Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, kebanyakkan kita dah mula kerja hari ni setelah bercuti panjang untuk beraya. Masing-masing dengan cerita raya yang tersendiri :) Akupun tak tahu jin apa yang merasuk aku sampai makan tak ingat dunia masa raya kali ni. Sampai segan nak taruk gambar kat sini sebab dah gemuk, haha.
Tahun ni aku beraya di Kampung wife di Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Bila beraya kat sini teringat masa zaman membesar di kampung yang masih ‘suci’ lagi. Keadaan kampung yang hening dan sejuk ketika waktu pagi diselangi bunyi burung dan cengkerik, air parit yang jernih, masa berjalan perlahan, tiada bunyi kenderaan lalu lalang dan sebagainya. Jangan kata broadband, telefonpun kekadang takde line :)
Dah lama juga aku tak jalan kat rumah atas, bila berjalan boleh bunyi papan berkeriuk satu rumah. Kalau budak2 berlari-lari memang almari lama yang ada cermin tu pun bergegar sama :) Teringat dulu semasa kecil, kena jalan jinjit masa jalan kat atas rumah sebab abah tidur. Kalau berlari memang alamat kena rotanlah sebab gangu abah tidur, hehe. Ni sedikit gambar tempat aku beraya :
Kat kampung belah sini memang ada majlis kenduri tahlil arwah pada hari raya kedua. Jadi persiapan menyediakan juadah tu memang meriahlah. Lelagi dengan kehadiran saudara mara dari seluruh negara. Dengan hari lebaran ini, hubungan silaturrahim dapat dieratkan dan dikukuhkan. Saudara mara yang jauh dapat didekatkan. Semoga tradisi ini dikekalkan.
Satu hari nanti, mungkin bila dah bersara aku cadang nak duduk kat kampung camni. Hidup bermasyarakat, berbakti kepada tanah, bersolat 5 waktu di masjid berhampiran dan habiskan sisa2 hidup dalam suasana tenang dan damai dari kesibukan kota. Entahlah, walaupun mungkin ramai yang tidak suka tapi mungkin jiwa aku memang begitu :)
Nota kaki : Beraya di Banting dipenuhi dengan cerita Sosilawati je:) Terkenal Banting di seluruh negara. Jemputlah datang ke Banting semua ye, hehe.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com