Amy & Syafiq, Penang

Bismillahirramanirrahim



Hari ni hari pertama kerja tahun 2010. Melainkan orang tu robot aku rasa semua masih rasa malas nak mula kerja kan? hehe. Jalan raya dah mula sesak setiap pagi sebab sekolah-sekolah dah mula dibuka. Budak2pun gembira je dengan baju sekolah baru, kasut baru, beg baru dll. Mak bapak je yang ‘agak tak gembira‘ sebab banyak keluar duit bayar itu ini, hehe. Takpelah, demi masa depan anak2 :)

Kali ni aku nak update job terakhir tahun 2009 yang lepas di Penang. Aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada sahabat aku Sis Honey yang banyak membantu aku sepanjang berada di Penang sana. Dari tolong book kan chalet hinggalah bawak aku dan wife jalan2 sekitar penang. Terima kasih atas layanan baik yang memang takkan terbalas sampai bila-bila. Penang memang best cuma jam je jalannya kalau cuti,hehe. Layanlah sikit gambar diaorang ni ye.


Sebenarnya aku demam sepanjang berada kat sana. Bukan demam je, siap pakej batuk ngan selsema sekali. Aku shoot pun dalam demam. Nasib baik ada tenaga siapkan kerja :) Sesi outdoor tu buat kat area Telok Tempoyak, Bayan Lepas. First time juga aku shoot kat jeti2 yang selalu nampak kat dalam TV tu, hehe. Ingat nak sambung buat outdoor kat bangunan2 lama kat tengah2 pekan tu tapi tak sempat sebab dah maghrib :( Kalau nak tahu jeti ni lah tempat si Shafiq selalu memancing. Pasni bolehlah ajak wife teman memancing ye Shafiq,hihi..


Sejak dari awal Disember sampailah pertengahan Februari nanti aku shoot tanpa henti di pelbagai lokasi dan jumpa ramai kenalan baru dikalangan client aku. Seronok juga kenal ramai orang dari pelbagai latar belakang ni, hehe. Untuk akhirnya aku doakan semoga kedua mempelai Amy & Syafiq ni hidup bahagia sampai ke akhir hayat. Terima kasih yang tak terhingga atas layanan baik sepanjang menjalankan tugas. Tunggu album siap ye :)


Nota kaki : Aku dah tak available untuk bulan January hingga Mac. Sepanjang bulan Mei dan Jun juga dah tak available. Terima kasih atas sokongan semua ye. Aku janji akan buat yang terbaik untuk korang semua. Doakan kesihatan aku baik-baik je ye.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Salam Tahun Baru 2010 :)

Bismillahirramanirrahim



Selamat tahun baru 2010 aku ucapkan kepada semua pengunjung blog ni. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan semangat kepada aku selama ini terutamanya wife, keluarga, sahabat2 dan ex-client. Aku sangat-sangat hargainya. Sesungguhnya tanpa sokongan dari kalian semua mungkin aku ni hanya insan biasa yang mungkin sama ngan pekerja2 Nepal yang kerja kilang kat kampung aku tu :)

Tahun lepas setiap kali sebelum pergi kerja mesti mak aku hantar sampai ke pintu rumah. Itulah juga yang mak buat bila adik beradik aku pergi mana2 sejak sekolah rendah dulu. Bila mak dah tak buat camtu lagi barulah aku rindukan perkara camtu. Nampak kecil je tapi benda tu lah yang menyebabkan aku tak sampai hati nak tinggi suara ngan mak atau melawan kata2 mak;( Itulah perkara penting yang aku belajar bila aku dah hidup berkeluarga sendiri tahun ni.


Setahun yang lepas aku berazam nak mencuba penetrate market wedding photographer ni. Alhamdulillah, walaupun tak dikenali tapi ada juga beberapa customer yang percaya hasil kerja aku walaupun saingan dalam industri ni semakin banyak dan hebat. Aku percaya Allah dah tetapkan rezeki kita masing-masing, terpulanglah kita nak berusaha ambil peluang tu ataupun sebaliknya.

Insyaallah tahun ni aku akan berusaha perbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada. Aku nak tambah lagi pengetahuan dan skill dalam bidang ni termasuk hasilkan album yang lebih berkualiti dan lebih memuaskan hati bakal pelanggan aku. Aku doakan semoga tahun ni sahabat2 photographer aku juga dapat banyak job dan semua pembaca blog ni diluaskan rezeki yang halal, amin.

Semoga para penggerak dakwah Islamiyyah dapat merencanakan sesuatu yang lebih baik tahun hadapan demi agama Islam kita yang tercinta. Semoga pemimpin negara terutamanya negara2 Islam mendapat ilham dan petunjuk dari Allah untuk menguruskan negara dengan lebih baik. Akhir kata, cintailah kedamaian dan sifat bertoleransi sesama manusia. Jauhilah permusuhan dan persengketaan yang tak memberi erti kepada kita semua. Wallaahua’lam.


Nota kaki : Berusahalah untuk menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada ramai umat manusia dan bukan sebaliknya. Semoga rahmat dan keampunan Allah sentiasa menaungi kita semua, amin.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita tentang mak andam

Bismillahirramanirrahim



Sebenarnya aku seboleh-bolehnya taknak bercerita tentang benda camni kat sini. Cuma seeloknya aku jelaskan hal sebenar supaya takde pihak yang buruk sangka terhadap aku lagi. Adalah alkisah sorang mak andam di negara pasir berdengung yang selalu bercerita kat client2 dia supaya jangan amik aku sebagai photographer sebab aku selalu tak tepati janji dan suka cancel job last minit, huhu. Ada macam2 versi cerita tapi lebih kurang camtulah point dia, Subhanallah.

Masa mula2 aku dengar dulu aku tersenyum je buat tak kisah. Tapi bila dah sampai 4-5 orang bagitau aku perkara sama aku takut orang mula bersangka buruk kat aku. Sebenarnya sejak aku amik gambar wedding ni aku TAK PERNAH sekalipun ambil job dari mana2 mak andam atau melalui butik andaman mana2. Aku TAK PERNAH deal atau associate ngan diaorang langsung selama ini. Aku memang lone ranger cam ranger hutan tu, hehe. Jadi mana mungkin aku boleh tak tepati janji ngan mereka, huhu.

Teaser shoot majlis kat Penang :)


Sejak aku bermula setahun lepas, aku dah shoot lebih dari 30 pasangan pengantin dan hasilkan hampir 50 album macam2 jenis. Aku tak pernah sekalipun cancel job last minit atau ada masalah ngan diaorang semua. Cubalah tanya mana2 client yang pernah bekerja ngan aku. Ramai dari mereka semua dah jadi kawan aku sampai sekarang.

Emm sebenarnya aku rasa tak perlupun aku jelaskan camni. Cuma aku rasa ni kali pertama dan terakhir aku buat entry camni, insyaallah. Lepas ni kalau ada lagi cerita2 camtu better aku tak layan dan harap semua jangan cepat percaya dengan khabar angin. Aku harap kita semua lebih matang hadapi apa juga cerita orang, bukan dalam bidang ni je tapi mungkin meliputi semua perkara dalam hidup.

Sebab tu aku memang tak suka dikenali orang. Lelagilah kalau dikenali dengan sebab-sebab camni. Biarlah orang menilai gambar dan kerja yang aku hasilkan tanpa kenal aku. Kalau pelanggan puas hati itu dah cukup sangat bagi aku. Alhamdulillah hampir semua client aku sangat puas hati ngan kerja-kerja aku sebelum ini. Masih jauh perjalanan aku dan masih banyak aku kena perbaiki dan belajar.



Nota kaki : Dengan entry ni aku bukan memusuhi mana2 mak andam. Tak semua mak andam camni. Malah aku ramai kawan2 mak andam yang berniaga dengan baik. Aku doakan semoga mereka semua murah rezeki termasuklah yang mengata aku tu, amin.

Nota kaki : Nantikan full entry aku shoot kat penang nanti ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Nikah dan Outdoor Lia & Farid

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update majlis pernikahan dan outdoor pasangan Lia & Farid. Kalau korang follow blog ni dari dulu, aku ada shoot masa diaorang bertunang beberapa bulan lepas. Tapi Lia dah kurus skit sekarang sebab dah berdiet, kekeke. Senang amik gambar diaorang ni sebab aku dah kenal diaorang termasuk semua keluarga.

