Tentang hidup

Bismillahirrahmanirrahim


Kadangkala tanpa kita sedar masa berlalu begitu pantas sekali. Ada kenangan 5-10 tahun dahulu yang masih segar dalam ingatan kita. Malah dari satu sudut ada ketikanya kita tidak sedar perubahan ketara fizikal ayah dan ibu kita sendiri walaupun selalu berjumpa mereka. Kalau dulu ayah dan ibu kita punyai kudrat yang kuat bekerja untuk menyara keluarga, menjaga makan minum kita, persekolahan kita dan sebagainya. Tetapi sekarang dah berbeza.

Teaser wedding Ica & Akmal, Kuala Lumpur



Aku percaya masih ramai yang ingat zaman sekolah rendah ketika pakaian kita masih dibasuh dan digosok oleh mak. Dihantar ke sekolah oleh ayah. Mereka kuat dan bersemangat!! Tapi sekarang semua tu dah berlalu. Semakin dimamah usia, kudrat ayah dan ibu semakin kurang. Selalu mengadu tidak sihat dan sakit-sakit. Kalau diperhatikan dengan teliti, garis kedut dimuka mereka semakin banyak. Rambut putihnya dah memenuhi kepala. Senyumannya tidak selebar dahulu.

Sampai satu saat mereka meninggalkan kita selamanya baru kita sedar, tanda-tanda tu dah lama di depan kita dan tidak kita endahkan. Sebab kita tak sedar masa yang telah berlalu terlalu pantas. Tiada lagi ketawa mereka, senyuman mereka yang sebati dalam diri sejak kita lahir dulu yang menyerikan hidup kita.

Jadi nasihat aku, dikala kita mengejar hidup di dunia ni. Cubalah berhenti sejenak. Lihat betapa jauh kita dah tinggalkan orang yang kita sayang cuba mengejar kita dari belakang. Kadangkala mereka perlukan perhatian lebih dari yang kita jangkakan. Sesekali cubalah pandang mata ayah dan ibu kita dalam-dalam. Mungkin itu kali terakhir kita dapat berbuat begitu.


Nota kaki : Tunggu full entry majlis ni nanti.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blo
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Anak buah aku dah setahun :)

Bismillahirramanirrahim



Weekend lepas aku sempat balik ke kampung untuk hadir majlis hari jadi anak buah aku sorang tu, Nur Amni Nabihah. Kejap je dah setahun budak kecik tu :) Selain tu ada majlis doa selamat sempena rumah baru adik aku dah siap sebelum raya,hehe. Kitorang sekeluarga berbuka puasa bersama-sama dan sambut besday tu di rumah baru adik aku tu.

Sebenarnya sejak aku kecik kitorang adik beradik mana pernah sambut-sambut besday semua ni. Aku rasa orang tua jawe dulu2 memang tak buat camtu kot, tak tahulah kat tempat lain. Yela, nak makan nasipun kekadang susah inikan pula nak beli kek. Dari beli kek baik aku mintak mainan ke, jajan ke,hehe

Tapi biasalah, peredaran zaman mengubah semua tu. Ia dah dijadikan satu bentuk penghargaan dan tanda kesyukuran setelah meningkat umur seseorang. Cuma kalau boleh elakkan dari pembaziranlah :) Gambar2 ni aku amik guna lens aku yang dah tak berapa pakai kalau time amik wedding sekarang, 17-50mm tamron :)

Amni Nabihah sebelum mandi :)

Dah mandi dan wangi dah.Rambut macam nak tiru rambut aku je,haha

Salah satu perkara yang aku rasa lawak si kecik Amni Nabihah ni ialah dia takut ngan kek besday dia sendiri. Akupun pelik sebab budak2 kan selalu teruja tengok benda pelik camtu. Mungkin lenkali kena buat kek yang nampak cam anak patung kot,hehe. Korang tengoklah sendiri batapa takutnya dia ngan kek :P

Muka ketakutan nampak kek *pelik2 budak zaman sekarang ni.

Lagi satu gaya takut,hehe

Amni bersama ibu dan ayahnya.


Kalau nak amik gambar2 santai camni biasanya aku gunakan satu setting je. Kita tetapkan siap2 White Balance, ISO, guna manual Shutter dan Aperture sampai dapat exposure yang betul. Jadi selagi tak kuar dari ruang tu memang guna setting tu jelah sampai abis. Jadi korang bolehlah suruh sapa2 je amikkan gambar dan guna kamera kita :)

Semoga si kecik Nur Amni Nabihah terus membesar jadi anak yang solehah,amin. Memang membesarkan anak pada zaman sekarang satu kerja yang mencabar. Didikan asas agama yang betul akan dapat jadi benteng menghadapi cabaran tersebut. Tidak sekadar memberikan makan, minum dan tempat tinggal je :)


Nota kaki : Aku ada kat Kaunter Zakat Kajang sampailah raya nanti untuk kutip zakat. Takde banyak masa berada atas talian sesawang :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Kasihnya Ibu dan Ayah

Bismillahirramanirrahim

Kekadang dalam kesibukan kita bekerja seharian, kita sering terlupa kedua orang tua kita lebih-lebih lagi bila tidak berada di sisi mereka. Kita sering lupa doakan kesejahteraan dan kesihatan mereka semasa mereka sihat. Tetapi bila tiba masa mereka sakit tidak bermaya, baring di hujung ruang tamu, tidak seramah dulu dan menderita kesakitan barulah kita terasa kehilangan mereka.

Gambar sabahat aku dan anaknya.


Memang akan tiba satu hari nanti kita terpaksa kesat air mata mereka, sapu air di badan mereka, tukarkan baju mereka dan menyucikan mereka seperti yang mereka lakukan ketika kita kecil dulu. Tiada lagi gelak ketawa, gurauan, pelukan dan kata-kata semangat dari mereka yang kita dengar sejak kecil dulu. Hanya badan yang semakin lemah terlantar sakit dan lesu mengharap ehsan dari anak-anaknya. Bersediakah kita hadapinya?

Satu hari nanti juga kita hanya mampu melawat pusara mereka dan berdoa bila terlalu rindukan mereka:( Oleh itu, hargailah mereka semasa mereka ada lagi di dunia ini. Dengan apalah jasa dan budi mereka dapat kita balas melainkan ingatan dan doa kepada mereka. Berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada di dunia ini.


Nota kaki : Doakan kesihatan ayah mertua aku yang terlantar sakit di hospital sekarang. Selamat hari ibu kepada semua ibu yang ada di dunia ini.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com