Bismillahirrahmanirrahim,
Seringkali kita melihat peniaga Islam yang daif, menjual makanan dan sayuran yang sangat ala kadar di pasar pagi atau pasar malam. Sekiranya barang jualannya habis sekalipun keuntungannya hanyalah belasan ringgit sahaja.
Alangkah baiknya kita membeli, bukan untuk keperluan tetapi untuk bersedekah. Pada kita kecil, tetapi mungkin itu besar untuk menampung keperluan keluarganya. Kita ini kadangkala terlalu sombong untuk membeli barang yang bukan keperluan kita semata-mata untuk membantu mereka.
Aku update sikit majlis perkahwinan Nadiah dan Azman yang diadakan di Ampang.
Semoga hubungan mereka berdua sentiasa dalam mawaddah dan rahmat daripada Allah, amiin.