Aku dapat shoot majlis pernikahan dia je sebab majlis persandingan dia aku tak available sebab ada majlis lain. Sebab tu kalau boleh book awal2 photographer pilihan korang ye, ceewahh. Aku ada satu tips berguna untuk pengantin lelaki kalau nak akad nikah. Kalau taknak terlalu nervous kena datang awal sebelum imam datang, ada masa bertenang. Kalau tak percaya tanya farid ni. Baru tau camne rasa gemuruh tu, kekeke. Apapun layan dulu gambar diaorang ni.



Sepanjang aku amik gambar kahwin, ni merupakan kali pertama dapat shoot outdoor kat tepi pantai. Kalau nak tahu sebenarnya ia juga job pertama yang aku shoot kat area aku Banting :) Akupun baru perasan tak pernah amik job kat area sendiri, hahaha.

Setiap kali aku shoot gambar, aku mesti cuba cari idea baru supaya tak terikut2 ngan orang lain. Kalau pengantin tu bagi kerjasama baik cam Lia & Farid mesti lagi banyak idea datang :) Kalaulah aku suruh diaorang menyelam dalam laut pun diaorang sanggup agaknya, hehe. Ikutkan hati nak upload 50 keping gambar tapi macam melampau plak, wakakaka. Cukuplah sikit yang sempat aku edit ni.



Sepanjang outdoor ni sebenarnya gerimis halus tu. Memang basah gaklah kamera aku walaupun aku lindung guna tuala good morning tu,hehe. Tapi sebab excited punye pasal aku tawakkal je. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tahniah untuk kedua mempelai, semoga berkekalan bahagia hingga akhir hayat,amin. Tahniah juga untuk adik Lia, Yanti & Adi yang bernikah seminggu sebelum majlis ni.

Sebenarnya aku agak terkilanlah bila ada orang yang tak pernah aku kenal langsung cuba buruk2kan nama aku kat orang lain. Walaupun aku tak tahu apa motif dia tapi aku harap satu hari nanti perniagaan dia boleh terus maju dengan cara yang lebih baik dari buat camtu, amin. Entry akan datang aku cerita lanjut pasal ni.


Nota kaki : Tadi buka email, ada 850 unread mail *pengsan!! ofis aku mmg dah tak boleh buka email yahoo, huhu. Takpe, aku jawab perlahan2, chaiyok2!!::

Nota kaki 2: Kebengongan kedai printing menyebabkan beberapa album client aku pending:( Sepatutnya diaorang dah jangka akhir tahun tempahan memuncak. Sabar ye semua.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Risiko Outdoor di pantai :)

Bismillahirramanirrahim


Teaser shoot majlis kat Banting :)


Akhirnya setelah setahun aku amik gambar wedding ni baru kali pertama ni dapat shoot kat tepi pantai. Alhamdulillah tercapai juga hajat, ceewaah. Cuma sebenarnya ramai client tak sedar risiko yang dihadapi oleh photographer bila shoot kat tepi pantai ni. Aku dah jumpa beberapa photographer yang terpaksa servis body kamera dan lens selepas shoot kat tepi pantai :)

Kalau nak tahu bila angin bertiup kat tepi pantai, ia bawa sekali pasir halus di udara. Tu yang kekadang kita rasa muka kita melekit bila duduk lama2 kat tepi pantai. Pasir tu sangat bahaya kepada lens dan body kamera. Bila pasir tu masuk kat celah2 ring lens, lens tu dah tak boleh zoom sebab pasir tu sebabkan lens stuck even kita tak nampakpun pasir halus tu :)

Tu kalau pasir, kalau air laut lagilah boleh buat photographer pengsan terus, haha. Nantikan full entry majlis Lia & Farid ni ye. Weekend ni aku shoot kat Penang plak. Bolehlah jumpa kawan2 lama kat sana. Rasa teruja plak nak shoot kat tempat orang. Tumpang lalu ye orang2 penang :)



Nota kaki : Start minggu ni aku dah bertugas di kaunter zakat kajang sampai akhir tahun. Kalau nak rezeki yang kita perolehi setiap bulan berkat dan bersih marilah bayar zakat kawan2 ye :) boleh tanya aku pape pasal zakat kalau tak tahu.

Nota kaki 2 : Aku masih cuba membalas email2 yang dihantar kepada aku. Mohon maaf atas kelewatan tapi insyaallah aku akan cuba balas semuanya.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Sanding dan Outdoor Ria & Mazid

Bismillahirramanirrahim



Masa sekolah rendah dulu antara perkara yang aku ingat kalau tiba awal Muharram ialah ada pertandingan nasyid peringkat kelas dan darjah. Ada juga pertandingan azan, hafazan muqaddam dll. Setiap kelas masing2 berlatih nasyid berlawan2 suara dengan kelas sebelah, hehe. Tapi cam biasa kelas aku tak pernah menang sebab suara semua tak sedap,haha. Alhamdulillah tahun baru Islam bakal tiba jumaat ni.

Jumaat ni pada 1431 tahun yang lepas Nabi kita Muhammad S.A.W bersama pengikut2nya meninggalkan semua harta benda dan rumah untuk berhijrah ke Madinah. Jaraknya kalau di Malaysia ni lebih kurang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dengan berjalan kaki dan menaiki unta, cuba bayangkan!! Betapa berat dan besar pengorbanan mereka terhadap agama Islam. Cubalah korang nilai sendiri apa pengorbanan kita terhadap agama sekarang? Solat ke masjid depan matapun susah.

Aku upload lagi sikit majlis persandingan & outdoor kak ria aritu. Sebenarnya Kak Ria dan abang Mazid ni memang pemalu orangnya. Kalau nak suruh senyum memang kena buat lawak dulu, hehe. Kitorang outdoor kat tepi jalan dekat dengan rumah kak ria sebab dah kesuntukan masa dah nak maghrib :) layan sikit gambar diaorang ni.



Bekerja sebagai photographer separuh masa ni memang betul-betul menguji fizikal dan mental aku. Selain beban kerja ofis setiap hari aku juga kena berusaha siapkan kerja2 editing dan album dalam masa yang ditetapkan. Aku cuba buat sebaik mungkin walaupun badan sangat letih tidur lewat setiap hari.

Weekend jangan harap nak rehat atau sambung buat album sebab dah ada job lain menanti yang sudah tentu menambahkan lagi bilangan album kena siapkan, hehe. Terima kasih kepada keluarga kak ria atas layanan yang baik sepanjang berada di Johor Bahru. Kepada pasangan pengantin semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, amin.


Nota kaki : Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun ye kawan2. Ni aku ada sediakan untuk korang baca nanti ::DOA AWAL & AKHIR TAHUN::


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Nikah+Berinai Ria & Mazid, JB

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update job wedding kat Johor Bahru yang lepas. Aku tak tahu nak gambarkan camne rasanya rindu kat Johor Bahru, ceewahh. Kali terakhir aku pergi sana 6 tahun lepas selepas habis belajar. Lepas tu tak pernah pegi sana lagi. Alhamdulillah dapat juga job kat sana, kalau tak jangan harap aku nak ke JB. Inilah untungnya jadi photographer, hehe.

Banyak jalan dan bangunan baru muncul sampai aku boleh sesat kat sana, haha. Sempat gaklah aku jalan2 ngan wife dalam UTM dan kawasan sekitar. Tapi tak dapat pusing2 sangat sebab jadual aku pack. Sampai je aku dah kena siap sedia shoot majlis nikah sebelah petang. Pastu sambung ngan malam berinai sampai tengah malam. Esoknya shoot majlis bersanding sampailah lewat petang, huhu.

Selepas je grad dulu, aku dapat kerja kat satu syarikat swasta kat Shah Alam. Kak Ria ni lah yang banyak bagi aku kata2 semangat sebab dapat bos yang garang gila yang suka mencarut dan baling barang, haha. Aku cepat2 resign bila dapat tawaran kerja yang lebih baik :) Tapi alhamdulillah, kitorang masih berhubung sampai sekarang. Aku sangat berbesar hati dapat shoot hari berbahagia kak ria dan abang mazid ni:) Layan dulu majlis nikah dan malam berinai diaorang.



Kalau sebelum ni aku pernah duduk kat majlis akad nikah yang lebih sejam. Kat sini pulak terbalik. Aku rasa dari imam tu masuk rumah sampailah dia balik tak sampai 15 minit. Laju gila. Aku baru setting2 kamera dan test shoot tiba-tiba imam dah salam nak nikahkan. Dengan pengantin lelakipun terkejut gak, hehe.

Malam tu diadakan pula majlis berinai. Sebenarnya akupun tak tahu ada berapa versi majlis berinai orang melayu ni, hehe. Sebab pengalaman aku shoot kat majlis kahwin memang berlainan lah ikut tempat. Kalau aku tak amik gambar kahwin mesti akupun tak tahu apa2 pasal tu. Sebab kat tempat aku tak pernah ada lagi majlis berinai ni, kekeke.


Sebenarnya, kalau kita shoot majlis bersendirian kita tak boleh fokus nak hasilkan gambar2 kreatif je. Kita kena selesaikan shoot gambar2 wajib dahulu. Sebab kita takde back-up yang shoot benda2 lain. Bila dah selesai tu baru kita boleh cari gambar kreatif dengan angle yang berlainan dari biasa. Sebab tu photographer selalu ada team mereka untuk cover sesuatu majlis. Boleh buat pengkhususan kerja..:)

Cuma bila dah selalu kerja dengan team dan tiba-tiba terpaksa cover sendiri memang boleh buat orang tu gelabah lah,hehe. Emm percaya tak ada photographer yang tak boleh kerja bersendirian? hehe. Sebab tu aku cuba variasikan kemahiran aku untuk shoot bersendirian. Sampai satu tahap boleh hasilkan angle2 seperti shoot berkumpulan:) Pasni aku upload majlis sanding dan outdoor plak ye.


Nota kaki : Selangor cuti jumaat ni besday DYMM Sultan. Napelah besday tu disambut sekali je. Kalau sambut berkali2 aku rasa rakyatpun tak kisahkan, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita basikal tua

Bismillahirramanirrahim



Hari ni aku rasa malas nak upload cerita pasal kahwin :) Aku saja nak tunjuk kat rumah aku ada sebuah basikal tua yang dah berusia lebih 30 tahun. Kekadang bila aku naik basikal ni teringat masa zaman kecik2 dulu. Masa belajar naik basikal camni. Terpaksa menyendeng ke tepi sambil mengayuh. Mana nak sampai tempat duduk yang tinggi tu, hehe.

Sepanjang jalan pusing-pusing kampung memang camtulah gayanya. Bukan aku sorang je, budak-budak baya2 aku semua naik basikal senget camtu :) Dulu tahun 80an mana ada basikal kecik. Kalau adapun mana bapak aku mampu nak belikan. Selalu aku naik basikal ni kat kampung arwah atuk aku. Kalau dia balik dari surau pas asar tu, cepat2 bawak lari basikal dia. Tapi kena balik sebelum maghrib sebab atuk nak pakai lagi, hehe.


Orang dulu-dulu kat kampung memang inilah pengangkutan utamanya. Abah aku cerita dia pernah kerja buat parit kat Hulu Langat mengayuh basikal dari Labohan Dagang, Banting. Kalau naik kereta sekarang pun dah dekat 40 minit lalu highway. Dulu mana ada highway, nak jumpa jalan tarpun tak banyak. Banyak jalan tanah merah je, huhu.

Dulu kecik2 aku jaki betul tengok orang2 muda bawak awek kat palang basikal tu, sweet je, haha. Aku cakap nanti kalau besar nak buat camtulah. Sekali dah besar orang dah tak guna basikal tu bawak awek, wakaka. Aku suka basikal tua ni sebab memang lasak dan tahan. Sampai sekarang masih boleh pakai lagi. Mana jumpa lagi break basikal guna besi cam basikal ni, hehe. Bila naik basikal ni, terasa ada lagu2 oldies berkumandang di sekeliling aku, hehe

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com