Bismillahirramanirrahim
Beberapa hari lepas masa ngah makan kat sebuah kedai aku dikejutkan dengan tindakan seorang pelanggan yang pecahkan cawan (hempas ke lantai) yang diberikan pelayan tu. Kemudian dengan suara kuat dia memarahi pelayan tersebut dihadapan orang ramai. Dari apa yang aku dengar dia memesan air lain tapi sampai air yang lain. Subhanallah, dimanakah akhlak dan adab kita zaman sekarang. Orang yang begitu muda memarahi orang yang jauh lebih tua :(
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Begitulah sabda Nabi kita yang mulia. Rasulullah begitu berhati-hati dalam setiap tutur kata dan perbuatannya. Teringat kisah Saidatina Aisyah yang berasa sangat bersalah sebab tertidur semasa menunggu kepulangan Rasulullah. Semasa beliau bangun pada waktu subuh dilihat Rasulullah hanya tidur diluar pintu rumah dalam kesejukan. Menangis Saidatina Aisyah bila Rasulullah beritahu tidak mahu mengganggu isterinya yang sedang tidur. Itu akhlak Rasulullah!
Sayangnya dengan kemajuan teknologi sekarang menjadikan umat yang kaya dengan luhur budi dan adab kepada umat yang ‘semborono‘. Elemen peduli ditolak tepi bahkan budaya ‘peduli apa aku‘ dijunjung tinggi. Sering berasa megah dengan pencapaian diri sama ada dalam bentuk ilmu ataupun harta. Orang lain yang kurang dari kita dianggap tidak perlu dihormati dan wajar diingatkan bahawa kita mempunyai hak untuk buat begitu kepada sesiapa. Itulah akhlak kebanyakkan kita sekarang.
Layan dulu sedikit gambar dari majlis perkahwinan Islah & Suraya weekend lepas. Islah ni sepupu wife aku :) Majlis diadakan di Dewan Presint 8, Putrajaya.
Selepas selesai majlis tersebut aku pergi rumah terbuka sahabat ofis aku. Terima kasih atas jemputan Paie dan isteri :) Ni 2 keping gambar anak korang, Imran. Nak gambar lagi datang jumpa aku ye, hehe. Sapa ajak aku gi makan2 kat rumahnya aku bleh shoot anak korang free :)
Akhir kata, sebenarnya banyak kebaikan kalau kita merendah diri dan menghormati orang lain. Kita akan disenangi oleh ramai orang dan kurang musuh yang membenci kita. Sekali kita tidak hormat orang lain dari situlah bermula rantaian permusuhan yang menjadikan hidup kita tak tenteram dan menyebabkan kita kehilangan ramai kawan.
Renungi pantun lama orang dulu-dulu yang mungkin boleh dijadikan peringatan untuk kita bersama.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datangnya.Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.
Nota kaki : Minggu ni aku agak bizi ngan kerja-kerja ofis. Maaf atas kelewatan membalas email korang ye.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com