Hidup selepas berkahwin

Bismillahirrahmanirrahim



Masyarakat kita jarang sekali diajar bagaimana menjalani kehidupan berumahtangga selepas berkahwin. Dalam masyarakat melayu yang tebal rasa malunya benda tu merupakan satu perkara yang ‘taboo’ kerana dilihat kurang sopan berbicara secara langsung sesama ahli keluarga. Namun kesannya, ramai anak muda yang mengulangi kesilapan sama dalam hidup berkeluarga untuk setiap generasi.

Teaser wedding Nury & Thaqib, Serdang


Apa yang aku cuba sampaikan ialah ada masanya nasihat dari orang tua diperlukan dalam menempuh alam perkahwinan. Dari segi psikologi ia berikan kekuatan mental kepada pasangan baru tersebut menempuhi hidup bersama. Ia berlaku dua hala, sekiranya ibu bapa tidak berikan nasihat tersebut, kita yang perlu memintanya dari mereka sebagai panduan sebelum buat keputusan penting.

Sebenarnya aku sedih bila dengar sahabat yang baru je berumahtangga telah berpisah atas perkara kecil yang boleh dielakkan. Tak sampai seminggu dah menyesal. Walaupun aku bukanlah orang yang layak berikan pendapat tapi bagi aku kena betulkan niat sebelum perkahwinan tu dilaksanakan. Adakah kahwin semata untuk menunjuk2. Dalam Islam, aspek kekeluargaan tu menyumbang kepada keharmonian diri, keluarga, masyarakat hinggalah negara. Bahagia institusi keluarga sejahtera negara.

Perkahwinan tidak sepatutnya menyebabkan kita jauh dari agama. Tak kisahlah betapa jahat kita semasa bujang, sepatutnya kita menjadi orang yang lebih baik terhadap keluarga, masyarakat dan Allah selepas berumahtangga. Bukan menjadi sebaliknya. Harap semua berlapang dada dengan nasihat ni. Wallahua’lam.



Nota kaki : Ini adalah auto-post entry.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Syukur Alhamdulillah (Entry Besday)

Bismillahirramanirrahim


Dulu masa aku kecik cita2 aku nak jadi Batman, serius. Aku teringin nak keluar malam2 time mak ngan abah ngah tido pastu pergi selamatkan orang baik dengan pakai mantel kat belakang badan. Aku memang percaya Batman tu wujud,haha. Kalau cikgu kat sekolah tanya cita-cita nak jadi apa aku tipu nak jadi polis sebab aku taknak dia tahu yang aku ni Batman:)

Tapi tu cerita dulu2. Hari ni umur aku dah bertambah tua. Tak mungkin aku dapat menjadi Batman lagi. Kalau aku jadipun mesti nampak pelik sebab akan nampak perut buncit sikit. Mana ada Batman buncit, tak sematlah pakai baju ketat2, hahaha. Jadi salah satu azam aku sempena pertambahan usia ni nak kuruskan badanlah. Ramadhanpun dah dekat, memang sesuai benarlah nak diet,hehe.

Terima kasih semua :)


Yang pasti dengan bertambah usia bererti beban tanggung jawab juga semakin besar, tidak boleh lagi terlalu bermanja-manja ria dengan segala aktiviti keseronokan sahaja tetapi sudah mula belajar bertanggungjawab dengan semua amanah yang diberikan, baik itu amanah dari orang tua, tempat kerja maupun dari masyarakat. Aku akan sentiasa ingat benda tu.

Ustaz aku pernah cakap pertambahan umur bukan bermakna usia kita di dunia bertambah tapi sebenarnya umur yang diberikan Allah semakin kurang. Kita tak tahu bila Allah akan memanggil kita. Sebab tu kalau boleh kita kena sentiasa perbaiki diri kita dari masa ke semasa. Akhir kalam, terima kasih atas ucapan dari kengkawan semua. Semoga Allah memberkati kalian juga,amin.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com