Bismillahirrahmanirrahim
Seringkali dalam hidup kita seharian, kita suka menilai dan menghakimi orang lain di sekeliling kita. Penilaian tersebut kadangkala hanya berdasarkan cara mereka berpakaian, cara bercakap malah hanya dengan cara mereka ketawa. Kalau sekadar buat penilaian awal tidak mengapa sekadar untuk berhati-hati. Tetapi jangan bersikap menghukum selagi kita tidak kenal mereka dengan sebenar-benarnya. Kita sendiri sangat tidak suka orang menghukum kita, tetapi ironinya kita suka buat camtu kepada orang lain :)
Kali ni aku nak update majlis perkahwinan pasangan Syuraya Hani & Fadzly. Majlis pernikahan diaorang diadakan di Masjid Wilayah dan persandingan di Bukit Damansara. Family Sue ni memang peramah orangnya terutamanya ibu dan ayah Sue :) Aku dahlah suka berborak2 ngan orang tua memang banyak betul topik perbincangan nak cerita sampai lupa kena amik gambar pengantin, hehe.
Majlis persandingan di adakan di Dewan Komuniti Bukit Damansara. Aku rasa dewan ni masih baru sebab dalam google maps pun takde lagi,hehe. Berapa kali aku sesat bersama sahabat aku Khairul Hafiz. Memang kena beli GPS ni, huhu. Aku suka perhiasan majlis perkahwinan Sue ni sebab seluruh dewan dihiasai dengan bunga2 hidup :) Majlispun meriah dengan kehadiran ramai tetamu dari kedua-dua belah pihak pengantin. Tema hijau dan pink tu memang aku suka sebab jarang jumpa sebelum ni :)
Sebenarnya majlis diaorang diadakan serentak bagi belah Sue dan Fadzly. Jadi memang ada 2 tema :) Lagipun rumah diaorangpun area Kuala Lumpur je, dapat jimat banyak kos dengan buat begini. Sesi outdoor kitorang buat sekitar dewan majlis perkahwinan diaorang je. Lagipun diaorang kepenatan melayan ramai tetamu yang datang semasa majlis tersebut.
Terima kasih sekali lagi kepada sahabat aku Khairul Hafiz yang hensem, comel dan baik hati sebab jadi pembantu aku pada hari tersebut. Aku doakan semoga ikatan rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia dunia hingga akhirat, amin. Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan sepanjang 2 hari shoot majlis korang ni ye. Wallahua’lam.
Nota kaki : Mohon maaf, aku masih lagi belum buka tempahan untuk bulan November dan Disember buat masa ni. Terima kasih kepada yang bertanya.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography