Majlis Persandingan : Syuhana & Hisham

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update Majlis persandingan pasangan Syuhana & Hisham yang diadakan di Dewan MBSA, Shah Alam. Sebenarnya ni kali pertama aku amik gambar dalam dewan sebesar ni. Kira satu cabaran gaklah bagi aku yang masih mentah ni. Sebab tu aku ajak member2 aku kerul sebagai second photographer, cot, shairulfaiz dan zakuan. Selain membantu diaorang juga dapat tingkatkan aku punye confident level,ceewahh.

Majlis ana ni berlangsung dengan meriah. Tetamu yang datangpun sangat ramai dan diaorang juga mempunyai adik beradik dan saudara mara yang meriah dan sporting :) Senang je aku nak buat kerja dengan kerjasama mereka. Halakan je kamera terus pose bergaya. Sampai kalau aku halakan lens tele (lens panjang) tanpa body kamerapun diaorang boleh posing gak,hahahaa. Oh ya, lagi satu pelamin diaorang sangat cantik, aku suka!! simple dan menarik. Layanlah sikit gambar diaorang ye.


Sebenarnya ambil gambar dalam dewan ni nampak macam senang. Tapi bagi photographer ia memerlukan kemahiran dan gear yang sesuai untuk hasilkan gambar dengan baik. Dalam keadaan syiling dewan yang terlalu tinggi, syiling yang bewarna gelap atau lampu dewan yang kurang memang faktor yang mencabar sebab sukar untuk gunakan flash dalam keadaan tu.

Kalau tak caya cuba korang guna compact camera amik gambar guna flash dalam dewan. Subjek tu mungkin nampak terang tetapi mesti latar belakang orang tu gelap kan? Pastu kalau tak guna flash mesti gambar tu gegar dan tak sharp plak kan? hehe. haaa, situasinya samalah. Cabarannya nak gunakan flash tapi cahaya nampak seimbang antara subjek dan background. Ada masa aku buat tutorial pasal ni :)

Aku cakap camni sebab aku pernah nampak gambar wedding kawan aku kat dewan yang camtu. Photographer tu guna direct flash dan gambar member aku semua gelap padahal dewan tu terang benderang sebenarnya. Baju pengantin semua overexpose dan detail hilang sebab terlebih cahaya. Jadi berhati-hatilah pilih photographer korang kahwin ye,hehe. Layan sikit gambar outdoor plak.


Untuk akhirnya, tahniah kepada pasangan pengantin. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga buat korang berdua. Cepat-cepat dapat baby tau. Ana, jangan garang sangat ngan Sham ye,hahaha. Mohon maaf buat seluruh ahli keluarga pengantin sekiranya terdapat kata2 atau gurauan saya dan teman-teman yang yang tidak menyenangkan hati. Terima kasih di atas layanan yang sempurna dan baik. Tunggu album siap ye na, hehe.



Nota kaki : Tempahan untuk bulan Jun 2010 tinggal satu kekosongan je lagi. Sapa beri deposit dulu aku akan utamakan. Bulan-bulan lain masih lagi available. Maaf atas kelewatan membalas email korang ye. Aku takde internet kat rumah :P


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Akhlak & Adab Kita

Bismillahirramanirrahim



Beberapa hari lepas masa ngah makan kat sebuah kedai aku dikejutkan dengan tindakan seorang pelanggan yang pecahkan cawan (hempas ke lantai) yang diberikan pelayan tu. Kemudian dengan suara kuat dia memarahi pelayan tersebut dihadapan orang ramai. Dari apa yang aku dengar dia memesan air lain tapi sampai air yang lain. Subhanallah, dimanakah akhlak dan adab kita zaman sekarang. Orang yang begitu muda memarahi orang yang jauh lebih tua :(

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Begitulah sabda Nabi kita yang mulia. Rasulullah begitu berhati-hati dalam setiap tutur kata dan perbuatannya. Teringat kisah Saidatina Aisyah yang berasa sangat bersalah sebab tertidur semasa menunggu kepulangan Rasulullah. Semasa beliau bangun pada waktu subuh dilihat Rasulullah hanya tidur diluar pintu rumah dalam kesejukan. Menangis Saidatina Aisyah bila Rasulullah beritahu tidak mahu mengganggu isterinya yang sedang tidur. Itu akhlak Rasulullah!

Sayangnya dengan kemajuan teknologi sekarang menjadikan umat yang kaya dengan luhur budi dan adab kepada umat yang semborono. Elemen peduli ditolak tepi bahkan budaya peduli apa aku dijunjung tinggi. Sering berasa megah dengan pencapaian diri sama ada dalam bentuk ilmu ataupun harta. Orang lain yang kurang dari kita dianggap tidak perlu dihormati dan wajar diingatkan bahawa kita mempunyai hak untuk buat begitu kepada sesiapa. Itulah akhlak kebanyakkan kita sekarang.

Layan dulu sedikit gambar dari majlis perkahwinan Islah & Suraya weekend lepas. Islah ni sepupu wife aku :) Majlis diadakan di Dewan Presint 8, Putrajaya.


Selepas selesai majlis tersebut aku pergi rumah terbuka sahabat ofis aku. Terima kasih atas jemputan Paie dan isteri :) Ni 2 keping gambar anak korang, Imran. Nak gambar lagi datang jumpa aku ye, hehe. Sapa ajak aku gi makan2 kat rumahnya aku bleh shoot anak korang free :)


Akhir kata, sebenarnya banyak kebaikan kalau kita merendah diri dan menghormati orang lain. Kita akan disenangi oleh ramai orang dan kurang musuh yang membenci kita. Sekali kita tidak hormat orang lain dari situlah bermula rantaian permusuhan yang menjadikan hidup kita tak tenteram dan menyebabkan kita kehilangan ramai kawan.

Renungi pantun lama orang dulu-dulu yang mungkin boleh dijadikan peringatan untuk kita bersama.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datangnya.

Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.

Nota kaki : Minggu ni aku agak bizi ngan kerja-kerja ofis. Maaf atas kelewatan membalas email korang ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Anak buah aku dah setahun :)

Bismillahirramanirrahim



Weekend lepas aku sempat balik ke kampung untuk hadir majlis hari jadi anak buah aku sorang tu, Nur Amni Nabihah. Kejap je dah setahun budak kecik tu :) Selain tu ada majlis doa selamat sempena rumah baru adik aku dah siap sebelum raya,hehe. Kitorang sekeluarga berbuka puasa bersama-sama dan sambut besday tu di rumah baru adik aku tu.

Sebenarnya sejak aku kecik kitorang adik beradik mana pernah sambut-sambut besday semua ni. Aku rasa orang tua jawe dulu2 memang tak buat camtu kot, tak tahulah kat tempat lain. Yela, nak makan nasipun kekadang susah inikan pula nak beli kek. Dari beli kek baik aku mintak mainan ke, jajan ke,hehe

Tapi biasalah, peredaran zaman mengubah semua tu. Ia dah dijadikan satu bentuk penghargaan dan tanda kesyukuran setelah meningkat umur seseorang. Cuma kalau boleh elakkan dari pembaziranlah :) Gambar2 ni aku amik guna lens aku yang dah tak berapa pakai kalau time amik wedding sekarang, 17-50mm tamron :)

Amni Nabihah sebelum mandi :)

Dah mandi dan wangi dah.Rambut macam nak tiru rambut aku je,haha

Salah satu perkara yang aku rasa lawak si kecik Amni Nabihah ni ialah dia takut ngan kek besday dia sendiri. Akupun pelik sebab budak2 kan selalu teruja tengok benda pelik camtu. Mungkin lenkali kena buat kek yang nampak cam anak patung kot,hehe. Korang tengoklah sendiri batapa takutnya dia ngan kek :P

Muka ketakutan nampak kek *pelik2 budak zaman sekarang ni.

Lagi satu gaya takut,hehe

Amni bersama ibu dan ayahnya.


Kalau nak amik gambar2 santai camni biasanya aku gunakan satu setting je. Kita tetapkan siap2 White Balance, ISO, guna manual Shutter dan Aperture sampai dapat exposure yang betul. Jadi selagi tak kuar dari ruang tu memang guna setting tu jelah sampai abis. Jadi korang bolehlah suruh sapa2 je amikkan gambar dan guna kamera kita :)

Semoga si kecik Nur Amni Nabihah terus membesar jadi anak yang solehah,amin. Memang membesarkan anak pada zaman sekarang satu kerja yang mencabar. Didikan asas agama yang betul akan dapat jadi benteng menghadapi cabaran tersebut. Tidak sekadar memberikan makan, minum dan tempat tinggal je :)


Nota kaki : Aku ada kat Kaunter Zakat Kajang sampailah raya nanti untuk kutip zakat. Takde banyak masa berada atas talian sesawang :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Family Outdoor : Zakuan & Wan

Bismillahirramanirrahim



Sabtu lepas aku shoot family sahabat baik aku Zakuan (Awe) dan isterinya, Wan kat Taman Tasik Shah Alam. Dah lama sebenarnya Awe suruh aku shoot family diaorang ni tapi asyik tak berkesempatan je. Sampai Wan sekarang ngah mengandung 8 bulan baru dapat amik gambar,hehe. Tapi kasihan aku tengok dia tak larat dan tak berapa sihat. Jadi sesi outdoor tu kitorang buat lebih kurang 1 jam je.

Ambil gambar yang melibatkan kanak2 kecil ni memang sangat mencabar. Kalau dia tak kenal kita dan tak pernah nampak kamera besar mesti lagi takut :) Pastu kalau nak suruh pose memang tak bolehlah. Jadi kita kena biarkan mereka beraksi bebas dan kita yang kena sentiasa alert pergerakan2 mereka. Nak dapat eye-contact pun memang tersangat susah.

Pastu korang mesti ‘mesra alam‘ dan boleh buat lawak kat budak2. Kalau muka korang macam Jack Sparrow yang budak tengokpun boleh lari sambil menangis baik korang tak payah amik gambar budak2 ni,kekeke. Memang respek betul orang yang selalu buat baby atau kids photography ni :)


Selepas shoot gambar Awe dan anak-anaknya aku terpaksa culik mereka suami isteri untuk ambil gambar berdua-duaan plak,ceewaahh. Anak-anak diaorang wife aku jaga kat taman permainan kat situ. Tapi dapat curik dalam 10 minit je sebab anaknya dah kejar diaorang lagi :) Sweet kan diaorang berdua ni. Bulan ni merupakan anniversary mereka yang keempat. Tahniah Awe.


Insyaallah kalau aku berkesempatan bolehlah aku buat pakej untuk family portraiture ni :) Aku percaya gambar-gambar seperti ini memang berbaloi untuk diabadikan dalam satu album. Supaya kenangan membesarkan anak-anak boleh ditatap sampai bila-bila :) Kalau dapat frame gambar camni kat dinding umahpun mesti cantik kan?

Tanpa kita sedar kita semua dah melepasi 1/3 dari bulan Ramadhan. Maksudnya permulaan 10 hari lepas iaitu ‘rahmat’ telah berlalu. Pertengahan Ramadhan sekarang ini merupakan ‘keampunan’ dan 10 hari yang terakhir nanti pula akan ‘dilepaskan dari api neraka’. Tapi semua itu hanya akan diperolehi oleh orang yang betul-betul menghidupkan ramadhan dengan amalan. Jadi marilah kita kejar baki 20 hari Ramadhan ini supaya kita dapat ganjaran tersebut.



Nota kaki : Setakat ni tarawikh paling best aku pergi kat Masjid Shah Alam :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Akiqah sepupu aku :)

Bismillahirramanirrahim



Minggu lepas aku berpeluang melawat Majlis Akiqah sepupu aku kat Bukit Changgang, Banting. Majlis tersebut meraikan kehadiran 2 cahaya mata yang lahir hampir serentak. Bertambah lagilah cucu2 wak Seha:) Majlis marhaban tersebut dibuat dikalangan orang2 perempuan sahaja.

Dulu masa aku kecik, sepupu perempuan aku ni lah yang jadi kawan rapat aku. Main kahwin-kahwin, main basikal, main parit dan macam2 lagilah :) Teringat dulu tengok tv kat rumah arwah nenek sama2 pastu nampaklah cite orang putih perempuan bagi makan guna tangan kat lelaki. Kitorangpun ngengada tiru main suap2 gaya romantik gitu, hahahah. Sekarang masing-masing dah ada kehidupan sendiri.

Semoga dapat didik anak jadi anak yang soleh ye Lina dan Lela. Gambar last tu gambar anak buah aku yang dah semakin hyperaktif, hehe. Nanti kalau dah dapat kaki berjalan, masaklah mak aku nak kejar dia sana sini masa jaga dia :)




Aku percaya masih ramai ibu bapa muda yang bergantung kepada ibu dan bapa masing2 untuk membuat bacaan Rawi & Marhaban untuk anak2 mereka. Rawi ialah bacaan berlagu yang dialunkan daripada kitab yang menceritakan sejarah kelahiran dan kehidupan junjungan besar Rasulullah S.A.W. Setiap bait akan disambut dengan “Allah” beramai2. Biasanya ia dibaca sebelum berdiri untuk marhaban dan cukur jambul.

Tapi berapa ramai dikalangan kita yang tahu baca Rawi dan Marhaban tersebut? Bila orang2 tua kita dah tak ada nanti dan tiba giliran kita untuk terima cucu, sapakah yang kita nak suruh baca Marhaban tersebut? Kalau takde orang nak belajar benda tu, aku percaya satu hari nanti,mungkin majlis marhaban seperti ini hanya didendangkan melalui VCD sahaja. Siapa yang salah? Wallahua’lam.


Nota kaki : Berada dikalangan 200,000 jemaah tabligh di Kuaters KLIA, Nilai adalah sangat menginsafkan. Sangat kagum ngan usaha dakwah yang mereka lakukan. Puluhan ribu datang dari luar negara di seluruh dunia atas usaha agama Iman dan amal. Semoga Ijtima’ yang dilakukan membuahkan hasil, amin.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Melawat cahaya mata Halil & Nana

Bismillahirramanirrahim



Weekend lepas ni aku sempat melawat sabahat baik aku yang baru menimang cahaya mata sulungnya. Nama diberi Muhammad Ammar bin Norhalil :) Alhamdulillah baby sihat je walaupun terpaksa duduk seminggu kat hospital sebab lahir awal. Berat masa lahir tu 1.7kg je. Semoga Halil sekeluarga diluaskan rezeki yang halal dengan kehadiran orang baru dalam keluarganya.

Bila tengok wajah seorang bayi memang terasa tenang je. Kita tahu mereka bersih suci dari sebarang dosa berbanding kita yang lakukan terlalu banyak dosa kepada Allah. Sekarang terpulang kepada ayah dan ibunya mahu mencorakkan cara hidup, akhlak dan didikan agama anak mereka sama ada berada dalam landasan yang betul atau sebaliknya.



Sebenarnya ketika janin berusia 120 hari, telah ditentukan 4 perkara baginya iaitu rezeki, jodoh, usia serta takdir baik dan buruknya. Namun ia tidak datang secara mutlak. Maksudnya kita tidak boleh menyerahkan segalanya kepada takdir sebab masih perlu ada usaha dan ikhtiar. Selebihnya akan ditentukan oleh Allah sama ada ujian atau nikmat yang diberikan kepada kita semua.

Jadi sama-samalah kita berusaha perbaiki diri kita supaya kembali kepada fitrah. Aku bukanlah bagus sangat nak ingatkan tentang semua ini. Tapi ustaz aku pernah cakap dulu kalau kita terima satu peringatan atau ilmu dari seseorang, ambil yang baik darinya. Tak kira sama ada kamu benci atau tidak suka kepada orang tersebut. Walluhua’lam.


Nota kaki : Kurang 2 bulan dari sekarang dah masuk Ramadhan. Bulan Rejab ni digalakkan berpuasa sunat. Sapa2 yang belum ganti puasa tu berusahalah untuk ganti supaya tak kena fidyah ye:) Tak sabar tunggu Ramadhan..

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Main ngan anak buah :)

Bismillahirrahmanirrahim

Dah lama aku tak tunjuk gambar anak buah aku. Dia sekarang dah pandai jalan guna walker :). Tapi skill dia terbaru ialah pandai buat merajuk kalau nak sesuatu,hehe. Dah pandai nangis olok-olok kalau tak dapat apa yang dia nak. Kalau dia ada kat rumah, rasa meriah je kat rumah. Kalau takde memang sunyilah.

Korang tengoklah muka dia buat-buat merajuk dalam gambar kat bawah ni :) aku suka acah-acah dia nak angkat dia pastu sengaja tak angkat,haha. Korang layanlah gambar dia sikit ni.



Haa, ni dia ngengada nak pegang kamera aku :) Last-last aku bagi gak pegang lens aku setelah err 5 minit dia berusaha,haha. *jahatnya aku.


Hayati lagu ni : Buatmu Ibu (Ae-man)
[audio:http://blog.faisalrahim.com/audio/www Ae-Man – Buatmu Ibu.mp3]

Kekadang bila tengok budak-budak membesar ni, barulah kita lebih hargai pengorbanan ibu dan ayah kita membesarkan kita. Lelagi bila kita tahu kita dibesarkan dengan keadaan serba kekurangan. Betapa susahnya mereka mencari rezeki dan bekorban semata-mata nak besarkan kita adik beradik. Berikan kita makanan, perlindungan dan pendidikan hingga kita besar. Mereka tabah hadapi karenah kita dari kecil hingga besar.

Tapi malangnya, ramai yang lupa semua pengorbanan mereka tu bila dah besar. Aku sedih bila baca blog seorang remaja yang mengutuk ibunya sendiri sebab tak dapat penuhi keinginannya, subhanallah. Minta dijauhkan dari perkara-perkara camtu. Nabi kita sendiri letakkan taraf ibu sangat tinggi.

Sebab tu kalau boleh selepas solat kita doakan kesejahteraan mereka dunia akhirat. Sambil tu bayangkan raut wajah mereka yang redup dan sayu bila kita sebagai anak melupakan mereka. Percayalah dengan restu mereka hidup kita lebih bahagia dan kita senang masuk syurgaNya,amin.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Anak Buah Aku : Nur Amni Nabiha :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Salah satu perkara yang dapat menenangkan hati aku kalau penat balik kerja ialah main ngan anak buah aku, si kecik Nur Amni Nabiha. Umur dia dah dekat 4 bulan sekarang. Hobi dia makan tangan dan kaki sendiri pastu menangis. Mana tak menangis, gigit tangan sendiri kuat2 mestilah sakit :p. Sekarang dia dah pandai pusing dan meniarap sendiri. Kalau dibiarkan mau sampai bawah almari dia berpusing,haha.

Amni Nabiha ni kira cucu pertama dalam family akulah. Dah tentu dia manja gila ngan semua orang. Paling tak tahan kalau dia buat bunyi nangis olok2 dia tu. Kecik2 lagi dah pandai berlakon macam Angelina Jolie (err apesal ada nama dia ni,haha). Korang layanlah gambar dia sejak dari kecik dulu. Saja aku buat dalam B&W :



Ni gambar dia masa kenduri akikah dalam 2 bulan lepas..:) Sekarang dia dah panjang tinggi sikit.


Sebenarnya anak ni macam sehelai kain putih. Bersih, tulus dan suci dari benda2 tak elok dan dosa. Sikap dan perangai dia nanti dibentuk oleh keluarga dan persekirannya. Mereka cepat belajar dan meniru. Kalau soleh keluarganya, insyaallah akan jadi anak soleh dan solehah bila besar nanti.

Sebab tu apabila dikurniakan anak, bukan hanya gembira dan bangga dengan rezeki tu tetapi ia juga datang dengan tanggungjawab besar. Bukan setakat membesarkan mereka tetapi juga wajib membentuk anak tu menjadi orang yang berakhlak, berilmu dan beragama kelak. Ibu bapa pasti dipersoal tentang itu. Semoga Amni Nabiha jadi anak yang solehah nanti,amin.

Nota kaki : PC ofis aku kena virus Conficker, bengong betullah Windows nih. Ingat nak suruh bos aku tukar semua PC ofis kepada Mac lah,hehe.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com ; faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com