Amy & Syafiq, Penang

Bismillahirramanirrahim



Hari ni hari pertama kerja tahun 2010. Melainkan orang tu robot aku rasa semua masih rasa malas nak mula kerja kan? hehe. Jalan raya dah mula sesak setiap pagi sebab sekolah-sekolah dah mula dibuka. Budak2pun gembira je dengan baju sekolah baru, kasut baru, beg baru dll. Mak bapak je yang ‘agak tak gembira‘ sebab banyak keluar duit bayar itu ini, hehe. Takpelah, demi masa depan anak2 :)

Kali ni aku nak update job terakhir tahun 2009 yang lepas di Penang. Aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada sahabat aku Sis Honey yang banyak membantu aku sepanjang berada di Penang sana. Dari tolong book kan chalet hinggalah bawak aku dan wife jalan2 sekitar penang. Terima kasih atas layanan baik yang memang takkan terbalas sampai bila-bila. Penang memang best cuma jam je jalannya kalau cuti,hehe. Layanlah sikit gambar diaorang ni ye.


Sebenarnya aku demam sepanjang berada kat sana. Bukan demam je, siap pakej batuk ngan selsema sekali. Aku shoot pun dalam demam. Nasib baik ada tenaga siapkan kerja :) Sesi outdoor tu buat kat area Telok Tempoyak, Bayan Lepas. First time juga aku shoot kat jeti2 yang selalu nampak kat dalam TV tu, hehe. Ingat nak sambung buat outdoor kat bangunan2 lama kat tengah2 pekan tu tapi tak sempat sebab dah maghrib :( Kalau nak tahu jeti ni lah tempat si Shafiq selalu memancing. Pasni bolehlah ajak wife teman memancing ye Shafiq,hihi..


Sejak dari awal Disember sampailah pertengahan Februari nanti aku shoot tanpa henti di pelbagai lokasi dan jumpa ramai kenalan baru dikalangan client aku. Seronok juga kenal ramai orang dari pelbagai latar belakang ni, hehe. Untuk akhirnya aku doakan semoga kedua mempelai Amy & Syafiq ni hidup bahagia sampai ke akhir hayat. Terima kasih yang tak terhingga atas layanan baik sepanjang menjalankan tugas. Tunggu album siap ye :)


Nota kaki : Aku dah tak available untuk bulan January hingga Mac. Sepanjang bulan Mei dan Jun juga dah tak available. Terima kasih atas sokongan semua ye. Aku janji akan buat yang terbaik untuk korang semua. Doakan kesihatan aku baik-baik je ye.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Perkahwinan Amy & Shafiq

Bismillahirramanirrahim



Sebelum aku amik gambar kahwin dulu aku ingat tugas photographer ni senang je. Tak lah susah sangat macam pergi kebun petik kelapa sawit,hehe. Tapi sebenarnya, bila ada job Sabtu dan Ahad kekadang penat dan sengal2 badan tu tak hilang sampailah hari Rabu. Tu belum lagi bersengkang mata menyiapkan album customer. Memerah idea dan skill editing untuk hasilkan yang terbaik untuk pelanggan. Nanti aku cerita pasal ni lagi :)

Kali ni aku nak update pula tentang majlis perkahwinan pasangan Amy & Shafiq. Amy ni orang jawa Bukit Kapar, jadi memang ada rewang start dari hari Jumaat sampai Ahad. Bila kat sana aku terasa macam duduk kampung sendiri je. Nasib baik aku tak tolong basuh pinggan sekali je, keke. Shafiq ni orang Penang jadi memang benda camtu baharulah bagi dia dan keluarganya. Pasni rasalah rewang rumah sedolor-sedolor Amy plak ye Shafiq, hihi.

Majlis nipun aku shoot sengsorang gak. Paling mencabar bila shoot berarak sebab aku nak shoot gambar wide dan tele dalam masa yang sama. Sebab bagi aku angle tu wajib dalam majlis berarak kahwin ni :) Layanlah dulu gambar diaorang ni.




Selepas selesai majlis, kitorang keluar outdoor. Sebenarnya kalau outdoor ni aku suka tempat yang tak ramai orang. Sebab aku nak background bebas dari manusia lalu lalang. Kalau tempat tu cantik gila tapi ramai orangpun sebenarnya tak berapa sesuai nak amik gambar. Kekadang tempat yang orang rasa biasa je pun boleh dapat gambar yang cantik kalau photographer tu pandai cari angle yang sesuai. Layan sikit gambar outdoor diaorang ni :)


Untuk akhirnya, tahniah kepada kedua mempelai. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga dan semoga kekal hingga ke syurga, amin. Pasni kalau jumpa kat bangunan tempat kerja kita tegur2lah ye, hehe. Mohon maaf atas keterlanjuran kata atau gurauan sepanjang 2 hari kat sana. Tunggu album korang siap ye :)


Nota kaki : Ramai yang telah membuat pertanyaan dan tempahan untuk majlis pada tahun hadapan. Terima kasih semua:) Sila buat tempahan awal untuk mendapatkan harga aku pada tahun ni kerana bermula Januari 2010 nanti aku akan naikkan sedikit semua harga pakej aku:)

Nota kaki 2 : Aku masih belum beli Hp untuk korang hubungi aku melalui telefon buat masa ni :P Boleh hubungi aku melalui email kat bawah ye. Mohon maaf atas kesulitan tersebut. Gaji bulan ni aku belilah hp baru, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Pernikahan Amy & Shafiq

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update majlis pernikahan pasangan Amy dan Shafiq yang berlangsung kat Masjid Kampung Bukit Kapar, Klang. Sebenarnya Amy ni kerja satu bangunan ngan aku. Tapi aku rasa macam tak pernah jumpapun dia sebelum ni, hehe. Maklumlah ai kan pemalu, jalan tunduk bawah je sebab tu tak kenal orang, kekeke. Yela, takkanlah aku nak kenal semua orang dalam bangunan 10 tingkat ni.

Diaorg berdua ni ex KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor). Jadi perkenalan diaorg bermula kat sanalah, sweet je kan :) Walaupun sekarang berjauhan sebab si Shafiq ni kerja kat JB sana tapi alhamdulillah kedua-duanya berjaya membina ikatan yang sah dan selamat bergelar suami isteri.

Ingatlah, syaitan selalu menghiasi indah sesuatu maksiat padahal ia amat keji di sisi Allah. Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH seperti melalui jalan perkahwinan ini akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada semua manusia, insyaallah. Peringatan ni untuk semua termasuklah aku juga. Layanlah dulu sedikit gambar pernikahan diaorg ni :)



Sebenarnya aku cover majlis diaorg ni berseorangan je. Hanya ditemani wife aku :) Bila amik gambar sorang2 ni sebenarnya kena kerja keras sikit nak dapatkan angle yang berbeza berbanding kalau cover majlis berdua atau bertiga. Kalau ada ramai photographer sebenarnya boleh buat pengkhususan nak ambil gambar2 wide, tight ataupun kreatif. Setiap orang guna lens yang berbeza mengikut keperluan.

Tapi bila bertugas bersendirian kita kena buat semua sendiri. Kena rancang dulu dalam kepala gambar2 yang kita nak dan budget timing dia. Dengan tu kita boleh budget masa kalau perlu tukar2 lens dan tak menggelabah sangat bila majlis tersebut berjalan dengan cepat, hehe.

Sebenarnya aku nak bagitau satu rahsia kat korang semua. Kalau korang nak tahu photographer sebenarnya lagi suka kalau majlis akad nikah tu diulang berkali2,hehe. Sebab mereka ada masa untuk rakamkan gambar dari pelbagai sudut berbanding kalau lafaz akad tu sekali je,hehe


Nota kaki : Pasni update gambar majlis kahwin diaorang dan outdoor plak :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com