Ucapan Ramadhan

Bismillahirramanirrahim


Salah satu sample EKAD yang aku buat :) Selamat berpuasa.


Dulu masa duduk kat kampung setiap kali sebelum datang Ramadhan aku akan pergi melawat kubur arwah atuk dan nenek aku. Bersihkan kubur mereka, sedekahkan yasin dan doa. Bagitau kat mereka yang Ramadhan telah tiba. Bulan yang tiada siksaan kubur dan bulan yang semua syaitan dibelenggu. Sengaja nak lepas rindu kenangan membesar bersama mereka dulu.

Insyaallah esok kita semua akan berpuasa. Sebenarnya puasa ni mudah. Sebab tu ada orang yang jarang solatpun boleh berpuasa penuh sebulan. Menjaga lidah, mata dan pancaindera lain jauh lebih susah dari berpuasa. Walaupun dari sudut fikah ia tidak membatalkan puasa tapi ia boleh sahaja menghapus pahala berpuasa dan tidak memperoleh apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

Tahun lepas aku ada buat sistem dan design Ekad untuk portal ofis aku. Kalau sesiapa nak ucapkan selamat menyambut ramadhan kepada kawan-kawan bolehlah klik sini ::EKAD RAMADHAN:: Aku tak sempat nak design kad baru tahun ni,hehe.

Untuk akhirnya, mohon maaf sekali lagi atas segalanya. Mudah-mudahan kita dimudahkan untuk membuat ibadah pada bulan ini. Jangan lupa tarawikh bermula malam ni :) Aku tarawikh kat Masjid KLIA, insyaallah.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita Konvokesyen UKM

Bismillahirramanirrahim



Aku percaya ramai antara kita pernah merasai pengalaman konvo kan :) Biasanya setelah bertungkus lumus beberapa tahun demi segulung ijazah/diploma majlis tersebut amat bermakna walaupun ia cuma majlis setengah hari je,hehe. Terasa puas bila menatap scroll ijazah tu walaupun cuma baris-baris tulisan menggunakan kertas yang biasa kita jumpa kat mana2.

Bila melihat segulung ijazah/diploma tu tergambar saat bersama kawan2 semasa menghadiri kelas, duduk kolej, tinggal di rumah sewa, suasana kampus, pak guard dan seribu kenangan suka duka sepanjang berada di sana. Tanpa sedar kekadang bleh menitis air mata mengenangkan semua memori tu :)

Semalam aku berpeluang menghadiri majlis konvokesyen UKM wife aku. UKM ni memang unik sebab setiap fakulti ada warna jubah berlainan. Ada warna merah, hijau, oren, biru dll. Meriah sungguh aku tengok,hehe. Tapi aku tak dapat rakam warna warni jubah tersebut sebab sidang pagi semalam semua pakai warna oren je sebab semua dari fakulti pendidikan..:)

Aku tak dapat bergerak ke sana sini sebab petugas tu sume garang belaka,haha. Jadi semua gambar dalam dewan tu aku amik dari tempat duduk je.


Semasa berada dalam tu teringat dulu2 masa aku konvo. Rasanya ada yang sampai sekarang tak pernah berjumpa lagi sejak tarikh tu. Rindu pulak kat semua kengkawan aku. Sebab tu kepada sesiapa yang belum konvo lagi kalau boleh amik je gambar banyak2 ngan kengkawan kita sama ada baik ngan kita ataupun tak. Sebab mungkin tu kali terakhir kita berjumpa mereka. Manalah tau ada diantara mereka jadi PM ke, naik bulan ke blehlah gak tumpang bangga tunjuk gambar kat cucu nanti,kekeke.

Tahniah kepada wife aku dan semua graduan fakulti pendidikan yang konvo semalam. Semoga dapat menjadi pendidik yang sejati. Ustaz aku pernah cakap hanya pendidik yang berjiwa pendidik je yang benar-benar ikhlas nak mengubah nasib anak bangsa kepada lebih baik. Ada sesetengah pendidik yang tidak suka, benci dan putus asa bila berhadapan ngan murid dan pelajar yang degil, malas dan sebagainya. Itulah cabaran terbesar bagi mereka. Itulah juga yang mendapat ganjaran terbesar di akhirat kelak berbanding mengajar hanya untuk capai target peperiksaan, wallahua’lam.



Nota kaki : Thanks untuk Dyla yang memudahkan kerja aku cari bunga :) dia ada di gerai No.9 area dewan besar sepanjang tempoh konvo ni..:) Blehlah singgah beli bunga ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Selamat Datang Ya Ramadhan!!

Bismillahirramanirrahim



Terasa begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar Ramadhan bakal menjelang kurang 10 hari dari sekarang. Sayu mengenangkan ramai insan-insan yang dikenali tidak dapat berjumpa Ramadhan kali ini sedangkan mereka semua masih sihat ketika menjalani Ramadhan tahun lepas. Mereka sendiri tidak tahu itu merupakan Ramadhan mereka yang terakhir :'(

Dalam 12 bulan, hanya sebulan Allah berikan untuk kita berpesta ibadah. Kalau pesta jualan murah, bukan main kita berduyun2 meramaikannya. Tapi berapa ramai yang berebut ‘tawaran’ yang Allah berikan ini? atau kita hanya bersemangat pada minggu pertama dan kedua je? tanya dan jawablah pada diri sendiri dengan penuh tanggungjawab demi iman kita kepada Allah.


Dalam perjalanan pulang ke rumah. Tak sabar tunggu fajar Ramadhan tiba.


Rugilah kalau tidak dipenuhi tawaran Allah tersebut, sebab semua pintu rahmat dibuka seluas-luasnya. Selepas bulan Ramadhan, pahala amalan tidak lagi mendapat gandaan. Dosa-dosa tidak lagi mudah diampun. Dosa serta maksiat juga tidak lagi mudah ditinggalkan seperti dalam bulan Ramadhan ini. Teman2, inilah masa untuk kita berubah kepada yang lebih baik.

Aku bukanlah orang yang layak nak nasihatkan tentang semua ini. Sebab akupun banyak melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada aku sedar ataupun tidak. Aku bukanlah sempurna untuk memuaskan hati semua insan yang aku kenali. Tapi sempena kedatangan Ramadhan ni aku mohon maaf atas semua kelemahan yang ada pada diri aku.

Untuk akhirnya, beruntunglah sesiapa yang bertemu Ramadhan kali ini. Mudah mudahan selepas jalani latihan Ramadhan nanti, kebaikan dan kebajikan akan lebih mudah kita lakukan. Semoga bertambah baik dan comel akhlak kita bila keluar dari bulan tersebut, insyaallah.


Nota kaki : Aku ada kursus Cascading Style Sheets (CSS) di Bangi bermula esok. Hanya akan kembali ke ofis pada hari Selasa. Sampai jumpa lagi


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Pengalaman pertama miliki DSLR :)

Bismillahirramanirrahim



Bulan Ogos ni genap setahun aku memiliki kamera DSLR :) Ya, kamera DSLR pertama aku. Teringat masa mula-mula nak beli kamera tu tahun lepas. Malam tu memang tak boleh tido sebab berdebar nak dapatkan kamera yang diidamkan sangat2. Berdebarnya mengalahkan orang nak bernikah esoknya je,hehe.

Masa kat kedai hulur duit nak bayar tu menggigil gaklah tangan aku. Masa tu beli body D80, beg dan lens 50mm 1.8 je dah RM3000 lebih. Nak abis gaji aku masa tu. Walaupun sengkek bulan tu tapi semangat nak belajar amik gambar tu memang berkobar-kobar. Lelagi bila tengok kawan2 semua dah ada DSLR dan dah terer amik gambar lawa-lawa.

Sampai rumah buka kotak tu perlahan-lahan dan cermat gila. Adik aku dekat, aku suruh dia main jauh2,haha. Pastu keluarkan manual DSLR tu dan baca dari petang sampai tengah malam walaupun tak faham,hahaha. Masa nak tido masukkan balik kamera dalam pastik dan kotak elok2 dan taruk tepi bantal. Pastu senyum sorang2, hahaha.

Aku yang bertambah gemuk tetapi makin comel,wakakaka


Tapi tak lena sangat sebab tak sabar nak ambil gambar esoknya. Kejap2 terjaga takut ada orang curik kamera baru aku tu*sengal. Bangun tido terus raba cari kotak kamera kat mana,hehe. Bayangkan selepas solat subuh kul 6:30 pagi aku dah keluar nak test kamera aku kat luar rumah. Mak aku hanya mampu geleng kepala tengok perangai anak bujangnya yang macam kera dapat bunga,haha.

Pastu mulalah aku amik gambar daun, rumput, kerengga dll. Lepas tu cuba amik gambar gambar kereta bergerak kat jalan raya. Kalau dapat yang sharp mulalah bangga sengeh sorang2,keke. Jujur aku cakap masa tu aku tak reti sangat bab teknikal kamera spt shutter, aperture, ISO dsb.

Selepas join geng photographer dan belajar dari otai2 barulah aku faham sikit bab-bab teknikal. Dalam 2-3 bulan tu masuk internet mesti masuk website2 pasal photography je. Tak layan langsung benda2 lain,hehe. Bila kenang semua tu buat aku tersenyum sengsorang je :) Aku tahu mesti korangpun ada pengalaman camtu kan kalau beli benda yang kita idamkan,hehe.


Nota kaki : Season EPL dah mula. Pasni penyakit gila bola aku dah kembali,hehe. Go Go Chelsea!!!!


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Outdoor Haniza & Hilmi

Bismillahirramanirrahim



Salah satu topik yang kerap dibincangkan dalam forum photography ialah tentang kamera dan lens yang mahal2. Biasanya aku hanya tengok sebelah mata je sebab aku tahu tak mampu nak beli semua tu. Lagipun aku masih boleh hasilkan gambar yang aku nak dengan body dan lens aku sedia ada,hehe. Tapi terbukti aku silap tentang benda tu selepas cuba lens yang Cots bawak masa job kat Sungai Besar ni.

Bila dah pakai barulah kita tahu kenapa berbaloi habiskan hampir RM7000 untuk sebijik tele lens sedangkan lens yang sama boleh dibeli dalam lingkungan RM2500 untuk third party brand :) Dari segi speed dan sharpness memang prestasinya sangat bagus berbanding lens biasa. Kalau kita nak hasilkan gambar best sebelum ini memerlukan 3 step, mungkin ia boleh dilakukan dalam 1 step je guna lens tu, lebih kurang camtulah perumpamaannya. Tapi tak bermakna aku akan beli lens tu lah dalam masa terdekat,keke.

Kali ni aku nak update Outdoor pasangan Haniza & Hilmi ni. Aku buat outdoor kat 3 lokasi. Dua lokasi kat area rumah pengantin kat Batu 38, Sabak Bernam sana pastu pergi Sungai Besar untuk ke sawah padi plak :) Layanlah dulu gambar diaorang ni.


Akhirnya impian nak amik gambar kat sawah tercapai juga,ceewaahh. Walaupun gambar aku tak best cam photographer yang duduk area sana tapi aku telah lakukan yang terbaik untuk client aku :) Banyak lagi ruang untuk penambahbaikan yang boleh aku lakukan. Aku harap korang boleh memberikan kritikan dan teguran untuk aku perbaiki diri pada masa hadapan.

Untuk kedua mempelai ini aku ucapkan selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Semoga ikatan yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat,amin. Ini merupakan client terakhir aku sebelum tiba Ramadhan nanti :) pas raya baru sambung cerita kahwin ye.


Nota kaki : Minggu ni aku sangat bizi siapkan multimedia untuk sambutan Ramadhan al-Mubarak. Pasni kalau nampak iklan zakat kat bas rapidkl, tv dsb korang blehlah ingat kat aku ek,kekeke.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Persandingan Haniza & Hilmi

Bismillahirramanirrahim



Rajin betul aku update ni padahal ngah banyak kerja,haha. Takpe, aku ngah tunggu video render tu. Lagipun aku dah siap edit semua gambar sampai ke outdoor, tinggal publish je:) Kali ni aku update majlis bersanding pasangan Haniza dan Hilmi sebelum update plak sesi outdoor diaorg nanti,hehe.

Sebenarnya kalau korang nak kahwin dan tak tahu nak pilih warna apa, aku cadangkan pilih warna putih atau purple je. Bukan sebab aku minat warna purple tapi sebenarnya warna putih dan purple memang cantik dalam gambar dan album. Sebab contast ngan keadaan sekeliling memang tinggi. Jadi dia bleh stand out dari background berbanding warna-warna lain.

Bila buat outdoor pula, cuba elakkan warna2 yang sama ngan background seperti hijau, coklat dan warna2 tone gelap. Bukanlah tidak boleh, tapi mata manusia biasanya mudah tertarik ngan warna dominan yang menonjol. Kalau amik gambar di padang ragut memakai baju hijau yang sama ngan warna rumput maka pengantin akan nampak tenggelam dalam tasik :P

Lenkali aku bagi tips lain ye. Ok layanlah dulu sikit gambar majlis bersanding tu :)



Sebenarnya aku rindu kehadiran Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Rindu dengan suasana tarawikh, juadah moreh, tadarus Quran, berbuka puasa, bangun sahur dan sebagainya. Semoga kita semua dapat berjumpa dengan ramadhan kali ini. Bulan yang kalau kita mengambil manfaat darinya, kita pasti dapat menjadi seorang insan yang lebih baik,Insyaallah.

Nabi kita selalu mengulang2 perkataan “Allahumma Ballighna Ramadhan (Ya Allah, sampaikanlah kami ke Bulan Ramadhan)” bila telah hampir bulan Ramadhan. Ia akan menyebabkan kita menanti Ramadhan dengan kerinduan dan kecintaan. Kalau berkesempatan aku akan kongsi persediaan2 bulan Ramadhan yang boleh kita buat untuk sama2 kita perbaiki diri. Wallahua’lam.


Nota kaki : Tunggu update Outdoor kat sawah padi pasni. Kali pertama aku amik gambar kat situ tau :P


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Nikah & Berinai Haniza dan Hilmi

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update majlis pernikahan dan malam berinai pasangan Haniza dan Hilmi yang diadakan di Batu 38, Sabak Bernam. Sebenarnya ni kali pertama aku shoot nikah pada waktu malam :) Agak mencabar sebab keadaan cahaya rumah kampung yang agak tidak mencukupi.

Haniza aka Honey ni adalah member blog aku dulu2. Maklumlah dulu aku kan blogger tersohor di serata daerah Banting,wakakaka (silalah muntah). Tapi tu dulu, masa zaman aku muda remaja lagi. Sekarang dah agak berumur ni kordinasi otot kepala aku sudah tak aktif nak berblog cam dulu,hehe (woi, ko ni nak cerita pasal ko ke entry kahwin ni??!!)

Ok2, berbalik kepada tajuk asal. Ada cerita menarik yang aku nak kongsi dalam majlis ni. Tapi korang layanlah dulu gambar sepanjang majlis tersebut. Kang kalau aku cerita sampai page 2 tak abis2 lagi :)



Sebenarnya antara perkara bengong yang aku buat malam tu ialah lepak kat bilik pengantin konon nak tunggu majlis bermula. Yela, selalu mestilah pengantin perempuan dipanggil kalau majlis nikah nak start cam selalu tu kan. Jadi selamba gaban je aku shoot pengantin selepas abis make-up.

Sekali keluar kat ruang tamu, terkujat aku majlis dah mula dan khutbah nikah sedang dibacakan. Takde orang bagitau aku pengantin lelaki dah sampai!! Rupanya kat sana pengantin perempuan tak keluar time nikah tu. Nasib belum akad nikah, kalau tak maunya aku suh tok kadi tu berlakon nikah lagi skali,haha *sempal. Pengajarannya, lain tempat lain budaya dan caranya. Kena lebih alert dan hati2 pada masa akan datang :)

Terima kasih juga kepada Cots yang sudi ikut aku sepanjang dua hari kat sana:) Pasni aku update majlis persandingan dan outdoor plak. Tunggulah kalau aku rajin lagi,hahaha.


Nota kaki : Anak buah aku masuk hospital Klang sebab jangkitan kuman kat paru2. Semoga cepat sembuh ye Amni:(


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita sawah padi

Bismillahirramanirrahim



Masa aku kecik2kecik dulu aku teringin sangat nak pergi sawah bendang. Selalu dapat tengok kat TV dan gambar je. Yela, kampung aku masa tu ada kebun getah ngan kelapa sawit je. Punyalah teringin sampai aku pernah suruh abah tanam pokok padi pulak gantikan kelapa sawit,hahaha.*bengong. 20 tahun kemudian barulah aku dapat tengok live padi masa melawat kawan kat area sana.

Ingat lagi dalam perjalanan balik aku berenti kejap tepi bendang tu pastu aku cabut beberapa pokok padi nak tunjuk kat mak kat umah. Comel betul aku rasa perbuatan aku tu,kekeke. Akupun lupa masa tu aku mencuri sebenarnya :) Masa aku start amik gambar, memang salah satu impian aku nak amik gambar kat kawasan sawah padi selain tempat2 macam Rome, Madrid, Chelsea dll, hahahaha.

Teaser Majlis Perkahwinan Haniza & Hilmi


Akhirnya ada gak client aku yang duduk sana,hehe. Pastu barulah aku tahu pokok padi ni pun boleh tahan miangnya. Sampai ke malam aku gatal2 kat tangan ngan badan. Pengajarannya jangan suka hati baring2 kat sawah padi. Patutlah aku tengok ada budak2 gelakkan aku masa amik gambar siap baring2 kat situ,hahaa. Padan muka aku sendiri!!

Nantikan full entry majlis kahwin diaorg ni yang aku amik semalam. Aku bizi sekarang :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com