Kampung Aku Banjir :(

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni aku nak cerita sikit pasal banjir yang melanda kampung aku baru-baru ni. Sebenarnya kali terakhir kampung aku banjir besar pada tahun 1995 semasa aku tingkatan 3. Banjir kali ni menyebabkan lebih 1000 penduduk kampung aku dan kawasan berhampiran terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir hampir seminggu. Kerugian dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit.

Walaupun banyak harta benda dalam rumah aku yang rosak tapi bila tengok orang kampung aku yang lain lagilah kasihan. Hampir semua perabot rumah tak dapat digunakan lagi. Dengan kegawatan ekonomi sekarang makin sukarlah hidup mereka. Ni gambar sekitar tempat banjir yang aku sempat ambil semasa memindahkan barang-barang kenduri dari rumah aku ke lokasi baru :



Ni proses mengangkut barang-barang kenduri ke lokasi baru. 6 kali trip untuk habiskan semua barang-barang tersebut. Penat sampai nak pengsan.



Ni plak kenderaan aku yang digunakan ketika banjir. Laju oo naik basikal tua ni :) senang nak membelah air..tak payah risau air masuk kat plug enjin,hahaha.


Ya, kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada diuji oleh Allah dan kita juga harus ingat ujian Allah datang dengan bermacam bentuk. Jangan kita ingat walaupun kita beribadat dan menjalankan perintah Allah, kita tidak akan diuji. Kerana Allah sebenarnya menguji keimanan kita dan iman akan bertambah jika kita berjaya mengharunginya.

Sebab tu bila diuji dengan perkara macam ni, kita kena ingat ujian adalah guru yang berkesan untuk mengajar, mendidik dan menyedarkan kita daripada terus hanyut dalam dosa. Memang susah tapi segala bentuk ujian harus kita tempuhi dengan penuh redha dan bersangka baik pada Allah kerana ianya tidak lain hanyalah untuk memantapkan iman kita pada Allah. Wallahua’lam

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita Selepas Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, majlis kat rumah aku dah selesai. Walaupun kampung aku dilanda banjir besar tetapi majlis tetap berjalan lancar. Aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua teman-teman dan sahabat yang sudi hadir ke majlis aku. Maaf sekiranya ada yang tersesat cari lokasi baru majlis tersebut ye. Maaf juga kalau aku tak dapat layan semua yang hadir ke majlis tersebut. Aku hargai sesangat kehadiran korang semua.

Oleh kerana ramai gila yang tanya gambar (sampai penuh inbox aku wei), aku taruklah 3 keping gambar, cukuplah:) . Gambar dari kamera aku dan gambar dari Official Photographer (OP) yang juga merupakan sahabat aku didiz (www.fotokahwin.com) dan pevey (www.peveyhack.com).



Selepas habis majlis terus kemas rumah aku yang banjir. Sampai harini pun tak siap lagi. Habis perabot dan barang-barang dalam rumah rosak,huhu. Sampai sekarang aku masih demam sebab keletihan mengemas rumah. Takziah untuk orang-orang kampung aku juga. Nanti aku update pasal banjir plak.

Sebenarnya selama kita hidup ni kita takkan pernah terlepas dari dugaan dan ujian dalam semua aspek kehidupan. Namun semua musibah yang melanda pasti mempunyai hikmah dan pelajaran yang bolah diambil asalkan kita lihat dari sudut yang positif. Wallahua’lam.


Nota kaki 1 : Terima kasih kepada member2 photographer yang datang kat majlis aku. Ada orang cakap aku macam artis ramai gila photographer amik gambar,wakakaka.

Nota kaki 2 : Terima kasih atas semua ucapan yang diberikan sama ada melalui blog ni, sms atau call. Maaf aku tak sempat reply semuanya dalam keadaan sekarang. Tunggu aku benar-benar sihat nanti ye. Aku hargai sesangat.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com