November update

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah dapat coretkan sesuatu kat blog ini. Terima kasih Allah sebab panjangkan umur untuk berjumpa tahun baru hijrah 1436H. Nak kongsi sedikit tazkirah bersama Dr Abdullah Yassin tentang orang yang terpedaya dengan amalannya sendiri.

Ustaz bagitau jika kita melihat orang lain yang berbuat dosa dengan pandangan jelek, ketahuilah kita sebenarnya seorang yang ego, sombong dan terpedaya dengan amalan kebaikan kita sendiri.

Tanya diri sendiri; Siapa yang memberi nikmat kita sentiasa dekat ngan agama? Siapa yang masukkan rasa takut berbuat dosa? Adakah semuanya itu atas usaha kita semata? Lalu mengapa kita sombong dengan kebaikan dan amalan kita sedangkan semua itu datang dari Allah hingga memandang ramai pendosa dengan pandangan hina dan rendah.

Wedding Mai & Zul, Shah Alam

Wedding Adib & Atika, Melaka

Wedding Nur Amirah & Helmi, Shah Alam

Wedding Natrisya & Amirul, Shah Alam

Jangan lupa kita dulupun seperti mereka tapi Allah bukakan jalan untuk berubah. Datangkan kawan yang baik-baik dan berikan kesedaran untuk belajar agama. Oleh itu janganlah sombong bila jumpa orang yang jauh dari agama. Tarik mereka untuk sama-sama berubah. Jangan jadi ahli ibadah yang beribadah sendirian kemudian pelik mengapa ramai orang di sekelilingnya jauh dari agama.

Insyaallah aku akan update semua entry kat atas ni dalam masa terdekat.

Wassalam

Wedding Izan & Gadaffi, Telok Panglima Garang

Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Alhamdulillah harini dah masuk bulan terakhir dalam kalender Islam iaitu 1 Zulhijjah 1435H. Seronok tengok ramai umat Islam yang menunaikan haji di Baitullah. Mudah-mudahan mereka semua mendapat haji yang mabrur, amiin. Kepada yang tidak menunaikan haji, kita sangat-sangat digalakkan untuk berkorban kerana pahalanya juga sangat besar.

Jangan lupa 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah ini kita digalakkan perbanyakkan ibadah, zikir, selawat dan jangan tinggal puasa sunat terutamanya puasa Hari Arafah. Niatkan ibadah itu kerana Allah sahaja. Mudah2an Allah membalas sewajarnya pada hari akhirat kelak.

Kali ni aku nak update pasangan cikgu Izan dan Gadaffi yang berlangsung di Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Mereka berkenalan semasa kedua-duanya mengajar di sekolah yang sama. Walaupun tidak mengajar sama lagi sekarang, tapi hubungan tu terus mekar dan sampailah ke jinjang pelamin ni :)

Layan sikit majlis mereka ni :
 

 
 
Aku doakan semoga kedua-dua pasangan ini dilimpahkan rahmat dan hubungan mereka berkekalan bahagia sampailah ke syurga kelak, amiin. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Insyaallah nanti aku update lagi blog ni. Wallahua’lam

Wassalam.
 
 
Wassalam.

Bariah & Hadi, Klang

Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Sebenarnya aku cemburu. Cemburu kat sahabat-sahabat yang dapat panggilan haji dan bakal berangkat beberapa hari sahaja lagi ke Mekah. Rasanya memang impian setiap insan untuk tunaikan rukun Islam ke-5 tersebut. Pengalaman berada sebentar di sana ketika tunaikan umrah cukup untuk buatkan aku rindu tanah haram tersebut.

Susananya, kepanasannya, hadir awal ke masjid tunaikan solat fardhu, membaca Quran di Masjid Nabawi dan Makkah, ketenangan melakukan ibadah dan kebaikan-kebaikan yang berada di sekeliling. Mudah-mudahan kita semua berpeluang menunaikan haji sebelum kita meninggalkan dunia ini.

Kali ni aku update pasangan Bariah & Hadi yang berlangsung di Klang. Bariah ni member ofis dan memang dah kenal sangat. Jadi memang takde masalah bekerjasama dengan beliau.
 

 
 
Baru-baru ni aku mendapat berita bapa Bariah telah kembali kerahmatullah. Aku doakan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa beliau yang lalu, amiin. Aku juga doakan semoga kedua pasangan ini berbahagia dan menjalani kehidupan berumahtangga dengan aman tenteram dan saling menyayangi sampailah akhir hayat mereka dan seterusnya sampai ke syurga, amiin.
 
 
Wassalam.

Wedding Naim & Farhana, Temerloh

Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Ya Allah, lamanya aku tak update. Sebenarnya aku memang sengaja berhenti shoot wedding dalam 3 bulan camtu bagi memberi ruang rehat kepada diri aku sendiri. Rasanya ni kali pertama sejak aku shoot wedding dalam 7-8 tahun lepas. Dapat beribadah dengan lebih tenang sepanjang Ramadan lepas. Alhamdulillah.

Aku ada banyak lagi pasangan yang belum aku update dalam bog ni. Insyaallah aku akan update satu persatu. Bermula dengan majlis perkahwinan Farhana & Naim kat Taman Temerloh Jaya, Temerloh.
 

 
 
Semoga kedua pasangan ini berbahagia dan menjalani kehidupan berumahtangga dengan aman tenteram dan saling menyayangi sampailah akhir hayat mereka dan seterusnya sampai ke syurga, amiin.
 
 
Wassalam.

Pernikahan Farhana & Naim, Temerloh

Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Semalam adalah hari ibu. Ramai juga menyambutnya bersama ibu tercinta. Tak kisahlah apa jua yang kita lakukan, yang penting kita kena pastikan ibu kita redha dengan kita. Ada yang menyambutnya dengan kek, ucapan dan majlis khusus. Namun untuk menggembirakan hati seorang insan bernama ibu ada banyak lagi cara lain. Ia berbeza mengikut keluarga dan tidak semestinya sama untuk semua.

Kita selalu dengar maksud Hadis Tirmidzi tentang redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Semakin usia kita bertambah setiap tahun dan meningkat dewasa, tanpa sedar usia kedua-ibu bapa juga semakin singkat di atas muka bumi ini. Jadi sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa berbaktilah selagi hayat mereka masih ada. Satu hari nanti bila mereka meninggalkan kita, kita pasti rindu dengan senyum tawa, nasihat, kasih sayang dan sentuhan dari seorang ibu.

Kali ni aku nak update majlis pernikahan Farhana & Naim yang berlangsung di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang. Rasanya ni dah kali ke 6 atau 7 aku shoot di Temerloh. Dah macam kat Klang je,hehe.
 

 
 
Keluarga Naim datang dari Penang dan Selangor. Walaupun jauh, tetapi ramai juga yang datang meraikan kedua mempelai ini untuk majlis ijab kabul. Memandangkan Farhana merupakan anak sulung dalam adik beradiknya jadi memang terasa kemeriahan majlis ini.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Farhana menjadi isteri Naim yang sah. Mari kita semua doakan semoga kedua-dua pasangan ini hidup dalam aman damai dan bahagia sampai ke syurga nanti,amiin. Insyaallah nanti aku sambung majlis sandingnya pula. Wallahua’lam
 
 
Nota kaki : Selamat hari ibu juga kepada semua sahabat-sahabat yang juga merupakan seorang ibu. Semoga Allah rahmati dan berikan pahala yang besar untuk kalian memelihara ahli syurga insyaallah.
 
 
Wassalam.

Normaszarina & Airie, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana berikan nikmat iman kepada kita semua. Nikmat keluarga yang mendamaikan hati dan sahabat yang selalu mengingatkan kepada kebaikan. Dalam kuliah baru-baru ini, ustaz bagitau seorang sahabat yang baik akan menjadikan kita lebih hampir dengan agama.

Sebab itu, jika perasaan kita tidak tenteram dan selalu gelisah, selain mendekatkan diri kepada Allah kita sebenarnya perlu mencari lingkungan kawan baru. Kumpulan kawan-kawan yang selalu berbicara perkara baik-baik. Tidak membesarkan dirinya ataupun mengata orang lain. Ia boleh dilakukan dengan menukar lingkungan kawan yang negatif sama ada di sekeliling kita mahupun di sosial media (unfriend/mute). Kita yang kawal newsfeed di Facebook, timeline di Twitter dan feed di Instagram. Cari kawan yang baik-baik.

Kali ni aku update sikit majlis Normaszarina dan Airie yang diadakan di Putrajaya. Outdoor majlis sanding buat disekitar dewan sahaja.
 

 
Aku doakan kedua pasangan ini dilimpahi kebahagiaan, kerahmatan dan keampunan oleh Allah dengan nikmat ikatan perkahwinan yang terjalin. Selamat bercinta hingga ke syurga. Jadikan perkahwinan ini sebagai satu kelebihan untuk ke syurga insyaallah. Jumpa lagi next entry.
 

Wassalam.

Zafran & Nissa, Kuala Lumpur

Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Semasa pulang dari ofis semalam aku lalu di satu persimpangan jalan yang sesak. Ketika itu hujan lebat. Tetapi polis yang mengawal lalu lintas masih tetap berada di tengah jalan menjalankan tugas dalam kebasahan. Aku perhatikan raut wajahnya. Kadangkala, ada pekerjaan yang beri lebih banyak pahala walaupun jika dikira dari sudut gajinya tidaklah sebesar mana.

Dalam satu tazkirah yang aku dengar, insan ini masuk ke syurga melalui banyak jalan. Malah ada pelacur masuk syurga hanya memberi minum seekor anjing dalam hadis sahih Bukhari. Rahmat Allah kadangkala kelihatan hambar sebab lidah sesetengah orang yang bicara tentang agama seakan mewakili Allah dan Nabi dalam menghukum manusia. Hakikat yang tersimpan dalam hati manusia hanya Allah yang tahu dan beri balasan kebaikan selayaknya.

Aku update sikit tentang sesi outdoor majlis perkahwinan Zafran dan Nissa yang diadakan di Taman Koperasi Polis 2, Gombak. Sesi outdoor ni dibuat di sekitar dewan tersebut sahaja.
 

 
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan meriah. Memandangkan rumah kedua mereka ini berhampiran, maka mereka telah gabung majlis menjadi satu sahaja. Sesuatu yang sangat dipuji dan patut ditiru oleh ramai orang. Ia dapat menjimatkan beban kewangan dan memudahkan urusan majlis.

Ketika keadaan kewangan negara yang tidak berapa sihat, semua langkah penjimatan adalah satu perkara yang bijak untuk dilakukan. Mari kita doakan kedua pasangan pengantin ini dikurniakan kerahmatan oleh Allah sampailah akhir hayat mereka,amin.
 

Wassalam.

Outdoor Aizatul & Firdaus, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Alhamdulillah bersyukur dapat mencoretkan sesuatu di sini. Dalam tazkirah yang aku dengar baru-baru ini, ustaz bagitau antara cara nak tahu kita ini seorang yang sombong dan ego ialah kita sangat terasa hati bila orang ada orang menegur dan betulkan kesilapan kita. Lebih-lebih lagi apabila yang menegur itu tarafnya lebih rendah dari kita.

Kata ustaz lagi setiap teguran yang kita terima itu kena anggap datang dari Allah. Seteruk mana kata-kata, teguran, cacian manusia ia tak beri kesan kepada kita jika sudut pandang kita diubah. Mesti ada sesuatu yang Allah nak sampaikan.

Aku rasa kebanyakkan kita mempunyai sifat seperti itu. Jika nak perbaiki hati, elakkan dari berpakaian, membeli dan melakukan sesuatu yang menyebabkan kita berasa ego dan riak. Contohnya elakkan diri dari membeli pakaian/barang/kereta dll sebab nak tunjuk status kita. Selagi kita pakai benda itu, kita berjalan dengan riak dihadapan orang lain. Nauzubillah.

Aku update outdoor majlis Aizatul dan Firdaus yang diadakan di Shah Alam. Aku buat outdoor ni tepi jalan je. Shah Alam banyak tempat menarik juga dari tempat-tempat biasa orang pergi.
 

 
Walaupun banyak cara editing yang ada kat luar sana, tapi hati aku tetap suka warna neutral yang tidak mengubah warna baju, muka dan lain-lain. Aku suka kaler. Insyaallah aku sambung update lagi nanti. Tahun ni banyak projek besar di ofis yang aku terlibat. Aku sibuk sikit.

Tahniah sekali lagi untuk kedua pengantin yang dirahmati Allah. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Semoga Allah ramhati hubungan kalian berdua:)
 

Wassalam.