Bismillahirrahmanirrahim
Ini adalah entry auto-post yang disediakan ketika cuti Tahun Baru Cina. Teringat masa zaman universiti dulu mula bercampur dengan kaum lain. Bersekolah menengah di sekolah semua bangsa yang sama semacam ada satu prejudis terhadap bangsa lain ketika itu. Tapi tu semua berubah bila kita belajar dan bergaul dengan mereka.
Dulu pelik tengok diaorang hari-hari bawak botol air besar pergi bilik kuliah. Pastu duduk depan sekali. Budak melayu terutamanya lelaki datang kuliah pakai seluar jeans, selipar, tshirt dan duduk belakang-belakang :) Sangat typical. Keputusan CGPA pun berkadaran dgn usaha mereka. Aku tahu sebab dulu diorang tampal keputusan setiap semester kat papan kenyataan depan bilik dekan. Adalah 2-3 orang melayu dalam 30 tempat teratas. Selebihnya kaum yang baru meraikan tahun baru ni :)
Kita layan dulu majlis perkahwinan Siti Rohani & Amin yang diadakan di Kompleks Sukan kat Cheras.
Amin dan Siti ni memang ceria orangnya. Aku suka bekerjasama dengan diaorang. Cuma diaorang depan kamera memang susah betul nak suruh senyum, hehe. Alhamdulillah majlis semua berjalan dengan lancar. Ramai tetamu yang datang memang buatkan majlis diaorang ni meriah :) Layan pula sikit gambar outdoor mereka.
Untuk akhirnya aku ucapkan tahniah kepada pasangan Siti Rohani dan Amin. Barakallahu fi kum. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Mohon maaf sekiranya ada kelemahan sepanjang bekerjasama dengan korang semua. Ni aku upload gambar kenangan bersama photographer pada hari tersebut, hehe.
Memang betul takde kerjalah sampai panjat2 nak amik gambar. Duduk diam tak boleh amik gambar? Terima kasih juga kepada sahabat baik aku Cot dan Zakuan yang follow aku pada majlis tersebut :)
Nota kaki : Ada lagi 2-3 entry pending untuk di upload. Tunggu ye.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography