Majlis Pernikahan Shahidan & Hanifah

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update Majlis Pernikahan dan Persandingan antara 2 orang cikgu :) Cikgu Shahidan ni aku kenal melalui blog lama aku dulu. Dia ni terer ulas filem-filem baru dan lama tau. Aku rasa ulasan dia dah bleh masuk ruangan kritik filem kat surat khabar,hehe. Kedua-dua orang cikgu ni mengajar kat Perak sana.

Sebenarnya korang perasan tak muka cikgu-cikgu ni macam ada aura tersendiri tau. Kekadang macam boleh agak dia tu cikgu :) Mungkin sebab tu kalau aku mengaku cikgupun orang tak percaya sebab muka aku macam buruh kontrak indonesia je,hahaha. Seronok bekerja ngan diaorang ni. Tutur bicara dan kata2 teratur dan tersusun je. Sampai aku yang naik segan,hehe. Layanlah dulu gambar-diaorang ni.



Majlis ni diadakan kat Kg Sungai Kelambu belah keluarga Cikgu Hanifah. Rumahnya dekat je ngan rumah sahabat baik aku. Tak sangka aku akan amik gambar kat situ,hehe. Aku doakan semoga kedua-dua mempelai dapat menjalani kehidupan rumahtangga dengan sabar dan berbahagia hingga akhir hayat,amin.

Oh ya, majlis ni merupakan kali pertama aku cuba lens baru aku,hehe. Sebenarnya dah lama aku cari lens ni. Ada lagi beberapa benda aku kena beli sebelum equipment aku lengkap. Aku tak mampu nak beli sekaligus sebab harganya boleh beli sebijik lagi motor aku,hahaha. Rasa nak rompak bank je. Selepas ni update kat Majlis Bertandang di Perak plak ye.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com