Teaser : Dewan Perdana Felda

Bismillahirrahmanirrahim


Masa aku mula-mula cover wedding dulu aku ada beberapa senarai tempat yang menjadi impian aku untuk shoot gambar pengantin. Aku harap sebelum aku berhenti amik gambar aku dah cover semua tempat tersebut. Antaranya sawah padi, tepi pantai, paya bakau, pokok besar kat Taiping, landasan keretapi, kontena kat Port Klang, padang ragut UPM, Masjid Wilayah dan Dewan Perdana Felda.

Teaser wedding Farah & Adnan, Dewan Perdana Felda


Alhamdulillah, baru nak masuk 2 tahun semua impian aku dah tercapai :) Terima kasih kepada pasangan Farah & Adnan yang beri kepercayaan kepada aku untuk jadi OP majlis mereka di sini. Memandangkan target customer aku adalah golongan pertengahan, peluang camni adalah sesuatu yang jarang diperolehi. Memang excited lah bila dapat tugasan ni :)

Kenapa dewan ni jadi impian photographer?
Sebenarnya dewan ni memang benar-benar mencabar keupayaan dan kemahiran seorang photographer. Dewan ni gelap dengan lampu suram (tapi cantik) dan tiada syiling serta dinding untuk bounce flash. Kalau tak mahir guna direct flash gambar jadi flat atau harsh.

Lagi satu pernah tak korang amik gambar dalam dewan subjeknya cerah tetapi belakangnya gelap gelita tak nampak apa-apa? Jadi kat situlah perlunya kemahiran photographer kendalikan kamera dan flashnya. Untuk dapatkan subjek yang terang dan ambient yang baik. Gear yang mahal dan berkualiti memang membantu tapi ia sentiasa menjadi faktor kedua selepas kemahiran photographer tersebut.


Nota kaki : Tunggu full entry majlis ni next week :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Pertunangan Farah & Adnan

Bismillahirrahmanirrahim



Terima kasih kepada semua yang masih sudi singgah kat blog aku ni :) Aku hargai sesangat. Rasa terharu plak bila ada orang tanya kenapa dah jarang update blog, ceewahh. Tanggungjawab kepada kerja-kerja di ofis semakin besar dan beban kerja pun bertambah banyak. Jadi aku kena selesaikan dulu mana yang lebih utama barulah boleh layan benda ni.

Kali ni aku nak update majlis pertunangan Farah & Adnan di Ampang, Kuala Lumpur. Sebenarnya Adnan ni adalah adik kepada sahabat baik aku Dr Sarah. Jadi kali ni aku upload gambar banyak sikit untuk diaorang, hehe. Lagipun aku dah lama tak update gambar wedding kat sini :) Aku belajar main gradient dalam editing kali ni. Kalau tak kena sila bagitau ek. Layan gambar dulu ye.



Rombongan belah lelaki tiba dari Temerloh, Pahang. Aku suka dengar loghat temerloh ni :) Mungkin sebab jarang dengar. Koi rase cam nak aok cakap temerloh ngan koi je Sarah pasni, hehe. Sebenarnya member dari Temerloh boleh tahan ramai kat sini tapi semua cakap KL je terutama Kerul Shukor, hehe.



Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Walaupun shoot sorang2 aku rasa semangat buat kerja sebab keluarga Farah memberikan layanan dan kerjasama yang sangat baik. Farahpun memang gila2 orangnya. Memang jenis suka bergambar, tak payah posepun dia dah pandai pose sendiri, hehe. Terima kasih untuk Dato’ dan Datin sekeluarga.

Oh ya, gambar last tu memang farah pandai main gitar tau :) Kat bilik diapun ada gitar lain. Aku cuba sedaya upaya nak ingat alat muzik apa yang aku boleh main. Baru aku teringat dulu masa kecik2 masa memikat burung puyuh kat kebun kelapa sawit. Alatnya dibuat dari buluh untuk mimik bunyi burung puyuh betina. Jadi yang jantan tertarik dan masuk racik yang aku pasang. Akupun tak tahu benda tu diiktiraf alat muzik ke tak, hahaha.

Untuk makluman lagi sekali, aku dah tak terima tempahan untuk bulan Mei dan Jun 2010. Terima kasih kepada yang bertanya ye. Aku juga dah mula terima tempahan untuk akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011. Beberapa tarikh telah diisi setakat ini, alhamdulillah. Boleh email aku untuk quotation ye. Terima kasih.




Nota kaki : Aku menaruh keyakinan penuh Chelsea akan jadi Champion EPL dan Juara Piala FA musim ini. Piala Dunia tahun ni aku sokong Italy dan Argentina :)


Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com