Bismillahirrahmanirrahim
Dalam 2-3 minggu ni aku memang sangat bizi di kantor. Aku terpaksa berada di luar selama beberapa hari dan memerlukan kosentrasi yang tinggi dari biasa. Jadi aku kena tumpukan kepada amanah yang diberikan kepada aku sebelum berikan perhatian kepada blog ni :)
Kali ni aku nak update sambungan majlis perkahwinan sahabat baik aku Dr Sarah & Thaariq. Aku sempat update sesi outdoor diaorang je buat masa ni. Ramai juga rasanya photographer yang cuma upload gambar outdoor je,hehe. Insyaallah aku tak camtu. Sesi ni kitorang buat kat sekitar Masjid Uniten selepas selesai majlis di dewan masjid Uniten tersebut. Masa sedang photoshoot tu tiba2 hujan turun lebat. Tapi aku gamble je shoot dalam hujan. Kalau demam boleh minta cuti dari Dr Sarah, haha.
Kalau sapa2 tanya background biru tu sebenarnya tong air besar. Mula2 aku nak rendam diaorang berdua ni dalam tu, tapi sebab diaorang buat muka kesian maka tak jadilah, hahahaha. Alhamdulillah dengan berakhir majlis ni selesai sudah majlis meraikan hari berbahagia pasangan sahabat saya ni. Mari semua sahabat2 mendoakan kebahagian, keselamatan, kerahmatan dan kemakmuran dalam rumahtangga mereka. Semoga di luaskan lagi rezeki mereka berdua,amin.
Aku cadang nak tulis sikit je sebab aku taip entry ni kat mobile tapi terpanjang pulak. Ok, jumpa next entry. Saya Puspawati Ramlu, TV3, Kuching Sarawak.
Nota kaki : Nota kaki tiada. Dia balik kampung.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography