Ucapan Syawal dari aku :)

Bismillahirramanirrahim



Bismillahirrahmanirrahim



Bila dah hampir syawal ni teringat kenangan menyambut raya masa kecik-kecik dulu. Seronok mengenang perkara yang membuatkan kita terasa kemeriahan beraya walaupun masa tu kita meraikan aidilfitri dengan serba kekurangan dan bukanlah hidup selesa seperti sekarang.

Ingat lagi tak dulu kita berdebar-debar tunggu pengumuman raya dan perasaan seronok sangat bila esoknya hari raya? Bermain meriam, mercun dan memasang pelita merupakan perkara biasa yang kita lakukan pada malam raya. Yang perempuan pula sibuk menolong mak pasang langsir, masukkan kuih dalam bekas dan masak-masak untuk beraya esoknya :)

Esoknya, selepas solat raya kita pusing kampung naik basikal beramai-ramai ngan kawan-kawan nak kumpul duit raya. Masing-masing pakat tunjuk baju baru dan kasut raya kat kawan-kawan lain. Kekadang sampai kampung sebelah kita beraya sampailah lewat petang baru balik rumah. Aku percaya ramai antara kita pernah rasa pengalaman beraya camtu kan? Tapi masih adakah budaya camtu sekarang di tempat korang semua?


Sambutan raya tak meriah kalau takde pelita :)


Memang kemeriahan hari raya dulu jauh berbeza dengan sekarang. Budak-budak sekarang termasuklah yang besar suka habiskan masa depan TV tengok rancangan raya ataupun duduk depan PC melayari internet mengucapkan raya kat sahabat maya sedangkan jiran sebelah langsung tak diziarahi hingga akhir syawal.

Aku nak bagi nasihat sikit kat semua sempena menyambut raya :

  1. Cukuplah dengan rancangan TV yang kita boleh tengok sepanjang tahun. Cukuplah duduk depan Laptop/PC melayari internet sepanjang hari. Benda tu takkan habis sampai bila2. Marilah kita bawa ahli keluarga menziarahi saudara mara, jiran tetangga, rakan taulan seramai mungkin. Mungkin juga warga tua yang duduk kat ceruk2 kampung.
  2. Usahlah fikir nak pamerkan baju cantik2 di depan atuk, nenek, nyai, tokwan maupun moyang. Baju tu takkan diperhatikan sangat oleh mereka. Dakapan mesra, sentuhan dengan tangan mereka yang kecut dan pipi yang telah kedut terlalu besar ertinya buat mereka.
  3. Berhati-hati dan bertimbang rasa di jalan raya. Apalah ertinya dapat sampai awal sejam dua tapi mengambil risiko besar yang sebabkan kematian kita, keluarga kita maupun orang lain.
  4. Jaga tata susila pergaulan dan adab sopan berpakaian. Jangan sesekali tinggal solat, berusaha menggenggam syariat walau di mana kita berada.


Saling bermaaf-maafan dan bersilaturrahim kerana Allah


Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa yang telah tua, ziarahilah mereka. Cubalah belajar mengawal emosi bila berbicara dengan mereka. Belajar memberikan tumpuan dengan mata, telinga dan perasaan. Banyak belajar mengangguk, senyum, ketawa dan berpandangan positif dengan apa juga yang diceritakan oleh mereka. Janganlah asyik nak melawan kata je. Kita takkan tahu betapa kita rindukan semua itu bila mereka telah tiada nanti.

Akhir kata, ampun maaf dari aku kepada semua sekiranya terdapat kata2 atau tingkah laku aku yang menyinggung perasaan sepanjang mengenali aku. Selamat menghayati ibadah malam-malam terakhir Ramadhan dengan penuh keberkatan.


Nota kaki : Aku akan bercuti raya sampai hari raya keempat. Sehingga tu tiada update baru di sini. Aku nak nikmati Syawal sepenuhnya :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com