je berbeza,hehe. Ni majlis bertandang kat Jalan Kebun,Klang.


Majlis pernikahan Saipi dan Dr Yuhanis diadakan di Kedah sana. Kat Sg Petani tak silap aku. Tapi aku tak dapat hadir masa tu. 2 minggu pastu baru buat majlis bertandang kat Klang ni. Majlis diadakan secara gotong royong. Ramai gak aku jumpa sahabat2 sekolah yang dah lama tak bersua muka. Tapi dah boleh tahu gemuk kurus sebab masing2 ada facebook,haha.

Sesi outdoor kitorang pergi kat Kota Kemuning je. Kitorang buat kat sebelah driving range golf tu. Kalau tak bernasib baik bola golf tu boleh kena kepala. Gila mencabar. Cuaca sedang cantik sebab matahari masa tu baru nak turun :)



Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Walaupun shoot sorang2 je tapi aku rasa enjoy je shoot sahabat aku sorang ni. Lagi2lah Saipi yang tersipu-sipu malu, nyampah aku, haha. Oh ya, aku nak kongsi gambar aku masa sekolah dulu ngan pengantin ni. Gambar ni diambil masa tingkatan satu. Ni gambar comel kitorang dulu.


Saipi duduk paling kanan dan sebelah dia tu orang paling comel dan poyo sekali antara ramai2 tu. Tak sangka dah besar boleh hensem sangat hensem, hahaha!! Sebelum aku tambah mengarut baik aku habiskan entry kali ni.

Tahniah untuk kedua mempelai yang dirai. Kepada Dr Yuhanis, jaga sahabat saya bebaik ye :) Saipi selalu pening kepala. Ubatnya tido je,hahaha. Semoga ikatan yang terbina dirahmati dan diredhai olehNya,amin.



Nota kaki : Aku masih lagi bizi kerja luar untuk program agihan ramadhan dan raya di seluruh Selangor. 7 hari lagi Ramadhan tiba!!




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe