Catatan Ramadan 2 : Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim



Selepas tadarus, aku selalu berborak-borak kosong dengan imam di masjid qariah aku. Dia sering bercerita tentang pengalamannya tinggal di Mesir selama beberapa tahun melanjutkan pelajaran. Apa yang menarik perhatian aku ialah ceritanya tentang suasana dan budaya penduduk negara tersebut apabila tiba bulan Ramadan terutamanya melibatkan Al-Quran.

Beliau menceritakan bila tiba bulan Ramadan, kebanyakkan orang sana sini memegang Al Quran di tangan. Sama ada dalam bas, di tepi-tepi jalan, di pasar-pasar semuanya membaca Al-Quran. Termasuklah mat mat rempit pun membaca Al-Quran di atas motornya. Boleh lihat peniaga-peniaga menanti pelanggan sambil membaca Al-Quran dan polis-polis yang menjaga keamanan juga turut membaca Al-Quran walaupun semasa berdiri. Subhanallah.

Dia pun menjadi bersemangat dan biasanya dapat khatam quran beberapa kali semasa bulan Ramadan. Tetapi budaya tersebut tiada di negara kita. Maksudnya amat jarang kita nampak orang membaca Al-Quran dalam LRT, bas, komuter, dalam kereta, shopping complex dan sebagainya. Ada tapi sangat jarang dilihat. Kalau ada, biasanya orang sekeliling akan pandang semacam. Bukan non-muslim tapi orang Islam sendiri. Mesti ada yang berkata “Alaa, macamlah baik sangat. Akupun baca Quran tapi takdelah nak menunjuk-nunjuk baca kat tempat awam”. Sedih, tapi itulah cara berfikir dan budaya masyarakat kita sebenarnya.

Hinggakan orang yang berbuat baik sering dipersoal dan dinilai keikhlasannya, selalu dipandang serong dengan melabel mereka menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Walhal kalau orang yang berbuat maksiat tiada pula orang mengambil kisah. Budaya apa ini? Tahukah antara sebab Allah menghalang bala bencana turun ke sesebuah negara adalah adanya orang-orang beriman yang taat kepada Allah. Sekiranya mereka tiada, mungkin banyak bencana yang turun kepada kita semua. Wallahua’lam.


Nota kaki: Jangan lupa membayar zakat fitrah. Boleh buat bayaran melalui SMS je sekarang :) KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Custom album tulisan khat jawi :)

Bismillahirramanirrahim


Ingat lagi tak masa sekolah menengah dulu kita kena pilih kelab, persatuan dan unit berunifom? Dulu aku masuk kelab seni khat sebab aku tengok kelab tu satu2nya kelab yang paling tak ramai orang register. Aku malas nak beratur dan bersesak2 masuk kelab yang popular. Kalau ada gimnastik barulah aku sanggup bersesak2 beratur,kekeke.

Dari situlah aku mula belajar jenis2 khat seperti naskh, rikaah, kufi, diwani, farsi dll. Walaupun terpaksa buat semua tu, tapi terasa sangat cool sebab boleh main celup2 dakwat dan tulis guna buluh kat kertas walaupun tulisan aku macam ayam berak kapur. Ok silap peribahasa, ‘cakar ayam’ sebenarnya.

Memandangkan aku ada kemahiran tu dan ada kesedaran nak memartabarkan tulisan jawi kita yang semakin kepupusan, maka aku telah perkenalkan tulisan jawi dalam custom album aku :)

Ni salah satu sample custom album client aku yang menggunakan tulisan khat jawi sebelum ni:

Muka depan Lather + Canvas :)

Salah satu muka dalam – khat farsi

Majlis ijab dan qabul :)


Bila buat dalam tulisan jawi, maksudnya custom album tersebut memang start dari kanan ke kiri :) Sesuatu yang aku sendiri tak pernah nampak sepanjang aku menceburi bidang ni dari mana2 photographer kat Malaysia ni. Tapi aku kan memang suka cari kelainan :)

Jadi bakal client aku pasni boleh pilih nak tulisan yang normal ataupun tulisan khat. Mereka juga boleh pilih jenis khat sebab aku memang suka cabaran baru,haha. Aku sendiri akan trace khat tersebut gunakan Adobe Illustrator dan masukkan dalam album korang..:)

Honestly, feedback yang aku terima dari tulisan khat ni sangat positif. Dah ada beberapa orang client aku yang minta guna tulisan jawi dalam custom album mereka setelah aku tunjuk sample album khat jawi tu :) Aku tahu memang ada orang pencinta seni khat cam aku ni,ceewahh. Terima kasih semua.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Berkhatam Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim.

Ni sambungan dari entry lepas. Selepas majlis pernikahan Aleem & Nadia ada majlis khatam Al-Quran dan marhaban di surau tempat tinggal pengantin perempuan. Dah lama aku tak tengok majlis ni dijalankan.

Kalau dulu-dulu seingat aku majlis camni selalu dibuat sebagai simbolik seorang perempuan tu benar-benar bersedia memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri. Bila tengok kemahiran asas seperti membaca Al-Quran baik, insyaallah beliau mampu membimbing keluarga dan anak-anak ke jalan yang diredhai Allah. Ni sedikit gambar di sekitar majlis tersebut.



Selepas majlis khatam tu, keluarga belah perempuan mengadakan jamuan makan di kawasan surau tu juga :) Sebab majlis kahwin sebenar akan diadakan di dewan Hotel Flamingo pada keesokkan harinya. Mungkin orang di kawasan tersebut tidak dapat hadir beramai-ramai. Jadi pasangan ni pun makan berhadap juga kat majlis tersebut.

Hari ni hari jumaat. Mari sama-sama kita banyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W. Aku sangat sedih bila tengok rancangan Remaja TV3 aritu pasal Maulidur Rasul. Dalam ramai-ramai remaja yang ditanya, hampir semua tak tahu tarikh lahir rasul tercinta kita. Rasulullah sendiri tak pernah lupakan kita umatnya hingga beliau hendak wafat. Entahlah, apa nak jadi lah ngah remaja sekarang.


[audio:http://blog.faisalrahim.com/audio/Antara Dua Cinta.mp3]
Antara Dua Cinta : Nazri

Nota kaki : Aku ingat nak taruk muka gila-gila kitorang selepas majlis tu, tapi macam seganlah plak,hehe. Tengoklah kalau aku tak malu, aku taruklah..:)



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com